Sunscreen adalah salah satu produk penjagaan muka yang wajib di aplikasi seharian tidak kira dimana jua anda berada atau melakukan aktiviti luar akan menyebabkan anda sering terdedah kepada sinaran UV. Namun kebanyakannya mengandungi alkohol yang digunakan sebagai pengawet ataupun pewangi tiruan.
Alkohol pula tidak elok untuk jenis kulit sensitif yang mudah teriritasi jika memakai produk yang mengandungi alkohol. Namun, ada juga beberapa alcohol yang digunakan tidak merbahaya sama sekali dan produk yang hanya mengandungi ethyl alkohol, ethanol dan denatured alcohol harus dielakkan.
Adakah sunscreen mengandungi alkohol?
Kebanyakan sunscreen mengandungi alkohol samada alkohol yang baik atau tidak baik. Alkohol yang baik seperti cetyl alcohol dan stearyl alcohol ialah fatty alcohol yang kebanyakannya di ekstrak daripada bahan semula jadi seperti minyak kelapa untuk dijadikan emollient dan pemekat di dalam produk penjagaan wajah.
Fatty alcohol tidak memedihkan wajah sama sekali, malah ianya amat bagus untuk kulit kering kerana kandungannya yang tinggi lelemak semula jadi. Jom kita tengok sunscreen mana yang bebas alkohol jahat dibawah ni!
10 Sunscreen & Sunblock Tanpa Alkohol di Malaysia

Produk ultimate jika anda mempunyai kulit sensitif melampau! Diperbuat daripada bahan pelindung matahari mineral yang tidak mempunyai alkohol, pewangi tiruan dan juga paraben. Bukan itu sahaja, tekstur yang pekat juga membuatkan sunscreen ni sesuai untuk kulit kering dan sensitif yang ekstreme.
Juga boleh digunakan ketika melakukan aktiviti air di laut kerana bahan mineralnya tidak menyebabkan hidupan laut terjejas.

Produk popular daripada Paris ini amat sesuai digunakan ketika ingin melakukan aktiviti air atau aktiviti yang membuatkan kita berpeluh kerana ianya kalis air. Asas pelindung mataharinya juga daripada bahan mineral, sesuai untuk semua jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi atau merengsa.

Sesuai digunakan ketika hari panas dan terik kerana sunscreen ini mempunyai tesktur gel yang ringan dan tidak melekit. Diperkaya dengan asid Hyaluronik, sunscreen ini akan meningkatkan daya mengunci lembapan di dalam kulit dan akan mengekalkan hidrasi supaya kulit kekal anjal, lembut dan segar walaupun dibawah panas mentari.

Remaja seringkali mengalami masalah kulit berminyak kerana sering melakukan aktiviti aktif ketika di sekolah. Nah, sunscreen ini amat sesuai sekali kerana ianya mempunyai kemasan matte yang mengawal minyak di muka.
Sesuai digunakan seharian untuk ke sekolah kerana ianya tidak membuatkan muka mempuyai masalah white cast dan ianya juga tidak berminyak dan melekit. Sesuai juga untuk remaja dengan kulit bermasalah, kerana sunscreen ini tidak mempunyai alkohol dan tidak akan mengiritasikan kulit.

Jika kita berada diluar sepanjang hari, tidak kira lah ketika bersiar-siar ataupun berulang-alik dari tempat kerja, muka kita akan sentiasa terdedah kepada radikal bebas dan pencemaran udara. Ini akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan bertambah sensitif.
Sunscreen yang berasaskan air ini amat sesuai digunakan sebagai sunscreen harian yang tidak akan menyebabkan iritasi, malas menenangkan kulit dan juga memberi lapisan perlindungan kepada pencemaran udara dan mengelakkan radikal bebas daripada menempel di permukaan kulit.

Kulit kombinasi seringkali mengalami masalah berminyak dan juga kering. Jadi, jika anda mengalami kulit kombinasi, anda boleh memakai produk yang mengandungi bahan yang akan menenangkan kulit sensitif kerana ianya bersifat mild dan tidak menyebabkan kulit berminyak dan melekit.
Malah, ianya juga akan menghidrat kulit dalam masa yang samaseperti sunscreen daripada COSRX ini yang menggunakan Aloe Vera sebagai bahan yang menenangkan dan melembap.

Sunscreen ini amat sesuai jika anda mempunyai kulit sensitif dan berminyak kerana formulanya berasaskan gel dan bertekstur ringan serta nipis. Produk ini juga mengandungi Aloe Vera sebagai ejen mengawal iritasi dan pelembap. Bukan itu sahaja, formula bebas alkoholnya akan mengelakkan kulit sensitif daripada teriritasi.

Sunscreen ini amat sesuai untuk kulit berminyak kerana ianya bertekstur ringan dan nipis. Ianya juga sesuai untuk digunakan pada waktu pagi kerana ianya akan menyegarkan kulit dan membuatkan kulit tampak cerah, lembap, anjal dan berseri!
Diperkaya dengan Vitamin C dan asid Hyaluronik, sunscreen ini akan membantu mencerahkan masalah bintik hitam kesan daripada matahari dan juga mengawal lembapan pada kulit supaya kulit tidak kering dan berminyak.

Jika anda mencari sunscreen yang memudahkan anda untuk aplikasi, Watsons ada jawapannya. Dibuat khas untuk kulit sensitif, spray sunscreen tanpa alkohol ini akan memastikan kulit sensitif anda tetap terlindung walaupun harus diaplikasi berulang kasi ketika melakukan aktiviti di luar rumah.

Sunscreen ini akan mencair menjadi tekstur yang ringan dan mudah dioleskan pada kulit. Sunscreen ini juga bersifat amat melembap dan tidak mengeringkan wajah. Anda juga boleh menggunakan sunscreen ini sahaja selepas mencuci muka tanpa menggunakan serum, toner mahupun pelembap.
Sunscreen yang diperbuat daripada 85% bahan kecantikan ini bertindak sama seperi produk penjagaan wajah yang lain.