Kecantikan

9 Bedak Sejuk Untuk Kecantikan Kulit Semulajadi, Amalan Sejak Zaman Dahulu

Bedak sejuk digunakan untuk menyejukkan badan, mengurangkan jerawat & jeragat, dan melicinkan kulit. Ini senarai bedak sejuk yang bagus & elok di Malaysia.


Editor · 29 Nov 2019, 6:13pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Bedak Sejuk Untuk Kecantikan Kulit Semulajadi, Amalan Sejak Zaman Dahulu

Walaupun pasaran produk kecantikan dibanjiri dengan jutaan produk moden, bedak sejuk masih menjadi pilihan sesetengah wanita yang inginkan kulit yang licin dan berseri.

Bedak sejuk merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu yang diwarisi dari nenek moyang mereka dalam bentuk biji-biji putih kecil, serbuk ataupun cecair. 

Kandungan

Apakah kegunaan bedak sejuk? 

Bedak sejuk biasanya digunakan untuk menyejukkan badan, mengurangkan jerawat dan melicinkan kulit. Ianya juga dipercayai mampu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, bedak sejuk juga digunakan jika anda mengalami sun burn atau dijangkiti demam campak.

Jika anda sedang mencari produk kecantikan yang bebas bahan kimia serta hampir dengan alam, bedak sejuk adalah pilihan yang sesuai. Kini, terdapat pelbagai variasi bedak sejuk - kami senaraikan antara yang terbaik di pasaran untuk anda.

9 Bedak Sejuk untuk Amalan Kecantikan Kulit

Bedak sejuk cina murah – compact powder zaman dahulu 1 daripada 9
Bedak Sejuk Sam Fong
Partnership with
Dari RM4

Siapa yang tak kenal bedak sejuk Sam Fong yang juga dikenali sebagai bedak nyonya. Bedak inilah yang digunakan sebagai bedak compact oleh orang dulu-dulu. Ia digunakan untuk memutih dan melicinkan kulit. Malah, bedak ini turut digunakan untuk menghilangkan garis-garis halus pada muka.

Bedak sejuk lemon - pelindung matahari semulajadi dan rawat jerawat kronik 2 daripada 9
Bedak Sejuk Thanaka Lemon
Partnership with
Dari RM6.99

Kandungan asas bedak sejuk Thanaka ini adalah Sandalwood iaitu kayu cendana yang berpotensi mencerah dan mencegah keradangan pada kulit. Kombinasi kayu cendana dan lemon ini dikhususkan untuk merawat jerawat kronik dan kulit pucat. Untuk menggunakan bedak ini sebagai bedak asas, anda hanya perlu sapukannya pada muka dan siap. 

Bedak ini akan berfungsi sebagai pelindung matahari semula jadi anda. Tidak perlu lagi memakai sunscreen.

Bedak sejuk terbaik untuk merawat demam campak dan kayap 3 daripada 9
Bedak Sejuk Semambu
Partnership with
Dari RM6

Daun semambu atau daun Neem seringkali menjadi pilihan bagi mengurangkan gatal-gatal semasa demam campak. Khasiat antibakteria, antikulat dan antivirus pada daun ini membuatkannya sesuai digunakan untuk masalah penyakit kulit seperti alahan,  kurap, kayap dan sebagainya.

Bedak sejuk untuk bayi – tidak menyebabkan kulit si kecil iritasi 4 daripada 9
Bedak Sejuk Tabloq Warisan Asli
Partnership with
Dari RM7

Produk Tabloq Warisan Asli ini mengandungi bedak sejuk asli 100%. Ia sesuai digunakan tanpa mengira umur dan jenis kulit. Produk ini sangat sesuai digunakan pada bayi untuk merawat ruam dan gatal-gatal.

Bedak sejuk dengan ekstrak madu – berkesan rawat stres 5 daripada 9
Bedak Sejuk Kelulut Geranium - Bioshifax
Partnership with
Dari RM24.90

Dirumus menggunakan beras, madu kelulut dan haruman minyak pati bunga geranium, bedak sejuk ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan kecantikan, tetapi juga boleh melegakan tekanan dan mengurangkan kemurungan.

Bedak ini menaikkan seri wajah dan menghaluskan kulit dan membantu anda mengurangkan kesan menopaus dan penuaan pada kulit anda. Uniknya, bedak ini juga boleh digunakan untuk menghalau serangga dan merawat gigitan serangga.

Bedak sejuk untuk jerawat dan mengubati resdung 6 daripada 9
Bedak Sejuk Berubat
Partnership with
Dari RM25

Bedak sejuk berubat ini mengandungi batu nasila, buah pala, cengkih dan juga pandan. Batu nasila adalah sejenis mineral yang bertindak sebagai agen penyejuk secara semula jadi. 

Rumusan kesemua bahan-bahan ini memfokuskan untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat. Selain itu, bedak ini juga dikatakan boleh mengurangkan resdung.

Bedak sejuk dengan kunyit untuk menghapuskan kesan sunburn 7 daripada 9
Bedak Sejuk Premium BSK
Partnership with
Dari RM25

Ini merupakan produk premium bedak sejuk yang dihasil menggunakan gabungan campuran ramuan tradisi dan moden. Antaranya adalah beras, kunyit, madu dan air zam zam. Kunyit mengandungi antioksidan yang tinggi, dapat membantu proses regenerasi kulit dan mengurangkan pembentukan noda hitam. Sesuai untuk anda yang alami sunburn, bedak sejuk ini dapat merawat cela dengan sempurna.

Bedak sejuk moden - pelbagai kegunaan dengan ekstrak buah bidara 8 daripada 9
Bedak Sejuk Marini Naturalemagic
Partnership with
Dari RM35

Penyediaan bedak sejuk secara moden dalam bentuk cecair diminati ramai kerana penggunaan yang mudah. Produk Marini ini dihasilkan dengan ekstrak bidara tanpa paraben dan SLS serta sesuai untuk pelbagai kegunaan. Antara lain bedak ini boleh merawat kerengsaan dan gatal-gatal pada kulit, memudarkan parut serta luka, dan boleh digunakan sebagai sapuan untuk ruam. 

Lagi, kesan hitam di celah ketiak dan paha juga boleh dikurangkan. Untuk tujuan kecantikan pula, produk ini boleh mengurangkan jerawat, pigmentasi kulit dan seterusnya mencerahkan kulit.

Bedak sejuk untuk jeragat dan menghalang pertumbuhan jerawat pasir 9 daripada 9
Bedak Sejuk Bearbery (100ml)
Partnership with
Dari RM50

Bedak sejuk Bearberry unik dan lain dari yang lain kerana menggunakan buah bearberry liar dari Scotland. Pun begitu, bedak sejuk ini masih mengekalkan rumusan tradisi yang dikatakan terbukti berkesan untuk masalah jerawat dan jeragat. 

Kombinasi beras pulut dan buah Bearberry memberikan kesan hypo-pigmenting dan antioksidan. Penggunaan secara konsisten selama 6 minggu diyakini boleh mengecutkan jerawat dan memudarkan jeragat tebal.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation