Product in this article

Smartphone merupakan peranti elektronik yang boleh dikatakan dimiliki oleh semua orang. Namun begitu, tidak semua mampu membeli smartphone yang berharga mencecah sehingga ribuan ringgit.

Kebiasaannya, smartphone sebegini mempunyai kesemua ciri yang diinginkan oleh pengguna seperti kamera terbaik, dual simkad dan boleh menampung penggunaan untuk jangka masa panjang.

Apakah yang membuat smartphone Android itu bagus dengan harga yang murah?

Walaupun harganya murah, kebanyakan smartphone kini amat mesra pengguna dan berkualiti. Ianya haruslah dilengkapi dengan kamera yang jelas, processor bertahap laju, ruang penyimpanan besar dan luas serta bateri bertahan lebih lama daripada telefon pintar yang lain.

Disamping ciri basic seperti skrin besar dan reka bentuk yang cantik, anda boleh memiliki smartphone dengan harga murah tetapi masih berkualiti. 

Kali ini kami bawakan jenis-jenis smartphone yang berkualiti dengan harga kurang daripada RM200. Tiada alasan lagi untuk tidak memiliki smartphone pada hari ini.

1. NUU Q500

Smartphone dengan slot dual sim

Harga mulai RM169.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM169.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM189.00

CPU : Quad Core 1.3GHz  | Grafik : nil  | Memori : 2GB RAM  | Storage : 16GB  | Skrin : 5.0”  | Berat : 155gm

Smartphone ini mempunyai slot dual simkad untuk memberi anda kebebasan dalam menggunakan rangkaian telco anda. Ini memudahkan anda untuk membezakan antara urusan kerja mahupun peribadi. Berharga murah di pasaran, smartphone ini yang dilengkapi kamera 8MP dengan ciri Panorama, Bust dan Live Photo menjadikannya telefon pintar pilihan ramai.

2. Bluboo D6 Pro

Untuk si gamers mania, smartphone terbaik untuk bergaming

Harga mulai RM179.00

CPU : MT6793 Quad Core  | Grafik : PowerVR GE8100  | Memori : 2GB RAM  | Storage : 16GB  | Skrin : 5.5”  | Berat : 159gm

Dikuasai Quad-Core, smartphone ini mampu memberi anda prestasi yang laju ketika bermain game mahupun membuka beberapa aplikasi pada waktu yang sama. Tambahan lagi, smartphone ini tidak memakan banyak kuasa bateri. Ianya direka khas untuk anda yang sentiasa menggunakan smartphone dan memerlukan jaminan bahawa prestasi dan bateri yang tiada kompromi.

3. APLUS Ultra Plus

Sesuai untuk permainan game hardcore seperti PUBG

Harga mulai RM185.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM185.00

CPU : Quad Core  | Grafik : -  | Memori : 1GB RAM  | Storage : 8GB  | Skrin : 5”  | Berat : 151gm

Khas buat peminat PUBG, pastikan anda memilih smartphone dengan RAM besar semasa bermain game. Smartphone ini menawarkan RAM 1GB dikuasai unit pemprosesan Quad Core untuk memberi pengalaman gaming yang awesome! Dilengkapi beauty camera, smartphone ini terbaik untuk kegunaan harian anda. Yang murah tak semestinya tidak berkualiti.

4. Neffos C5 Plus

Smartphone pilihan dilengkapi NFC – mudah semasa membeli-belah

Harga mulai RM189.00

CPU : ARM Cortex A7  | Grafik : Mali 400 MP2  | Memori : 1GB RAM  | Storage : 16GB  | Skrin : 5.0”  | Berat : 150gm

Smartphone Neffos ini dilengkapi NFC, iaitu feature yang menyokong sistem pembayaran Paywave melalu smartphone. Jadi anda tidak perlu membawa cash yang banyak jika hendak keluar. Ianya sesuai digunakan untuk anda yang mahukan kesenangan ketika membeli belah.

5. Myfon F3

Isi masa lapang anda dengan vlogging melalui smartphone ini

Harga mulai RM188.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM188.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM189.00

CPU : Quad-core 1.3 GHz  | Grafik : -  | Memori : 1GB RAM  | Storage : 8GB  | Skrin : 5”  | Berat : -

Jika anda pembuat vlog tegar, memiliki smartphone dengan kamera yang terbaik dan jelas adalah perkara utama dalam memilih sesebuah telefon pintar. Dengan Myfon F3 ini, ianya bukan sahaja menawarkan kamera dual 5MP, malahan juga dilengkapi efek bokeh. Plus point untuk smartphone ini adalah face dan fingerprint unlock yang pantas.

6. Alcatel 1

Smartphone mesra pengguna sesuai untuk orang tua

Harga mulai RM199.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM199.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM199.00

CPU : Mediatek MT6793  | Grafik : -  | Memori : 1GB RAM  | Storage : 8GB  | Skrin : 5”  | Berat : 134gm

Smartphone serba lengkap yang mudah dikendalikan ini sesuai untuk kegunaan orang tua, ianya menawarkan keluasan skrin besar, reka bentuk lebih sleek dan ringan, dilengkapi pula dengan kamera yang memberi kepuasan kepada pengguna. Dikuasai Android Oreo, ianya lebih pantas dan selamat untuk digunakan.

7. Haier L55s

Terbaik untuk mendengar muzik dengan sistem bunyi yang jelas

Harga mulai RM199.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM199.00

CPU : Quad-core  |  Grafik : -  | Memori : 2GB RAM  | Storage : 16GB  | Skrin : 5.0”  | Berat : 135gm

Smartphone Haier ini murah dan mempunyai ciri standard pada sesebuah smartphone. Ianya juga memberi sistem bunyi yang tidak kurang hebat agar anda boleh mendengar lagu kegemaran anda. Sesuai untuk anda berikan bagi kegunaan anak-anak menonton Youtube kerana ianya juga mempunyai skrin 5 inci HD. 

Plus point untuk smartphone ini ianya mempunyai fingerprint unlock, ciri yang jarang kita lihat pada smartphone dengan harga sebegini.

8. Leagoo P1

Dual kamera, mudah untuk berfotografi

Harga mulai RM199.00

CPU : Quad Core 1.3GHz  | Grafik : Mali-400 MP2  | Memori : 1GB RAM  | Storage : 8GB  | Skrin : 5.0”  | Berat : -

Smartphone Leagoo ini menjanjikan kualiti gambar lebih cantik dengan dual kameranya yang beresolusi 8MP + 5MP ditambah pula dual flash. Juga dilengkapi kamera selfie 5MP, smartphone ini berbaloi untuk dimiliki. Ianya merupakan smartphone bajet yang memaparkan visual mantap melalui skrin dan mempunyai resolusi 1280 x 720.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!