Kecantikan

Kurangkan Masalah Breakout & Parut Dengan 10 Skrub Anti Jerawat Ini

Skrub untuk kulit jerawat harus mengandungi bahan acne treatment seperti Salicylic Acid atau Tea Tree Oil. Ini senarai scrub terbaik untuk kulit berjerawat.


Editor · 4 Feb 2020, 11:57am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Kurangkan Masalah Breakout & Parut Dengan 10 Skrub Anti Jerawat Ini

Apabila bercakap tentang produk skrub pasti yang ada masalah jerawat tidak mahu menggunakannya kerana takut skrub akan membuatkan kulit berjerawat menjadi lebih teruk. 

Namun, jika digunakan dengan betul, skrub muka untuk jerawat sebenarnya boleh menyelamatkan kulit anda dan menghalang daripada jerawat datang kembali. Skrub berkesan untuk menghapus sel-sel kulit mati dan membersih kotoran pada liang pori yang tersumbat.

Kandungan

Bolehkah skrub menghilangkan jerawat?

Skrub boleh menghilangkan jerawat dengan cara dan langkah penjagaan kulit yang betul disertakan pula produk tepat untuk kulit wajah anda. Jika skrub yang digunakan tidak mengandungi bahan acne treatment, skrub itu tidak akan merawat dan menghilangkan jerawat sama sekali, malah mungkin akan membuatkan jerawat lebih teruk. 

Jadi, skrub untuk digunakan haruslah mengandungi bahan acne treatment yang betul seperti Salicylic Acid atau Tea Tree Oil agar dapat merawat jerawat supaya kulit bebas dari sel mati dan dalam masa yang sama mengecutkan jerawat. Jom lihat senarai skrub yang bersesuaian utnuk kulit anda agar dapat mengawal masalah ‘breakout’.

10 Skrub Anti-Jerawat Terbaik di Malaysia

Terbaik untuk kulit wajah jerawat cenderung berminyak 1 daripada 10
Safi Balqis Oxywhite Oils & Acne Control Cleanser
Partnership with Safi
Dari RM7.47
Lihat harga di Lazada Malaysia

Produk daripada Safi ini sesuai untuk yang berjerawat dengan masalah kulit berminyak. Rumusan kawalan minyaknya, Safi mampu membersih, melicinkan permukaan kulit, menghalang pengeluaran minyak berlebihan sekaligus mengawal pembentukan jerawat.

Produk ini juga menjanjikan kulit cerah berseri dan bebas dari parut jerawat dengan teknologi nano-oxygen dan nano-brightening. Tampil yakin dengan kulit tanpa cela!

Skrub untuk jerawat terbaik dari drugstore 2 daripada 10
Garnier Pure Active Anti-Acne White Scrub (100ml)
Partnership with Garnier
Dari RM10.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menyelesaikan pori tersumbat
Mengawal penghasilan minyak
Bukan untuk mencerahkan kulit
1 lagi
Tidak sesuai untuk ibu mengandung

Skrub daripada Garnier ini amat bagus sekali kerana ianya mengandungi bahan merawat jerawat iaitu asid Salicylic. Skrub ini juga menggunakan microbeads yang kecil dan lembut supaya kulit berjerawat anda tidak akan mengalami mikro-koyakan yang boleh terjadi jika menggunakan skrub yang terlampau kasar. Skrub ini juga bagus untuk mengawal minyak dan mencerahkan bekas jerawat. 

Skrub muka kawalan jerawat untuk lelaki 3 daripada 10
Men's Biore Double Scrub Acne Solution
Partnership with Men's Biore
Dari RM11.55
Lihat harga di Watsons Malaysia
Sesuai untuk Normal, Kombinasi, Kering & Berminyak
Hapuskan jerawat & bintik hitam
Tidak sesuai untuk kulit sensitif
2 lagi
Halang penghasilan minyak & sebum berlebihan
Mengandungi alkohol

Para lelaki juga mestilah kena jaga kulit kan. Lagi-lagi yang ada masalah jerawat. Produk ini membatu mengawal jerawat dan miyak dengan menggunakan kaedah membunuh bakteria penyebab jerawat dengan bahan anti-bakteria.

Produk ini bukan sahaja membantu mengawal minyak dan membunuh kuman penyebab jerawat, ia juga membantu membersih secara mendalam supaya jerawat tidak datang kembali!

Skrub muka jerawat untuk remaja – tidak iritasi pada kulit 4 daripada 10
Nurish Organiq Teen Blackhead Scrub
Partnership with Nurish Organiq
Dari RM14.96
Lihat harga di Lazada Malaysia

Pembersih skrub daripada Nurish Organic ini diperkaya dengan bahan aktif yang menentang jerawat seperti Salicylic Acid dan juga minyak Tea Tree. Ianya menjanjikan kulit bebas jerawat dan bebas iritasi selepas sesi pembersihan. Skrub ini juga membantu menghilangkan masalah blackhead yang degil dengan menyedut blackhead keluar menggunakan microbead scrub yang lembut dan tidak kasar.

Scrub terbaik untuk kulit kusam
Skrub muka terbaik untuk kulit kusam yang berjerawat 5 daripada 10
Nano White Fresh Anti Dullness Scrub 80g
Partnership with Nano White
Dari RM17.52
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

NanoWhite ini sesuai untuk yang mengalami masalah kulit kusam kerana kulit terlebih minyak dan juga disebabkan oleh radikal bebas yang kerap menempel di kawasan muka. Skrub ini diperkaya dengan bahan anti jerawat dan pencerah seperti Tea Tree Oil , Vitamin C dan Alga Laut yang membantu mengecutkan jerawat, meredakan kemerahan dan iritasi.

Ianya juga dapat mengurangkan masalah kekusaman dan menyedut segala punca pori tersumbat. Kulit wajah anda akan terasa bersih dan berseri.

Skrub muka terbaik untuk jerawat dan blackhead 6 daripada 10
Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Partnership with Neutrogena
Dari RM26.31
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menghilangkan blackhead.
Menanggalkan sel kulit mati.
Bergantung kesesuaian kulit individu.
1 lagi
Mengawal penghasilan minyak.

Skrub Neutrogena ini sesuai untuk menyedut blackhead dan juga membantu mencerahkan muka serta membantu masalah tekstur kulit. Bukan itu sahaja, skrub ini juga mengandungi bahan merawat jerawat iaitu 2% Salicylic Acid dan microbeads yang lembut untuk membantu menanggalkan minyak serta mengecutkan jerawat tanpa mengeringkan muka.

Skrub muka dengan biji Apricot dan bebas paraben 7 daripada 10
ST. IVES Acne Control Apricot Scrub
Partnership with ST. IVES
Dari RM78
Lihat harga di Shopee Malaysia

Nah, produk ini juga pernah memenangi anugerah sebagai produk skrub anti jerawat yang terbaik. Diperkaya dengan Salicylic Acid sebagai bahan aktif yang merawat jerawat, skrub bebas paraben ini sesuai digunakan untuk kulit sensitif juga. 

Bersifat hypoallergenic, bebas phthalates, minyak dan juga non-comedogenic, skrub ini tidak akan menyebabkan masalah pori tersumbat!

Eucerin Pro ACNE Solution Scrub 100ml
Skrub muka berkesan melindungi bekas jerawat 8 daripada 10
Eucerin ProACNE Solution Scrub
Partnership with Eucerin
Dari RM39.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Melawan bakteria punca jerawat
Membantu mengecilkan liang pori
Harga agak mahal
1 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif

Eucerin Proacne Scrub menggunakan bahan aktif Lactic Acid untuk merawat jerawat. Lactic Acid akan membantu menghakis permukaan jerawat dan mengecutkan jerawat dengan cepat. 

Microbeads pula bertindak sebagai pembersih yang membantu menyedut blackhead, mengawal minyak dan meratakan tekstur kulit yang berliku akibat parut jerawat dalam.

Skrub muka jerawat dengan kandungan minyak Tea Tree 9 daripada 10
The Body Shop Tea Tree Squeaky-Clean Scrub
Partnership with The Body Shop
Dari RM63
Lihat harga di Lazada Malaysia

Rangkaian produk ini pernah memenangi anugerah sebagai produk anti-jerawat yang terbaik! Diperkaya dengan kebaikan minyak Tea Tree dan manik exfoliator bersifat biodegradable, ianya akan membantu mengecutkan dan meredakan kemerahan jerawat, iritasi dan blackhead.

Skrub ini juga membantu kulit kelihatan lebih cerah dan berseri serta memastikan pori bebas daripada masalah tersumbat.

Skrub muka jerawat mencerahkan jeragat – halang pembentukan melanin 10 daripada 10
Alpha-H Micro Cleanse Super Scrub (100ml)
Partnership with Alpha-H
Dari RM144
Lihat harga di Shopee Malaysia

Produk 2-dalam-1 ini mengandungi 12% Gycolic Acid sebagai bahan aktif untuk mengecutkan jerawat sambil menghakis sel kulit mati dan membersih kulit dengan mendalam. Produk ini menggunakan formula physical exfoliator (Jojoba Beads) dan juga chemical exfoliator (Glycolic Acid) untuk memberi pembersihan berganda.

Kafein yang terkandung dalam skrub ini pula digunakan bagi tujuan menyalurkan kebaikan antioksidan supaya kulit tidak rosak jika terlebih skrub.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation