Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
telefon kalis air terbaik

7 Smartphone Kalis Air Yang Terbaik di Malaysia 2025

Upgrade telefon pintar anda dengan fungsi kalis air!

Cari telefon kalis air terbaik? Ini senarai telefon kalis air dengan rating IP68/69 terbaik untuk korang semua.

Rata-rata pengguna smartphone kini mula mencari variasi dan inovasi dalam teknologi pembuatan smartphone yang baru.

Dan kini, telefon kalis air dan telefon yang tahan lasak mula menjadi trend baru dan dicari oleh golongan yang gemar melakukan aktiviti lasak dan memerlukan pelindung extra untuk telefon.

Jadi lebih mudah untuk beli je phone tahan lasak atau phone kalis air, tapi bagaimana nak tahu jika smartphone itu tahan lasak atau kalis air?

Lihatlah pada penarafan IP66 dan ke atas adalah spek untuk tahap kalis air dan debu bagi sesebuah model telefon pintar, dan tentunya IP68 menjadi standard untuk telefon kalis air dan debu masa kini.

Masih keliru nak pilih model yang mana?

Lihat sahaja senarai smartphone kalis air terbaik di Malaysia yang telah kitaorang pilih khusus untuk kategori ini.

Paling penting semua telefon ini adalah model terkini!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Senarai 7 Smartphone Kalis Air Terbaik

Smartphone kalis air terbaik secara keseluruhan
iPhone 16 Pro Max
Apple
iPhone 16 pro max
From
RM5,999.00
Check iPhone 16 Pro Max price below:
add_circle Paparan Super Retina XDR
add_circle Video 4K 120fps Dolby Vision
add_circle Cip A18 Pro untuk gaming lancar
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Harga mahal
remove_circle telefon agak berat
  • Cipset: Apple A18 Pro (3 nm)
  • OS: iOS 18
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.9 inci LTPO Super Retina XDR OLED
  • Resolusi: 1320 x 2868 piksel
  • Bateri: Li-Ion, tidak boleh ditanggalkan
  • Kamera: 48MP (lebar), 12MP (telefoto), 16MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

iPhone 16 Pro Max menawarkan prestasi luar biasa dengan cip A18 Pro, kamera 48MP yang canggih dan paparan Super Retina XDR OLED yang menakjubkan.

Dilengkapi reka bentuk titanium tahan lasak dan penarafan kalis air IP68, ia sempurna untuk pengguna yang mencari telefon berkualiti tinggi untuk gaming, fotografi dan kegunaan harian.

Ciri-ciri:

Dilengkapi reka bentuk titanium yang tahan lasak dan penarafan kalis air IP68, menjadikannya pilihan ideal untuk penggunaan lasak.

Ditenagai cip A18 Pro, telefon ini menawarkan prestasi luar biasa dalam menjalankan aplikasi berat dan gaming.

Paparan 6.9 inci Super Retina XDR OLED memberikan pengalaman visual yang jelas dan terang, sesuai untuk menonton video dan bermain game.

Kamera 48MP utama dengan lensa Ultra Wide dan 5x telefoto menghasilkan gambar tajam, manakala kemampuan rakaman video 4K 120fps Dolby Vision memberikan hasil yang memukau.

Bateri 33 jam penggunaan video dan pengecasan pantas USB-C atau MagSafe memastikan telefon ini kekal aktif sepanjang hari.

Dengan iOS 18, telefon ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti penyesuaian skrin utama dan pengesanan kemalangan untuk keselamatan tambahan.

iPhone 16 Pro Max adalah pilihan terbaik bagi mereka yang memerlukan prestasi tinggi dan ketahanan dalam satu peranti.

Review:

"iPhone 16 Pro Max memang hebat! Kualiti skrin dia memang best dan prestasi cip A18 Pro sangat lancar untuk gaming dan multitasking. Ambil gambar pun lawa gila. Reka bentuk dia titanium dan kalis air."

Smartphone tahan air untuk berenang
vivo V50 5G
Vivo
vivo V50 5G
From
RM1,756.00
Check vivo V50 5G price below:
add_circle Kamera depan 50MP untuk streaming
add_circle Paparan AMOLED terang
add_circle Ketahanan air & habuk IP68/IP69
remove_circle Tidak menyokong eSIM
remove_circle Masalah bloatware
  • Cipset: Snapdragon® 7 Gen 3
  • OS: Android 15, MagicOS 9.0
  • RAM: 12GB
  • Storan: 256GB
  • Paparan: AMOLED, 120Hz, 4500 nits (peak)
  • Resolusi: 2736 x 1264 (~400 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar) 50MP (ultra-lebar) 32MP (swafoto)

vivo V50 5G merupakan pilihan ideal untuk mereka yang mencari smartphone tahan air dan boleh digunakan untuk berenang.

Dilengkapi dengan rating kalis air IP68 dan IP69, telefon ini direka untuk menghadapi hujan, percikan air, tangan basah dan sesuai digunakan untuk fotografi bawah air.

Namun, vivo memberi amaran bahawa ketahanan air ini bukan bersifat kekal dan boleh berkurang dengan penggunaan harian.

Pihak mereka juga menasihatkan untuk tidak merendam telefon dalam air semasa penggunaan harian atau mendedahkannya kepada air laut atau cecair lain seperti minuman, serta tidak mengecas telefon semasa ia basah.

Telefon ini dikuasakan dengan cip Snapdragon® 7 Gen 3 dan 12GB RAM, menawarkan prestasi yang lancar dan pantas, sesuai untuk penggunaan yang intensif seperti streaming atau merakam video bawah air.

Paparan AMOLED 6.55 inci dengan kecerahan 4500 nits memastikan visual yang jelas dan terang walaupun dalam persekitaran cerah.

Kamera belakang 50MP dan 50MP Ultra-Wide memberikan gambar berkualiti tinggi, manakala kamera swafoto 32MP dilengkapi dengan AI Aura Light untuk gambar yang terang dan jelas.

Bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 90W memastikan anda boleh menggunakan telefon sepanjang hari tanpa risau tentang kehabisan bateri.

Sistem operasi Android 15 dan MagicOS 9.0 memastikan pengalaman pengguna yang responsif.

vivo V50 5G adalah pilihan terbaik untuk mereka yang memerlukan telefon tahan air untuk aktiviti berenang atau sukan air.

Smartphone 5G tahan air
realme GT7 Pro
Realme
realme GT7 Pro
From
RM2,599.00
Check realme GT7 Pro price below:
add_circle Bateri besar 6500mAh
add_circle Pengecasan pantas 100W
add_circle Tahan air dan debu (IP68)
remove_circle Tidak ada slot kad microSD
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3 nm)
  • OS: Android 15, Realme UI 6.0
  • RAM: 12GB
  • Storage: 512GB
  • Paparan: LTPO AMOLED, 120Hz, 450 nits HBM
  • Resolusi: 1264 x 2780 (~450 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar) 50MP (telefoto) 8MP (ultrawide) 16MP (swafoto)

Realme GT 7 Pro adalah pilihan hebat untuk pengguna yang mencari smartphone 5G tahan air dengan prestasi luar biasa.

Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 8 Elite dan 12GB RAM, telefon ini memberikan kelancaran yang tiada tandingan dalam pelbagai aktiviti, termasuk gaming dan multitasking.

Paparan 6.78 inci LTPO AMOLED menawarkan visual tajam dan lancar dengan resolusi 1264 x 2780 pixels dan sokongan 120Hz.

Kamera belakang 50MP utama dan 50MP telefoto periskop membolehkan pengguna merakam gambar berkualiti tinggi dengan zoom optikal 3x, manakala kamera swafoto 8MP memberikan gambar selfie yang jelas.

Bateri 6500mAh memastikan ketahanan sepanjang hari, dengan sokongan pengecasan pantas 100W.

Selain itu, dengan rating IP68, telefon ini kalis air dan habuk, menjadikannya ideal untuk digunakan di luar rumah tanpa perlu risaukan cuaca.

Dilengkapi dengan Android 15 dan Realme UI 6.0, pengalaman pengguna menjadi lebih intuitif dan responsif.

Realme GT 7 Pro adalah pilihan tepat bagi mereka yang memerlukan telefon 5G tahan lasak dengan prestasi tinggi.

Smartphone China tahan air
OnePlus 13
OnePlus
OnePlus 13
From
RM4,299.00
Check OnePlus 13 price below:
add_circle Paparan 2K ProXDR yang hebat
add_circle Penarafan IP69 tahan habuk dan air
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Kamera berkualiti
remove_circle Reka bentuk yang biasa
remove_circle Mengandungi aplikasi tidak penting

 

  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3 nm)
  • OS: Android 15, ColorOS 15
  • RAM: 12GB + 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: LTPO AMOLED, 120Hz, 4500 nits (puncak), HDR10+, Dolby Vision
  • Resolusi: 1440 x 3168 (~450 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar) 50MP (telefoto periskop) 50MP (ultrawide) 32MP (swafoto)

OnePlus 13 menawarkan pengalaman premium dengan rekaan tahan lasak yang sesuai untuk pelbagai keadaan.

Dilengkapi dengan rating IP68/IP69, telefon ini kalis air dan debu, membolehkannya bertahan dalam cuaca buruk atau aktiviti luar.

Paparan LTPO AMOLED 6.82 inci dengan resolusi 1440 x 3168 piksel menjanjikan visual yang terang dan jelas, sesuai untuk penggunaan dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Cip Snapdragon 8 Elite yang canggih digandingkan dengan 12GB RAM, memastikan prestasi yang pantas untuk multitasking dan gaming.

Kamera utama 50MP dengan sokongan periskop telefoto 50MP dan ultralebar 50MP memberikan hasil gambar yang tajam dan perincian yang jelas.

Kamera depan 32MP juga mampu merakam swafoto berkualiti tinggi.

Bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 100W memastikan telefon ini dapat bertahan sepanjang hari dan pengecasan tanpa wayar 50W memberi kemudahan lebih.

Sistem operasi Android 15 dengan ColorOS 15 memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan responsif.

Dengan ciri kalis air dan debu, serta prestasi hebat, OnePlus 13 adalah pilihan bijak bagi mereka yang mencari telefon tahan lasak dengan prestasi yang mantap.

 

Smartphone murah tahan air
OUKITEL WP23
OUKITEL
OUKITEL WP23
From
RM589.00
Check OUKITEL WP23 price below:
add_circle Bateri sebesar 10,600mAh
add_circle Tahan lasak dan lama
add_circle Sistem ketahanan MIL-STD-810H
remove_circle Paparan HD+ sahaja
remove_circle Tiada sokongan NFC
  • Cipset: MediaTek MT6765 (Helio P35)
  • OS: Android 13
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB (expandable up to 1TB)
  • Paparan: 6.52" HD+ TFT
  • Resolusi: 2736 x 1264
  • Kamera: 13MP (lebar) 5MP (swafoto)

OUKITEL WP23 adalah telefon pintar tahan lasak dengan harga mampu milik yang dilengkapi dengan bateri besar 10,600mAh, sesuai untuk penggunaan luar yang intensif.

Telefon ini dilengkapi dengan skrin 6.52 inci HD+ TFT yang cukup terang, dengan kecerahan 400 nits dan dikuasakan dengan pemproses MediaTek MT6765 (Helio P35) untuk prestasi yang lancar.

Dengan ketahanan air IP68, kalis debu IP69K dan standard ketahanan MIL-STD-810H, telefon ini mampu bertahan dalam pelbagai keadaan lasak seperti terjatuh, terkena air dan debu.

Kamera utama 13MP menghasilkan gambar yang jelas, sementara kamera depan 5MP sesuai untuk swafoto yang memadai.

Dilengkapi dengan RAM 4GB dan storan 64GB yang boleh diperluas hingga 1TB menggunakan kad TF, korang tak perlu risau tentang kekurangan ruang penyimpanan.

Bateri besar 10,600mAh membolehkan telefon ini bertahan sehingga 33 hari dalam mod standby, menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang memerlukan telefon tahan lasak dengan kapasiti bateri yang sangat besar.

Beroperasi dengan Android 13, OUKITEL WP23 menawarkan ciri-ciri penting seperti GPS terbina dan sokongan pelbagai sistem navigasi satelit (GPS, GLONASS, Beidou), memastikan pengguna tidak tersesat.

Sesuai untuk mereka yang mencari telefon murah yang tahan lasak dan kalis air, OUKITEL WP23 adalah pilihan tepat untuk kegunaan luar dan sukan lasak.

Smartphone tahan air dan debu
Samsung Galaxy S25 Ultra
Samsung
Galaxy S25 Ultra
From
RM6,599.00
Check Samsung Galaxy S25 Ultra price below:
add_circle Bateri yang lebih tahan
add_circle Kamera sangat berkualiti
add_circle Teknologi AI dipertingkat
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Tidak dilengkapi Qi2 magnets
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite
  • OS: Android 15, sehingga 7 naiktaraf Android, One UI 7
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.9 inci
  • Resolusi: 1440 x 3120 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 200 MP (lebar) 10 MP (telefoto) 50 MP (periskop telefoto) 50 MP (ultra lebar) 12 MP (swafoto)

Samsung Galaxy S25 Ultra memang pilihan terbaik untuk pengguna yang memerlukan telefon kalis air yang dipercayai.

Dengan rating IP68, telefon ini kalis air dan debu, jadi sesuai digunakan dalam pelbagai persekitaran dan keadaan cuaca.

Paparan AMOLED 6.9 inci dengan resolusi 1440 x 3120 piksel serta kadar segar semula 120Hz menjamin pengalaman tontonan dan gaming yang lancar serta tajam.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite, telefon ini memberikan prestasi luar biasa untuk multitasking, gaming dan kerja harian.

Kamera belakang 200MP, 50MP ultra lebar, serta dwi-lensa telefoto 50MP dan 10MP memastikan hasil fotografi yang menakjubkan, dengan perincian yang jelas walaupun pada jarak jauh.

Kamera swafoto 12MP pula menghasilkan gambar yang terang dan natural.

Dengan kapasiti storan sehingga 1TB dan RAM 12GB, ia menyediakan ruang yang luas untuk aplikasi, media dan game tanpa risau akan kekurangan ruang.

Bateri 5000mAh memastikan penggunaan sepanjang hari tanpa perlu mengecas.

Dengan semua ciri premium ini, Galaxy S25 Ultra adalah pilihan tepat bagi mereka yang mahukan telefon serba boleh dengan reka bentuk tahan lasak.

Smartphone lipat tahan air
Samsung Galaxy Z Flip6
Samsung
Samsung Galaxy Z Flip6
From
RM4,999.00
Check Samsung Galaxy Z Flip6 price below:
add_circle Kualiti audio terbaik
add_circle Kalis air dan debu
remove_circle Tiada AUX input
  • Cipset: Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform untuk Galaxy
  • OS: Android 14, One UI 6.1.1
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.7-inch FHD+, Dynamic AMOLED 2X
  • Resolusi: 1080 x 2640 piksel
  • Bateri: 4000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 12 MP (ultra-lebar) 10 MP (swafoto)

Samsung Galaxy Z Flip6 merupakan smartphone lipat tahan air yang menggabungkan teknologi canggih dengan reka bentuk praktikal.

Dikuasakan dengan Snapdragon® 8 Gen 3 dan dilengkapi dengan 12GB RAM serta 256GB storan, peranti ini menawarkan prestasi lancar dan pantas.

Paparan 6.7 inci Dynamic AMOLED 2X memberikan visual yang jelas dan tajam, manakala FlexWindow 3.4 inci membolehkan pengguna mengakses fungsi AI tanpa membuka telefon.

Dengan penarafan IP68, Galaxy Z Flip tahan air dan debu, menjadikannya ideal untuk penggunaan lasak.

Kamera 50MP utama dan 12MP ultra-lebar memberikan gambar berkualiti tinggi, sementara kemampuan zum optikal 2x dan AI hingga 10x membolehkan penggambaran yang lebih kreatif.

Nightography yang dipertingkatkan memastikan rakaman video jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Bateri 4000mAh dan sistem Android 14 dengan One UI 6.1.1 menjadikan telefon ini sesuai untuk kegunaan sepanjang hari, tanpa kompromi dalam prestasi atau ketahanan.


Cara Memilih HP Tahan Air

  • Ketahanan Air: Pastikan telefon pintar mempunyai rating ketahanan air (IP) yang sesuai, terutamanya di negara dengan cuaca hujan seperti Malaysia.

  • Penilaian IP: Periksa penilaian Ingress Protection (IP) untuk menentukan perlindungan terhadap air dan debu. Rating IP67 dan IP68 adalah yang paling biasa untuk ketahanan air.

  • IP67 dan IP68: Telefon dengan rating ini biasanya mampu bertahan di dalam air hingga kedalaman 1 meter selama 30 minit. Namun, elakkan merendam telefon dalam air secara sengaja.

  • Casing Kalis Air: Pertimbangkan untuk menggunakan casing kalis air tambahan jika anda merancang untuk menggunakan telefon di dalam air seperti ketika berenang.

  • Kefahaman Mengenai Kalis Air: Pastikan telefon yang dipilih benar-benar kalis air dengan mengetahui rating IP dan had penggunaannya.


Pilihan Terbaik

Bagi tahun 2025, boleh dikatakan senarai ini merupakan pilihan smartphone dengan kamera terbaik dan harga bawah RM2,000:


Artikel Berkaitan

End of Article