Tak kira anda mempunyai jenis kulit apa sekali pun, pemakaian pelembap muka untuk setiap individu adalah wajib!
Bukan apa, pelembap dapat melindungi kulit anda dari masalah kering, mengawal pembentukan sebum, penuaan dan bantu memberi kulit kelihatan segar.
Tapi pemilihan moisturizer perlulah pakai ikut jenis kulit, jika tidak anda tidak dapat melihat keberkesanannya.
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, perlulah memakai pelembap muka untuk kulit berminyak agar pelembap tersebut dapat bertindak dengan baik.
Jadi bagi kulit berminyak, kami ada berita baik kerana kami bantu anda senaraikan moisturizer untuk kulit berminyak.
Jom lihat jenis moisturizer untuk kulit berminyak.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 Moisturiser Terbaik untuk Kulit Berminyak
Sebab menjadi pilihan utama:
Pelembap muka jenama Garnier menawarkan inovasi baru dengan SPF 36 PA +++ untuk melindungi daripada sinaran UVA & UVB dan 3x Vitamin C untuk mencerahkan kulit.
Ciri-ciri:
Formula moisturizer yang ringan dan cepat menyerap, bagus untuk kulit normal dan berminyak.
Ditambah lagi, ekstrak buah lemon yuzu segar dari Jepun yang turut sama membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan masalah kulit kusam serta bintik-bintik gelap.
Elakkan kawasan mata yang sensitif, sapukan secara merata pada wajah dan leher selepas menggunakan pencuci muka.
Selepas 3 hari, tona kulit kelihatan lebih cerah, bersih dan sekata walaupun tanpa makeup dengan penggunaan harian.
Elak sapu pada bahagian keliling mata kerana akan buatkan mata rasa pedih.
Review:
"Texture garnier ni lembut je bila pakai dekat muka, dan muka jadi smooth, jerawat pun hilang. Bau memang wangi, jadi best je pakai."
Pelembap ini memberi bauan dari minyak pokok teh dan mudah meresap ke dalam kulit anda.
Ia membantu mengawal minyak dan memastikan kulit muka anda dalam pH yang sepatutnya dan yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit.
Selepas beberapa kali penggunaan, anda akan merasakan kulit terasa lebih ringan, bebas jerawat dan kekal segar walaupun setelah seharian berada di luar.
Sememangnya gel pelembap yang bagus untuk kulit berminyak, sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Produk ini diformulasi berasaskan air dengan kandungan Hydrating Hyaluronic Acid untuk memberikan kesan hidrasi ke wajah secara serta merta.
Diuji secara klinikal, pelembap ini dapat memberi lembapan dan mengekalkan hidrasi selama 48 jam.
Bersifat non-comedogenic dan bebas minyak, pelembap gel ini dapat membaik pulih kerosakan pada kulit wajah.
Ianya sesuai digunakan sebagai asas solekan atau untuk kegunaan harian dan akan buatkan kulit anda akan tampak segar, licin dan berseri sekaligus dapat mengekalkan hidrasi dan kunci lembapan berpanjangan.
Tiada lagi masalah kulit kering atau kusam, pelembap ini melindungi kulit anda daripada radikal bebas.
Harganya masih dibawah lingkungan mampu milik, pastikan anda memakai pelembap setiap hari sebagai salah satu rawatan dalam penjagaan kulit wajah.
Krim pelembap all-in-one ini sangat istimewa kerana boleh dipakai sebelum atau selepas mandi.
Moisturizer gel ini bertekstur ringan, tidak melekit dan menyerap dengan pantas.
Bertindak sangat pantas sambil mengekalkan hidrasi buat kulit.
Formulasi bebas minyak, krim pelembap ini tidak meninggalkan kesan berlebihan pada kulit wajah anda.
Dengan mempunyai pelbagai fungsi sebagai krim kecantikan atau makeup based, pelembap ini masih mampu memberi lembapan agar kulit tidak tampak kering dan kusam.
Bukan hanya sesuai untuk wajah, malah untuk satu badan juga boleh digunakan.
Jika anda mahukan produk yang bebas alkohol serta diperkaya dengan Vitamin E, ini moisturizer yang sesuai untuk anda.
Produk ini mengandungi campuran bahan semula jadi seperti borage seed oil yang diperkaya dengan B5 dan Vitamin E.
Dengan bahan ini, produk pelembap ini mampu menjaga dan mengekalkan kelembapan kulit sehingga 12 jam.
Sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif kerana tidak menyebabkan iritasi atau kemerahan kulit.
Pelembap yang mengandungi Birch Sap ini dapat membaik pulih kerosakan pada kulit wajah akibat penghasilan minyak berlebihan.
Tekstur moisturizer ini mudah menyerap pantas masuk ke lapisan kulit paling dalam sekaligus dapat memberi hidrasi pada kulit.
Selain itu dapat membaik pulih kerosakan dan cela yang muncul serta sekatakan tona serta tekstur kulit wajah.
Bukan hanya untuk kulit berminyak, pelembap ini boleh juga digunakan untuk anda yang memiliki kulit kering, kombinasi, sensitif dan normal.
Yang penting, gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Hada Labo Hydrating Snow Dew merupakan pelembap dan krim wajah.
Mempunyai tekstur sorbet yang akan mencair masuk ke dalam lapisan kulit untuk kulit kelihatan segar serta-merta.
Kandungan utama dalam pelembap krim ini adalah ceramide dimana mengandungi nutrien lembapan.
Nutrien ini mampu menembusi terus ke lapisan kulit paling bawah untuk hasil kulit lebih anjal.
Kandungan seterusnya adalah bahan Lilac & Swiss Edelweiss Essences yang dapat membantu mengecilkan liang pori dan mengawal minyak yang terhasil.
Selain itu, dapat mengurangkan iritasi dan melembapkan kulit wajah. Bagus kan?
Jangan risau, tiada bahan alkohol, pewangi, mineral oil, MIT dan Diglycol.
Cara penggunaanya mudah saja. Guna sehari dua kali dan setiapkan pakai, sapu rata moisturizer pada permukaan kulit bagi serapan terus ke dalam kulit.
Untuk ibu hamil atau yang baru melahirkan anak, digalakkan untuk guna krim pelembap wajah dari Mama’s Choice.
Ini kerana bahannya memang diformulasikan khas untuk anda si ibu supaya selamat untuk bayi.
Jangan risau, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan tekstur krim yang ringan membolehkan anda untuk memakai selepas mekap.
Mengandungi minyak pati oren untuk menyegarkan kulit dan asid hyaluronik untuk menghidratkan wajah agar tidak menua sebelum waktunya.
Pelembap muka terbaik untuk ibu mengandung ini boleh juga bertindak sebagai sunscreen untuk melindungi kulit daripada jadi kusam akibat sinar UV.
Diformulasikan dengan Niacinamide, pelembap Cosmoderm ini wajib dimiliki oleh anda yang ingin memudarkan bintik hitam dan kesan jerawat.
Selain itu, boleh mengurangkan hiperpigmentasi sekaligus memberi wajah anda lebih flawless dan lebih cerah.
Bukan itu saja, dengan kandungan salicylic acid (BHA) yang berkesan mengurangkan blackheads, whiteheads, pori tersumbat dan jerawat kerana boleh exfoliate kulit.
Usah khuatir, ia sesuai digunakan pada semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.
Pelembap ini berkebolehan memerangkap air untuk menjadikan kulit kekal lembap sepanjang hari.
Bukan itu saja, kulit akan kekal lembap semula jadi setelah mencucinya.
Diformulasi bebas paraben, silikon, pewangi tiruan dan minyak mineral.
Jangan risau, dijamin selamat untuk digunakan buat anda yang memiliki kulit kombinasi serta sensitif.
Mampu untuk menyerap jauh ke dalam lapisan kulit, menghalang kulit dari kelihatan kering dan iritasi.
Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit lembut dan segar setiap hari.
Kulit berminyak sangatlah bermasalah jika anda yang suka makeup sebab membuatkan kulit berkilat seperti kotor.
Tapi tak perlu risau, pelembap Safi Hydra ini memastika kulit anda tidak berkilat sepanjang hari!
Malah kulit kekal lembut dan lembap sehingga 72 jam sekaligus memberikan penghidaratan 200% serta merta pada kulit wajah.
Mempunyai kandungan gliserin sehingga 30,000 ppm yang membantu mengawal dan memberikan keseimbangan pada penghasilan minyak di wajah.
Jadi kulit anda bebas minyak terutamanya pada kawan T-zone yang selalu kelihatan berkilat.
Hasilnya, makeup kekal tahan lama dan kulit wajah anda bebas kilauan akibat berminyak!
Pelembap dari Face Republic ini berasaskan air dan terasa ringan bila disapukan pada wajah, terutama pada kulit berminyak.
Tekstur gel yang mudah menyerap dan tidak melekit jika dioleskan pada bahagian wajah anda.
Bahan utama seperti minyak daun teh membantu mengurangkan jerawat dan melawan masalah jerawat.
Bila kulit berminyak masalah kulit tidak sihat juag menjadi punca, jadi centella asiatica didalam pelembap ini membantu memperbaiki tekstur kulit wajah agar lebih glowing!
Paling utama, bebas silikon yang mampu menyebabkan masalah iritasi.
Kebiasaannya, kulit remaja lebih sensitif dan berminyak. Jadi wajib untuk guna moisturizer ini bagi melegakan masalah kulit kering dengan kandungan glycerin.
Lagipun, produk ini sudah lulus ujian dari dermatologi untuk digunakan pada kulit wajah remaja perempuan.
Malah disebabkan kandungannya terdapat bahan seperti water, jadi tahap penyerapannya begitu pantas serta dapat memberikan kesan sejuk pada kulit.
Nak guna setiap hari pun tak jadi masalah kerana ianya ringan pada kulit dan sekaligus membuatkan wajah anda sihat dan lebih berseri.
Penyerapan yang cepat, tidak membuatkan kulit melekit dan mampu untuk mengurangkan masalah kulit kering dan memberikan kulit yang lembap sepanjang hari.
Pelembap muka Cerave memberikan penghidratan 24 jam dengan formula unik, ringan, tidak melekit dan tidak berminyak.
Pilih sahaja sama ada CeraVe PM Facial Moisturizing Lotion atau CeraVe AM Facial Moisturizing Lotion untuk siang hari dengan spektrum luas SPF 30 serta teknologi InVisibleZinc™.
Menampilkan 3 ceramide penting untuk membantu memulihkan penghalang pelindung kulit dan asid hyaluronik yang membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit.
Ditambah lagi, dengan niacinamide yang menenangkan kulit dan teknologi MVE membantu memberikan kelembapan sepanjang hari.
Anda boleh dapatkan pelembap CeraVe AM untuk digunakan pada waktu siang, dan CeraVe PM untuk digunakan pada waktu malam.
Dibangunkan dengan pakar dermatologi dan disyorkan oleh The Skin Cancer Foundation.
Bagi mereka yang sukar untuk mencari pelembap untuk kulit berminyak dan sensitif tanpa menjadikan kulit lebih berminyak, boleh cuba Skin1004 Madagascar Centella Soothing Cream.
Mengandungi tiga komponen lipid antara kulit (ceramide, kolesterol, asid lemak) untuk membantu membaiki halangan kulit.
Ekstrak centella asiatica pula melegakan dan menambah tahap hydration kulit.
Pelembap muka jenis gel ini bukan sahaja menenangkan kulit yang berjerawat dan kemerahan, malah menguatkan penghalang kulit dan rasa sejuk pada kulit.
Disyorkan kepada mereka yang memerlukan penjagaan skincare asas untuk membaiki skin barrier, kulit sensitif, iritasi atau mengalami masalah kulit lain.
Boleh re-apply kalau dalam aircond, dan kalau lambat menyerap biarkan kering sekejap sebelum guna sunscreen.
Ciri-Ciri Pelembap Sesuai Untuk Kulit Berminyak
Cuba produk bebas minyak dan bahan yang mengawal dari pembentukan minyak yang berlebihan.
Kemudian, gunakan produk yang berlabel non-comedogenic dan non-acnegenic kerana mengandungi bahan yang tidak akan menyebabkan jerawat akibat dari kulit yang berminyak.
Anda juga boleh mencuba pelembap jenis tekstur gel kerana biasanya terasa lebih ringan dan tak terlalu berminyak.
Selain itu, anda juga boleh cuba untuk tidak membasuh muka dengan span yang tidak terlalu kasar dan cuci dengan air bersuhu bilik.
Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang sesuai untuk kulit berminyak.
Bahan Yang Perlu Dielakkan Bagi Masalah Kulit Berminyak
Bila ada masalah kulit berminyak, terdapat beberapa bahan yang anda perlu elakkan dalam pemilihan penjagaan kulit harian.
- Petroleum jelly, kerana mempunyai tekstur yang melekit, berminyak dan menyebabkan liang pori tersumbat.
- Minyak kelapa dan hazelnut, kedua bahan ini adalah semula jadi tetapi tetap tidak bagus untuk kulit kerana fatty acid yang terkandung tidak menyerap dan hanya kekal pada permukaan wajah sahaja. Ini menyebabkan lagi kulit muka anda kekal berminyak.
- Alkohol, sebenarnya kandungan alkohol mungkin bagus untuk membuang kotoran dan lebihan minyak tapi kandungan alkohol yang tinggi mampu merosakkan penghasilan minyak secara semula jadi.
- Silikon, berfungsi untuk mengunci tahap kelembapan pada kulit wajah tapi tidak sesuai jika digunakan pada kulit jenis berminyak kerana lapisannya.
- Pewarna, kebiasaanya terdapat didalam makeup dan ianya boleh menyebabkan kulit semakin teruk jika digunakan pada kulit kombinasi dan berminyak.
Jadi pastikan anda betul-betul semak senarai kandungan bahan jika nak beli pelembap ye.
Berapa Kerapkah Anda Perlu Apply Moisturizer Pada Kulit Berminyak?
Salah satu rutin penjagaan kulit yang penting selain pencuci muka dan sunscreen ialah moisturizer.
Malah, kulit muka jenis berminyak sekalipun, moisturizer semestinya amat penting.
Ini kerana produk ini boleh membuatkan kulit lembap, terhidrat dan seimbang.
Masalah lain seperti kekeringan, kemerahan, gatal-gatal dan mengelupas juga dapat dielakkan.
Bilakah anda harus guna pelembap di wajah?
Sekali pada waktu pagi, selepas menggunakan cleanser dan sedikit toner untuk membersihkannya, dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam.
Sapukan sekali lapisan sahaja kerana lapisan terlalu tebal menyebabkan kulit rasa lebih berminyak dan salah satu sebab terjadinya jerawat.
Bolehkah Moisturizer Membuat Pori-Pori Tersumbat Dan Menyebabkan Jerawat Pada Kulit Berminyak?
Kulit berminyak yang kurang hidrat akan menghasilkan isyarat ke kelenjar sebum untuk menghasilkan lebih banyak minyak.
Ini menjadikan kulit wajah lebih terdedah kepada jerawat.
Apabila sel-sel kulit mati dan bakteria bercampur dengan sebum, pori-pori di muka tersumbat dan jerawat akan terbentuk.
Makeup, kotoran, dan bahan-bahan komedogenik juga dapat menyumbat liang serta menghalang aliran minyak.
Pilih produk penjagaan kulit / makeup yang ringan, non comedogenic, kandungan alkohol rendah dan tanpa minyak.
Sapukan pelembap pada kulit lembap. Ini dapat membantu mengunci kelembapan.
Bagaimanapun, elakkan penggunaan moisturizer yang tebal atau mengandungi minyak dapat menyekat liang dan menyebabkan jerawat, terutamanya pada kulit berminyak.
Tanggalkan semua makeup menggunakan cleanser, micellar water, makeup remover atau balm cleansing sebelum tidur.
Perlukah Menggunakan Moisturizer Mengandungi SPF Pada Waktu Siang?
Cari sahaja moisturizer dengan sunblock/sunscreen spektrum luas dengan SPF 30 atau lebih tinggi.
Bukan sahaja untuk melindungi kulit anda daripada matahari, malah menjimatkan masa anda dalam menggunakan produk skincare.
Dengan sunscreen/sunblock, ia dapat mencegah masalah penuaan, garis-garis halus, kedutan, kanser kulit, dan kerosakan kulit yang lain.
Oleh kerana beratnya lebih ringan, anda boleh apply makeup terus tanpa rasa berminyak atau shiny.
Walaupun begitu, ada juga mereka yang gemar memilih produk yang berbeza untuk siang dan malam untuk mendapatkan kesan bahan yang berbeza.
Sekiranya anda akan berada di luar lebih lama, disyorkan pakai sunblock/sunscreen dan pakai semula setiap dua jam.
Artikel Berkaitan
- 10 Krim Malam Terbaik (Kulit Cerah & Glowing)
- 16 Moisturizer Terbaik untuk Kulit Kombinasi (2024)
- 10 Pelembap Terbaik Untuk Kulit Normal Beri Lembapan Sepanjang Hari
- 10 Moisturizer untuk Kulit Berjerawat Agar Wajah Kekal Segar Tanpa Berminyak Melampau
- 13 Moisturizer/Pelembap Terbaik untuk Kulit Kering Malaysia 2024
- Garden of EDEN New Hydra Range: Berikan Kelembapan Selama 72 Jam