Walaupun sekarang ini terdapat banyak telefon pintar mengeluarkan ketahanan bateri dalam tempoh yang panjang tapi ramai tetap memerlukan powerbank yang bagus.
Maklumlah telefon pintar kini seolah-olah ‘tangki oksigen’ untuk kita menjalani kehidupan seharian.
Lagipun powerbank bukan saja boleh caj telefon bimbit tapi alat teknologi lain juga asalkan ada power supply dan wayar kabel.
Bagaimanapun, jika anda mahukan powerbank tahan lama, pastikan anda beli powerbank yang bagus dan mempunyai kuasa yang tinggi.
Jadi kami bantu anda senaraikan powerbank 20000mah terbaik dan jenama powerbank terbaik.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 13 Powerbank 20000mah Terbaik
- Saiz: 145X65.5X28.5mm
- Kapasiti bateri: 20000 mAh
- Port: 1 output (USB), 2 input (Micro USB, Type-C)
Sebab menjadi pilihan utama:
REMAX Powerbank 20000mah RPP 129 mempunyai pengecasan pantas iaitu 5A Super Fast Charge yang akan menjimatkan masa anda berganda!
Ciri-ciri:
Powerbank ini juga boleh membuat pengecasan untuk pelbagai peranti kecil seperti kamera digital. Pilihan terbaik untuk anda yang suka vlogging!
Selain itu, dilengkapi dengan beberapa jenis input kabel iaitu Micro USB, Type C dan IP Port untuk memudahkan anda sesuaikan mengikut penggunaan.
Turut mempunyai Smart LED Digital Display supaya anda boleh lihat berapa bateri yang tinggal untuk kegunaan seharian nanti.
Selain mudah digunakan, powerbank ini tidak terlalu berat hanya 400g sahaja dan anda ada beg kecil yang memudahkan penyimpanan.
Review:
“Barang semua lengkap & dapat fungsi dengan baik. Berbaloi beli banyak dekat sini, murah & berkualiti. Harap powerbank dapat tahan lama, design cantik & ringan juga.”
- Berat: 415g
- Saiz: 197x 93.5 x 14.3mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 3 Input (Micro USB / Type C / Lightning) 3 USB output
Walaupun harganya murah, powerbank Pineng PN-962 ini mampu memberi sokongan pengecasan pantas dengan baik.
Bahan yang digunakan pada powerbank yang bagus ini adalah daripada Lithium Polymer.
Bahan ini merupakan bahan yang lebih baik berbanding powerbank yang diperbuat daripada Lithium-Ion.
Apa yang pasti, berat powerbank ini boleh dikatakan agak ringan untuk dibawa ke mana sehaja.
Bagaimanapun, saiznya sedikit besar untuk dimasukkan ke dalam bag yang kecil jadi pastikan anda memakai beg yang bersesuaian apabila menggunakan powerbank ini.
Selain boleh mengecas tiga peranti dalam satu masa, powerbank ini juga mempunyai paparan LED untuk melihat peratusan bateri yang tinggal pada powerbank ini.
- Berat: 386g
- Saiz: 150 x 69.4 x 25mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 2 input (18W Max) 1 output (18W Max)
Powerbank ini membawakan teknologi terbaru oleh Anker iaitu PowerIQ 2.0.
Teknologi ini membolehkan powerbank ini mengawal tenaga yang dibekalkan kepada peranti serta memberi perlindungan.
Malah dapat memastikan tenaga yang dibekalkan adalah optimum dengan keperluan peranti tersebut.
Berat powerbank ini antara yang ringan bagi powerbank 20,000mAh iaitu hanya 369g, jadi ringan untuk di bawa ke mana sahaja.
2 port input disediakan pada power bank ini membolehkan anda mengecas 2 peranti serentak dalam satu masa.
- Berat: 403g
- Saiz: 159 x 76 x 23 mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 1x USB Type-C (input/output), 1x Micro-USB (input), 1x USB Type-A (output)
Powerbank ini mempunyai outlet AC yang seperti di rumah yang membawa maksud anda boleh menggunakan pelbagai peralatan elektrik dan juga mengecas laptop.
Tenaga maksimum yang boleh dijana oleh powerbank ini adalah 65W. Sangat besar!
Powerbank ini juga mempunyai port USB-A dan juga port USB-C untuk mengecas telefon pada masa yang sama.
Dari segi reka bentuk, powerbank ini kelihatan unik dan tidak seperti bentuk powerbank yang lain.
Disebabkan bentuknya yang unik, power bank ini agak sukar untuk disimpan dalam beg jadi anda perlu sediakan bag kecil lain khas untuknya supaya tidak bercampur dengan barangan peribadi lain.
- Berat: 340g
- Saiz: 160x80x30 mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
Power bank yang bagus ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mengecas smartphone malah boleh digunakan untuk jump kereta semasa dalam keadaan kecemasan.
Selain itu, boleh digunakan untuk mengecas laptop anda jadi dengan power bank ini, anda sentiasa dalam keadaan on the go tanpa risau bateri peranti habis.
Harga powerbank ini juga tidak terlalu mahal dan berbaloi dengan fungsinya yang pelbagai serta saiznya tidak terlalu besar jadi mudah simpan dalam kereta.
Anda boleh menyimpan powerbank ini di dalam kereta dan boleh digunakan sebagai powerbank atau jumper kereta ketika kecemasan.
- Berat: 360g
- Saiz: 74.6mm x 123mm x 32.8mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 2 input (USB-C), 3 output (USB-A, USB-C)
Reka bentuk power bank ini agak compact untuk di pegang di tangan dan sangat sesuai dibawa travel.
Kelebihan pada power bank ini adalah anda tidak perlu bawa kabel pengecas kerana sudah mempunyai built in kabel pengecas.
Selain itu, lengkap dengan paparan skrin LED untuk memberitahu anda baki bateri yang tinggal.
Paling menarik, anda boleh melakukan pengecasan pantas bukan hanya pada satu peranti tetapi dua peranti serentak. Sangat menarik!
- Berat: 420g
- Saiz: 163x76x21mm
- Kapasiti bateri: 20000 mAh
- Port: Input (Micro USB/DC 5V/2A), Output (DC5V 2.1A/1A)
Terdapat dalam 2 pilihan bateri iaitu 10000 mAh dan 20000 mAh jadi anda boleh pilih mengikut kesesuaian penggunaan anda.
Powerbank ini juga boleh boleh digunakan untuk semua jenis telefon kerana mempunyai jenis input type-C,Micro USB, mini USB dan Apple lighting.
Sangat sesuai mereka yang bekerja di luar atau mereka yang aktif menggunakan telefon kerana tidak terlalu berat.
Saiz pula memang mudah di bawa ke mana saja dan ditambah pula berat hanya 420gram, anda boleh pegang handphone bersama powerbank dalam satu masa.
- Saiz: 80x80x23mm
- Kapasiti bateri: 20000 mAh
- Port: 1 output (USB), 3 input (Android, Jenis-C, iPhone)
Powerbank ini mempunyai banyak ciri baik yang dapat menjadikan hidup anda lebih mudah.
Mempunyai port pengecasan pantas 2.1A yang akan memberikan anda kelajuan pengecasan yang pantas.
Terdapat dalam 2 warna iaitu hitam dan merah dan dilengkapi dengan 4 kabel berbeza dan mempunyai kapasiti bateri sehingga 20000 mAh.
Power bank ini mempunyai pengecas 2A terbina dalam untuk peranti USB, pengecas Android, pengecas iPhone dan pengecas jenis-C.
Disebabkan bentuknya empat segi tepat jadi powerbank ini mudah disimpan dan dibawa ke mana saja.
- Berat: 200g
- Saiz: 150.6 x 72.2 x 26.3mm
- Kapasiti bateri: 20000mAh
- Port: 2 Micro-USB + 1 Type-C Outputs and Micro-USB & Type-C Inputs
Xiaomi Mi Powerbank 3 direka dalam pelbagai kapasiti, dengan teknologi pengecasan pantas dan pelbagai port pengecasan.
Antara kelebihannya, harganya mesra pengguna, juga ada dua jenis port input dan menjimatkan masa pengecasan anda.
Sementara kekurangannya pula tak dilengkapi dengan kabel pengecasan, memerlukan anda untuk beli extra kabel.
Secara keseluruhannya, Xiaomi Mi Powerbank 3 adalah pilihan yang boleh dipercayai dan berpatutan bagi mereka yang memerlukan pengecas mudah alih dengan kapasiti yang tinggi.
- Saiz: 142X68X27mm
- Kapasiti bateri: 20000 mAh
- Port: 2 output (USB), 2 input (Micro USB, Type-C)
Huawei PD 40W 20000mAh Powerbank merupakan powerbank keluaran jenama Huawei yang berkualiti.
Powerbank ini dilengkapi dengan bateri lithium polimer berkapasiti 20000mAh, membolehkan anda mengecas semula peranti anda beberapa kali sebelum perlu mengecas semula powerbank itu.
Dengan ciri pengecasan pantas 40W dual, menyediakan pengecasan yang cekap dan cepat untuk telefon pintar dan peranti lain yang sesuai.
Powerbank ini dilengkapi dengan dua output USB, membolehkan anda mengisi dua peranti secara serentak dan juga menyokong pengecasan semua telefon pintar dan sesuai digunakan untuk mengecas peranti yang lain juga.
Huawei PD 40W 20000mAh Powerbank mempunyai reka bentuk yang simple dan ringan, memudahkan anda untuk membawanya dalam beg atau poket anda.
- Berat: 242g
- Saiz: 14.6 x 6.83 x 1.95cm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 1 input (USB-C) 2 output (USB-C & USB-A)
Power bank Aukey ini boleh melakukan pengecasan tanpa wayar pada telefon anda dengan baik.
Jika smartphone anda menyokong pengecasan tanpa wayar, anda tidak perlu risau jika tertinggal kabel charger dan gunakan powerbank ini secara on the go.
Selain itu, power bank ini juga dilengkapi dengan foldable stand yang membolehkan anda meletak telefon semasa mengecas jadi telefon pintar anda kukuh semasa dicaj.
Teknologi quick charge dari power bank ini sangat sesuai digunakan untuk mengecaj iPhone dan juga Samsung.
Bagaimanapun, dua peranti jika dicas dalam masa yang sama, fungsi pengecasan pantas akan dinyah aktifkan secara automatik.
- Berat: 503g
- Saiz: 16cm x 8.13cm x 2.79cm
- Kapasiti bateri: 25,000 mAh
- Port: 2x USB Type-C (input/output), 1x USB Type-A (output)
Buat pengguna iPhone yang sedang mencari powerbank yang terbaik dan sesuai untuk digunakan bersama iPhone, kami cadangkan untuk beli powerbank dari jenama Ugreen ini.
Powerbank ini boleh mengecas dua peranti dalam satu masa, jadi anda boleh kongsi powerbank ini bersama rakan atau pasangan anda semasa di luar.
Selain itu, turut mempunyai pengecasan pantas 145W dan boleh mengecas penuh laptop Macbook Air dalam masa 90 minit sahaja!
Anda juga tidak perlu risau jika berada di luar terlalu lama sebab powerbank ini boleh mengecas telefon anda sebanyak 5 kali pengecasan.
Turut dilengkapi paparan LED untuk memudahkan anda melihat bateri powerbank, dan lebih menarik powerbank ini hanya memerlukan tempoh masa 2 jam untuk dicas penuh.
Dengan ciri-ciri menarik, inilah powerbank yang paling sesuai untuk pengguna iPhone atau Macbook dan jika anda sering berada di luar rumah untuk urusan kerja.
- Berat: 354g
- Saiz: 139 x 69 x 27mm
- Kapasiti bateri: 20,000 mAh
- Port: 1x USB Type-C (input/output), 1x Micro-USB (input), 2x USB Type-A (output)
Anda mungkin sukakan aktiviti lasak seperti mandi sungai, hiking, atau pergi camping dan dalam masa yang sama memerlukan satu powerbank yang tahan lasak.
Jadi inilah powerbank yang sesuai dengan anda yang gemar aktiviti lasak kerana ia mempunyai ketahanan badan yang kuat serta tidak mudah rosak jika terjatuh.
Selain itu, material luar powerbank ini juga menggunakan teknologi non-slip yang memudahkan anda memegangkan dan tidak mudah tergelincir dari tangan, terutamanya semasa melakukan aktiviti air.
Anda boleh mengecas 2 peranti dalam masa yang sama menggunakan powerbank, dan ia turut boleh melakukan beberapa pengecasan semasa anda berada di luar.
Bagaimanapun, ia hanya mempunyai indikator LED untuk memberitahu berapa jumlah pengecasan yang tinggal.
Apakah Perbezaan Powerbank 10000mah Dengan 20000mah?
Seperti telefon pintar, power bank juga mempunyai perbezaan tertentu antara kuasa 10000 mAh dengan 20000 mAh.
Anda boleh lihat perbezaannya dari tiga sudut iaitu kapasiti, soket dan kuasa baterinya.
Kapasiti
Lebih besar kuasa pada power bank, lebih tinggi kapasiti yang dapat disalurkan.
Jadi jika anda gemar travel jauh, power bank 20000 mAh lebih sesuai kerana jumlah pengecasannya yang banyak berbanding power bank kuasa 10000 mAh.
Soket
Disebabkan power bank kuasa 20000 mAh mampu menampung kapasiti yang tinggi, maka secara tidak langsung soket pengecasan juga lebih banyak berbanding power bank 10000 mAh.
Kebiasaannya anda akan dapat 4-5 soket pengecasan untuk power bank 20000 mAh.
Boleh lakukan pengecasan pada dua atau tiga peranti secara serentak.
Bateri
Kebiasaannya power bank dengan kuasa 10000 mAh akan menggunakan bahan logam padan badannya.
Ini kerana memberi tumpuan kepada prestasi nipis dan ringan dan jenis bateri juga menggunakan bateri polimer.
Manakala power bank 20000mAh menggunakan badan jenis plastik kerana fokusnya adalah pada prestasi berkapasiti besar.
Berapa Kapasiti Maksimum Powerbank Yang Dibenarkan Di Dalam Kapal Terbang?
Untuk kaki travel dan selalu terbang ke luar negara, tentu anda tertanya-tanya powerbank yang macam mana yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam pesawat kapal terbang.
Ini kerana terdapat sekatan atau larangan terhadap had powerbank atau jenis yang dibenarkan di bawa masuk ke dalam pesawat.
Terdapat beberapa kes yang melibatkan kebakaran atau letupan kecil yang melibatkan powerbank semasa dalam pesawat, dan lebih berbahaya semasa pesawat sedang berada di awan.
Jadi sebab itulah ada had atau jenis powerbank yang dilarang untuk dibawa naik ke dalam pesawat. Jom lihat 2 syarat utama yang ditetapkan untuk membawa powerbank naik ke pesawat.
- Syarat pertama, anda dibenarkan untuk membawa apa-apa jenis powerbank dari mana-mana jenama tetapi perlu disimpan di dalam hand carry sahaja. Jadi ia tidak boleh disimpan di dalam beg luggage anda dan ia perlu sentiasa berdsama anda.
- Dan syarat kedua, hanya powerbank yang mempunyai kuasa di bawah 100 watt hours (Wh) per battery sahaja di benarkan masuk ke dalam pesawat.
Jadi anda masih boleh membawa powerbank masuk ke dalam pesawat, tetapi perlu patuh pada syarat yang ditetapkan.