Kesihatan & Kecergasan

11 Kerusi Urut Terbaik Malaysia 2026 (Jenama, Harga, Review)

Selalu sakit badan tapi tak tahu nak beli kerusi massage dengan harga kerusi urut yang berbaloi? Jom lihat senarai jenama kerusi urut dan mesin urut badan.


Editor · Updated 9 Oct 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Kerusi Urut Terbaik Malaysia 2026 (Jenama, Harga, Review)

Selepas menghabiskan hampir seharian dengan urusan luar, pasti badan mula akan terasa lenguh dan penat.

Melepaskan lelah atas katil semalaman saja tidak cukup, jadi memerlukan kerusi massage untuk melancarkan pengaliran darah.

Kandungan

Bayangkan, balik dari kerja, mandi dan terus duduk di mesin urut badan, sangat melegakan! Urat badan tegang, terus rasa ringan.

Sekarang ni pun dah ada banyak kerusi urut dengan pelbagai fungsi yang boleh massage dari bahagian tengkuk sampai ke bahagian buku lali.

Jadi, kami bantu anda melegakan sengal-sengal badan dengan menyenaraikan jenama kerusi urut terbaik dan harga kerusi urut mengikut bajet anda.


Senarai 11 Jenama Kerusi Urut Terbaik

Kerusi urut terbaik secara keseluruhan 1 daripada 11
Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair
Ogawa
Dari RM5,789
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada zero gravity
Bahan fabrik PVC leather
Harga mahal
2 lagi
Boleh pasang muzik
Dilengkapi terapi haba

Sebab menjadi pilihan utama:

Kerusi urut lengkap dengan pengurut kaki ini dapat membuatkan badan terasa segar kembali, saiznya juga tidak besar jadi sesuai untuk mana-mana ruang di rumah.

Ciri-ciri:

Kerusi urut ini menggunakan sistem S + L Track dan Zero Gravity Capsule dimana dapat memberi urutan keseluruh badan. 

Seperi kerusi urut gaming, model Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair juga mempunyai sistem Bluetooth Speaker bagi membolehkan anda diurut merasa lebih tenang sambil mendengar lagu kegemaran.

Bagi model ini Ogawa menggunakan teknologi 4 rollers Comprehensive Hand-like Massage pada bahagian belakang untuk mengurut badan yang seakan-akan seperti jari manusia sedang mengurut. 

Jangan risau dengan anak kecil jika mereka tertumpahkan air pada kerusi Ogawa urut ini kerana material digunakan leather kit yang mudah untuk dilap dan tidak menyerap.

Review:

"Walaupun mahal tapi berbaloi sebab kalau lepas mandi dan makan, duduk atas kerusi ni memang rasa nikmat. Lega sangat!"

Kerusi urut baring 2 daripada 11
Latest 8D Zero Gravity Full Body Shiatsu Massage Chair
Dari RM7,000
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai Wrapped Head Massage & Eye Heating Cover
Mempunyai 8 sistem urutan
Menggunakan elektrik yang banyak
1 lagi
Boleh dibaringkan

Kini anda boleh dapatkan kerusi urut yang boleh baring (full body recliner) pada harga yang berpatutan.

Dengan ciri Wrapped Head Massage dan Eye Heating Cover, anda akan berasa di awangan dengan ciri Zero Gravity.

Setanding kerusi urut berjenama antarabangsa, kerusi urut ini mempunyai 8 ciri urutan serta Heating Massage Therapy.

Selain itu, anda juga tidak perlu risau kerosakan mesin ini pada tahun pertama memilikinya kerana ia turut disertakan dengan 12 bulan jaminan.

Walaupun harganya murah, anda akan dapat sebuah kerusi urut yang boleh mengenakan pelbagai teknik urutan seperti kneading dan shiatsu, dan juga terdapat massage principle seperti air pressure, magnetic, heat, dan vibration.

Kalau nak lebih relax, boleh juga dengarkan muzik yang terbina dalam mesin urut ini.

SnowFeet PRO XL
kerusi urut untuk ibu mengandung 3 daripada 11
SnowFeet PRO XL
Dari RM479
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Membentuk semula garis betis
Melancarkan peredaran darah
Hanya untuk kaki

Apa yang menarik tentang mesin urut kaki ini adalah mempunyai tekanan sekunder pada bahagian kaki.

Maknanya apabila diurut, secara tak langsung akan memberi urutan cara refleksologi dan mampu melancarkan peredaran darah pada bahagian kaki.

Ditambah pula dengan 7 cara urutan berbeza pada bahagian kaki jadi memang sangat sesuai bagi mereka yang bekerja seharian.

Malah, sesuai juga untuk ibu mengandung yang memerlukan tenaga kaki mengendong kandungan atau memakai kasut tumit tinggi terlalu lama.

Ogawa - Mobile Seat XE Duo Pro
Kerusi urut mampu milik 4 daripada 11
Ogawa Mobile Seat XE Duo Pro
Dari RM479
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dapat mengurangkan stres badan
Melegakan sakit otot
Hanya untuk badan
1 lagi
Mempunyai 3 zon urut

Pada mereka yang inginkan kerusi urut jenis mudah alih, Ogawa Mobile Seat XE DUO PRO adalah pilihan tepat.

Ini kerana direka khas untuk dibawa kemana saja dan mempunyai berat 4.3kg saja.

Walaupun ringan dan kecil, mesin urut dari Ogawa ini mampu memberi kelegaan untuk mereka yang bekerja terlalu lama.

Cirinya mempunyai sistem 2D + 3D massage double comfort pada bahagian belakang.

Paling best, mesin urut ini mempunyai teknologi soothing heat therapy dimana mampu memberi perjalanan darah kembali lancar dan melegakan tekanan otot.

Johnson Fitness - Fujiiryoki EC-3900
Kerusi urut untuk orang tua 5 daripada 11
Johnson Fitness Fujiiryoki EC-3900
Dari RM7,988
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengurut seluruh badan
Menggunakan teknologi tinggi
Harga mahal
1 lagi
Melegakan kesakitan seluruh badan

Kerusi urut dari jenama Johnson Fitness model Fujiiryoki EC-3900 ini mempunyai dua sistem teknologi mesin urut iaitu Air Magic dan Kiwami Becha Basis.

Kedua-dua teknologi ini memberi fungsi yang berbeza dimana Air Magic memberikan 3 jenis pemilihan pengudaraan serta high supply dan exhaust unit dengan 3 kekuatan.

Manakala, Kiwami Becha Basis memberikan 3D point navi system + 29 jenis kepelbagaian knead technique dan 10 jenis auto course dengan 5 kekuatan.

Dengan teknologi yang digunakan ini dapat memberi kelegaan pada seluruh badan daripada tengkuk, bahu, lengan, belikat, pinggang sehingga kaki.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih atau dari golongan T20 dan mahukan mesin urut yang boleh buat urutan secara menyeluruh, anda boleh dapatkan mesin urut daripada Johnson ini. 

GTE - Smart Capsule Electric Sofa Massage Chair
Kerusi urut bawah RM 3000 6 daripada 11
GTE Smart Capsule Electric Sofa Massage Chair
Dari RM2,763.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Mudah digunakan
Mengawal menggunakan skrin LED
Terlalu besar
1 lagi
Menggunakan teknologi Zero-gravity massage chair

Kerusi urut dari GTE model Smart Capsule ini mempunyai 3 fungsi yang berbeza; Kneading, Shiatsu dan Tapping

Ketiga-tiga ini digunakan untuk mengurut keseluruhan bahagian belakang badan seperti bahagian tengkuk, bahu, tulang belakang, pinggang dan juga tapak kaki.

Paling menarik, anda boleh adjust kerusi urut menjadi mod tempat tidur dan boleh merasai badan diurut sehingga tertidur.

Selain itu, terdapat 35 airbag bagi mengurangkan tekanan pada bahagian otot serta melegakan badan dan terdapat 3 tahap urutan iaitu soft, strong dan delicate.

G-Beetle EZ Foot Massager
Kerusi urut kaki 7 daripada 11
GINTELL G-Beetle EZ Foot Massager
Dari RM439
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ringan
Mempunyai 5 sistem urutan
Hanya mengurut bahagian kaki saja

G-Beetle EZ Foot Massager daripada jenama Gintel ini mempunyai 5 jenis sistem untuk mengawal fungsi yang ada.

Antaranya butang on/off, 3 auto program, time setting, heating function on foot pad dan levels of air pressure intensity.

Walaupun G-Beetle direka dalam bentuk saiz kecil tapi cukup berikan anda kesegaran kerana segala urat pada bahagian kaki diurut menggunakan 6 cara:

  • Foot press
  • Toe scraping
  • Foot capsule press
  • Yongguan point press
  • Foot end scraping
  • Heel top scraping

Dengan fungsi ini sekaligus sesuai untuk mereka yang mengalami sakit belakang, sering memakai tumit tinggi, duduk terlalu lama atau mengalami kesukaran tidur malam.

SNOWFIT Oasis Full Body Multifunctional Smart Massage Chair
Kerusi urut berbadan besar 8 daripada 11
SNOWFIT Oasis Full Body Multifunctional Smart Massage Chair
Dari RM7,779
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mampu menampung berat sehingga 120kg
Ada 12 fungsi urutan
Guna banyak tenaga
1 lagi
Melancarkan peredaran darah

Kerusi urut ini sesuai untuk mereka yang berbadan besar kerana mampu menampung sehingga 150kg.

Selain itu, mempunyai 4 auto dan 3 manual sistem program serta 10 roller yang menggunakan sistem alat kawalan jauh.

Anda juga boleh menukar mod kerusi urut kepada 12 fungsi yang unik mengikut jenis urutan yang anda inginkan.

Kelebihan menggunakan kerusi urut dari Snowfit adalah dapat melancarkan peredaran darah, pinggang lebih selesa dan badan merasa ringan.

Apa yang menariknya, kerusi ini mempunyai ciri sistem zero gravity pada alat kawalan jauh.

Maksudnya kerusi ini boleh dibaringkan dan direnggangkan sehingga 180 darjah, membuatkan anda rasa seperti diurut di atas katil.

SNOWFIT Fantasia II Intelligent Household Massage Chair
Kerusi urut kecil 9 daripada 11
SNOWFIT Fantasia II Intelligent Household Massage Chair
SNOWFIT
Dari RM2,109
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jimat ruang
Harga murah
Berat maksimum 80kg
1 lagi
Boleh pasang lagu

Kelihatan premium tetapi sebenarnya murah dan serba boleh, itulah kerusi urut daripada jenama Snowfit ini.  

Dengan rawatan urut bertekanan tinggi terutamanya pada bahagian betis dan kaki, lapisan otot dan tisu badan anda terasa lebih longgar dan lega. 

Jika anda rasa tekanannya terlalu tinggi atau terlalu laju, anda boleh mengurangkan tahap kekuatan dan kelajuannya mengikut keselesaan anda.

Begitu juga dengan jenis program urutan, anda boleh memilih antara 3 program auto dan 4 program manual yang sesuai dengan keperluan tubuh anda. 

Bagaimanapun, kerusi urut ini juga boleh menampung berat sebanyak 80kg sahaja, jadi jika anda mempunyai saiz tubuh yang kecil atau sederhana memang sesuai untuk guna kerusi urut ini.

Zero Healthcare uMaster Luxury Massage Chair
Kerusi urut layan diri 10 daripada 11
Zero Healthcare uMaster Luxury Massage Chair
Zero
Dari RM2,999
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dilengkapi rawatan terapi haba
Mempunyai 6 sistem urutan auto
Harga mahal
1 lagi
14 titik tetap roller 3D

Buat mereka yang menginginkan kelegaan segera setelah seharian bekerja, anda boleh dapatkan kerusi urut Zero Healthcare uMaster khusus kerana fungsi rawatan terapi habanya. 

Ini kerana rawatan terapi haba dapat meningkatkan pengaliran darah ke otot dan mengurangkan ketegangan otot, membolehkan proses penyembuhan berlaku lebih cepat. 

Apa yang lebih menarik lagi, kerusi urut ini mampu memberi keselesaan kepada seluruh badan dengan ciri-ciri 14 titik tetap roller 3D dan urutan beg udara.

Foot extension berukuran 16cm dan roller yang disertakan memastikan kaki anda tidak terlepas daripada merasakan keselesaan sepanjang urutan.

Coway Massage Chair
Kerusi urut mudah guna 11 daripada 11
Coway Massage Chair
Coway
Dari RM145
Lihat harga di Shopee Malaysia
Bayaran bulanan murah
Ada servis percuma
Tertakluk terma sewaan
2 lagi
Jimat ruang
Urutan menyeluruh

Jika anda mencari kerusi urut dengan bayaran bulanan yang murah, anda boleh pertimbangkan kerusi dari Coway ini dengan harga sewaan serendah RM145 sebulan. 

Apa yang menarik tentang kerusi urut ini, ia mempunyai 4 Calf Rollers, 2 Foot Rollers, 12 Airbags untuk memberi perasaan urutan berombak yang melegakan badan.

Selain itu, ia mempunyai 5 teknik urutan berbeza iaitu kneading, tapping, knocking, knead & tap and shiatsu yang akan memberi anda lebih pilihan urutan mengikut kesesuaian. 

Dengan reka bentuk L-shaped, anda akan dapat pengalaman urutan badan secara menyeluruh dari bahagian tengkuk sehinggalah ke bahagian kaki.

Jadi, dengan kerusi urut Coway ini anda tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk memiliki sebuah mesin urut di rumah. 


Apa Kelebihan Kerusi Urut?

Dengan kesibukan kerja ditambah pula pekerjaan yang melibatkan penggunaan bentuk fizikal, lagilah berkali ganda penat.

Tapi dengan kewujudan teknologi mesin kerusi urut, ini membolehkan anda jimat masa untuk mencari dan pergi ke spa urut badan.

Selain itu, Pakar Kardiologi mengatakan kerusi urut dapat berfungsi sebagai langkah pencegahan masalah jantung dan penyakit kardiovaskular.

Pihak mereka menasihati orang ramai sekurang-kurangnya menghadiri sesi urut, tapi disebabkan ramai orang tidak mempunyai masa yang cukup boleh sahaja memilih untuk menggunakan kerusi urut di rumah.

Ditambah pula pelbagai kerusi urut dari harga murah hingga mahal mampu melakukan bermacam-macam teknik urutan.

Misalnya tekanan titik akupuntur, merenggang, mengetuk dan menguli sekaligus dapat merehatkan otot-otot badan yang sudah kepenatan.

Apa fikir lagi? Beli terus salah satu kerusi urut terbaik dari senarai di atas.


Artikel berkaitan

Lagi daripada ProductNation