Kecantikan

10 Makeup Remover Selamat Buat Kulit Berjerawat dan Tidak Iritasi

Kesan lebihan solekan akan menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk. Ini senarai makeup remover yang bagus untuk kulit berjerawat yang waterproof, ringan dll.


Editor · 14 Nov 2019, 8:37pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Makeup Remover Selamat Buat Kulit Berjerawat dan Tidak Iritasi

Didalam rutin penjagaan wajah, menanggal dan menghapuskan kesan solekan adalah yang paling penting sekali. Ini adalah satu peraturan yang tidak boleh kita abaikan demi memiliki kulit yang sihat. Namun, menanggalkan solekan boleh menjadi satu aktiviti yang melecehkan, sehinggalah anda menemukan makeup remover yang sesuai dan tidak menyusahkan anda.

Kandungan

Adakah makeup remover bagus untuk kulit berjerawat?

Makeup remover sebenarnya amat penting untuk semua jenis kulit. Ianya amat penting untuk membuang solekan pada kulit, lagi-lagi jika anda mempunyai kulit berjerawat kerana jika anda tidak mencuci solekan dengan betul, kesan lebihan solekan akan menyumbat pori-pori dan menyebabkan jerawat menjadi semakin teruk dan kulit menjadi berminyak. 

Mencari makeup remover yang sesuai dengan jenis berjerawat juga amat penting supaya tidak menyumbang kepada masalah lain seperti kulit kusam sehingga menyebabkan bintik hitam dan putih. Ayuh lihat makeup remover sesuai untuk kulit berjerawat;

10 Makeup Remover untuk Anda Yang Alami Kulit Berjerawat

Makeup remover untuk kulit jerawat yang murah dan berkualiti 1 daripada 10
Garnier Micellar Cleansing Water (125ml)
Partnership with Garnier
Dari RM11.58
Lihat harga di Watsons Malaysia

Produk air micellar daripada Garnier yang menjadi kesukaan ramai ini dapat menanggalkan makeup, membersih dan menenangkan kulit, mata serta bibir dengan satu langkah tanpa perlu membilas. Bahan aktifnya bertindak sebagai magnet untuk menarik dan menyedut kekotoran, sebum dan solekan tanpa harus menggosok muka dengan terlalu kasar. 

Produk ini juga bersifat menenangkan yang amat sesuai untuk kulit jerawat dan sensitif.

Makeup remover sesuai untuk remaja yang alami kulit berjerawat 2 daripada 10
Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser + Makeup Remover (150ml)
Partnership with Aiken
Dari RM14.90
Lihat harga di Guardian Malaysia

Jenama ini bukan sahaja amat sesuai untuk kulit remaja kerana bahan-bahan yang terkandung, malah kerana harganya juga rendah dan amat berpatutan. Berkesan sebagai produk 2 dalam 1 pencuci berasaskan gel dan penanggal solekan. 

Teksturnya yang seperti skrub, amat berkesan dalam membersih dan membuang segala kesan solekan supaya kulit bebas sebum, kotoran dan bintik hitam. Ekstrak daun Tea Tree pula akan memastikan kulit bebas jerawat dan kekal lembap.

Air micellar bebas minyak sesuai untuk kulit jerawat cenderung berminyak 3 daripada 10
L’OREAL Deep Cleansing 3-In-1 Micellar Water (95ml)
Partnership with L'oreal Paris
Dari RM13
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Air micellar amat sesuai jika anda mempunyai kulit berminyak kerana kebanyakan pencuci solekan mempunyai minyak yang akan memudahkan sesi menanggalkan solekan dengan sempurna. Air micellar daripada L’Oreal ini dirumus dengan formula ‘deep cleanse’ untuk menanggalkan solekan dengan berkesan dan dalam masa yang sama melembapkan wajah supaya kulit tidak terasa kering selepas mencuci. 

Air micellar L’Oreal ini juga sesuai untuk kulit sensitif, maka ianya amat sesuai untuk kulit berjerawat cenderung berminyak.

Makeup remover terbaik berasaskan minyak sesuai untuk solekan waterproof 4 daripada 10
Biore Makeup Remover Cleansing Oil
Partnership with Biore
Dari RM32.70
Lihat harga di Watsons Malaysia
Tidak menyebabkan pori tersumbat
Menanggalkan seluruh makeup pada wajah termasuk waterproof mascara
Ada pewangi tambahan
1 lagi
Tidak membuatkan kulit berminyak

Dikenali dengan prestasi pembersihan yang sangat baik, makeup remover berasaskan minyak ini segera melarut dan menghilangkan solekan degil, kalis air dan juga maskara kalis air. Sesuai digunakan di kawasan mata, makeup remover ini tidak akan memedihkan mata anda dan amat senang untuk dibasuh. Ianya tidak meninggalkan kesan licin dan berminyak pada kulit.

Eye makeup remover – selamat dan tidak memedihkan mata 5 daripada 10
SIMPLE KIND TO SKIN Eye Makeup Remover (125ml)
Partnership with Simple
Dari RM17.64
Lihat harga di Shopee Malaysia

Anda tidak perlu risau lagi dengan pencuci solekan mata daripada Simple ini kerana ianya tidak memedihkan mata. Produk ini mengandungi Pro-Vitamin B5 yang akan membantu menanggalkan solekan pada mata dengan cara lembut dan ringan. Rumusannya yang berasaskan air amat sesuai untuk kulit jenis berminyak atau kombinasi, juga sesuai bagi kulit cenderung jerawat.

Makeup remover jenis wipes, lembut untuk kulit jerawat 6 daripada 10
Nivea Micellar Skin Breath Makeup Remover Wipes (20pcs)
Partnership with Nivea
Dari RM12.54
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dibuat khas untuk makeup porfessional, pencuci makeup ini amat sesuai untuk menanggalkan solekan tebal dan kalis air. Jenis material yang digunakan juga amat lembut dan tidak kasar, membuatkan kulit sensitif anda tidak akan teriritasi. Formulanya menggunakan air micellar dan daun teh hitam yang akan memastikan kulit menjadi bersih dan segar.

Makeup remover sesuai untuk kulit jerawat yang kering dan sensitif 7 daripada 10
BIFIESTA Cleansing Lotion Sensitive (300ml)
Partnership with Bifiesta
Dari RM27.96
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jika anda mempunyai kulit berjerawat yang kering dan sensitif, pencuci solekan ini yang paling sesuai sekali. Anda tidak seharusnya menggunakan pencuci yang mengandungi bahan penyebab kulit iritasi dan kemerahan. Ini akan menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk dan kadar pertumbuhannya juga pantas. 

Produk ini bertekstur ringan dan senang dibasuh serta dapat digunakan untuk menanggalkan solekan kalis air.

Makeup remover bebas minyak untuk kulit jerawat 8 daripada 10
Mary Kay Oil Free Eye Makeup Remover (110ml)
Partnership with Mary Kay
Dari RM66.36
Lihat harga di Lazada Malaysia

Produk ini berkesan menghapuskan solekan termasuk maskara kalis air tanpa menyebabkan iritasi pada kulit atau mengeringkan kulit. Produk ini juga membantu melembut dan melembapkan kulit sambil membuatkan kulit terasa anjal serta munggil selepas mencuci.

Makeup remover Holy Grail terbaik dari drugstore untuk kulit jerawat 9 daripada 10
BIODERMA Sensibio H2O (500ml)
Partnership with Bioderma
Dari RM76
Lihat harga di Guardian Malaysia

Siapa saja tidak kenal dengan cecair pencuci makeup Bioderma ini. Diformulasi secara khas untuk kulit sensitif dan kering, air micellar ini membantu menanggalkan kotoran, makeup dan sebum secara lembut. Ianya juga boleh menanggalkan solekan kalis air dan mempunyai kadar pH yang seimbang. 

Makeup remover ini juga bebas pewangi tiruan dan bersifat menenangkan semasa memakainya, membuatkan produk ini amat sesuai jika anda mempunyai jerawat.

Bertekstur ringan untuk kulit jerawat dengan formula pencuci balm 10 daripada 10
CLINIQUE Take The Day Off Cleansing Balm
Partnership with Clinique
Dari RM126.50
Lihat harga di Shopee Malaysia

Penanggal solekan ajaib ini mempunyai formula balm seperti berkrim yang akan bertukar menjadi minyak bertekstur ringan ketika menyapukannya ke atas wajah. Sesuai untuk yang tidak menggemari pencuci minyak yang berat atau air micellar. Formula balm ini amat lembut dan mencairkan solekan dengan pantas dan kembali menyegarkan wajah. 

Rumusan bebas minyak, tidak akan meninggalkan kesan licin selepas dibasuh. Sesuai juga untuk kulit sensitif dan berjerawat. Kulit tidak akan merengsa dan iritasi.

Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation