Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
serum anti aging

16 Serum Anti-Penuaan (Anti-Aging) Terbaik di Malaysia 2024

Rahsia kekal awet muda sentiasa.

Tidak hanya tertumpu kepada yang berusia sahaja kerana produk serum anti aging bersifat anti-penuaan yang harus diambil seawal usia 20-an lagi. 

Ini kerana, kulit kita sentiasa terdedah kepada sinaran UV serta persekitaran dan pencemaran yang tidak sihat. 

Jadi, memilih produk anti aging terbaik dapat memulihkan keadaan kulit yang telah rosak. 

Jom lihat serum anti penuaan terbaik untuk jenis kulit anda, dan lihat juga rangkaian skincare untuk usia 40 tahun ke atas di Malaysia.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 16 Anti Aging Serum

Serum anti aging terbaik secara keseluruhan
Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C
Garnier
Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C
From
RM32.83
Check Garnier Light Complete Booster Serum With Vitamin C price below:
add_circle Terdapat 30X vitamin C
add_circle Boleh mencerahkan kulit
add_circle Ada ekstrak lemon Yuzu segar
add_circle Sesuai juga dengan kulit sensitif
add_circle Tekstur ringan & cepat menyerap
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Ciri-ciri:

Serum multi-fungsi ini dapat melembap, mengawal pengeluaran minyak wajah berlelihan serta mengurangkan bintik hitam.

Selain itu, serum ini bertindak untuk mengurangkan  pigmentasi, parut jerawat dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. 

Kemampuan serum ini disebabkan bahannya dirumus dengan ekstrak buah lemon dan asid Salicylic sekaligus dapat beri tekstur lebih ringan dan senang menyerap ke dalam kulit.

Menariknya, produk ini juga mempunyai pelindung UVA dan UVB menjadikan sesuai untuk yang sering mengalami masalah kulit berminyak, berjerawat dan kering. 

Review:

“Selepas menggunakan serum ini, kulit kusam kelihatan berkurangkan dan kulit makin berseri."

Serum anti aging untuk kulit kombinasi
The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% (30ml)
The Ordinary
Serum untuk kulit jerawat dengan Vitamin C
From
RM50.00
Check The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% (30ml) price below:
add_circle Bahan seperti L-Ascorbic
add_circle Vitamin C untuk mengurangkan kulit kusam
add_circle Hyaluronic acid untuk mengurangkan tanda penuaan
remove_circle Perlu guna set muka yang lengkap

Serum muka dari The Ordinary ini mengandungi sumber Vitamin C dan dikenali sebagai L-Ascorbic Acid. 

Malah, dapat meningkatkan pengeluaran kolagen serta mempunyai sifat antioksidan yang penting untuk menjaga kulit dari penuaan serta tona tidak sekata. 

Sistem ini disokong dengan penambahan sfera dehidrasi HA bermaksud Hyaluronic Acid, yang berupaya menarik 1,000 kali berat ke dalam air.

Semestinya akan membantu mengembalikan lembapan dan kekal hidrasi pada kulit anda sepanjang hari.

Serum anti aging vitamin c
Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
Wardah
Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
From
RM28.71
Check Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml) price below:
add_circle Mengandungi vitamin C dan Aloe Vera
add_circle Melindungi kulit wajah dari radikal bebas
add_circle Menyerap masuk ke dalam kulit lebih pantas
remove_circle Melekit
remove_circle Kulit wajah berminyak

Bertindak sebagai anti radang kerana serum dari Wardah C Defense ini mengandungi Vitamin C yang tinggi.

Bahan ini memiliki keupayaan penembusan tinggi ke dalam lapisan kulit dan memberikan kesan terbaik pada kulit anda.

Malah dapat berfungsi dalam 5 langkah sinergi untuk membentuk kulit yang lebih cerah, awet muda dan sihat.

Selain itu dapat membantu merangsang sintesis kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit.

Jangan risau, sesuai untuk semua peringkat usia terutamanya remaja.

Serum anti aging terbaik di watson
Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concenrate
Nutox
From
RM52.02
Check Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concenrate price below:
add_circle Mengandungi ekstrak sarang burung
add_circle Menggunakan kolagen semula jadi
add_circle Kuasa makro alga
add_circle Ekstrak gentian India, Actigenic +
remove_circle Harga mahal

Nutox Advanced Serum Concentrate memberi tumpuan kepada dua ciri utama, Actigenic + dan B'Nest Collagen. 

Dengan menggunakan kuasa makro alga dan ekstrak gentian India, Actigenic +, sistem pertumbuhan semula epidermis dapat dilakukan.

Dengan proses pertumbuhan lapisan kulit bahagian epidermis ini dapat menimbulkan kesan ketara untuk kulit tampak lebih muda dan berseri.

Guna secara konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut, dan kekusaman. 

Kulit anda akan memberi hasil yang memuaskan dalam masa hanya beberapa minggu sahaja. 

Serum anti aging untuk kulit berjerawat
Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum (30ml)
Cosmoderm
cosmoderm oil control serum
From
RM28.01
Check Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum (30ml) price below:
add_circle Sesuai kulit kombinasi kering dan berminyak
add_circle Kurangkan jerawat & blackhead
add_circle Serap minyak dan sebum pada kulit
remove_circle Tidak mempunyai logo halal

Buat anda yang mempunyai kulit berminyak, serum ini membantu mengimbangi dan mengawal rembesan minyak yang tersumbat dalam liang pori.

Selain itu, dapat menghalang bakteria serta meningkatkan tahap kelembapan pada kulit wajah agar lebih berseri. 

Produk ini juga bebas dari bahan tambahan terlarang yang dapat merosakkan kulit dan menyebabkan terbentuknya kesan kedutan.

Kaya dengan ekstrak organik seperti lemon dan lidah buaya, serum Cosmoderm Tea bagi melembabkan kulit wajah.

Tree Oil ini akan membantu anda mencapai kulit yang tampak lebih segar dan bersih. 

Serum anti aging yang bagus dan murah
Hexa Peptide Serum Original Repair Collagen Essence Lifting Firming Skin Care
Hexa Peptide Serum Original Repair Collagen Essence Lifting Firming Skin Care
From
RM9.00
Check Hexa Peptide Serum Original Repair Collagen Essence Lifting Firming Skin Care price below:
add_circle Mengecilkan liang pori
add_circle Melembapkan kulit wajah
add_circle Mengurangkan tanda penuaan
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit berminyak

Serum Hexa mempunyai peptide bagi membekalkan collagen serta memberikan keanjalan pada wajah.

Jadi bila ada tanda penuaan seperti garis halus, tahap keanjalan yang dibekalkan dalam serum Heza mampu menjadikan kulit anda kelihatan awet muda. 

Bukan itu sahaja, kulit yang sihat dan berseri perlu diberikan Vitamin C, serum Hexa mempunyai Vitamin C yang baik untuk tekstur wajah anda.

Bahkan, masalah liang pori juga dapat dikurangkan hanya dengan pemakaian serum ini. 

Serum anti-aging terbaik untuk usia 30 tahun
Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion
Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion
From
RM31.73
Check Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion price below:
add_circle Bebas minyak
add_circle Diperkaya dengan bahan anti aging
remove_circle Guna set lengkap untuk hasil terbaik

Safi jenama gah yang semamangnya menjadi pilihan rata-rata wanita diluar sana, tapi bagi rangkaian Safi Youth Gold pulak lebih utama pada wanita berumur.

Yela bila masuk umur 30 an, tanda penuaan boleh dilihat dari garis halus, kedutan, tompok hitam, kulit kusam. 

Serum yang berasaskan dari air dan bebas minyak ini sangat sesuai dipakai untuk semua jenis kulit terutama jenis kulit yang berminyak.

Diperkaya juga dengan Vitamin B3, anti aging dan Peptides bagi mempercepatkan pembentukan kulit wajah agar lebih sihat dan berseri. 

Hasilnya, kulit kekal lembap, tanda kedutan juga berkurangan, kulit lebih anjal, lembut dari biasa. 

Hasil ini semua terbukti secara ujian klinikal dari bahan yang berkualiti, jadi anda tidak perlu risau dengan kandungan bahannya ye. 

Serum anti-aging terbaik untuk usia 40 tahun
Olay Regenerist Advanced Anti Aging Series
Olay
Olay Regenerist Advanced Anti Aging Series
From
RM69.90
Check Olay Regenerist Advanced Anti Aging Series price below:
add_circle Mengandungi bahan Peptides
add_circle Mampu mencerahkan wajah
add_circle Membekalkan hidras
remove_circle Harga mahal

Serum Olay Regenerist Advanced Anti Aging ini khas untuk mengatasi masalah penuaan yang terjadi pada kulit wajah. 

Jadi dengan kandungan Peptides, rumusan yang dapat mengatasi penuaan dengan menggalakkan penghasilan kolegen untuk nutrisi kulit wajah.

Jadi, bila pakai serum ini kedutan halus pada wajah akan berkurang, kulit makin anjal dan lebih tegang seperti kulti remaja. 

Bukan itu sahaja, terdapat kandungan Niacinamide yang dapat membantu mengurangkan tompok hitam, masalah kulit kusam pada wajah. 

Anda juga tidak perlu risau, tanpa mengeringkan kulit anda malah serum ini memberikan hidrasi sehingga 24jam tau!

Serum anti aging retinol serum
Pond’s Age Miracle Youthful Glow Double Action Serum
Pond’s
Pond’s Age Miracle Youthful Glow Double Action Serum
From
RM59.00
Check Pond’s Age Miracle Youthful Glow Double Action Serum price below:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Mampu memghasilkan kolagen
add_circle Next Generation of anti aging Technology
remove_circle Menyebabkan iritasi bergantung pada jenis kulit

Serum ini menggunakan technology anti aging untuk mengurangkan kesan penuaan yang terdapat pada kulit wajah. 

Manakala bahan seperti Retinol-C Complex ini membantu dalam pengelupasan dan menghasilkan kolagen baru untuk wajah. 

Maksudnya, Retinol ini bahan yang wajib ada jika anda ingin atasi masalah penuaan kedutan dan garis halus pada wajah. 

Bukan itu sahaja, kulit terasa lebih anjal sihat dan berseri. Jadi wajah juga kelihatan lebih muda dari sebelumnya. 

Kulit anda juga tampak lebih cerah dengan bahan Hexylresorcinol yang membantu mencerahkan kulit, mengurangkan masalah kusam dan tompok hitam pada wajah. 

Serum anti aging Loreal
LOreal Paris Revitalift Anti Aging Laser X3 Serum
loreal paris serum
From
RM111.00
Check LOreal Paris Revitalift Anti Aging Laser X3 Serum price below:
add_circle Mengurangkan kedutan
add_circle Meningkatkan ketumpatan dan keanjalan kulit
add_circle Memperbaiki tekstur kulit
remove_circle Harga sedikit mahal

Produk anti-aging Loreal Paris pilihan yang bagus untuk mereka yang ingin meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan serta garis halus.

Antara tiga bahan utama termasuk:

  • LHA: Mengelupas kulit dengan lembut untuk memperbaiki tekstur dan liang pori terbuka.
  • Adenosine: Bahan aktif anti-penuaan yang terkenal untuk mengurangkan kedutan.
  • Pro-Xylane: Bahan aktif yang boleh meningkatkan bahan asas kulit dan merangsang sintesis kolagen untuk meningkatkan ketumpatan kulit serta plumpness.

Hasilnya, pori-pori menjadi semakin halus dan kedutan berkurang setiap hari.

Kulit turut terasa lebih lembut, gebu dan anjal apabila disentuh.

Tona kulit pula lebih cerah dan sekata. 

Serum anti aging untuk kulit sensitif
Minimalist 0.3% Retinol Anti Aging Face Serum
Minimalist 0.3% Retinol Anti Aging Face Serum
From
RM38.22
Check Minimalist 0.3% Retinol Anti Aging Face Serum price below:
add_circle Tidak merengsakan kulit
add_circle Untuk kulit wajah lelaki & wanita
add_circle Meratakan tona kulit
add_circle Melicinkan kulit
add_circle Tidak melekit
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita hamil

Produk ini wajib ada dalam rutin kecantikan anda yang berusia 20-an pada setiap malam untuk membaiki kulit daripada garis-garis halus dan kedutan. 

Semua jenis kulit boleh guna serum retinol Minimalist ini termasuklah kulit normal, berminyak atau kombinasi, berjerawat, kering dan sensitif. 

Retinol dapat menegangkan semula kulit yang dah mula kendur dan kusam, sekali gus mengelakkan tanda-tanda awal penuaan. 

Kombinasi bahan Bakuchiol dan Vitamin E (Tocopherol) sebagai antioksidan pula menjadikan serum ini terbaik untuk mendapatkan kulit yang kembali anjal dalam masa 8 minggu. 

Bebas dari bahan pewangi dan tidak menyebabkan pori tersumbat.

Serum anti aging Wardah
Wardah Renew You Intensive Serum 30 ml
Wardah Renew You Intensive Serum 30 ml
From
RM62.00
Check Wardah Renew You Intensive Serum 30 ml price below:
add_circle Dapat melindungi sel-sel kulit muka
add_circle Bantu penghasilan sel kulit baru
add_circle Melawan tanda penuaan
remove_circle Kesan purging bergantung individu

Serum terbaik untuk masalah penuaan adalah serum yang mempunyai bahan untuk melawan masalah penuaan.

Seperti serum Wardah ini, mempunyai lebih 10 bahan aktif yang melawan tanda penuaan pada kulit wajah anda.

Dengan ekstrak stem cell Malus Domestica, serum ini memberi perlindungan pada sel agar tidak terkesan dari bahan luar.

Bila ada masalah kulit dan tanda penuaan, proses pengelupasan kulit perlu bagi menghasilkan sel-sel baru.

Jadi serum ini diperkaya dengan 5 Botanical untuk proses pengelupasan serta menghasilkan sel baru agar kulit lebih sihat, glowing dan bersih.

Bukan susahkan nak atasi masalah penuaan, perlu rajin pakai dekat muka hari-hari untuk dapatkan hasil terbaik.

Produk Eucerin untuk anti penuaan
Eucerin Hyaluron-Filler +Elasticity 3D Serum 30ml
serum eucerin
From
RM225.99
Check Eucerin Hyaluron-Filler +Elasticity 3D Serum 30ml price below:
add_circle Mengurangkan bintik-bintik penuaan
add_circle Diinspirasikan oleh rawatan dermatologi
add_circle Cepat meresap dan boleh melembapkan kulit
add_circle Meransang pengeluaran kolagen
remove_circle Harga mahal

Eucerin merupakan jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh ahli pakar dermatologi.

Serum anti-penuaan ini berfungsi mengurangkan bintik-bintik penuaan sekaligus memberi keyakinan kepada anda dengan kulit yang lebih berseri.

Uniknya, formula serum Eucerin ini menggunakan Thiamidol yang menjadi punca utama hiperpigmentasi.

Namun, terbukti secara klinikal dapat mengurangkan bintik-bintik penuaan dan menghalang kemunculannya semula jika digunakan secara kerap.

Turut mengandungi asid hyaluronik dan bahan aktif Arcitin yang terbukti dapat mempercepatkan pembaharuan kolagen dalam sel kulit.

Tekturnya ringan, tidak melekit dan selepas dua minggu penggunaan, kulit anda jadi lebih lembut dan anjal.

Serum anti aging terbaik untuk usia 20-an
Skintific Retinol Serum
Skintific Retinol Serum
From
RM56.00
Check Skintific Retinol Serum price below:
add_circle Sesuai untuk pemula
add_circle Mengandungi 3 jenis retinol yang lembut
add_circle Boleh mengekalkan keanjalan kulit
add_circle Mengurangkan garis halus
add_circle Ringan dan cepat menyerap
remove_circle Guna set lengkap untuk hasil terbaik

Bagi yang baru nak mula guna retinol dan tak nak nampak berusia, boleh cuba serum retinol dari Skintific.

Gabungan 3 jenis retinol dalam serum ini menggunakan Teknologi Time-released untuk hasil yang cepat dan berkesan mencegah tanda-tanda penuaan.

Dilengkapi dengan 3D Peptide yang dapat mengurangkan kedutan dan garis-garis halus daripada kelihatan.

Serum ini juga mengandungi ceramide yang mampu mengunci kelembapan kulit dan mengelakkan kerengsaan berlaku.

Jadi, serum ini memang selamat untuk pemula dan kulit anda kekal anjal.

Serum anti aging Noir
Noir Mini Super Anti Aging Serum
Noir Mini Super Anti Aging Serum
From
RM28.00
Check Noir Mini Super Anti Aging Serum price below:
add_circle Mengatasi masalah iritasi kulit
add_circle Merangsang kolagen dalam kulit
add_circle Mencegah jeragat, jerawat dan kulit kusam
add_circle Selamat pada bahagian sekeliling mata
add_circle Melindungi kulit dari radikal bebas
remove_circle Cepat habis dalam pasaran

Serum Noir ini mengandungi gabungan bahan-bahan semula jadi yang berkesan untuk mengatasi masalah penuaan kulit seperti garis halus, jeragat dan muka kendur.

Bahan utamanya termasuk ekstrak epal Malus Domestica dan Astaxanthin berkesan untuk mempercepatkan penjanaan semula sel kulit dan melindungi kulit daripada radikal bebas yang menyebabkan penuaan.

Ditambah lagi kakadu plum ekstrak yang dapat menangani keradangan kulit dan merangsang pengeluaran kolagen.

Bukan sahaja kulit wajah semakin cerah dan lembap, malah semakin tegang dan liang pori semakin mengecil.

Paling penting, serum ini sesuai untuk semua jenis kulit seawal usia 20 tahun.

Serum anti aging untuk kulit berminyak
Sulwhasoo First Care Activating Serum VI
Sulwhasoo First Care Activating Serum VI
From
RM199.00
Check Sulwhasoo First Care Activating Serum VI price below:
add_circle Mengurangkan kedut di sekitar mata
add_circle Mengecilkan liang pori dan melembapkan kulit
add_circle Memperbaharui sel kulit
add_circle Menguatkan penghalang kulit
remove_circle Harga mahal

First Care Activating Serum generasi ke-6 dari Sulwhasoo ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Diformulasikan dengan Sulwhasoo Master Complex dan gabungan ginseng untuk memulihkan dan melembapkan kulit dengan segera selepas mencuci muka.

Walaupun harganya mahal, serum ini terbukti berkesan dalam memperbaharui kulit anda yang bermasalah, menguatkan halangan kulit dan melindunginya dari tanda-tanda penuaan.​

Teksturnya cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori dan bebas daripada alkohol serta bahan-bahan pewangi.

Hasilnya, kulit lebih cerah, tegang, halus dan nampak lebih muda.


Maksud Anti Aging

Anti aging merujuk kepada proses melambatkan atau mengurangkan kesan penuaan pada kulit.

Antara tanda-tanda penuaan termasuk kedutan, tekstur kasar, jeragat, dan muka kendur.

Nasihat kami gunakan produk anti aging yang mengandungi bahan aktif seperti retinol atau hyaluronic acid.

Retinol membantu mengembalikan keanjalan kulit manakala asid hyaluronik menyimpan kelembapan untuk nampak lebih muda.


Pada Umur Berapa Dah Boleh Memulakan Produk Anti-Aging?

Tiada had umur khusus untuk mulakan penggunaan produk anti-penuaan walaupun kebanyakan produk di pasaran adalah produk skincare terbaik untuk wanita 40-an.

Namun, pakar kecantikan mengesyorkan untuk mulakan penjagaan kulit sejak awal 20-an.

Hal ini kerana proses penuaan kulit bermula pada usia 25 tahun.

Kalau anda masih berada di lingkungan 20-an, guna je serum anti-penuaan dan jangan lupa pakai sunscreen untuk lindungi kulit dari sinar UV


Adakah Fungsi Utama Serum Anti-Penuaan?

Dalam produk penjagaan wajah, serum dianggap penting kerana kandungan bahan aktifnya tinggi. 

Bahan yang wajib ada ialah peptida dan retinol di mana dua bahan ini berfungsi untuk mengurangkan masa penuaan. 

Membantu proses pengelupasan sel lama dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru serta membekalkan kolagen pada kulit wajah.

Oleh itu, memakai serum berasaskan antipenuaan, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dapat memerangi garis penuaan, kedutan, jeragat serta pigmentasi yang tidak diingini. 

Namun, rangkaian serum mana yang paling sesuai untuk anda?  

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui jawapan.


Artikel Berkaitan

End of Article