Kecantikan

24 Moisturizer/Pelembap Muka Terbaik di Malaysia 2026

Kulit akan sihat dan berseri jika pakai moisturizer terbaik, moisturizer yang bagus atau pelembab muka terbaik. Ini senarai moisturizer muka terbaik untuk anda.


Editor · Updated 10 Oct 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

24 Moisturizer/Pelembap Muka Terbaik di Malaysia 2026

Pelembap muka terbaik bukan saja untuk melembapkan kulit tapi ada fungsi yang lain.

Antaranya, moisturizer terbaik dapat memperlahankan penuaan seperti garis halus, mengimbangkan warna tona kulit dan melindungi kulit daripada kotoran.

Kandungan

Tapi pastikan anda gunakan moisturizer yang bagus dan sesuai dengan jenis kulit muka anda.

Kalau rasa malas nak keluar rumah dan beli moisturizer terbaik di Watsons, kami mudahkan kerja anda di sini untuk anda pilih dan beli secara online

Jom kita lihat senarai moisturizer muka terbaik untuk kulit kekal sihat dan berseri.


Senarai 24 Moisturizer Terbaik

WARDAH Lightening Day Cream
Moisturizer terbaik secara keseluruhan 1 daripada 24
WARDAH Lightening Day Cream
WARDAH
Dari RM24.21
Lihat harga di Lazada Malaysia
Melembapkan kulit
Untuk kulit kombinasi & berminyak
Kurang sesuai untuk kulit sensitif
1 lagi
Mengandungi SPF 30

Sebab menjadi pilihan utama:

Krim pelembap siang Wardah ini bagus untuk melembapkan kulit, melindungi kulit wajah anda daripada sinaran matahari dan bintik hitam kerana mengandungi SPF 30 PA +++.

Ciri-ciri:

Kandungan moisturizer ini bebas alkohol dan diperkaya dengan glycerin, licorice dan Allantoin.

Semua bahan ini digabungkan kerana bagus untuk dapatkan kulit yang sihat dan bebas cela.  

Bukan itu sahaja, krim terbaik di pasaran ini turut mengandungi Niacinamide untuk membantu mencerahkan semula kulit muka pengguna. 

Review:

"Dah banyak kali repeat sebab harga murah. Sesuai dengan kulit sebab muka dah bertambah sihat lepas setahun guna.” 

Aiken Tea Tree Oil Moisturiser
Moisturizer untuk remaja 2 daripada 24
Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer
Aiken
Dari RM14.22
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk kulit berjerawat
Dapat mengawal minyak wajah
Bukan untuk kulit kering & sensitif
1 lagi
Bebas minyak

Dengan kandungan minyak Tea Tree, moisturizer ini mampu untuk mencegah pertumbuhan jerawat.

Bukan itu saja, moisturizer ini dapat memberi perlindungan daripada sinaran UV.

Malah, dapat mengawal lebihan sebum pada kulit sekaligus menjadikan kulit kurang berminyak.

Pelembap Aiken ini telah terbukti secara klinikal dalam mengekalkan kelembapan kulit sehingga 72 jam.

Moisturizer untuk remaja
Moisturizer organik 3 daripada 24
Himalaya Nourishing Skin Cream 150ml
Himalaya Herbals
Dari RM18.05
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh digunakan setiap hari
Sesuai dengan semua jenis kulit
Keberkesanan makan masa
2 lagi
Berkesan terhadap ekzema berterusan
Melindungi kulit dari pencemaran & cuaca kering

Krim Himalaya ini sesuai untuk yang inginkan produk yang berasaskan herba seperti aloe vera yang boleh melembutkan dan menghidratkan kulit. 

Moisturizer muka terbaik ini kaya dengan enzim dan nutrien dengan fungsi antibakteria dan antifungal. 

Jadi, anda digalakkan untuk sapu juga pada wajah dan leher supaya kulit wajah dan leher sekata kelihatan sihat.

Turut mengandungi Winter Cherry yang menggalakkan pembaharuan sel-sel kulit.

Manakala pokok Indian Kino yang berfungsi sebagai tonik kulit dan boleh meremajakan kulit wajah.

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 50ml
Moisturizer untuk kulit berminyak/oily skin 4 daripada 24
Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 50ml
Cosmoderm
Dari RM13.79
Lihat harga di Lazada Malaysia
Mengurangkan jerawat & parut
Mengawal penghasilan sebum berlebihan
Lebih sesuai kulit berjerawat
2 lagi
Perlindungan matahari (UVA & UVB)
Bebas paraben & pewangi

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturizer ini merupakan krim 2 dalam 1 dan sesuai untuk berkulit jerawat.

Maksudnya boleh bertindak sebagai pelembap dan primer yang sesuai dengan kulit kombinasi dan berminyak.

Moisturizer terbaik berasaskan air (water-based) ini ringan pada kulit dan kaya dengan vitamin E.

Boleh dipakai pada wajah selepas cuci muka untuk wajah kelihatan cantik semula jadi atau sebagai asas mekap. 

Moisturizer untuk kulit kering 5 daripada 24
Neutrogena Hydro Boost Water Gel
Neutrogena
Dari RM70.47
Lihat harga di Lazada Malaysia
Kunci kelembapan pada kulit
Bersifat non-comedogenic & bebas minyak
Kulit sedikit menegang sementara
1 lagi
Bina penghadang daripada radikal bebas

Neutrogena Hydro Boost Water Gel telah diuji secara klinikal dan terbukti moisturizer ini dapat memberi lembapan pada kulit.

Malah, mampu mengekalkan kulit terhidrat selama 48 jam serta memperbaiki kulit menjadi lebih sekata.

Cara penggunaanya mudah saja, selepas mencuci muka, sapukan pada muka dan sekitar tengkuk sambil mengurut wajah dengan lembut.

Cara urutan wajah ini akan membantu penyerapan produk lebih baik ke lapisan dalam kulit.

Ciri tambahan lain, pelembap ini juga bersifat non-comedogenic di mana tidak akan menyumbat liang pori kulit wajah anda.

Pelembap dengan SPF 6 daripada 24
Hada Labo 5-in-1 UV Perfect Gel SPF50+ PA++++
Hada Labo
Dari RM88.83
Lihat harga di Shopee Malaysia
Gabungan 3in1 penjagaan kulit
SPF 50
Sukar didapati dalam pasaran

Pelembap dari jenama Hada Labo ini bukan sahaja berfungsi sebagai pelembap malah mempunyai spf 50 yang cukup untuk melindungi kulit dari sinaran UV.

Gabungan dari 3 bahan menjadi satu ini adalah gabungan terbaik terutama bagi masalah tona kulit yang tidak sekata dan elak daripada pertumbuhan sel kanser kulit. 

Kulit anda juga dapat mengekalkan lembapan dan tampil hidrasi sepanjang hari, jadi tidaklah kelihatan kusam bila berhadapan dengan orang lain. 

Jika produk ini sukar dicari di kedai, anda boleh beli terus di link yang telah kami sediakan di atas.

Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml)
Moisturizer drugstore yang bagus 7 daripada 24
Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml)
Simple
Dari RM26.10
Lihat harga di Lazada Malaysia
Tidak diuji ke atas haiwan
Sesuai untuk semua jenis kulit
Texture sedikit melekit
2 lagi
Bebas alkohol & wangian tiruan
Mengandungi Vitamin E dan B5

Produk ini mengandungi campuran bahan semula jadi seperti borage seed oil yang diperkaya dengan B5 dan vitamin E.

Dengan bahan ini, produk pelembap ini mampu menjaga dan mengekalkan kelembapan kulit sehingga 12 jam.

Sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif kerana tidak menyebabkan iritasi atau kemerahan kulit. 

Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel
Moisturizer gel terbaik 8 daripada 24
Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel
Bio Essence
Dari RM55.92
Lihat harga di Lazada Malaysia
Membaiki dan memperbaharui lapisan kulit
Membantu kulit bernafas dengan lebih baik
Tidak sesuai untuk kulit kering
1 lagi
Menyegar dan menenangkan kulit

Produk ini mengandungi formula Sodium Hyaluronate yang dapat memberi kelembapan pada kulit yang sangat baik dan mengekalkan kelembapan.

Dalam masa yang sama, moisturizer ini bantu berikan kulit kelihatan tegang dan anjal.

Selain itu, kaya dengan mineral yang mengandungi kandungan garam yang rendah untuk penghidratan ultra.

Terdapat juga vitamin B5 untuk menghidrat dan melembutkan kulit supaya kelihatan sihat dan segar. 

Hada Labo Hydrating Snow Dew 50g
Moisturizer alcohol free 9 daripada 24
Hada Labo Hydrating Snow Dew
Hada Labo
Dari RM65.88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Dapat kecilkan pori
Mengurangkan minyak wajah
Harga mahal
1 lagi
Melembapkan kulit

Hada Labo Hydrating Snow Dew 50g merupakan pelembap dan krim wajah.

Mempunyai tekstur sorbet yang akan cair masuk ke dalam lapisan kulit untuk kulit kelihatan segar serta-merta.

Kandungan utama dalam pelembap krim ini adalah ceramide dimana mengandungi nutrien lembapan.

Nutrien ini mampu menembusi terus ke lapisan kulit paling bawah untuk hasil kulit lebih anjal.

Kandungan seterusnya adalah bahan Lilac & Swiss Edelweiss Essences yang dapat membantu mengecilkan liang pori dan mengawal minyak yang terhasil.

Selain itu, dapat mengurangkan iritasi dan melembapkan kulit wajah. 

Jangan risau, tiada bahan alkohol, pewangi, mineral oil, MIT dan Diglycol menjadikannya kurang risiko iritasi.

Cara penggunaanya mudah saja, anda perlu guna sehari dua kali dengan sapu rata moisturizer pada permukaan kulit bagi serapan terus ke dalam kulit. 

Cetaphil Moisturizing Cream 453gm
Moisturizer untuk kulit sensitif 10 daripada 24
Cetaphil Moisturizing Cream
Cetaphil
Dari RM104.06
Lihat harga di Lazada Malaysia
Ada teknologi Moist Lock
Diperkaya dengan sweet almond oil
Tekstur sedikit tebal
2 lagi
Disahkan oleh dermatologis
Bebas pewangi

Krim pelembap Cetaphil ini memang terbaik untuk masalah kulit kering dan sensitif kerana bebas lanolin dan paraben yang boleh merengsakan kulit.

Malah mengandungi humectants dan emollients yang kuat untuk mengelakkan kehilangan kelembapan. 

Selain itu, mampu memberikan kelegaan kepada kulit walaupun tekstur kulit kering yang terlalu teruk. 

Yang penting, moisturizer yang bagus ini tidak akan menyebabkan liang pori muka tersumbat. 

Boleh disapu juga pada tubuh badan, jadi memang sangat bagus dan serbaguna.

nanowhite
Moisturizer terbaik untuk cerahkan kulit 11 daripada 24
Nano White Double Action Hydrating Moisturizer
Nano White
Dari RM39.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Mengandungi Arbutin & Hyaluronic Acid
Mencerahkan kulit dalam 7 hari
Tekstur sedikit melekit
1 lagi
Melembapkan kulit

Inginkan kulit yang cerah dan lembut sebab wajah anda sekarang kusam dan kering? 

Usah risau, selesaikan masalah itu dengan moisturizer Nanowhite kerana boleh mencerahkan serta menghidratkan wajah hingga 72 jam.

Ini kerana kandungannya kaya dengan asid hyaluronik dan arbutin. 

Pelembap dengan tekstur gel ini juga mengandungi antioksidan dari vitamin C dan E.

Hasilnya, bintik hitam dapat dikurangkan manakala tona kulit boleh disekatakan semula. 

Produk ini sesuai untuk kulit normal dan kulit kering. 

Nivea Men Moisturizer Extra Whitening
Moisturizer untuk lelaki 12 daripada 24
Nivea Men Moisturizer Extra Whitening
Nivea
Dari RM20.96
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Formula Whitinat Vita Complex Plus
Merawat kulit kusam dan tidak sekata
Perlu produk tambahan untuk hasil yang terbaik
1 lagi
Melindungi kulit dari menjadi gelap semula

Produk penjagaan muka lelaki ini diformulasi Whitinat Vita Complex Plus dimana mampu mencerah 10 kali lebih efektif berbanding vitamin C.

Dengan kandungan 10 nutrien termasuk whitinat, telah terbukti mampu mencerahkan kulit kusam dan meratakan tona warna kulit tidak sekata.

Selain itu, mampu melindungi kulit dari menjadi gelap semula dan mengecilkan saiz lubang pori.

Anda disaran menggunakan produk ini setiap pagi dan untuk hasil yang terbaik.

Dan anda digalakkan untuk menggunakan Nivea Men Extra Whitening Oil Control Pore Minimizer terlebih dahulu sebelum menggunakan produk ini.  

Aiken Vita-C Bright Moisturiser 40g
Moisturizer vitamin C terbaik 13 daripada 24
Aiken Vita-C Bright Moisturiser 40g
Dari RM14.37
Lihat harga di Lazada Malaysia
Natural vitamin C dari Jepun
Tea tree Oil dari Australia
Tiada kandungan SPF
2 lagi
Bebas paraben
Sesuai untuk kulit sensitif

Krim pelembap Aiken dengan vitamin C dan pH seimbang ini sesuai untuk anda yang mahu meratakan tona warna kulit. 

Selain itu, bagus untuk mengurangkan kesan parut jerawat dan membunuh bakteria yang menjadi penyebab jerawat.

Paling penting, tidak melekit, cepat meresap ke dalam kulit dan keberkesanannya terbukti secara saintifik untuk melegakan kulit dengan teksturnya yang gel. 

Tambahan pula, dengan kandungan bahan yang seimbang akan membuatkan kelembapan pada wajah dapat dikekalkan selama 72 jam.

Wardah Lightening Day Gel
Moisturizer untuk memutihkan wajah 14 daripada 24
Wardah Lightening Day Gel Moisturizer
Wardah
Dari RM24.59
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk kulit berminyak & kombinasi
Mengandungi UVA/UVB filter
Lebih berkesan jika guna set lengkap Wardah
3 lagi
Telah diuji secara dermatologi
Mudah meresap ke dalam kulit
Bebas alkohol

Wardah terkenal dengan set penjagaan yang murah dan berkualiti dari Indonesia.

Jadi, Wardah Lightening Day sesuai bagi mereka yang inginkan kulit segar, kurang berminyak dan sihat. 

Ini kerana mengandungi Niacinamide dan tekstur produk ini dalam bentuk gel kerana mudah menyerap dan menyejukkan.

Bukan itu sahaja, masalah kulit kusam juga dapat dikurangkan kerana Niacinamide bertindak untuk memberikan kesan cerah pada wajah.

IT Cosmetics Confidence in Your Beauty Sleep Anti-Aging Night Cream Moisturizer
Moisturizer terbaik untuk kulit kusam 15 daripada 24
IT Cosmetics Confidence in Your Beauty Sleep Anti-Aging Night Cream Moisturizer
Dari RM67
Lihat harga di Lazada Malaysia
Anti penuaan
Ada Hyaluronic Acid
Harga mahal
3 lagi
Menganjalkan kulit
Bebas daripada sulfate
Tidak menyebabkan pori tersumbat

Krim malam yang bagus daripada Amerika Syarikat ini anda boleh lihat keberkesanannya dalam masa 7 malam. 

Terdapat banyak manfaat di dalam 1 bekas kerana boleh melembapkan serta mencerahkan kulit.

Selain itu dapat mengatasi masalah kulit yang kelihatan kusam dan mengurangkan garis-garis halus pada wajah

Apa yang menarik tentang produk ini adalah tekstur krim mudah meresap dengan baik ke dalam kulit.

Diperkaya dengan adenosine untuk memberikan hidrasi berpanjangan kepada kulit.

Manakala ceramides dapat membaiki lapisan perlindungan semula jadi kulit. 

Jangan risau, produk ini boleh digunakan pada semua jenis kulit tanpa memberikan kesan iritasi pada wajah.

Mama's Choice Daily Face Moisturizer
Moisturizer untuk ibu mengandung 16 daripada 24
Mama's Choice Daily Face Moisturizer
Mama's Choice
Dari RM36.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah meresap
Bebas alkohol & pewangi tambahan
Harga mahal
2 lagi
Ada perlindungan matahari, SPF 25
Mengandungi ekstrak beras

Untuk ibu hamil atau yang baru melahirkan anak, digalakkan untuk guna krim pelembap wajah dari Mama’s Choice.

Ini kerana bahannya memang diformulasikan khas untuk anda si ibu supaya selamat untuk bayi. 

Jangan risau, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan tekstur krim yang ringan membolehkan anda untuk memakai selepas mekap. 

Mengandungi minyak pati oren untuk menyegarkan kulit dan asid hyaluronik untuk menghidratkan wajah agar tidak menua sebelum waktunya. 

Pelembap muka terbaik untuk ibu mengandung ini boleh juga bertindak sebagai sunscreen untuk melindungi kulit daripada jadi kusam akibat sinar UV.

La Roche Posay Effaclar Mat Mattifying Moisturizer
Pelembap anti jerawat 17 daripada 24
La Roche Posay Effaclar Mat Mattifying Moisturizer
Dari RM105.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengawal minyak & kilauan wajah
Boleh pakai pagi & malam
Harga mahal
2 lagi
Sesuai juga untuk kulit sensitif
Tiada paraben

Krim pelembap ini telah diuji secara dermatologi dan tidak menyebabkan pori tersumbat. 

Selain bagus untuk melembapkan kulit muka, pelembap ini juga boleh memberikan kesan matte yang tahan lama pada wajah. 

Sebab itu tiada masalah jika anda sapu pada muka sebelum pakai mekap kerana boleh menjadi asas solekan yang baik. 

Sesuai dipakai pada semua jenis kulit terutamanya yang cenderung jerawat dan berminyak kerana boleh mengecilkan saiz pori.

Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Balancing Gel-Cream Moisturiser
Moisturizer niacinamide terbaik 18 daripada 24
Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Balancing Gel-Cream Moisturiser
Cosmoderm
Dari RM18.49
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bebas paraben & SLS/SLES
Terdapat Pro-Vitamin B5 (Panthenol)
Harga mahal
3 lagi
Mengecilkan pori
Melembapkan kulit
Memperbaiki tona kulit

Diformulasikan dengan Niacinamide, pelembap Cosmoderm ini wajib dimiliki oleh anda yang ingin memudarkan bintik hitam dan kesan jerawat. 

Selain itu, boleh mengurangkan hiperpigmentasi sekaligus memberi wajah anda lebih flawless dan lebih cerah. 

Bukan itu saja, dengan kandungan salicylic acid (BHA) yang berkesan mengurangkan blackheads, whiteheads, pori tersumbat dan jerawat kerana boleh exfoliate kulit. 

Usah khuatir, produk ini sesuai digunakan pada semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.

Laneige Waterbank Blue Hyaluronic Cream
Moisturizer Korea terbaik 19 daripada 24
Laneige Waterbank Blue Hyaluronic Cream
Dari RM114.60
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak melekit
Sesuai untuk kulit berminyak
Harga mahal
3 lagi
Melegakan kemerahan kulit
Kulit kekal lembap hingga 48 jam
Tidak sebabkan pori tersumbat

Kalau ada bajet lebih, apa salahnya belanja diri sendiri dengan pelembap Laneige terbaik untuk kulit kombinasi, berminyak dan sensitif ini.

Mengandungi asid hyaluronik biru yang melembapkan wajah hingga ke lapisan dalam.

Moisturizer jenama Korea juga boleh menyejukkan wajah yang berjerawat.

Selain itu, ada Tocopherol yang bersifat antioksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas seperti pencemaran, sinaran UV dan asap rokok. 

Boleh digunakan pada wajah setiap hari tanpa ragu sebab tidak mengandungi sebarang bahan bahaya seperti paraben, bahan berasaskan haiwan dan pigmen sintetik.

SAFI Acne Solutions Soothing Gel Moisturizer
Moisturizer untuk kulit jerawat 20 daripada 24
SAFI Acne Solutions Soothing Gel Moisturizer
Dari RM26.06
Lihat harga di Watsons Malaysia
Mengandungi Niacinamide
Tidak berminyak & cepat meresap
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
2 lagi
Formula ringan & pH seimbang
Mengawal penghasilan minyak

Dah cuba pelbagai jenis produk di pasaran namun jerawat tetap tidak hilang? 

Apa kata guna gel pelembap Safi ini kerana mengandungi bahan Neem yang boleh mengurangkan parut. 

Selain ada Salyclic Acid, boleh juga menghalang pertumbuhan jerawat baru. Wajah pun bebas jerawat!

Disebabkan pelembap ini mengandungi AHA, jadi dapat exfoliate sel kulit mati dan menggalakkan pembaharuan sel kulit baru. 

Kandungan BHA pula akan meresap jauh ke dalam kulit untuk membersihkan kekotoran yang menyebabkan pori tersumbat.

SAFI Hydra Glow Glycerin Hyaluronic Acid Oil Free Gel Moisturiser
Moisturizer untuk kulit kombinasi 21 daripada 24
SAFI Hydra Glow Glycerin Hyaluronic Acid Oil Free Gel Moisturiser
Dari RM14.42
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
72 jam penghidratan pada kulit
Tidak menyumbatkan pori
Perlu guna set lengkap untuk hasil terbaik
2 lagi
Kulit muka bebas kilau
Halal

Safi Hydra Glow Hydralight Glycerin & Hyaluronic Acid Oil-Free Gel Moisturiser adalah produk penjagaan kulit yang diformulasikan untuk memberikan kelembapan kepada kulit.

Moisturizer gel ini diformulasikan khas untuk kulit berminyak atau cenderung berminyak kerana ia dapat mengawal lebihan minyak. 

Formulasi gel yang ringan dan tidak melekit memberikan sensasi segar pada kulit, cepat meresap dan sesuai untuk penggunaan harian.

Turut mengandungi bahan-bahan seperti Gliserin dan Asid Hyaluronic yang akan membantu menyimpan dan mengunci kelembapan pada kulit, menjadikan kulit terhidrat dan lembut.

Asid Hyaluronic adalah bahan yang popular kerana keupayaannya mengekalkan kelembapan bagi mengimbangi tahap kelembapan kulit untuk lebih muda dan sihat.

Dengan kelembapan yang mencukupi, ini akan membantu menjaga kulit agar kelihatan lebih halus dan pori-pori akan lebih mengecil.

Penggunaan secara konsisten dapat membantu kulit menjadi lebih lembut, halus, dan tampak lebih sihat. 

PRIMROSE E Radiant Hydra Cream 3.jpg
Moisturizer suburkan sel kulit 22 daripada 24
Garden of Eden Primrose E Radiant Hydra Cream 50g
Garden of Eden
Dari RM69.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Suburkan semula sel kulit
Tekstur ringan
Harga mahal
2 lagi
Mudah menyerap
Ada ramuan anti radang

Moisturizer ini sesuai untuk anda yang mahu kulit yang lembap, menyuburkan semula sel kulit wajah dan dapatkan kulit yang glowing.  

Produk penjagaan kulit Hydra terbaru Garden of EDEN Malaysia yang ketiga ialah Primrose E (Radiant Hydra Cream). 

Krim ini dirumuskan daripada bahan penghidratan seperti Shea Butter dan Avena Sativa,untuk kelembapan kulit segera dan tahan lama.

Ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan kusam kerana teksturnya licin dan ringan, mudah menyerap ke dalam kulit. 

Ramuan anti-radang pula akan membantu merawat kulit sensitif dan berjeragat, manakala gabungan vitamin dan protein menyuburkan kulit kering. 

Sementara itu, minyak Evening Primrose merupakan sumber yang kaya dengan nutrien asid lemak penting, sangat baik untuk menyuburkan dan melembapkan kulit sensitif dan kasar.

Bahan-bahan utama dalam kirim ini adalah Evening Primrose Oil, Avena Sativa dan Shea Butter.

ROSA T Anti-Acne Hydra Gel 2.jpg
Moisturizer untuk kulit jerawat 23 daripada 24
Garden of Eden Rosa T Anti-Acne Hydra Gel 50ml
Garden of Eden
Dari RM39.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Tekstur gel
Sesuai untuk kulit berminyak
Harga mahal
1 lagi
Mengandungi nutrien prebiotik

Garden of EDEN  Rosa T Hydration + Anti Acne (Anti-Acne Hydra Gel) untuk bagus anda hilangkan jerawat dan mahu lindungi kulit.

Untuk produk ini lain sedikit kerana packaging dalam bentuk botol dan teksturnya pula jenis gel.

Gel pelembap Rosa T Garden of EDEN ini adalah pilihan yang tepat untuk anda yang sedang mengalami masalah jerawat dan kulit berminyak.

Ini kerana produk ini dapat membantu merawat jerawat dari dalam ke luar dan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.

Turut mengandungi nutrien prebiotik yang diperoleh daripada pelbagai ekstrak semulajadi seperti Akar Burnet, Akar Halia, Ekstrak Kulit Kayu Manis, Ekstrak Manggi.

Apa yang boleh kami katakan, produk baru keluaran Garden of EDEN Krim & Gel Hydra ini membolehkan pengguna pilih krim muka mengikut jenis kulit masing-masing. 

Paling penting, kita perlu tahu jenis kulit sebelum membeli sesuatu produk supaya kulit dapat dirawat dan jadi lebih baik selepas penggunaan.

Chronos Aqua Auto-Replenish Gel Hydrator 40g
Moisturizer dengan prebiotic 24 daripada 24
Chronos Aqua Auto-Replenish Gel Hydrator 40g
Chronos
Dari RM140
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Melembapkan kulit 24 jam
Mengandungi bahan-bahan dari Amazonian
Harga mahal
1 lagi
Menjaga keseimbangan kandungan air pada kulit

Moisturizer ini boleh bertindak memperbaiki tahap hidrasi mengikut keperluan setiap kawasan muka, memastikan wajah anda kekal lembap semasa anda di luar rumah.

Dengan ekstrak Fevillea, asid hyaluronik, dan prebiotik, teknologi pelembap pintar ini juga boleh menggalakkan hidrasi segera dan merangsang kulit anda untuk kekal hidrat secara sendiri.

Tambahan lagi, bahan-bahan yang digunakan memang berkualiti kerana ia merupakan bahan terpilih dari Amazonian khas untuk kesihatan wajah.

Anda juga tidak perlu risau untuk menggunakan moisturizer ini kerana ia telah diuji oleh dermatologist dan sesuai digunakan untuk kulit sensitif.

Jika anda mempunyai bajet yang banyak, boleh dapatkan moisturizer Chronos ini, cuba dan lihat sendiri hasilnya pada wajah anda.


Bila Patut Guna Pelembap Muka? 

Selain cuci muka, pemakaian krim pelembap wajah juga merupakan antara langkah yang paling penting dalam rutin kecantikan terutamanya selepas membersihkan muka.

Melembapkan kulit selepas rutin tersebut sangat penting sebab air panas (jika mandi dengan air panas) boleh melucutkan kelembapan dan minyak semula jadi dari kulit. 

Kesannya kulit boleh jadi kering jadi penggunaan krim pelembap sangat disarankan.

Jangan risau, moisturizer boleh dipakai oleh lelaki dan wanita sejak remaja lagi.

Tapi, sebelum tu pastikan anda tahu cara memilih moisturizer dengan betul mengikut jenis kulit.


Apa Kepentingan / Fungsi Memakai Pelembap?

Anda dinasihatkan untuk memakai pelembap 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur agar kulit sentiasa terhidrasi dan lembap sepanjang masa. 

Malah pemakaian pelembap wajah boleh mencegah tanda penuaan dan kedutan pada kulit. 

Ini kerana dalam bahan pelembap mempunyai reaksi yang bagus untuk menjaga kulit.

Jom kita lihat kandungannya.

  • Air - bahan utama yang ada dalam setiap pelembap yang dapat menyerap ke dalam lapisan kulit paling dalam
  • Occlusives – meningkatkan kandungan air dalam kulit dengan cara menghalang proses penyejatan. Antara occlusive yang sering digunakan ialah lanolin, jeli petroleum dan petrolatum. 
  • Humectants – mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Antara humectant yang sering ada dalam pelembap ialah adalah glycerin, hyaluronic acid, urea dan alpha hydroxy acids (AHA).
  • Emollients – mengekalkan kelembutan kulit agar kekal licin.
  • Vitamin - Vitamin A seperti Topical Retinoic Acid boleh kurangkan garis halus & kedutan. Vitamin C juga antara bahan yang sering ada dalam pelembap. 

Cara Untuk Aplikasi Pelembap Dengan Berkesan

  • Langkah pertama basuh muka dengan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit sebab pelembap perlu disapu pada wajah yang bersih. 
  • Lap wajah tapi biarkan sedikit lembap kerana pemakaian moisturizer pada kulit lembap membantu memerangkap lebih banyak manfaat produk ke dalam kulit. 
  • Pastikan tangan anda juga bersih. 
  • Ambil krim pelembap dalam saiz sebesar kacang hijau pada tapak tangan. 
  • Sapu krim dengan gerakan membulat pada pipi. 
  • Kemudian, aplikasikan pula krim pada dahi dan keseluruhan wajah seperti hidung, dagu, leher dan kawasan T-zone. 
  • Lakukan urutan lembut dari bawah ke atas terutamanya pada bahagian leher. 
  • Urutan dari bawah ke atas ini boleh membantu memastikan kulit wajah tampil awet muda. 

Anda boleh dengarkan kesalahan penggunaan krim pelembap dalam video di bawah.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation