Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Foundation Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama Paling Bagus

Tidak tahu foundation mana yang sesuai? Jangan takut untuk cuba!

Foundation merupakan salah satu bahan makeup penting buat para wanita untuk menutup cela di wajah.

Tidak hairanlah jika ramai yang mencari foundation terbaik untuk kulit wajah mereka.

Kini, terdapat banyak foundation yang bagus dan halal di pasaran dan membuatkan ramai masih keliru yang mana foundation terbaik untuk dibeli. 

Mestilah kita nak beli foundation paling best untuk dapatkan wajah yang lebih glow semasa menghadiri sebarang event.

Jadi, kami bantu anda senaraikan pelbagai jenama foundation yang bagus dan sesuai untuk kulit anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 12 Jenis Foundation Terbaik

Foundation terbaik secara keseluruhan
Alha Alfa Royal Propolis Foundation
Alha Alfa
ALHA ALFA Royal Propolis Foundation
From
RM44.90
Check Alha Alfa Royal Propolis Foundation price below:
add_circle Full coverage
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Mengandungi air liur dari ratu lebah
add_circle Tahan sehingga 12 jam pemakaian
remove_circle Stok yang sedikit limited
remove_circle Kulit bermasalah perlu pakai double layer

Sebab menjadi pilihan utama:

Tekstur sangat licin dan sekata dengan kulit, serta memberikan tona yang lembut dan mudah diratakan pada kulit.

Ciri-ciri:

Keluaran Royal Propolis Foundation yang mempunyai 5 jenis tona dari light tone hingga dark tone.

Tekstur jenis matte yang dijamin full coverage sangat sesuai untuk kulit yang mempunyai lubang pori yang banyak.

Paling menarik, foundation ini mengandungi spf 15, jadi tak perlu risau nak pakai sunscreen atau sunblock.

Kalau risau jaminan keselamatan foundation ini, ia telah pun mendapat kelulusan dari KKM - NOT210300497K.

Review:

“Bila pakai pada wajah, kulit nampak flawless. Dapat menutup kesan gelap jerawat, jerawat halus. Tak perlu apply tebal pun, sesuai sangat nak guna secara daily.”

Foundation terbaik untuk kulit kering
Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation
Maybelline
Foundation farmasi terbaik untuk remaja
From
RM34.93
Check Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation price below:
add_circle Perlindungan SPF 22
add_circle Formula Superfine Silky Particies
add_circle Lebih 20 jenis pilihan tona warna
remove_circle Terlalu berminyak
remove_circle Tekstur sedikit berat

Produk keluaran Maybelline ini sangat mudah didapati di drug store mahupun online.

Malah, mempunyai pilihan yang banyak dimana lebih dari 20 pilihan tona warna mengikut semua jenis kulit. 

Bahan yang terkandung seperti micro powder akan membuatkan foundation tidak kelihatan berminyak bila dioleskan pada kulit wajah. 

Foundation ini pula jenis formula non-comedogenic yang mana tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat walaupun mampu menutup liang pori. 

Foundation mahal yang bagus
Revlon ColorStay For Normal/Dry Skin Foundation SPF20 (30ml)
Revlon
From
RM60.72
Check Revlon ColorStay For Normal/Dry Skin Foundation SPF20 (30ml) price below:
add_circle Effect glowing
add_circle Bertahan sehingga 24jam
add_circle 22 jenis tona warna
add_circle Release time technology
remove_circle Tekstur tebal

Dihasilkan khas untuk mengawal minyak pada kulit wajah anda, jadi hasilnya kulit bebas minyak dan kekal sehingga 24 jam.

Pilihan tona warnanya juga banyak sehingga 22 jenis tona untuk anda pilih yang mana sesuai untuk kulit. 

Mempunyai teknologi release time yang mana dapat memberikan hasil yang kekal segar dan bersinar terutama bagi yang jenis kulit kombinasi dan berminyak.

Teksturnya ringan, mudah diratakan pada kulit dan tidak bercapuk.

Tak perlu pakai bedak, hanya menggunakan foundation ini sahaja cukup untuk menutup cela pada wajah.

Foundation lokal terbaik malaysia
Simplysiti Liquid Foundation
Simplysiti
Simplysiti Liquid Foundation-1
From
RM0.00
Check Simplysiti Liquid Foundation price below:
add_circle Lulus KKM
add_circle Mengandungi spf 25
remove_circle Packaging memakan ruang

Foundation dari Simplysiti jenis liquid matte dimana teksturnya sedikit cair berbanding foundation biasa.

Jadi bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering, perlu menggunakan pelembab agar kulit kelihatan lembut dan flawless.

Kandungan yang terdapat dalam foundation ini tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat.

Manakala, kesan dari radiant complex ini membuatkan kulit wajah nampak lebih dewy, fresh dan natural.

Tambahan lagi, kulit wajah anda akan kelihatan licin, cantik dan kulit dilindungi sinaran UV kerana mengandungi SPF 25.

Foundation full coverage terbaik
Luxe Perfect Cover Foundation
Luxe
Luxe Perfect Cover Foundation-1
From
RM0.00
Check Luxe Perfect Cover Foundation price below:
add_circle Waterproof Base
add_circle Mempunyai SPF 40
add_circle Lulus KKM
remove_circle Hanya boleh didapati secara online
remove_circle Harga yang agak mahal

Walaupun foundation ini mempunyai dua jenis tona warna sahaja, untuk anda pilih tapi bahan yang terkandung sangat bagus.

Bahan-bahan utama yang ada di dalam foundation ini adalah argan oil, berfungsi untuk mengurangkan iritasi. 

Jadi bagi anda yang mempunyai kulit sensitif boleh cuba foundation ini.

Vitamin C dalam foundation ini pula membuatkan kulit wajah menjadi lebih anjal dan membuatkan kulit wajah awet muda.

Terdapat juga kandungan SPF jadi anda tak perlu pakai sublock atau sunscreen lagi.

Paling penting telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Bagus bukan? Harap dua tona warna yang disediakan ni sesuai untuk warna kulit anda.

Foundation untuk remaja
Cubremi Stick Matte With Love Foundation
Cubremi
Cubremi Stick Matte With Love Foundation-1
From
RM0.00
Check Cubremi Stick Matte With Love Foundation price below:
add_circle Mempunyai SPF 50
add_circle Saiz yang mudah dibawa
add_circle Mempunyai kolagen
remove_circle Hanya 1 pilihan tona warna

Jenama lokal yang menjadi pilihan ramai kerana harga berpatutan tetapi hasil yang memuaskan.

Bungkusannya jenis stick dan bila foundation jenis stick secara tak langsung teksturnya sedikit pekat.

Tapi tidak akan membuatkan kulit anda bercapuk dan ia mudah untuk blend it pada kulit wajah serta tahan lama.

Kebanyakkan foundation mudah berminyak, tetapi bagi foundation dari Cubremi ini tidak menyebabkan kulit berminyak.

Bila apply pada muka, ia anti rekah jadi tak perlu risau.

Boleh juga dijadikan sebagai concealer untuk kening, dan ia murah serta mempunyai kegunaan 2 dalam 1. 

Foundation untuk kulit kombinasi
La Shaz Foundation
La Shaz
La Shaz Foundation-1
From
RM0.00
Check La Shaz Foundation price below:
add_circle Lulus KKM
add_circle Berfungsi 2 dalam 1
add_circle Anti penuaan
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
remove_circle Sukar didapati dalam pasaran

Foundation keluaran tempatan ini tiada kurangnya kerana merupakan antara produk yang memuaskan dan harga berpatutan. 

Ciri foundation ini mempunyai tekstur yang ringan dan lembut pada kulit apabila dioleskan pada wajah. 

Sangat sesuai untuk kegunaan harian, hanya sedikit calit, kulit wajah akan kelihatan lembut dan berseri sepanjang hari.

Terdapat juga kandungan spf 40 dan mempunyai bahan anti penuaan. 

Pakai foundation pun boleh dapat kelebihan yang banyak, bukan sekadar menutup parut je tau.

Jangan risau, produk ini sudah mendapat kelulusan KKM - NOT200702244K.

Foundation terbaik dan murah
Wardah Exclusive Liquid Foundation
Wardah
From
RM0.00
Check Wardah Exclusive Liquid Foundation price below:
add_circle Dijamin halal
add_circle Mempunyai 5 jenis tona warna
add_circle Mempunyai Macadamia Oil
add_circle Menggunakan formula Superfine Silky Particies
remove_circle Sedikit berminyak

Halal adalah isu penting bagi wanita muslim kerana gusar jika air wudhuk tidak boleh dibawa solat.

Jadi, foundation Wardah dijamin halal tapi sebaiknya cuci muka sebelum mengambil wudhuk.

Foundation Wardah mempunyai 5 jenis tona warna untuk kesesuaian kulit wajah anda.

Bahan yang terdapat didalam foundation ini adalah seperti Macadamia Oil yang akan memastikan kulit kekal lembab walaupun finishing adalah matte.

Formula superfine silky paricies ini dapat menjadikan hasil kulit flawless dan bila pakai wajah kelihatan bersinar. 

Cuma, pastikan foundation rata di seluruh kulit wajah supaya tidak beri kesan belak.

Foundation untuk kulit sensitif
Rimmel Match Perfection Foundation
Rimmel
From
RM0.00
Check Rimmel Match Perfection Foundation price below:
add_circle Mempunyai smart tone technology
add_circle Mempunyai spf 20
remove_circle Sedikit tebal & perlu mix dengan foundation lain

Kebanyakan review untuk foundation dari Rimmel ini, mengatakan memiliki tekstur sangat best bila dipakai. 

Ini kerana foundation ini mempunyai smart tone technology.

Erti kata lain, senang nak ratakan pada permukaan kulit walaupun teksturnya sedikit tebal. 

Pilihan tona warna juga lebih dari 10, memang senang nak pilih untuk sesuaikan dengan tona kulit anda. 

Malah, foundation ini mempunyai kandungan spf 20 yang mampu untuk melindungi kulit anda dari sinaran UV. 

Tak perlu dah nak sapu sunscreen lagi pada muka, dalam foundation dah sedia ada pun SPF.

Foundation yang tahan lama
FauxFilter Luminous Matte Liquid Foundation
Huda Beauty
huda beauty foundation
From
RM216.00
Check FauxFilter Luminous Matte Liquid Foundation price below:
add_circle Memberikan hasil matte dengan sedikit kilauan
add_circle Tanpa pewangi
add_circle Tidak menyumbat pori-pori
add_circle Memberikan perlindungan penuh
add_circle Kalis air & tahan peluh
remove_circle Mahal

Bagi mereka yang mencari foundation full coverage untuk menutup parut jerawat, FauxFilter Luminous Matte Liquid Foundation dari Huda Beauty ini pilihan yang tidak akan mengecewakan. 

Foundation ini menawarkan matte finish flawless dengan sedikit kilauan, kalis air, tahan lama hingga 24 jam, transfer-proof, fade-proof dan tahan peluh.

Jadi, pempengaruh, TikToker, atau pelakon dengan scene menangis juga sangat sesuai menggunakan foundation ini.

Selain itu, ia tidak mengeringkan kulit, tanpa pewangi, dan tidak menyumbat pori.

Pastikan pilih shade yang sesuai dengan warna kulit.

Foundation yang ringan
Kamelia Cosmetics Mermaid Skin Foundation
kamelia foundation
From
RM19.00
Check Kamelia Cosmetics Mermaid Skin Foundation price below:
add_circle Tersedia dalam 6 warna kulit
add_circle Semi-matte finish
add_circle Cepat kering
add_circle Ringan
add_circle Mengandungi bahan mencerahkan dan anti-penuaan
add_circle Lulus KKM
remove_circle Kandungan hanya 10ml

Mesti susah kan nak cari foundation yang sesuai dengan tona warna kulit orang-orang Asia? Jangan risau, beli je Kamelia Cosmetics Mermaid Skin Foundation. 

Harga produk ini juga berpatutan dan mengandungi vitamin C untuk mencerahkan kulit serta bahan anti-penuaan seperti teh hijau, minyak biji camellia, dan ekstrak bunga peach. 

Malah, foundation ini menawarkan medium to full buildable coverage, pore-blurring dan instant flawless filter effect.

Paling penting, ia memberikan natural effect yang sesuai untuk penampilan harian anda.

Foundation yang bagus untuk sehari-hari
Clarica Foundation
Clarica
Clarica Foundation
From
RM67.15
Check Clarica Foundation price below:
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Finishing glowing
add_circle Kalis peluh
add_circle Tak melekat pada tudung
remove_circle Sukar didapati dalam pasaran

Anda mesti tak suka bila foundation yang anda pakai melekat pada tudung, jadi inilah foundation jenama Clarica yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Selain itu, foundation ini juga akan berikan anda finishing glow yang akan menaikkan lagi seri wajah.

Jika anda seorang yang kuat peluh, foundation ini juga bagus untuk anda kerana ia tidak luntur bila terkena peluh.

Foundation ini juga sesuai digunakan sama ada untuk majlis indoor atau outdoor, menjadikan ia foundation utama untuk pelbagai event.

Paling penting, foundation ini tetap mendapat kelulusan KKM jadi ia selamat digunakan.


Apakah Fungsi & Jenis Foundation?

Foundation merupakan make up asas untuk menutup cela dan liang pori pada kulit wajah.

Selain itu dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak, menutup kesan jerawat serta meratakan tona wajah. 

Untuk pengetahuan, foundation mempunyai 5 jenis tekstur dan kegunaannya juga berbeza.

Jom lihat apakah perbezaannya.

  • Liquid: Merupakan foundation yang sangat popular dan memiliki tekstur cecair.
  • Cream: Tekstur jauh lebih pekat dan sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kering.
  • Powder: Sesuai untuk kulit berminyak kerana bahan yang digunakan membuatkan kulit kurang berminyak dan lebih terasa ringan.
  • Serum: Merupakan campuran baru yang ada pada foundation, tapi tekstur masih sama cuma mempunyai serum.
  • Water based: Bahan utama water base ini sangat disarankan bagi anda yang mempunyai masalah jerawat.

Ada Tak Cara Pilih Foundation?

Terdapat beberapa  faktor utama yang anda perlu titik beratkan sebelum membeli foundation.

Lebih-lebih lagi apabila mempunyai masalah kulit, anda perlu jadi sedikit cerewet dan berhati-hati.

Kalau salah pilih, nanti jerawat naik makin banyak dan kulit warna kelabu asap sebab tona warna salah.

Jadi, cara pilih foundation betul adalah mengetahui tona warna kulit, bahan foundation, jenis kulit dan padankan dengan jenis-jenis foundation di atas tadi.

Bukan apa, setiap orang memiliki jenis dan tona warna yang berbeza. Salah pilih, rugi!

Kalau tak tahu macam mana pilih foundation, sebaiknya tanya kepada sales person yang lebih tahu tentang produk foundation.

Cuma, dalam pemilihan foundation terbaik ni cuba dapatkan nasihat dan pandangan orang yang lebih hebat.

Nak cuba sendiri pun boleh. Try and error, jadi anda akan lebih tahu bila dah cuba.


Apa Beza BB Cream & Foundation?

Ada yang beranggapan kedua-dua jenis kosmetik ini mempunyai fungsi yang sama.

Tapi sebenarnya terdapat beberapa perbezaan antara BB Cream dan foundation.

Perbezaannya adalah tona BB Cream jauh lebih lembut berbanding foundation.

Cuma jika untuk heavy make up sebaiknya gunakan foundation manakala untuk harian, gunakan BB Cream.

Seterusnya jika anda ingin wajah kelihatan licin, gunakan foundation kerana foundation mampu menutup kesan cela secara keseluruhan pada wajah.

Namun, tahap liputan BB Cream adalah sederhana dan kulit kelihatan lebih semula jadi.

Jadi mana satu yang menjadi kepentingan anda? Full atau medium coverage? Pilihan di tangan anda.


Cara Pakai Foundation Dengan Betul

Kami percaya, masih ada lagi yang tidak tahu cara pakai foundation dengan betul.

Jadi, kami sediakan langkah untuk pakai foundation dengan cara yang betul:

  • Pastikan kulit wajah anda bersih: Basuh muka dan sapu toner memggunakan cotton pad. Ini bertujuan untuk menyingkirkan kesan minyak, kotoran pada liang pori.
  • Pastikan kulit wajah lembab dan terjaga: Sebaiknya pakai semua skin care untuk melindungi kulit wajah, termasulah sunscreen sebelum pakai atau selepas pakai foundation. Bukan apa, kebanyakan foundation teksturnya tebal dan mudah merekah.
  • Gunakan foundation terbaik: Sapukan foundation secukupnya pada wajah. Ratakan foundation tersebut pada keseluruh wajah.  Gunakan sponge dan dab untuk ratakan dan juga untuk dapatkan hasil terbaik. Bahagian yang sukar diratakan, baru gunakan menggunakan jari.
  • Concealer: Sapukan concealer pada wajah yang mempunyai kesan bintik merah, bintik hitam. Gunakan hanya pada hujung jari sahaja.
  • Gunakan loose powder: Hanya menggunakan brush, sapu sedikit loose powder dan brush sedikit pada bahagian yang kerap berminyak dan berpeluh. 

Artikel Berkaitan

End of Article