Kalau anda memiliki smartphone tentu power bank menjadi salah satu gadget wajib untuk dimiliki untuk memastikan bateri phone sentiasa mencukupi.
Bagi pengguna iPhone di Malaysia, mesti agak mencabar nak cari powerbank terbaik untuk iPhone yang berbaloi.
Jangan risau, kami hadir dengan panduan terbaik untuk bantu anda pilih power bank iPhone yang tepat untuk semua jenis iPhone, khas untuk pasaran Malaysia.
Bukan mudah nak pilih powerbank iPhone yang paling berbaloi sebab setiap power bank ada ciri-cirinya tersendiri.
Dari kesesuaian dengan semua jenis iPhone hingga prestasi bateri yang tahan lama, kami melihat ciri-ciri, prestasi, dan harga yang berpatutan untuk pengguna Malaysia.
Jom lihat senarai powerbank tahan lama untuk iPhone, powerbank besar dan harga power bank mengikut bajet anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
7 Power bank iPhone Terbaik Di Malaysia
Review:
Baseus Power Bank 10000mAh Mini Magnetic Wireless Fast Charging ini dilengkapi teknologi terkini untuk memastikan pengecasan pantas dan efisien di mana sahaja anda berada.
Ciri-ciri:
Dengan reka bentuk bersaiz kecil, Power Bank Baseus sesuai untuk anda yang sering bergerak atau travel atas urusan kerja.
Kapasiti 10000mAh memberikan kuasa yang mencukupi untuk mengekalkan peranti anda dicas sepanjang hari, manakala saiz yang ringan dan mudah alih memudahkan anda untuk simpan dalam beg atau poket.
Dilengkapi dengan input dan output USB-Type C, serta sokongan untuk pengecasan tanpa wayar, power bank ini menawarkan pelbagai pilihan pengecasan yang sesuai dengan keperluan anda.
Sama ada anda lebih suka pengecasan dengan wayar atau tanpa wayar, Power Bank Baseus memberikan kuasa yang cepat dan boleh dipercayai kepada peranti anda.
Jika anda menggunakan iPhone 14, ia sangat sesuai dijadikan sebagai powerbank iPhone 14 dan menjadi peneman harian anda.
Review:
“Magnet dia lekat kuat jadi tak mudah jatuh. Memang selesa pegang power bank ni dan boleh cas iPhone secara tanpa wayar dengan pantas.”
Energea MagPac Mini Magsafe Power Bank dilengkapi dengan pelbagai ciri untuk memastikan pengecasan cepat dan efisien pada setiap penggunaan.
Dengan keluaran PD20W untuk pengecasan pantas dengan kabel, anda boleh mengisi semula bateri iPhone anda dengan cepat.
Port USB-C yang terbina menyokong input PD20W, membolehkan pengecasan pantas power bank itu sendiri.
Selain itu, dengan pass-through charging, anda boleh mengecas dua peranti secara serentak, memaksimumkan penggunaan powerbank mini ini.
Dengan daya magnet yang kuat, Energea MagPac Mini memastikan iPhone anda dapat melekat dengan selamat, manakala built-in video stand menambah fungsi tambahan untuk meletakkan iPhone anda dalam keadaan berdiri.
Power bank ini mempunyai lampu LED menunjukkan status bateri, jadi anda sentiasa tahu berapa banyak bateri power bank yang tinggal.
Sementara itu, dengan 360 Protect Pro, peranti anda dilindungi daripada pengecasan berlebihan, pemanasan berlebihan, dan litar pintas, jadi sangat selamat untuk digunakan!
Xiaomi Mi Powerbank 3 direka dalam pelbagai kapasiti, dengan teknologi pengecasan pantas dan pelbagai port pengecasan.
Antara kelebihannya, harganya yang murah, juga ada dua jenis port input dan menjimatkan masa pengecasan anda.
Sementara kekurangannya pula tak dilengkapi dengan kabel pengecasan, memerlukan anda untuk beli extra kabel.
Secara keseluruhannya, Xiaomi Mi Powerbank 3 adalah pilihan yang boleh dipercayai dan berpatutan bagi mereka yang memerlukan pengecas mudah alih dengan kapasiti yang tinggi untuk iPhone.
Belkin 5000mAh Magnetic Wireless Power Bank dilengkapi dengan teknologi MagSafe terkini.
Dengan kapasiti pengecasan 5000mAh, power bank bersaiz kecil ini menawarkan pengecasan tanpa wayar yang kuat untuk iPhone anda.
Selaraskan dan cas iPhone anda dengan lancar menggunakan teknologi MagSafe, memastikan ia melekat dengan selamat sama ada anda sedang duduk, baring atau sedang berjalan.
Selain itu, port USB-C memberikan anda sehingga 10W kuasa pengecasan kepada pelbagai peranti yang sesuai.
Direka untuk keselesaan dan digunakan pada pelbagai peranti, power bank ini mempunyai penyangkut lipat logam yang boleh mengekalkan peranti anda pada sudut yang sempurna untuk menonton video.
Power bank ini mempunyai lampu petunjuk bateri LED, jadi anda boleh pantau jumlah bateri power bank yang telah digunakan sebelum mengecasnya kembali.
Anker Magnetic Battery Wireless Power Bank hadir dengan sokongan penyangkut lipat khas yang bukan sekadar mengecas telefon tetapi boleh dijadikan sebagai phone stand.
Dilengkapi dengan Power Delivery port USB-C, power bank Anker ini menyokong pengecasan serentak peranti dan juga power bank anda.
Selain itu, sambungan magnet yang kuat memastikan telefon anda kekal melekat dengan selamat semasa pengecasan.
Dengan Sistem MultiProtect Anker, peranti akan akan lebih terlindung daripada risiko litar pintas dan memastikan peranti anda dilindungi setiap masa.
Kecil, ringan, dan dengan kapasiti 10,000mA, Anker Magnetic Battery Wireless Power Bank sesuai untuk penggunaan di mana sahaja anda berada.
Power bank Aukey dengan kapasiti bateri 10000mAh ini menggabungkan Teknologi Penghantaran Kuasa 3.0 dan Output Pengecasan Pantas 3.0 untuk menyediakan pengecasan yang optimal sehingga 20W untuk iPhone anda.
Ia memastikan pengecasan yang cepat dan efisien di mana sahaja anda berada dan sesuai digunakan bersama iPhone 12 / 13 /14 Pro.
Untuk mendapat gambaran kepantasan pengecasan power bank ini, ia boleh mengecas sehingga 50% hanya dalam masa 30 minit.
Walaupun bersaiz kecil, power bank mudah alih ini boleh mengisi iPhone 14 Pro sebanyak 2.5 kali, atau iPad Air (2019) 0.9 kali, menjadikannya sesuai digunakan semasa travelling atau sebagai kegunaan harian.
Cas semula power bank dengan lebih cepat daripada sebelumnya menerusi input 18W hanya dalam masa 3.5 jam menggunakan pengecas PD 18W.
Akhir sekali, dengan reka bentuk yang kemas dan smooth membuatkan power bank ini selesa untuk digenggam, manakala penunjuk LED minimalis menunjukkan baki bateri yang tinggal.
Powerbank dari jenama UGREEn ini direka khas untuk anda yang menggunakan iPhone 12 sehingga iPhone 15.
Ia menawarkan pengecasan tanpa masalah dengan ciri magnetiknya yang boleh dilekatkan pada bahagian belakang telefon anda.
Dengan reka bentuk yang kompak dan mudah dibawa, power bank ini boleh dijadikan sebagai power bank harian anda untuk di bawa ke mana sahaja sepanjang hari.
Kapasiti bateri 10000mAh memastikan anda tidak perlu risau tentang bateri cepat habis lagi kerana ia menyediakan tenaga yang mencukupi untuk mengisi iPhone 15 sebanyak 1.9 kali.
Dengan magnet yang kuat dan kualiti silikon yang tidak mudah tergelincir, UGREEN Magnetic PowerBank kekal melekat dengan selamat pada iPhone anda, membolehkan anda menggunakan peranti anda dengan selesa semasa mengecas.
Sama ada semasa membuat panggilan, mengambil gambar selfie, atau melayari web, power bank ini memastikan pengalaman yang lancar dan tanpa gangguan.
Adakah Power Bank Mengurangkan Jangka Hayat Bateri iPhone?
Power bank yang digunakan dengan betul tidak sepatutnya mengurangkan jangka hayat bateri iPhone secara langsung. Namun, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira.
Jika anda gunakan power bank secara berlebihan sehingga mengakibatkan pemanasan bateri iPhone, ia boleh mempengaruhi jangka hayat bateri dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, penting untuk mengikuti panduan penggunaan yang disediakan oleh pengeluar.
Selain itu, jika anda gunakan power bank yang berkualiti rendah atau tidak selamat boleh menyebabkan gangguan pada bateri iPhone.
Pilih power bank yang mempunyai ciri keselamatan yang baik dan mematuhi piawaian keselamatan yang disyorkan.
Tambahan lagi, jika anda mengecas iPhone secara berterusan, terutamanya pada kadar pengecasan yang tinggi, ia boleh mengurangkan prestasi bateri dalam jangka masa panjang.
Kesimpulannya, jika power bank digunakan dengan betul dan dipilih dengan bijak, ia sepatutnya tidak menyebabkan penurunan prestasi yang signifikan dalam jangka hayat bateri iPhone.
Oleh itu, pastikan untuk mematuhi panduan penggunaan yang disediakan dan memilih power bank yang berkualiti dari pengeluar yang dipercayai.
Tips Pemilihan Power Bank Terbaik Untuk iPhone
Berikut adalah beberapa tips untuk memilih power bank yang terbaik untuk iPhone anda:
-
Kapasiti Bateri
Pilih power bank dengan kapasiti bateri yang mencukupi untuk keperluan harian anda. Pastikan ia mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengisi semula iPhone anda sekurang-kurangnya sekali atau dua kali, bergantung kepada kegunaan anda.
-
Pengecasan Pantas
Cari power bank yang menyokong teknologi pengecasan pantas dan cepat seperti Power Delivery (PD) atau Quick Charge (QC), terutamanya jika anda ingin mengisi semula iPhone dengan lebih pantas.
-
Kesesuaian Interface
Pastikan power bank mempunyai interface yang sesuai dengan iPhone anda. Sebahagian besar iPhone menggunakan kabel Lightning atau USB-C untuk pengecasan, jadi pastikan power bank anda mempunyai port yang sesuai.
-
Berat dan Saiz
Pilih power bank yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jika anda sering bergerak atau memerlukannya untuk travelling, pilih yang ringan dan mudah dibawa.
-
Ciri Keselamatan
Pastikan power bank mempunyai ciri keselamatan yang mencukupi untuk melindungi peranti anda daripada sebarang kerosakan. Ini termasuk perlindungan terhadap arus berlebihan, pemanasan berlebihan, dan pengisian berlebihan.
-
Kualiti dan Jenama
Pilih power bank dari jenama yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik dalam industri. Power bank dari jenama berkualiti tinggi lebih cenderung untuk memberikan prestasi terbaik dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
-
Ulasan Pengguna
Paling penting dan utama, sebelum membuat pembelian, baca dahulu ulasan pengguna untuk dapatkan gambaran tentang prestasi dan kebolehpercayaan power bank yang anda ingin beli itu.
Dengan mengambil kira faktor-faktor di atas, anda dapat memilih power bank yang terbaik dan sesuai dengan keperluan harian anda sebagai pengguna iPhone yang tegar.
Artikel Berkaitan