Perkakas Rumah

15 Vacuum Cleaner Terbaik di Malaysia 2026 (Paling Kuat)

Sebelum nak beli vacuum cleaner terbaik, pastikan anda lihat senarai vakum rumah terbaik dari kami bersama harga vacuum cleaner untuk pembelian berbaloi.


Editor · Updated 20 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Vacuum Cleaner Terbaik di Malaysia 2026 (Paling Kuat)

Jawapan ringkas: vacuum cleaner terbaik di Malaysia buat masa ini ialah ECOVACS DEEBOT U2PRO Robot Vacuum Cleaner With Mop, RM 999 di Shopee Malaysia (harga disemak 20 Ogos 2026), sesuai untuk rumah berkarpet luas atau ada haiwan peliharaan kerana kuasa sedutan 1500Pa dan fungsi mop automatik.

Setiap rumah pasti perlukan penyedut hampagas atau vacuum cleaner terbaik untuk proses pembersihan rumah.

Kandungan

Lebih-lebih lagi untuk mereka yang memiliki ruang rumah yang luas dan karpet yang banyak, sangat memerlukan vacuum tahan lasak dan vacuum cleaner paling kuat.

Kalau lihat di pasaran, banyak vakum rumah dari jenama vacuum terbaik yang dipromosikan, sampaikan kita pening kepala nak pilih vakum terbaik mana satu yang sesuai.

Dari jenis vacuum tanpa wayar hingga jenis vacuum sedut air, dan dari vacuum murah hingga yang mahal, semua mempunyai kelebihan masing-masing.

Tapi, mana satu vacuum cleaner terbaik supaya proses pembersihan dapat dilakukan dengan sempurna?

Jom kami bantu anda senaraikan jenama vacuum terbaik bersama dengan harga vacuum cleaner untuk anda buat pilihan dengan mudah.


Senarai 15 Vacuum Cleaner Terbaik

DESSINI Periuk Tekanan Elektrik 25 Dalam 1
Vacuum robot terbaik 1 daripada 15
DESSINI Periuk Tekanan Elektrik 25 Dalam 1
Dari RM139.80
Lebih 2,100 unit terjual, antara yang paling laris dalam kategori ini
Menggantikan beberapa alat dapur sekali gus, jadi jimat ruang kaunter
Menu 25 fungsi mengambil masa untuk dibiasakan
2 lagi
Boleh masak nasi, rendang, sup dan kek dalam satu periuk
Bahagian dalam perlu dibasuh dengan tangan

Robot vacuum ECOVACS amat penting untuk memastikan setiap ruang di rumah anda bebas daripada habuk dan bulu halus agar alahan atau serangan asma dapat dielakkan. 

Mempunyai 3 mod pembersihan iaitu Auto, Spot serta Edge. 

Boleh bergerak bebas dengan selamat sekitar rumah ketika beroperasi kerana menggunakan anti-drop sensor agar dapat mengelakkan dari terjatuh di tangga. 

Tak perlu buang kotoran yang telah disedut dengan kerap kerana kapasiti bekas habuk besar (400ml). 

Bukan itu sahaja, ia mampu membersihkan ruang berkeluasan 200 meter per segi apabila dicas penuh. 

Kesan kotoran kicap, sos atau kopi yang tumpah juga boleh dihilangkan secara mudah dengan adanya fungsi mop pada robot vakum ini. 

Memang terbaik digunakan oleh pemilik haiwan untuk memastikan rumah sentiasa bersih walaupun tinggal bersama kucing kerana ia serasi digunakan bersama Pet Care Kit.

Bosch Heavy Duty 3 In 1 Dry Wet Vacuum Cleaner
Vacuum wet and dry terbaik 2 daripada 15
Aeromass Heavy Duty 3 In 1 Dry Wet Vacuum Cleaner
Aeromass
Dari RM379
Sesuai untuk kegunaan industri
Ada fungsi blow juga
Bukan jenis cordless
1 lagi
Kuasa sedutan yang kuat

Vacuum cleaner jenama Bosch ini mempunyai kuasa sedutan yang kuat sebanyak 1800W, dan juga boleh membersihkan kotoran kering atau basah dengan mudah.

Fungsi serba guna 3-dalam-1 membolehkan anda menyedut kotoran kering dan basah, dan juga meniup sisa kotoran dengan mudah.

Dengan bekas keluli tahan karat 12L yang kukuh, penyedut ini dibina untuk kerja pembersihan heavy duty, memastikan ianya tahan lasak untuk digunakan.

Sementara itu, roda pada bahagian bawah vacuum memudahkan anda untuk menggerakkannya di sekitar rumah atau tempat kerja, manakala reka bentuk mesra pengguna membolehkannya dikendalikan yang mudah.

Electrova iTech Series Wet Dry Vacuum Cleaner AQUA1
Vacuum mop terbaik 3 daripada 15
Electrova iTech Series Wet Dry Vacuum Cleaner AQUA1
Electrova
Dari RM899
Jaminan selama 24 bulan
Jenis Wet Dry vakum
Harga mahal
2 lagi
Mempunyai fungsi voice assistant
Bunyi tidak bising

Anda mencari vacuum cleaner yang mempunyai fungsi mop? Jangan pening kepala, anda boleh pertimbangkan untuk beli Electrova iTech Series Wet Dry Vacuum Cleaner AQUA1.

Dengan fungsi 2-dalam-1 Penyedut & Mop Pintar, vacuum cleaner ini dengan mudah membersihkan kotoran basah dan kering, termasuk kesan kotoran degil di atas lantai.

Digerakkan oleh Teknologi Sensor Pintar AQUA1, ia mampu menyesuaikan kekuatan sedutan, aliran air, dan kelajuan berus rol secara automatik, memastikan pembersihan menyeluruh pada setiap sesi pembersihan.

Dengan Teknologi Dual Tank, vakum ini menyimpan air bersih secara berasingan daripada air kotor, sekaligus memberi jaminan pembersihan dilakukan dengan teliti dan kualiti pembersihan yang terjamin.

Dengan kapasiti tangki yang besar, 850ml untuk air kotor dan 800ml untuk air bersih, anda boleh menjalankan tugas pembersihan yang luas tanpa pengisian seula yang kerap.

Sementara itu, nikmati operasi senyap dengan motor digital tanpa berus yang hanya mengeluarkan bunyi sebanyak 78dB. 

Reka bentuknya pula ringan dan boleh digerakkan dengan mudah untuk mencapai setiap sudut rumah anda dengan selesa. 

Selain itu, berus gulung AQUA1 yang canggih mampu secara berkesan membersihkan kawasan yang sukar dicapai dan meninggalkan lantai bebas daripada sebarang kekotoran.

Scott Miller Cordless Vacuum Cleaner SM-V7000 22000Pa with Dust Mite Brush Attachment
Vacuum cordless terbaik 4 daripada 15
Scott Miller Cordless Vacuum Cleaner with Dust Mite Brush Attachment
Scott Miller
Dari RM879
Kuasa sedutan yang kuat
Menyedut 99.9% hama
Bateri tahan 45 minit sahaja
2 lagi
Dilengkapi penapis HEPA
Tidak bising dalam Eco Mode (60 dB)

Vacuum cleaner tanpa wayar dari Scott Miller ini mempunyai kuasa sedutan yang kuat, didorong oleh teknologi SmartTech bagi memastikan pembersihan menyeluruh.

Dengan kuasa sedutan 150 AW yang kuat, dikuasakan dengan putaran motor sehingga 90,000 rpm, ia dengan mudah menyedut kotoran dan sebarang sisa kotoran, meninggalkan lantai rumah anda bersih.

Dilengkapi dengan dua mod pembersihan, mod Eco untuk pembersihan biasa dan mod Turbo untuk pembersihan mendalam, vakum ini boleh disesuaikan dengan keperluan pembersihan anda secara khusus.

Selain itu, ia juga boleh membersihkan hama sehingga 99.9%, memastikan rumah anda bebas daripada kotoran zarah-zarah yang paling kecil dan halus.

Vacuum cleaner ini meliputi sehingga 180 meter persegi dengan satu cas penuh, dan anda boleh melakukan kerja pembersihan tanpa gangguan selama 45 minit.

Turut dilengkapi dengan penapis HEPA yang berkesan menyedut sehingga 99.97% zarah halus, memastikan udara yang lebih bersih di rumah anda.

Risau bunyi bising sehingga mengganggu anak tidur? Jangan risau, vakum ini mampu beroperasi pada 60 dB semasa dalam mod Eco, membolehkan anda membersih tanpa gangguan bunyi yang kuat.

Tambahan pula, dengan empat kepala berus serba guna, anda dapat dengan mudah membersihkan pelbagai permukaan dengan mudah.

Panasonic MC-CG371 Bagged Vacuum
Vacuum rumah tahan lasak 5 daripada 15
Panasonic MC-CG371 Bagged Vacuum
Panasonic
Dari RM278.90
Lebih ringan
Mempunyai 410 W Suction Power
Saiz yang besar
2 lagi
Kapasiti simpanan 1.4 liter
Mempunyai cord sehingga 5 meter

Vacuum cleaner dari Panasonic ini sangat sesuai untuk kegunaan di rumah, pejabat malah untuk membersihkan kenderaan anda. 

Walaupun mempunyai saiz bentuk yang sedikit besar, ianya menjadi satu kelebihan bila kapasiti simpanan sehingga 1.4 liter, besar dan tak perlu tukar dengan kerap.

Kuasa sedutannya juga tinggi sehingga 410w yang mampu menyedut segala jenis kotoran yang ada pada permukaan. 

Bagi anda yang suka vacuum kereta sendiri, vacuum cleaner ini mempunyai panjang cord 5 meter bagi memudahkan anda untuk bergerak.

Jenama yang diyakini, anda boleh cuba sendiri vacuum rumah tahan lasak dari Panasonic ini.

REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner
Vacuum bateri besar 6 daripada 15
REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner
REDBUZZ
Dari RM29.90
Fungsi kering dan basah
Hayat bateri yang panjang
Kapasiti hanya 0.5L
3 lagi
Pengecasan pantas
Sedutan kuat
5 jenis muncung

REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner merupakan salah satu vacuum yang mempunyai kapasiti bateri yang bersaiz besar.

Dengan saiz bateri 2200mAH dan kekuatan sedutan yang kuat, anda boleh lakukan kerja rumah dengan lebih lama tanpa perlu risau perlu dicaj dengan kerap.

Bagaimanapun, kami ingin menasihati anda untuk tidak menggunakan vacuum ini selama 30 minit tanpa henti untuk elakkan motor vacuum burn out atau rosak.

Vacuum cordless ringan ini juga mempunyai filter habuk yang boleh dicuci jadi ini boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan anda.

Menariknya, anda juga boleh sedut air yang tumpah di lantai atau dalam kereta dengan mudah tanpa perlu risau.

Walaupun bunyi sedutan sedikit kuat, vacuum ini berbaloi kerana mempunyai 5 aksesori nozzle yang anda boleh tukar mengikut penggunaan.

KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner
Vacuum untuk karpet terbaik 7 daripada 15
KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner VC96
KADONIO
Dari RM57.41
Kelajuan motor kuat
Sedutan maksimum 16000PA
Bunyi sedutan kuat
2 lagi
Filter mudah ditukar
Ringan

Untuk anda yang mencari vacuum tahan lasak 4 dalam 1, boleh dapatkan KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner VC96 untuk memudahkan kerja rumah anda.

Ciri 4 dalam 1 memberikan anda 4 pilihan kepala vacuum iaitu stick vacuum panjang biasa untuk lantai atau dinding, berus pendek untuk karpet, berus muncung pendek untuk celahan dinding dan flat hose untuk sedutan tempat kecil dan tirus.

Dengan kelajuan motor yang kuat dan sedutan maksimum motor 16000PA, anda boleh membersihkan lantai atau kawasan yang diperlukan dalam masa 10 saat sahaja!

Paling penting, vacuum tahan lasak ini sangat ringan dan filter mudah ditukar jadi anda tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengendalikannya.

Walaupun bunyi sedutan vacuum ini sedikit kuat, pembeliannya akan berbaloi kerana kapasiti bateri 2000mAH ini membolehkan anda gunakannya dengan lebih lama!

Morgan Vacuum Cleaner DryWetBlow MVC-TC181SS
Vacuum terbaik secara keseluruhan 8 daripada 15
Morgan Vacuum Cleaner Dry/Wet/Blow MVC-TC181SS
Dari RM329
Kapasiti kotoran besar
Fungsi wet, dry & blow
Berat
2 lagi
Kuasa sedutan, 1800w
Stainless steel

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Vacuum cleaner yang tahan lasak dari jenama Morgan ini merupakan pilihan yang terbaik kerana arga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan kuasa yang sangat kuat. 

Ciri-ciri:

Material vacuum ini diperbuat dari stainless steel yang tahan dari terkena cuaca panas dan hujan. 

Kapasiti tong habuk pula sangat besar iaitu 32 liter membolehkan mengisi kotoran kering mahupun basah. 

Jangan risau, anda boleh membasuh beg habuk untuk dipakai semula dan diperbuat dari 100% polister tahan lasak. 

Kuasa sedutan 1800w pula amat mengagumkan, sudah tentu mampu menyedut apa jua kotoran kecil atau besar. 

Begitu juga dengan pelbagai pilihan aksesori kepala vacuum bagi memudahkan lagi proses pembersihan 

Jangan lupa, vacuum ini juga vacuum wet and dry terbaik dilengkapi sistem blow.

Maksudnya anda boleh bersihkan daun atau rumput selepas dipotong atau ditebas. 

Review:

“Sedutan vacuum memang kuat, sangat bagu nak bersihkan karpet. Memang berbaloi beli vacuum ini. Terbaik!”

Meck 12L Heavy Duty Vacuum Cleaner Wet And Dry Blow 3 In 1 MVC-WD123SS
Vacuum heavy duty terbaik 9 daripada 15
Meck 12L Heavy Duty Vacuum Cleaner Wet And Dry Blow 3 In 1 MVC-WD123SS
Dari RM58.60
Harga murah
Kapasiti 12 liter
Bunyi bising
4 lagi
Stainless Steel
Kuasa sedutan, 1200w
Mempunyai fungsi wet & dry
Menggunakan Penapis HEPA

Vacuum cleaner Meck sesuai dijadikan vacuum heavy duty untuk kegunaan rumah atau pejabat kecil. 

Ini kerana dilengkapi tong kapasiti bersaiz 12 liter dan turut boleh mengisi sampah basah atau cecair 6.5 liter. 

Badan vacuum pula dari material stainless steel dengan roda di bawah untuk memudahkan vacuum dibawa ke mana sahaja. 

Kekuatan sedutan amat kuat sehingga 1200w dan mempunyai perlindungan haba supaya tiada proses tergendala akibat gangguan suhu panas. 

Menariknya lagi, Meck menyediakan ruang simpanan khas untuk aksesori vacuum jadi anda boleh bawa bersama ketika proses vacuum. 

Rata-rata pembeli Meck Heavy Duty model MVC-WD123SS amat berpuas hati dengan kepakaran sedutan habuk yang sedia ditapis oleh penapis HEPA. 

Begitu juga dengan harga jualan yang cukup murah walaupun vacuum cleaner berkuasa tinggi!

Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Mini
Vacuum kereta terbaik 10 daripada 15
Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Mini
Xiaomi
Dari RM199
Sedutan kuat
Kecil dan ringan
Vacuum cepat panas
2 lagi
Mudah dibersihkan
Masa pengecasan yang lama

Xiaomi sekali lagi berjaya mendamba hati peminat mereka dengan vacuum saiz mini yang berkuasa tinggi.

Produk ini sangat sesuai untuk kerja-kerja membersih minima seperti kotoran makanan, habuk pensil atau pasir pada kasut. 

Sedutan 13000pa amat berbaloi dengan saiz vacuum yang kecil ini dan dua pilihan kepala penyedut bagi kelancaran proses vakum. 

Rekaan yang unik tanpa pemegang, iaitu idea untuk anda berasa lebih selesa dan beratnya yang hanya 500 gram sudah tentu boleh juga digunakan oleh kanak-kanak. 

Jangka hayat bateri yang bertahan sehingga 30 minit sudah pasti dapat menjimatkan elektrik daripada pengecasan yang kerap.  

Midea Cordless Anti-Dust Mites Vacuum Cleaner 110W MVC-B5D
Vacuum untuk tilam terbaik 11 daripada 15
Midea Cordless Anti-Dust Mites Vacuum Cleaner 110W MVC-B5D
Midea
Dari RM377.50
Mempunyai lampu UV-C
Pemegang boleh pusing
Agak bising (75 dBa)
2 lagi
Penapis HEPA
Waktu mengecas lama (3-5 jam)

Alami gatal-gatal dan malas nak tukar cadar setiap minggu? Anda boleh bersihkan tilam dengan vacuum tanpa wayar dari Midea ini. 

Vacuum ini merupakan model khas untuk membersih tilam dari sebarang habuk dan hama yang tinggal di permukaan tilam. 

Penyedut tanpa wayar ini frekuensi denyutan tinggi iaitu 11000/per minit dan aliran cahaya UV yang kuat supaya dapat menarik kotoran seperti sisa rambut, tisu kulit mati dan membunuh habuk hama. 

Kuasa sedut pula 7500pa, dimana boleh dikategorikan sebagai kuasa sedutan yang sederhana. 

Habuk kotoran yang telah disedut akan terperangkap didalam penapis vacuum dan kemudian disimpan didalam dust box yang boleh ditanggalkan dan dicuci. 

Manakala pemegang atau handle vacuum boleh dipusing supaya anda tidak perlu mengangkat vacuum ketika membersihkan tilam. 

Tips dari kami untuk vacuum tilam, lakukan sekali seminggu dan pastikan anda memakai mask ketika vacuum untuk tidak terdedah dari habuk dan hama. 

Dari segi harga, Midea merupakan jenama yang berkualiti dan masih tetap memberikan harga yang berpatutan.  

Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10
Wireless vacuum cleaner terbaik 12 daripada 15
Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10
Hericaine
Dari RM809
Mempunyai penapis HEPA
Kuasa sedutan 19000pa
Penyedut dust mite dijual berasingan
1 lagi
Jaminan selama 5 tahun

Memiliki kuasa sedutan 19000pa sudah memadai untuk membersih bahagian lantai dan karpet dari sebarang habuk serta kotoran.

Rambut, bulu binatang peliharaan dan sisa makanan di lantai dapat disedut dengan mudah tanpa perlu disapu. 

Bahagian bukaan kepala penyedut yang lebar serta dilengkapi lampu LED mempercepatkan lagi proses pembersihan. 

Anda boleh meleret vacuum dicelahan hujung perabot yang gelap dan membersih dengan efisien. 

Ciri-ciri lain yang menambat hati ialah lengkap dengan penapis HEPA serta kemampuan bateri boleh tukar dan diguna selama 40 minit. 

Saiz vacuum cordless yang sederhana dan mempunyai berat 1.2kg memang menyenangkan apabila menggunakan.

Senang cerita kalau nak bawa balik kampung pun tiada masalah! 

Menariknya lagi, pembeli vacuum cordless Hericaine akan menerima waranti motor vacuum selama 5 tahun.

Jangan risau, pusat servis vacuum ini juga ada di Malaysia dan ingin kami ingatkan, alat penyedut tambahan dustmite dan pemegang vacuum dijual secara berasingan. 

Philips PowerPro Compact Bagless Vacuum Cleaner FC9352
Vacuum cleaner terbaik untuk rumah 13 daripada 15
Philips PowerPro Compact Bagless Vacuum Cleaner FC9352
Dari RM551.47
Kapasiti, 12 liter
Kuasa sedutan, 1900w
Harga mahal
2 lagi
Penapis EPA 10
Ringan

Ini antara vacuum cleaner paling kuat dengan sedutan 1900w! 

Vacuum Philips model FC9352 diperkenalkan dengan teknologi PowerCyclone 5, dimana bijak mengasingkan udara dan kotoran semasa menyedut. 

Ini supaya fungsi sedutan vacuum lebih efisien dan mengurangkan penghasilan sisa kotoran yang melekat pada tiub vacuum. 

Muncung vacuum yang disediakan pula diberi beberapa pilihan yang unik seperti Turbo Brush yang mampu menarik sehingga 25% kotoran kecil.

Selain itu, vacuum tanpa beg sampah ini juga mempunyai penapis EPA 10 yang dikatakan lebih baik dari penapis biasa. 

Vacuum ini juga dapat memerangkap partikel halus bersama kombinasi aliran angin sedutan yang tidak akan menyebabkan penapis tersumbat. 

ELECTROLUX (Z1231) Bagless Vacuum Cleaner 1600W320W SuctionHepa filter
Vacuum cleaner dengan hepa filter 14 daripada 15
Electrolux (Z1231) Bagless Vacuum Cleaner 1600W/320W Suction/Hepa filter
Dari RM419
Kapasiti, 1 liter
Kuasa sedutan, 1600w
Berat 6.5kg
2 lagi
Penapis HEPA
Waranti 1 tahun

Vacuum cleaner dari Electrolux berbaloi untuk kegunaan rumah atau ruang bilik tidur anda. 

Ini kerana mempunyai sedutan sehingga 1600w, memang sangat efektif dalam membersihkan habuk, sawang, sisa rambut serta bulu haiwan peliharaan. 

Menariknya lagi, anda boleh mengawal kuasa sedutan dari low hingga medium. 

Selain itu, vacuum kecil ini turut dilengkapi penapis HEPA yang memberi pulangan semula udara yang bersih semasa menyedut. 

Jangan risau, penapis tersebut boleh dibersihkan dan dipakai semula dengan selamat. 

Walaupun vacuum ini memiliki ciri bagless, ruang simpanan kotoran vacuum ini mudah dibersihkan dan ditanggalkan. 

Tunggu apa lagi, vacuum ini ternyata terbaik untuk membersih dan meninggalkan udara yang bersih dari HEPA filter! 

Gaabor Cyclone Strong Suction Corded Home Vacuum Cleaner
Vacuum terbaik dan murah 15 daripada 15
Gaabor Vacuum Cleaner Corded Tornado System Multi-Filtration Technology Handheld
Dari RM66.72
Handheld
Ringan
Berwayar
4 lagi
Kuasa sedutan, 1600pa
Mempunyai penapis
Harga murah
Cepat panas

Teringin nak ada vacuum cleaner tahan lasak tapi murah?  Vacuum Gaboor adalah pilihan tepat. 

Harganya bawah RM100 tapi masih mempunyai ciri-ciri vacuum yang terbaik. 

Kadar sedutan vacuum cleaner sangat memuaskan iaitu 1600pa, mampu menyedut habuk halus pada permukaan lantai dan karpet. 

Walaupun hanya boleh berpusing 90 darjah, vacuum ini boleh digunakan dalam dua cara iaitu handheld dan stick. 

Jadi anda boleh menyedut habuk di langsir, celahan sofa atau tilam dengan mudah. 

Kelebihan rekaan vacuum yang ringan dan nipis menyenangkan anda untuk menyimpan dan paling penting tidak lenguh tangan apabila digunakan.

Kelongsong tabung kotoran juga mudah ditanggalka dan di sisi vacuum mempunyai cangkuk khas untuk anda gantung wayar kabel supaya tidak berselirat. 

Ciri-ciri begini juga ada pada vacuum cleaner yang dijual pada harga sangat rendah. 


Berapa Lamakah Sebuah Vacuum Cleaner Boleh Berfungsi Dengan Baik? 

Jawapannya bergantung pada jenama, kualiti dan kaedah penggunaan vacuum cleaner itu sendiri. 

Tapi tempoh yang dianggarkan oleh pakar adalah sehingga sekitar 8 tahun.

Jika diselenggarakan dengan baik, vacuum cleaner boleh digunakan sehingga 10 - 15 tahun lamanya. 

Terutamanya vacuum cleaner jenis heavy duty atau cyclone. 

Cuma vacuum cleaner yang murah atau sekadar untuk dijadikan kegunaan domestik seperti di rumah, mampu bertahan sehingga 3 atau 5 tahun. 

Jadi penting juga untuk kita selenggara vacuum atau tukar alat ganti aksesori vacuum untuk tahan lama. 


Apakah Tips Beli Vacuum Cleaner Malaysia?

Ciri-ciri utama yang perlu anda lihat ketika membuat pembelian vacuum adalah:

  • Kadar Penggunaan

Pertama sekali lihat pada saiz rumah atau tempat yang anda ingin bersihkan dengan vacuum cleaner. 

Ini supaya tidak membebankan vacuum kerana aspek utama dalam sebuah vacuum ialah kapasiti sedutan. 

Jika anda gunakan vacuum kapasiti kecil tapi dengan kerja yang berat, boleh memendekkan jangka hayat vacuum. 

  • Kenali Jenis Vacuum

Terdapat dua jenis asas vacuum cleaner yang perlu kita kenali sebelum membeli.

Pertamanya jenis cyclone, iaitu vacuum yang mengisi habuk kotoran dalam bekas khas.

Pengguna biasanya boleh mencuci bekas tersebut setelah selesai vacuum. 

Kini terdapat banyak vacuum cyclone diperkenalkan di Malaysia, terutamanya dalam rekaan stick vacuum. 

Kedua, vacuum dust bag iaitu vacuum tipikal yang biasa kita lihat untuk kerja-kerja industri.

Vacuum jenis ini mengumpul sisa kotoran didalam beg pakai buang. 

Selalunya  jenis ini lebih menyenangkan kerana debu dan habuk tidak akan berterbangan.

  • Kuasa Sedutan Vacuum (PA)

Ramai yang tertipu rekaan vacuum dengan tidak melihat daya kerja sedutan vacuum tersebut. 

  1. Robot vacuum cleaners: 2000pa - 4000pa
  2. Cordless vacuum cleaners: 10000pa - 20000pa
  3. Cylinder vacuum cleaners: 13000pa - 25000pa

Senarai diatas adalah rujukan untuk mengetahui kadar sedutan vacuum yang sesuai untuk setiap jenis model.

  • Jenis-jenis aksesori

Pastikan vacuum pilihan anda mempunyai pelbagai aksesori tambahan untuk memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan.

Apa yang patut ada dan bagaimana nak guna aksesori vacuum anda? Tonton video dibawah untuk mengetahui cara guna vacuum dengan betul.


Article Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation