Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Ukur Laptop Di Badan Sendiri. 10 Laptop Bawah RM1,500 untuk Pengguna Bijak

Untuk belajar, kerja & gaming - semuanya ada.

Product in this article

Kegunaan laptop adalah keperluan masa kini tidak kira peringkat umur. Samada daripada yang paling mudah sehinggalah orang dewasa, kesemuanya pasti memerlukan laptop untuk melangsaikan kerja-kerja.

Pemilihan spek laptop juga amat penting mengikut jenis penggunaan anda. Ada yang gemar bergaming, belilah yang mempunyai CPU dan GPU berkuasa. Sekadar untuk melakukan kerja dan menonton filem atau drama kegemaran, pastikan laptop yang dibeli dilengkapi dengan CPU yang berkelajuan tinggi. 

Apakah jenama laptop yang boleh dipercayai, terkenal dengan kualitinya?

Acer, Lenovo, HP, Dell dan Asus adalah antara jenama-jenama laptop yang terbaik di Malaysia pada tahun ini oleh kerana penambahbaikan spesifikasinya lebih baik daripada versi yang terdahulu. Jenama-jenama ini juga menawarkan sokongan jaminan sehingga 3 tahun untuk setiap laptop keluarannya dan memberi sokongan pusat servis di seluruh Malaysia.

Ini memberi kemudahan kepada pelanggan mereka jika laptop mereka mempunyai masalah. Jom lihat senarai laptop pilihan pengguna yang mengikut kemampuan bajet anda;

10 Laptop Murah Terbaik untuk yang Bajet dibawah RM1,500

HP 14-cm0119AU

RM 1179
HP
1. HP 14-cm0119AU
Laptop dibawah RM1,200 – tiada masalah browser lagging
Updated on 7th November 2019

CPU : AMD A4-9125  | Grafik : Radeon R3  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 128GB SSD  | Skrin : 14” HD TN  | Berat : 1.5kg 

Jika anda sedang mencari laptop pada harga bawah RM1,200, laptop ini sangat sesuai untuk anda. Di samping sangat murah, laptop ini juga mempunyai SSD yang mengurangkan masa log masuk Windows serta masa untuk memindahkan sebarang fail.

Lenovo Ideapad Miix D330-10igm 81h3003wmj

RM 1095
Lenovo
2. Lenovo Ideapad Miix D330-10igm 81h3003wmj
Laptop murah dibawah RM1,500 – sesuai untuk engineer
Updated on 7th November 2019

CPU : Intel® Celeron® N4000 Processor  | Grafik : Intel® UHD Graphics 600  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 64GB EMMC (Expandable via SD-Card)  | Skrin : 10.1” HD IPS  | Berat : 1.2kg (Approximate)

Anda mahukan laptop yang mampu digunakan seperti sebuah tablet? Laptop ini mempunyai skrin sentuh yang berfungsi seakan sebuah tablet. Laptop ini amat sesuai digunakan jika anda selalu melakukan penyampaian(presentation) menggunakan laptop.

Tambahan pula, laptop ini amat kecil dan ringan untuk dibawa kemana-mana kerana skrinnya hanya mempunyai saiz sebesar 10.1” dan seberat 1.2kg.

Haier S1 Ultra-Thin Notebook

RM 1089
Haier
3. Haier S1 Ultra-Thin Notebook
Laptop kecil dan ringan untuk kegunaan harian
Updated on 17th July 2020

CPU : Intel® Celeron® N4000 Processor  | Grafik : Intel® UHD Graphics 600  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 128GB SSD  | Skrin : 13.3" FHD IPS  | Berat : 1.3kg

Laptop ini amat sesuai digunakan jika anda perlu membawa laptop kemana-mana atas pelbagai urusan dengan hanya seberat 1.3kg. Laptop ini juga dilengkapi dengan skrin yang amat bagus berbanding pesaing lain iaitu Full HD IPS. Skrin IPS menayangkan warna dengan lebih baik jika dibandingkan dengan Skrin TN.

Ruang penyimpanan data digunakan juga lebih laju iaitu SSD yang membantu CPU laptop ini iaitu Celeron N4000. Laptop ini bergerak dengan kelajuan tinggi ketika membuka perisian dan fail.

ASUS Vivobook A407M-ABV037T

RM 1179
Asus
4. ASUS Vivobook A407M-ABV037T
Laptop murah dengan skrin 14 inci dan fingerprint reader
Updated on 30th July 2020

CPU : Intel® Celeron® N4000  | Grafik : Intel® UHD Graphics 600  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 500GB (5400RPM)  | Skrin : 14” HD TN  | Berat : 1.5kg 

Adakah anda memerlukan laptop dengan ciri khas seperti imbasan cap jari untuk memastikan keselamatan laptop anda terjamin? Laptop ini mempunyai pengimbas cap jari yang selamat dan lebih cepat digunakan untuk log masuk ke laptop anda jika dibandingkan dengan memasukkan kata laluan.

Kelebihan lain laptop ini adalah ianya agak ringan iaitu 1.5kg. Prestasi laptop ini agak biasa kerana menggunakan Intel Celeron N4000 yang agak kurang berkuasa jika dibandingkan dengan CPU lain yang disertakan dalam senarai ini.

JOI Book 150 – AD-L 150DG

RM 1299
JOI
5. JOI Book 150 – AD-L 150DG
Laptop terbaik untuk menonton filem sambil melayari internet
Updated on 3rd February 2020

CPU : Intel® Celeron® N4100 Processor  | Grafik : Intel® UHD Graphics 600  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 256GB SSD  | Skrin : 14.1" Full HD IPS  | Berat : 1.4kg

Laptop ini mempunyai paparan visual antara yang terbaik pada harga bawah RM1,500 kerana ianya dilengkapi dengan skrin Full HD yang biasanya hanya digunakan pada laptop yang berharga melebihi daripada RM2,000. Laptop ini juga dilengkapi kad SSD yang membolehkan anda memuat turun filem yang ingin ditonton tanpa lagging.

Selain itu, skrin laptop ini juga adalah daripada jenis IPS yang mempunyai warna dan sudut pandangan lebih luas berbanding skrin TN biasa digunakan oleh laptop bawah RM1,500. Laptop ini sesuai untuk dijadikan sebagai “panggung wayang mini” anda.

Lenovo Ideapad L340-15API

RM 1350
Lenovo
6. Lenovo Ideapad L340-15API
Laptop untuk programming dan kegunaan grafik berkualiti tinggi
Updated on 7th November 2019

CPU : AMD RYZEN™ 3 3200U  | Grafik : AMD Radeon Vega 3  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 1TB (5400RPM)  | Skrin : 15.6” HD TN  | Berat : 2.2kg 

Jika anda memerlukan laptop untuk programming tetapi mempunyai bajet yang terhad, laptop ini amat sesuai digunakan kerana ianya mempunyai CPU berkuasa iaitu Ryzen 3-3200U. Programming pada laptop ini tidak menjadi sebarang masalah.

Akan tetapi laptop ini hanya menggunakan HDD, anda dinasihatkan untuk menambah SSD pada masa akan datang untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan CPU laptop ini.

LENOVO Ideapad S145-14IWL

RM 1278.88
Lenovo
7. LENOVO Ideapad S145-14IWL
Laptop murah untuk pelajar – mudah dibawa kemana sahaja
Updated on 7th November 2019

CPU : Intel® Celeron™ 4205  | Grafik : Intel® UHD Graphics 610  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 500GB (5400RPM)  | Skrin : 14” HD TN  | Berat : 1.6kg 

Pelajar biasanya membawa laptop ke mana-mana kerana mereka perlu menggunakannya di pelbagai tempat. Oleh yang demikian, laptop yang terbaik untuk pelajar ialah laptop yang cukup ringan untuk dibawa kemana sahaja, pada bila-bila masa. Laptop ini hanya seberat 1.6kg.

Dilengkapi dengan Intel Celeron N4205 yang mampu menjalankan semua perisian ringan untuk kegunaan pelajar tanpa sebarang masalah. Dapatkan juga Microsoft Office dengan harga berbaloi jika anda membeli laptop ini.

Acer ASPIRE 3 a315-42-R6HA

RM 1415
ACER
8. Acer ASPIRE 3 a315-42-R6HA
Laptop yang dilengkapi dengan kad SSD
Updated on 7th November 2019

CPU : AMD Athlon II 300U  |  Grafik : Radeon Vega 3  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 256GB ROM  | Skrin : 15.6” ComfyView HD  | Berat : 1.9kg 

SSD merupakan jenis storan biasa didapati pada laptop berharga lebih mahal kerana kelajuannya yang tinggi jika dibandingkan dengan dengan HDD. Ianya membolehkan anda membuka aplikasi atau fail sehingga 10 kali dengan lebih cepat. 

Spesifikasi laptop ini juga boleh dikatakan agak bagus kerana menggunakan CPU baru daripada AMD yang setanding dengan CPU i3 dari intel.

HP 14-cm0012AX /14S-DK0001AX

RM 1647
HP
9. HP 14-cm0012AX /14S-DK0001AX
Laptop murah berspesifikasi tinggi untuk mengedit video dan gambar
Updated on 26th February 2020

CPU : AMD Ryzen™ 3-3200U  | Grafik : AMD Radeon™ 520 Graphics  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 1TB (5400RPM)  | Skrin : 14" HD WLED-backlit  | Berat : 1.5kg 

Untuk membolehkan anda mengedit video dan gambar, kombinasi CPU dan GPU haruslah yang bagus. Laptop ini memenuhi kriteria tersebut kerana ianya dilengkapi dengan AMD Ryzen 3-3200U yang berkuasa serta GPU yang dikhaskan untuk kegunaan grafik seperti mengedit video dan gambar iaitu Radeon 520 2GB.

Ini membolehkan anda melakukan kerja-kerja yang melibatkan grafik tanpa sebarang masalah. Anda juga boleh memainkan game yang ringan seperti CSGO, PES dan DOTA 2.

HP 14S-DK0000AX

RM 1470
HP
10. HP 14S-DK0000AX
Laptop gaming murah dengan ram besar pada harga berpatutan
Updated on 9th January 2020

CPU : AMD Ryzen™ 3 3200U with Radeon™ Vega 3 Graphics  | Grafik : AMD Radeon™ 530 Graphics (2 GB GDDR5 dedicated)  | Memori : 4GB RAM  | Storage : 1TB (5400RPM)  | Skrin : 14” HD TN  | Berat : 1.5kg 

Agak sukar untuk mencari laptop gaming murah yang mampu memainkan semua game kerana terdapat banyak game memerlukan spesifikasi tinggi untuk memastikan kelancaran semasa bergaming. Walaupun laptop ini mempunyai spesifikasi rendah jika dibandingkan dengan laptop gaming lain, ianya agak berbaloi kerana harga yang murah tetapi masih mengekalkan kualiti setanding jenama mahal.

Dilengkapi Ryzen 3-3200U dan GPU khas untuk perisian yang memerlukan keupayaan grafik tinggi iaitu Radeon 530 2GB. Walaupun laptop ini tidak mampu memainkan semua game pada 60fps tetapi ianya masih mampu memainkan kebanyakan game 30fps pada resolusi 720p.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article