Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Laptop Dari Jenama HP Pilihan Ramai – Kualiti Setanding Harga

Komputer riba multifungsi bertaraf antarabangsa

Product in this article

Laptop jenama HP bukan sahaja terkenal di Malaysia tapi juga diseluruh dunia. Ianya mempunyai kualiti yang baik, berbaloi dengan harga serta khidmat bantuan selepas pembelian yang agak pantas dan cekap. Tidak dinafikan terlalu banyak jenama laptop yang terdapat dipasaran setanding dengan kualiti dan harga. 

Tetapi HP masih mengekalkan kecekapan sistemnya dalam peranti canggih ini. Disebabkan itulah, jenama HP berada antara produk top dipasaran terutamanya di Malaysia. 

Apakah tips membeli laptop?

Memilih laptop sememangnya sukar, tambahan pula buat anda yang bukan jenis ‘tech-savvy’. Pasti bingung untuk memilih laptop yang terbaik dan berbaloi dengan harganya. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak memilih laptop yang terbaik, apa kata buat sedikit kajian dahulu mengenai senarai jenama laptop yang ada di pasaran. Dapatkan testimoni pengguna-pengguna terdahulu. 

Terdapat beberapa elemen yang perlu anda beri perhatian semasa memilih laptop terbaik dalam kegunaannya;

  • Skrin : Skrin IPS adalah lebih baik baik berbanding panel TN. Perhatikan resolusi laptop tersebut. Skrin 1080p lebih jelas berbanding 720p.
  • Cip Pemprosesan : Untuk Intel terdapat 3 cipset yang terkenal iaitu i7, i5 dan i3. Intel i7 adalah paling berkuasa diikuti dengan Intel i5 dan Intel i3.Intel Celeron dan Intel Pentium pula adalah cip kelas permulaan untuk Intel. Untuk cipset jenis AMD, Ryzen 7 adalah paling berkuasa, diikuti Ryzen 5 dan Ryzen 3. Cip AMD siri A pula adalah cip kelas permulaan.
  • Kad Grafik : Cip pemprosesan biasanya mempunyai cip yang kurang berkuasa cukup untuk kegunaan ringan. Jika anda mengedit video atau bermain game, anda perlu mencari laptop yang mempunyai kad grafik Nvidia Geforce GTX atau AMD Radeon.
  • Kualiti binaan : Laptop yang lebih mahal biasanya diperbuat daripada aluminium yang tahan calar dan lebih berkualiti, manakala laptop yang lebih murah diperbuat daripada plastik. 
  • Berat : Laptop yang lebih ringan memudahkan anda untuk membawa laptop anda kemana. Elakkan laptop jenis gaming jika anda seorang pelajar atau memerlukan laptop yang mudah alih kerana laptop gaming biasanya lebih berat.
  • Jenis Storage : SSD adalah jauh lebih laju berbanding HDD jadi elakkan laptop yang hanya mempunyai HDD melainkan anda berniat untuk manaiktaraf laptop tersebut kepada SSD pada masa hadapan.

Ayuh lihat senarai laptop dari jenama HP untuk rujukan anda sebelum membelinya;

10 Laptop HP Terbaik Pilihan Ramai di Malaysia

HP 14-cm0012AX /14S-DK0001AX

RM 1647
HP
1. HP 14-cm0012AX /14S-DK0001AX
Laptop murah dan berkualiti tinggi daripada HP
Updated on 26th February 2020

CPU : Ryzen 3 2200U  | Grafik : Radeon 520 2 GB GDDR5 | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1TB HDD  | Skrin : 14” HD TN  | Berat : 1.9kg 

Jika anda mempunyai bajet yang terhad, jangan risau kerana laptop ini tidak akan membuatkan poket anda ‘bocor’. Apa yang menariknya dengan laptop ini adalah ia mempunyai spesifikasi yang agak baik walaupun harganya murah kerana ia dilengkapi dengan Ryzen 3 2200U serta Radeon 520. Anda akan dapat melakukan kerja harian dengan prestasi yang agak baik.

HP 14S-DQ1030TU

RM 1699
HP
2. HP 14S-DQ1030TU
Laptop HP mampu milik dengan Intel i3
Updated on 26th February 2020

CPU : Intel i3-1005G1  | Grafik : Intel UHD G1  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 256GB SSD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.5kg 

Walaupun laptop ini hanya dilengkapi dengan Intel i3, ianya merupakan perisian intel generasi terkini yang mampu menewaskan i5 daripada generasi lama. Ia juga mempunyai skrin yang agak menarik dan hanya seberat 1.5kg. Apa yang lebih penting, harganya agak berpatutan.

HP 14S-DK0107AU

RM 1849
HP
3. HP 14S-DK0107AU
Laptop terbaik untuk melakukan kerja-kerja harian
Updated on 16th July 2020

CPU : Ryzen 5-3500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 256GB SSD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.5kg 

Laptop HP ini sesuai digunakan untuk kerja ringan. Dikuasakan oleh Ryzen 5-3500U anda akan dapat menjalankan mana-mana perisian harian tanpa masalah. Ia juga ringan dan memudahkan anda untuk membawanya kemana-mana.

HP (15s-eq0067AU)

RM 2105
HP
4. HP (15s-eq0067AU)
Laptop HP yang sesuai untuk kegunaan programming
Updated on 10th July 2020

CPU : Ryzen 5-3500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 512GB SSD  | Skrin : 15.6” FHD IPS  | Berat : 1.7kg 

Aplikasi yang digunakan seorang programmer tidaklah terlalu berkuasa. Oleh itu, laptop yang digunakan oleh programmer tidak perlu terlalu berkuasa. Namun, laptop ini boleh dikatakan agak ‘overkill’ untuk seorang programmer. Ryzen 5 3500u adalah CPU kelas pertengahan Ryzen yang agak berkuasa.

Walaupun ia mempunyai skrin sebesar 15.6” serta FHD ia hanya seberat 1.7KG, cukup ringan untuk laptop sebesar itu.

HP (14s-cf2000TX)

RM 2179
HP
5. HP (14s-cf2000TX)
Laptop dengan Intel i5 – sesuai untuk kegunaan pelajar
Updated on 26th February 2020

CPU : Intel® Core™ i5-10210U  | Grafik : AMD Radeon™ 530 2 GB GDDR5  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 512GB SSD  | Skrin : 14” FHD IPS  | Berat : 1.43kg 

Apa yang ditawarkan oleh HP daripada laptop ini adalah cukup memuaskan. CPU yang digunakan adalah jenis yang cukup berkuasa iaitu Intel i5. Kad grafik juga disertakan dalam laptop ini, boleh digunakan untuk bermain game atau mengedit video. Selain itu, laptop ini juga mempunyai saiz simpanan yang besar serta cukup ringan.

HP (15s-du0021TX)

RM 2245
HP
6. HP (15s-du0021TX)
Laptop HP untuk AutoCad dengan spesifikasi tinggi
Updated on 15th July 2020

Aplikasi AutoCad menggunakan kuasa CPU dan GPU yang banyak. Oleh itu, laptop yang diperlukan untuk menjalankan AutoCad perlu mempunyai spesifikasi yang tinggi untuk berjalan lancar. Laptop ini mempunyai Intel i5 serta Nvidia MX130 yang mampu menjalankan perisian AutoCad. 

Skrin laptop yang besar serta Full HD memudahkan untuk anda melaksanakan projek tanpa masalah. Anda disarankan untuk meningkatkan kapasiti RAM anda untuk membolehkan anda menggunakan AutoCad dengan lancar kerana RAM minimum untuk menjalankan AutoCad adalah 8GB.

HP (14-Ce1063TX)

RM 2799
HP
7. HP (14-Ce1063TX)
Laptop dengan perisian Intel i7 untuk kelancaran lebih sempurna
Updated on 27th July 2020

Spesifikasi laptop ini agak tinggi berbanding yang setaraf dengannya. Gabungan Intel i7 dengan Nvidia MX150 menjadikan laptop ini sesuai untuk hampir semua kegunaan. Anda hanya perlu menambah lagi 4GB RAM dan laptop ini tidak akan mengalami masalah lagging.

Storage yang dibekalkan juga besar walaupun hanya sekadar HDD. Anda perlu menukar storage tersebut kepada SSD jika anda mahukan kelancaran yang maksimum.

HP Pavilion Laptop (14-ce3047TX)

RM 3288
HP
8. HP Pavilion Laptop (14-ce3047TX)
Laptop untuk sesi mengedit video/gambar lebih sempurna
Updated on 26th February 2020

CPU : Intel i7-1065G7  | Grafik : NVIDIA® GeForce® MX250 2 GB GDDR5  | Memori : 8GB DDR4 SDRAM  | Storage : 512GB SSD  | Skrin : 14” FHD IPS  | Berat : 1.6kg 

Laptop ini mempunyai cip Intel i7 generasi terbaru iaitu dikeluarkan pada tahun 2019 yang sangat berkuasa. Selain daripada itu, ia juga mempunyai kad grafik kelas pertengahan dengan mengurangkan masa anda untuk merender video yang di edit.

Spesifikasi lain juga tidak kurang hebatnya, ia dilengkapi dengan 512GB SSD dan 8GB RAM memberikan pengalaman lancar. Apa yang lebih menarik, ia hanya seberat 1.6kg menjadikan laptop ini cukup ringan dibawa kemana sahaja.

HP Envy (13-ah1038TX)

RM 3399
HP
9. HP Envy (13-ah1038TX)
Laptop lebih ringan untuk dibawa kemana sahaja
Updated on 9th July 2020

CPU : Intel i5-8265U  | Grafik : NVIDIA® GeForce® MX150 2 GB GDDR5  | Memori : 8GB LDDR3 SDRAM  | Storage : 256GB SSD  | Skrin : 13.3” FHD IPS  | Berat : 1.21kg 

Sebagai seorang pelajar, universiti mahupun sekolah, membawa laptop yang berat kemana-mana dengan kerap boleh memberi tekanan. Laptop daripada HP ini hanya seberat 1.2kg tetapi mempunyai spesifikasi tinggi. Ia mempunyai Intel i5 dan juga kad grafik daripada Nvidia serta RAM yang cukup besar iaitu 8GB. Satu pakej lengkap yang patut anda berikan perhatian.

HP OMEN Gaming Laptop (15-DH0038TX)

RM 5365
HP
10. HP OMEN Gaming Laptop (15-DH0038TX)
Laptop HP sesuai untuk kegunaan bergaming buat gamers ‘freak’
Updated on 10th July 2020

CPU : Intel i7-9750H  | Grafik : NVIDIA® GeForce® RTX 2060 6GB GDDR6  | Memori : 8GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1 TB HDD + 256 GB SSD  |  Skrin : 15.6" FHD 144 Hz IPS  |  Berat : 2.4kg 

HP Omen adalah barisan laptop gaming daripada HP. Ianya mempunyai CPU yang sangat berkuasa iaitu Intel i7-9750H. Ia juga dilengkapi dengan kad grafik yang kelas tinggi, membolehkan anda bergaming tanpa masalah lagging.

Skrin yang digunakan oleh laptop ini juga mempunyai kadar segar semula yang tinggi iaitu 144Hz membolehkan anda memainkan game anda dengan lancar. Kelemahan laptop ini ialah ia agak berat dan tidak sesuai jika anda perlu membawa laptop anda kemana-mana setiap hari.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article