Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Air Purifier Untuk Elak Bau Hapak Kereta

Udara yang bersih menjamin kesihatan lebih baik!

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita penularan penyakit Influenza A atau nama lainnya H1N1. Ianya merebak melalui udara, apabila udara tercemar dengan virus melalui batuk dan bersin orang yang sudah dijangkiti. Justeru, penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya jika vaksin sudah kehabisan stok. 

Salah satu cara yang boleh mengurangkan kadar virus dalam udara adalah dengan menggunakan air purifier. Tidak kiralah di rumah mahupun di dalam kenderaan, air purifier membantu menapis udara di sekeliling kita.

Adakah penggunaan air purifier membahayakan kesihatan anda?

Jawapannya, TIDAK. Kebanyakan penapis udara selamat dan tidak mengancam kesihatan anda. Air purifier mengeluarkan ion-ion negatif ke udara sebagai satu cara untuk membersih udara yang tercemar. Berita baiknya ialah anda tidak perlu risau apabila menghirup udara dengan ion negatif kerana ion negatif sudah ada secara semula jadi dalam persekitaran kita. 

Bagi anda yang mencari air purifier untuk kereta, ikuti artikel ini untuk membantu anda membuat pembelian yang bijak!

9 Air Purifier Terbaik Untuk Kegunaan Dalam Kereta

Air purifier murah dengan ciri humidifier – nyaman dan selesa
Nanum 2 Dual USB Port Car Air Humidifier
Nanum
From
RM25.00
Check Nanum 2 Dual USB Port Car Air Humidifier price below:

Rasai udara harum dan lebih segar dengan unit yang kompak ini. Anda boleh memilih untuk menggunakan minyak essential atau air bersih. Ianya boleh dipusing 180 darjah untuk memberi liputan yang menyeluruh. 

Air purifier dengan humidifier ini mempunyai USB port tambahan untuk mengecas smartphone. Hanya plug in pada port kereta dan ianya sedia untuk digunakan.

Air purifier bersaiz kompak dan berkualiti tinggi
BuzzTech Car Air Purifier
From
RM56.78
Check BuzzTech Car Air Purifier price below:

Air purifier ini dilengkapi ke semua ciri asas sesebuah air purifier. Ianya kompak, mudah untuk digunakan dan boleh menapis udara dengan baik. Air purifier ini juga tidak mengeringkan udara di dalam kenderaan agar kulit tidak kering. 

Dengan harga mampu untuk dimiliki, air purifier ini juga mempunyai ciri-ciri aromaterapi yang boleh ditukar mengikut bauan yang anda suka.

Tapis udara lebih berkesan dengan air purifier ionizer ini
EasyCare Car Ionizer Air Purifier
EasyCare
From
RM88.80
Check EasyCare Car Ionizer Air Purifier price below:

Air purifier dengan ionizer ini melepaskan 5 million ion negatif untuk menapis udara daripada kotoran, bau dan debu. Ianya mempunyai reka bentuk seakan-akan tin minuman kerana lubang udara yang menegak memberi kestabilan untuk ion negatif. Dengan hanya satu butang, air purifier ini mudah untuk digunakan.

Tiada lagi bau hapak/kepam dalam kereta
INTELLIGENT Car Home Solar Air Purifier
From
RM105.00
Check INTELLIGENT Car Home Solar Air Purifier price below:

Bau hapak adalah perkara yang sangat common di dalam kereta. Dengan air purifier ini, anda boleh atasi masalah bau hapak bukan hanya dengan menapis udara malah anda boleh menggunakan minyak pewangi. Ianya mempunyai ruang khas untuk meletakkan pewangi pilihan anda. Air purifier ini boleh digunakan dengan wayar atau kuasa sistem solar.

Air purifier dengan HEPA filter – tiada masalah debu dan habuk
Acson Car Air Purifier
Acson
From
RM185.00
Check Acson Car Air Purifier price below:

Air purifier ini menggunakan 4 lapisan fiter bagi memastikan anda sentiasa mendapat udara yang bersih. Antara filternya adalah HEPA filter. Ianya juga mempunyai 2 lubang udara serta menggunakan 2 teknologi penapisan iaitu ILTRONZ dan PLUSMA-ION. Air purifier dengan 2 kipas ini amat sesuai untuk digunakan di dalam kereta mahupun di rumah.

Air purifier terbaik untuk menghapus bau asap rokok
Xiaomi Mi Car Air Purifier with Car Charger
Xiaomi
From
RM188.00
Check Xiaomi Mi Car Air Purifier with Car Charger price below:

Pengeluar air purifier ini mencadangkan bahawa meletakkan air purifier di tempat duduk belakang lebih efektif dalam menghapuskan bau dan debu. Ianya mampu menapis udara sebanyak 20 kali kitaran dalam masa satu jam. Anda boleh muat turun aplikasi untuk mengendali air purifier ini atau menyemak status filter.

Kurangkan masalah asthma dengan air purifier ini
Philips Car Air Purifier GoPure Compact 100 Air Max
Philips
From
RM278.00
Check Philips Car Air Purifier GoPure Compact 100 Air Max price below:

Dengan hanya 13 minit, anda boleh nikmati udara bersih di dalam kenderaan. Air purifier ini sangat efisien menapis udara. Ianya bukan sahaja boleh menghapuskan bau asap rokok, bau hapak dan debu, air purifier ini juga boleh menapis udara yang mempunyai gas toksik seperti formaldehyde. Jika anda penghidap asma, penggunaan air purifier adalah amat penting.

Air purifier terbaik untuk atasi masalah alergi pada kulit
Sharp Plasmacluster Ion Generator Air Purifier (IGGC2LB)
Sharp
From
RM329.00
Check Sharp Plasmacluster Ion Generator Air Purifier (IGGC2LB) price below:

Air purifier ini boleh membantu menghapuskan tumbuhan kulat dan bakteria yang tidak terlihat oleh mata kasar. Partikel sebegini tidak elok untuk anda yang mempunyai alergi. Ianya juga mampu untuk menghapus sisa-sisa anai-anai yang mencemar udara. 

Apabila di dalam kereta, vakum sahaja tidak mencukupi, justeru dengan air purifier Sharp ini anda boleh bernafas udara segar.

Kualiti udara terbaik dan selamat untuk kereta
Honeywell Move Pure Car Air Purifier
Honeywell
From
RM388.00
Check Honeywell Move Pure Car Air Purifier price below:

Barangan jenama Honeywell terkenal dengan ciri keselamatannya yang tiptop. Air purifier ini beroperasi menggunakan dua kipas untuk menapis udara dengan lebih cekap. Dilengkapi lapisan anti-skid, air purifier ini menggunakan voltan yang sangat minimal untuk mengurangkan kadar masalah lintar pintas (short circuit).

Artikel Berkaitan

End of Article