Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Printer Berkualiti Dibawah RM200 untuk Kegunaan Rumah & Pejabat

Tak perlu belanja lebih print dokumen di kedai

Product in this article

Berapa lamakah sebuah printer boleh bertahan?

Printer yang baik biasanya akan bertahan lebih daripada tiga tahun. Terdapat beberapa syarikat yang mampu memberi anda jaminan sehingga tiga tahun. Pada tahun 2011, usia purata bagi sebuah printer inkjet adalah 4 tahun.

Jika anda membelanjakan sebanyak RM200 untuk sebuah printer dan printer itu bertahan selama 4 tahun, anda hanya membelanjakan sebanyak RM50 setahun untuk printer atau lebih kurang hanya RM4.20 sebulan!

Ayuh lihat senarai printer berkualiti mengikut kemampuan bajet anda;

10 Printer Murah dan Berkualiti di Malaysia

HP Deskjet Ink Advantage Printer (1115)

RM 10000
HP
1. HP Deskjet Ink Advantage Printer (1115)
Printer murah dan berkualiti – penjimatan wang berganda
Updated on 5th August 2020

HP 1115 merupakan printer dari siri bajet oleh HP dan merupakan antara jenama yang paling murah di pasaran. Kualiti printer ini juga boleh dibandingkan dengan printer lain di dalam senarai ini. Kelemahan utama printer ini ialah ia tidak mempunyai sokongan wireless serta hanya boleh digunakan untuk mencetak sahaja. 

Ianya amat berbaloi dibeli oleh anda yang tidak memerlukan penggunaan printer kerap dan banyak.

HP Deskjet Ink Advantage 2135 All-in-One Printer

RM 199
HP
2. HP Deskjet Ink Advantage 2135 All-in-One Printer
Printer dengan dakwat katrij murah
Updated on 12th August 2020
add_circle Sesuai untuk kegunaan di rumah
add_circle Harga ikut bajet
add_circle Pencetak all-in-one; cetak, imbas, salin
remove_circle Katrij mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk cetak dokumen yang banyak

Jika anda ingin membeli printer jenis dakwat inkjet, anda perlu tahu yang harga katrij dakwat biasanya agak mahal. Namun begitu, HP 2135 ini menggunakan katrij dakwat yang agak murah dengan harga mesra poket dan dengan mempunyai fungsi pengimbasan serta pencetakan. 

Kelebihan lain printer ini ialah ia disahkan mendapat anugerah Energy Star yang memberi maksud printer ini menggunakan tenaga sedikit berbanding printer lain serta dapat mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

Canon Pixma 3-in-1 Inkjet Printer (E410)

RM 209
Canon
3. Canon Pixma 3-in-1 Inkjet Printer (E410)
Printer mampu milik sesuai untuk pelajar
Updated on 12th August 2020

Printer mampu milik ini mempunyai pelbagai fungsi. Printer ini bukan sahaja mampu mencetak, ianya turut mempunyai fungsi pengimbasan membolehkan anda untuk membuat salinan apa sahaja.

Apa yang menariknya, printer ini mempunyai mod senyap yang mengurangkan bunyi printer pada kadar minimum. Ini membolehkan anda mencetak pada tengah malam tanpa mengganggu kawan anda yang sedang tidur.

HP Deskjet All-in-One Printer (2622)

RM 209
HP
4. HP Deskjet All-in-One Printer (2622)
Printer All-in-One dengan fungsi menyalin dokumen (fotostat)
Updated on 12th August 2020

Printer All-in-One mepunyai fungsi pengimbasan dan membuat salinan yang menyerupai mesin fotostat. Ini membolehkan anda membuat salinan tanpa perlu berbelanja lebih untuk menyalin dokumen di kedai percetakan. Anda juga boleh menggunakan printer ini secara wireless melalui aplikasi di telefon pintar anda. Dengan rekaan yang menarik dan futuristik menjadikan printer ini pilihan ramai.

Canon E510 AIO Inkjet Printer

RM 289
Canon
5. Canon E510 AIO Inkjet Printer
Printer untuk guru yang jimat dakwat
Updated on 12th August 2020

Kerjaya sebagai seorang guru semestinya memerlukan anda mencetak banyak dokumen sebagai silibus mengajar untuk dibawa ke sekolah. Anda dapat menjimatkan wang jika membeli printer jenis ini kerana ianya merupakan printer yang jimat dakwat. Printer All-in-One bermaksud anda juga boleh menggunakannya untuk mengimbas dan membuat salinan tanpa memerlukan mesin yang berbeza.

Canon TS307 Single Function Inkjet Color Printer

RM 179
Canon
6. Canon TS307 Single Function Inkjet Color Printer
Printer dengan kebolehan pencetakan wireless(wifi)
Updated on 11th August 2020

Printer mampu milik ini mempunyai fungsi yang memudahkan anda iaitu kebolehan mencetak secara wireless. Cetak sahaja dokumen dengan menggunakan aplikasi khas yang dimuat turun di smartphone anda. Rekaan printer ini juga agak unik menjadikan printer ini kelihatan agak premium berbanding dengan harganya. Kelemahan printer ini ialah ia tidak mempunyai fungsi pengimbasan.

Canon Pixma Single Function Inkjet Printer with Catridges (IP2770)

RM 185
Canon
7. Canon Pixma Single Function Inkjet Printer with Catridges (IP2770)
Printer yang mampu mencetak sticker berkualiti
Updated on 12th August 2020

Printer ini mampu mencetak gambar yang berkualiti yang beresolusi tinggi sehingga 4800x1200. Anda juga boleh mencetak gambar atau sticker secara borderless pada printer ini. Turut diingatkan, jika anda mahu mencetak sticker, anda perlu menggunakan kertas bersesuaian yang boleh didapati di kedai-kedai alat tulis.

Brother Monochrome Laser Printer (HL-1110)

RM 249.99
Brother
8. Brother Monochrome Laser Printer (HL-1110)
Printer laser yang laju dan efisien
Updated on 12th August 2020

Printer laser sememangnya terkenal dengan kelajuan yang tinggi serta ianya tidak mudah rosak. Namun begitu, harga printer laser yang mampu mencetak warna adalah agak mahal. Akan tetapi, anda boleh mendapatkan printer laser hitam putih pada harga yang berpatutan.

Harga dakwat yang digunakan oleh printer ini juga lebih murah dan tahan lama untuk jangka masa panjang. Jika anda perlu mencetak dalam hitam putih, printer ini sesuai untuk anda.

HP Sprocket

RM 198
Photo printer portable menggunakan Bluetooth
HP
9. HP Sprocket
Printer khas untuk mencetak gambar dan kad kahwin
Updated on 12th August 2020

Printer kecil dan ringan ini adalah printer yang dikhaskan hanya untuk gambar. Ia boleh disambung menggunakan Bluetooth sama ada menerusi telefon pintar, laptop atau komputer. Anda hanya boleh mencetak gambar menggunakan kertas khas kerana printer ini mempunyai teknologi HP ZINK.

HP Deskjet Ink Advantage Wireless 3-in-1 Printer (2676)

RM 238
HP
10. HP Deskjet Ink Advantage Wireless 3-in-1 Printer (2676)
Printer tahan lama daripada HP
Updated on 11th August 2020

Printer ini mempunyai pelbagai fungsi seperti mencetak dan juga mengimbas serta secara wireless dengan menggunakan aplikasi di smartphone mahupun tablet. Jaminan selama 3 tahun daripada Canon Malaysia, menjadikan ianya salah satu printer yang mampu bertahan untuk jangka masa panjang. Walaupun berharga kurang dari RM200, printer ini masih mengekalkan kualiti terbaik untuk kegunaan harian.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article