Kecantikan

8 Sunblock/Sunscreen Kulit Berjerawat Terbaik Malaysia 2026

Susah nak pilih sunblock untuk jerawat bila nak pergi bercuti dekat pantai? Ha, kami mudahkan anda dengan senaraikan jenama sunblock untuk kulit jerawat.


Editor · Updated 3 Aug 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Sunblock/Sunscreen Kulit Berjerawat Terbaik Malaysia 2026

Penggunaan sunblock/sunscreen amat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. 

Bukan apa, sinar UV boleh menyebabkan pembentukan melanin pada kulit, penuaan dan sunburn. 

Kandungan

Jadi dengan menggunakan sunblock yang bagus, serba sedikit mampu menghalang kulit dari sinar UVA dan UVB.

Dalam masa yang sama mampu memperbaiki kulit agar terbentuk lapisannya menjadi lebih baik.

Tapi tak semua sunblock sesuai untuk muka berjerawat kerana sunblock untuk kulit jerawat perlu dilihat pada bahan yang digunakan.

Nak tahu yang mana satu sunblock untuk jerawat? Jom lihat jenis-jenis sunblock untuk kulit jerawat.


Senarai 8 Sunblock Untuk Kulit Jerawat

Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion
Sunblock untuk kulit berjerawat terbaik secara keseluruhan 1 daripada 8
Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g)
Partnership with AIKEN
Dari RM22.85
Harga murah
Formula cepat menyerap
Ada pewangi tambahan
3 lagi
Tidak menyumbat lubang pori-pori
Membantu memberikan kelembapan
SPF yang rendah

Sebab menjadi pilihan utama;

Bahan yang diformulasi khas untuk melawan jerawat pada badan dan muka dan kegunaannya 2 dalam 1.

Ciri-ciri;

Jika anda mencari produk yang boleh melindungi kulit dari sinar matahari dan menghilangkan parut jerawat, Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion adalah pilihan yang tepat.

Ini kerana bahan yang terkandung dalam Aiken Tea Tree Oil dapat mengurangkan keradangan serta iritasi kulit sekaligus dapat memudarkan parut jerawat yang disebabkan jerawat hitam dan merah.

Malah, tea tree oil bukan saja dapat hilangkan parut jerawat tetapi mampu menghalang pertumbuhan jerawat yang baru serta menyingkirkan kotoran pada lubang pori.

Cuma pastikan gunakan 2 kali sehari setiap hari untuk dapatkan keberkesanan.

Review;

“Lotion ini mempunyai tekstur seperti cream tetapi tidak berminyak dan sejuk bila dia pakai. Paling best, tak buat kulit melekit,” 

Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
Sunblock untuk kulit berjerawat dan sensitif 2 daripada 8
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
Partnership with Sunplay
Dari RM31.85
Mengandungi Hyaluronic Acid dan Collagen
Arbutin untuk mengurangkan dark spot
Sedikit kering selepas pakai
1 lagi
Mempunyai Vitamin B5, C & E

Sunplay mempunyai pelbagai jenis pilihan keluaran mengikut kesesuaian 

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari spf 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian. 

Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
Sunblock untuk kulit berjerawat murah 3 daripada 8
Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
Partnership with Wardah
Dari RM13.11
Non-Comedogenic
Tekstur ringan & tidak melekit
Mengandungi pewangi
2 lagi
Kandungan antioksidan dan pelembap
Mempunyai Vitamin E dan Provitamin B5

Produk ini merupakan sunblock 2 kali ganda yang mampu bertindak untuk melindungi kulit dari sinaran UV dengan lebih baik. 

Kandungan antioksidan ini juga dapat melegakan kulit dan melembapkannya. 

Mempunyai masalah liang pori tersumbat adalah punca masalah jerawat tapi dengan sunblock yang bersifat non-comedogenic ini tidak membuat liang pori tersumbat.

Sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit berminyak dan kulit berjerawat ditambah pula dengan tekstur yang ringan dan tidak melekit.

Teksturnya berkrim tidak menyebabkan white cast apabila dipakai walaupun anda reapply. 

Harga murah dan berkualiti, wajib cuba sunblock Wardah ini.

Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
Sunblock terbaik untuk remaja 4 daripada 8
Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
Partnership with Biore
Dari RM19.80
Tidak melekit
Tidak mengeringkan kulit
Perlu reapply jika berpeluh dengan banyak
2 lagi
Sesuai dengan semua jenis kulit
Boleh dipakai pada wajah & badan

Biore UV Perfect Block Milk melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB yang berbahaya. 

UVA mampu menembus jauh ke dalam kulit dan mempercepat proses penuaan, sementara UVB menyebabkan kulit sunburn. 

Penggunaan sunblock ini secara harian adalah terbaik kerana mengandungi ekstrak Rice Germ yang menjadikan kulit lebih lembut.

Manakala Vitamin E pula berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki kulit. 

Malah selesa untuk digunakan kerana tidak melekit atau berminyak tidak seperti produk lain. 

Terdapat juga kandungan anti bakteria kerana bahan ini merupakan salah satu fungsi penting bagi melawan masalah jerawat pada kulit wajah anda. 

Sunblock/sunscreen terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat 5 daripada 8
Shiseido SENKA Perfect UV Gel SPF50 PA+++
Partnership with Shiseido
Dari RM49.90
Kalis air, peluh & sebum
Mudah dibersihkan
Memedihkan mata
1 lagi
Bebas pewangi dan minyak mineral

Produk ini dihasilkan di Jepun dan mengandungi SPF50++ serta dapat melindungi kulit secara mendalam sambil menghasilkan satu lapisan lembut pada kulit. 

Tekstur tidak berminyak dan terbaik digunakan untuk setiap jenis kulit termasuklah jenis kulit berjerawat. 

Produk yang bebas pewangi ini dan kebiasaannya bagus untuk kulit kerana pewangi boleh menyebabkan masalah iritasi. 

Sunblock dan juga pelembab meruoakan kombinasi paling wajib kerana sunblock ini mengandungi double hyaluronic acid yang mengunci kelembapan kulit. 

Cetaphil Pro Acne Oil Moisturising Lotion SPF 25
Sunblock untuk kulit berjerawat dan sensitif 6 daripada 8
Cetaphil Pro Acne Oil Moisturising Lotion SPF 25
Partnership with Cetaphil
Dari RM65
Mempunyai broad spectrum UVA/UVB
Mengurangkan masalah kulit merah
Perlu memakainya 15-20 minit sebelum terdedah pada cahaya matahari
5 lagi
Dapat mengawal kulit berminyak
Dibuktikan secara klinikal
Mengekalkan hidrasi
Tekstur yang ringan
Mudah menyerap

Cetaphil ini terkenal dengan keluaran khas untuk kulit sensitif, jadi bahan yang digunakan dapat menjaga kulit anda. 

Jadi produk kali ini sesuai bagi yang mempunyai masalah jerawat untuk sunblock atau moisturizer yang mempunyai spf25. 

Tambah pula menggunakan teknologi Zinc yang terbukti secara klinikal merawat 3 dalam 1.

Kebaikkan 3 dalam satu ini dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak berlebihan yang menjadi faktor utama jerawat. 

Kedua, mengurangkan masalah kulit bersinar akibat lebihan minyak pada wajah serta mengekalkan tahap kelembapan pada kulit. 

Walaupun hanya mempunyai spf25, tetapi mampu melindungi secara board spectum pada kulit anda.

NIVEA Sun Triple Protect Acne Oil Control SPF50
Sunblock jerawat untuk ibu hamil 7 daripada 8
NIVEA Sun Triple Protect Acne Oil Control SPF50
Partnership with NIVEA
Dari RM93.50
Garam dari Himalaya untuk mengawal masalah jerawat
3x perlindungan
Stok yang terhad
1 lagi
Tidak akan membuat liang pori tersumbat

Nivea mengeluarkan banyak jenis produk badan dari lotion hingga sunblock.

Kali ini Nivea mengeluarkan sunblock muka terbaru untuk masalah jerawat.

Sunblock Nivea ini khas untuk mengawal masa jerawat serta lebihan minyak pada kulit wajah. 

Ini kerana punca jerawat itu dari penghasilan minyak yang berlebihan dan menyebabkan liang pori kotor dan tersumbat. 

Ditambah pula dengan pemakaian sunblock tapi jangan risau produk ini tidak akan membuatkan liang pori pada wajah tersumbat tau.

Kesan 3x perlindungan seperti blue light, pencemaran luar serta perlindungan UVA/UVB pada wajah anda. 

Kulit terlindung dari sinaran UV dan masalah jerawat juga selesai!

21 SOMEBYMI Truecica Mineral Calming Tone Up Suncream Sunblock
Sunscreen terbaik korea 8 daripada 8
21 SOMEBYMI Truecica Mineral Calming Tone Up Suncream Sunblock
Partnership with
Dari RM53
Mempunyai zinc oxide
Mengandungi aloe vera
Harga yang sedikit mahal
2 lagi
Tiada bahan kimia berbahaya
Mempunyai perlindungan UV

Jika anda mencari sunblock jenis mild dan meredakan keadaan kulit, pastikan anda cuba sunblock dari SOMEBYMI. 

Bahan zinc oxide merupakan bahan utama dan terbaik perlu ada didalam sunblock anda.

Ianya memberikan perlindungan board spectrum untuk melindungi sinaran UVA/UVB. 

Aloe vera juga menjadi bahan utama dalam sunblock ini bagi memberikan keredaan dan menyejukkan kulit wajah. 

Tidak mengandungi bahan kimia yang pastinya boleh menyebabkan masalah iritasi dan jerawat pada kulit anda. 

Bukan itu sahaja tau, hanya dengan menggunakan sunblock setiap hari. Ianya mampu memberikan kecerahan yang sekata pada wajah!


Boleh Tak Menggunakan Sunblock Setiap Hari?

Jawapannya wajib pakai sunblock/sunscreen setiap hari kerana kulit badan atau wajah sangat sensitif pada sinaran UV. 

Rugi jika anda meninggalkan rutin ini, kerana ianya berfungsi untuk melindungi kulit dari sebarangan masalah, atau penyakit. 

Pemilihan sunblock ini banyak sebenarnya, cuma paling wajib jika anda nak lakukan aktiviti lua, pilih kandungan SPF50 keatas. 

Jika hanya didalam rumah atau bangunan, dengan hanya SPF25 sudah memadai.

Sunblock ini banyak kegunaan dan kelebihan tapi pastikan anda memilih sunblock ‘broad-spectrum’ kerana memberikan perlindungan yang baik pada kulit.

Jangan ambil mudah ye, pakai setiap hari terutama bila melakukan aktiviti luar.

Penerangan lebih terperinci boleh menonton video di bawah.


Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation