Teknologi

Teroka Pengalaman Baru Dengan 8 Tablet Terbaik untuk Gaming

Bermain game dengan tablet memberi anda skrin yang lebih besar berbanding smartphone. Ini senarai tablet terbaik untuk game seperti Mobile Legends & PUBG.


Editor · Updated 18 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Teroka Pengalaman Baru Dengan 8 Tablet Terbaik untuk Gaming

Diawal penggunaan gajet berteknologi canggih ini, kebanyakan daripada anda pasti menggunakan desktop/PC untuk melakukan kerja dan juga bergaming. Tetapi pada masa kini, penggunaan tablet semakin berleluasa. Ianya digunakan untuk melayari internet, memeriksa email, penggunaan audio, video dan bermain game. Ianya sudah menjadi salah satu altenatif kepada laptop. Tablet PC ini banyak perbezaannya antara PC biasa dan laptop. Mengikut saiz, fleksibiliti dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Dengan ciri skrin sentuh atau tablet pen, anda boleh melakukan tugasan kuliah dan kerja dengan mudah. Jika anda mempunyai external keyboard juga boleh digunakan pada tablet PC ini.

Tidak kurang juga semasa bergaming. Bermain game menggunakan tablet sudah pasti akan memberikan anda skrin yang jauh lebih besar berbanding smartphone. Kali ini, ikuti jenis tablet yang terbaik untuk melengkapi keperluan gaming anda.

Kandungan
Tablet trendy untuk kanak-kanak menggunakannya semasa bergaming 1 daripada 7
LENOVO Tab 7 Essential
Partnership with
Dari RM275
Lihat harga di Lazada Malaysia

Jika ibu bapa ingin menghadiahkan tablet untuk anak-anak terutamanya anak yang masih kecil, ini adalah pilihan tepat. Dengan skrin berukuran 7 inci, ianya bersesuaian untuk digunakan oleh kanak-kanak. 

Dilengkapi dengan RAM 2GB serta memori 16GB, tablet ini boleh menampung permainan game khas untuk kanak-kanak. Ianya juga menyokong penggunaan simkad serta wifi. Selain itu, tablet ini juga mempunyai stylus pen sebagai ciri tambahan.

Tablet murah terbaik untuk gaming
Dengan harga mengikut kemampuan bajet anda, kualiti dan berteknologi tinggi 2 daripada 7
Leagoo Leapad 10
Partnership with Leagoo
Dari RM298
Lihat harga di Shopee Malaysia

Tablet daripada Leagoo ini setanding tablet-tablet yang mahal dengan harga yang sangat berpatutan. Diperbuat daripada metal stylish dengan skrin 10 inci dan dual speaker, permainan gaming anda akan lebih menyeronokkan. 

Kelajuannya boleh mencapai sehingga 1.3Ghz Quad Core akan memantapkan lagi processor game anda. Ianya juga didatangi ciri kamera depan dan belakang, dual sim dan 3G videocall. Amat versatil bukan?

Gunakan tablet ini sebagai alternatif untuk game Mobile Legends 3 daripada 7
SAMSUNG Galaxy Tab A 10.5
Partnership with
Dari RM1,399
Lihat harga di Shopee Malaysia

Samsung merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam dunia gajet. Dilengkapi sistem bunyi Dolby Atmos serta skrin 10.5 inci, permainan Mobile Legends anda tidak akan mengecewakan. RAM sebesar 3GB digabung dengan unit pemprosesan 1.8Ghz Octa-Core akan memantapkan lagi prestasi gaming anda. 

Selain itu, ianya juga mempunyai bateri fast-charging yang tahan lama. Dengan kamera beresolusi tinggi, melengkapkan lagi ciri tablet idaman ini.

Tablet jenama antarabangsa sesuai untuk permainan PUBG anda 4 daripada 7
AMAZON Fire HD 10 Alexa
Partnership with AMAZON
Dari RM599
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Tablet ini direka khas untuk hiburan seperti membaca, menonton video dan bermain game. Justeru, jika anda geng gaming PUBG, tablet 10 inci dengan sistem bunyi Dolby ini pilihan terbaik. Ianya mempunyai skrin HD serta unit pemprosesan sebesar 1.8Ghz Quad-Core, sesuai untuk game seperti PUBG. 

Dilengkapi dengan ciri asas yang boleh didapati di tablet lain, tablet ini mudah dikendali dan amat berbaloi. Gunakan Alexa hands-free mode, untuk membuka pelbagai aplikasi tablet anda dalam masa yang sama tanpa lagging.

Tablet khas untuk menampung game yang lebih berat / hardcore 5 daripada 7
CHUWI HiPad 10.1
Partnership with
Dari RM598
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Jika anda seorang gamer yang gemar bermain game extreme, tablet ini adalah teman anda. Direka khas dengan RAM sebesar 3GB, CPU Helio X27 Deca Core ianya pasti akan memberi anda kepuasan gaming yang luar biasa. Tablet ini setanding dengan tablet-tablet lain tetapi keistimewaan unit pemprosesannya menjadikan ianya pilihan terbaik untuk game berat.

Masa gaming anda akan lebih lancar, tiada lagi masalah lagging!

Tablet dilengkapi dengan ciri Android, terbaik untuk bergaming 6 daripada 7
Huawei Mediapad T5 AGS2-L09
Partnership with Huawei
Dari RM120
Lihat harga di Shopee Malaysia

Apa yang membuatkan tablet dengan sistem Android 8.0 daripada Huawei ini terbaik untuk gaming adalah chipsetnya iaitu Kirin 659 Series. Dilengkapi sistem bunyi Huawei Histen Audio Technology Dual Speakers serta skrin 10.1 inci, anda pasti berada didalam dunia gaming yang awesome! 

Tambahan pula tablet ini mempunyai eye-comfort mode agar mata anda tidak letih semasa bermain game untuk jangka masa yang panjang.

Sistem Windows untuk prestasi gaming lebih mantap 7 daripada 7
Microsoft Surface Go
Partnership with Microsoft
Dari RM1,899
Lihat harga di Shopee Malaysia
kecil, kompak. ringan
bateri tahan lama

Ianya dilengkapi CPU Intel Pentium Gold 4415Y, antara CPU terbaik untuk sistem Windows. Ianya ringan dan kompak, namun tetap memberi prestasi gaming yang mantap. Dengan RAM mulai 4GB, ianya lebih besar berbanding tablet lain. 

Jika anda seorang pelajar dan kaki game, tablet ini multifungsi dan boleh digunakan seperti laptop. Menarik bukan?

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation