Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
telefon air

10 Smartphone Kalis Air Yang Terbaik di Malaysia 2024

Upgrade telefon pintar anda dengan fungsi kalis air!

Rata-rata pengguna smartphone kini mula mencari variasi dan inovasi dalam teknologi pembuatan smartphone.

Dan kini, telefon kalis air dan telefon yang tahan lasak mula menjadi trend baru dan dicari oleh golongan yang gemar melakukan aktiviti lasak dan memerlukan pelindung extra untuk telefon.

Jadi lebih mudah untuk beli je phone tahan lasak atau phone kalis air, tapi bagaimana nak tahu jika smartphone itu tahan lasak atau kalis air?

Lihatlah pada penarafan IP66 dan ke atas adalah spek untuk tahap kalis air dan debu bagi sesebuah model telefon pintar, dan tentunya IP68 menjadi standard untuk telefon kalis air dan debu masa kini.

Masih keliru nak pilih model yang mana? Lihat sahaja senarai smartphone kalis air terbaik di Malaysia yang telah kami pilih khusus untuk kategori ini.

Paling penting semua telefon ini adalah model terkini!


Senarai 10 Smartphone Kalis Air Terbaik

Smartphone terbaik secara keseluruhan
Apple
iPhone 14
Semak iPhone 14 harga dibawah:
add_circle Kamera berkualiti tinggi
add_circle Dilengkapi pengecasan nirwayar Magsafe 15W
add_circle Dilengkapi NFC dan 5G
remove_circle Tiada penambahbaikan jangka hayat bateri
remove_circle Harga yang mahal
  • Chipset: Apple A15 Bionic
  • OS: iOS 16
  • RAM: 6GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.1-inch
  • Resolusi: 1170 x 2532 piksel
  • Kamera: 12 MP (lebar) 12 MP (ultra-lebar) 12 MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Model iPhone 14 mengekalkan chipset yang sama seperti model iPhone 13, iaitu A15 Bionic. 

Ciri-ciri:

Jadi boleh dikatakan masih lagi merupakan sebuah chipset yang hebat dan dalam kelas tersendiri. 

Bagi keluaran iPhone 14, anda mendapat sistem operasi iOS 16 dan merupakan iOS paling terkini dalam rangkaian iPhone.

Dengan saiz 6.1 inci tentunya sangat sesuai dan selesa di pegang di tangan.

Dari segi kamera, kualitinya masih merupakan yang terbaik dengan 12 MP pada kelebaran, ultra-lebar dan juga pada kamera swafoto.

Apa yang menarik dan lain dari yang lain, iPhone 14 tidak memiliki slot kad SIM. 

Sebaliknya, pengguna perlu menggunakan e-SIM bagi mendapatkan rangkaian telco. Sesuatu yang baru dan berani dari Apple.

Review: 

"Sangat best guna dan rasa lebih ringan dari telefon lama, Kamera memang cun dan bateri boleh tahan satu hari penggunaan."

Smartphone tahan air untuk berenang
Oppo
Oppo Find X5 Pro
Semak Oppo Find X5 Pro harga dibawah:
add_circle Kualiti paparan skrin terbaik
add_circle Kamera berkualiti tinggi
add_circle Reka bentuk unik
remove_circle Tiada periscopic zoom
  • Chipset: Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm)
  • OS: Android 12, upgradable to Android 13, ColorOS 13
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.7-inch, LTPO2 AMOLED
  • Resolusi: 1440 x 3216 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 13 MP (telefoto) 50 MP (ultra-lebar) 32 MP (depan)

Oppo Find X5 Pro mempunyai ketahanan air yang agak tinggi iaitu sebanyak IP68, dan dikatakan boleh dibawa berenang dengan selamat.

Selain itu, ada kelebihan untuk ambil gambar semasa anda berada di dalam air dan boleh pergi sehingga kedalaman 1.5 meter selama 30 minit.

Saiz paparan sebesar 6.7-inci dan jenis skrin LTPO2 AMOLED yang pasti akan membuatkan anda sangat puas bila menonton video atau bermain game di telefon ini.

Phone kalis air ini menawarkan memori 8GB dan juga 12GB RAM, dan storan dalaman sehingga 512GB yang mencukupi untuk penggunaan harian anda.

Selain mempunyai kualiti kamera yang bagus dengan 50 MP pada kamera utama, ia turut mempunyai bateri 5000 mAh yang tahan lama.

Harga yang masih berpatutan untuk sebuah smartphone yang anda boleh bawa dan guna semasa melakukan aktiviti air.

Smartphone tahan air dan debu
Google
google pixel 7 pro
Semak Google Pixel 7 Pro harga dibawah:
add_circle CPU dan GPU yang kuat untuk prestasi phone yang tinggi
add_circle Sistem operasi Android 13 terkini
add_circle Pengecasan wayar dan tanpa wayar yang pantas
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tiada jack headphone
  • Chipset: Google Tensor G2
  • OS: Android 13
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 128GB 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.7 inches
  • Resolusi: 1440 x 3120 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 48MP (telefoto) 12MP (ultra-lebar) 10MP (swafoto)

Google Pixel 7 Pro merupakan sebuah model yang telah ditambah baik dari model terdahulu iaitu Pixel 6 Pro.

Kuasa Zoom pada kamera phone ini jauh lebih baik dari model sebelumnya dan mampu menangkap gambar dengan jelas.

Dari segi harga, ia mungkin kelihatan agak mahal. Namun, apa yang ditawarkan sememangnya berbaloi dengan harganya.

Saiz paparan pada telefon ini adalah sebanyak 6.7 inci. Memang cukup besar dan agak memuaskan semasa menonton video. 

Lebih menarik, paparan skrin pada Pixel 7 Pro ini memang best dengan kuasa penyegaran 120Hz, jadi memang nampak jelas dan smooth semasa menggunakan phone tahan air dan debu ini.

Smartphone 5G tahan air
Samsung
samsung s23 ultra
Semak Samsung Galaxy S23 Ultra 5G harga dibawah:
add_circle RAM besar untuk gaming yang lancar
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Cipset berkualiti tinggi
add_circle Kamera terbaik
remove_circle Pengecasan terhad kepada 45W
  • Chipset: Qualcomm SM8550-AC Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm)
  • OS: Android 13, One UI 5.1
  • RAM: 8GB, 12GB RAM
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB, 1TB
  • Saiz Skrin: 6.8 inci
  • Resolusi: 1440 x 3088 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 200MP (lebar) 10MP (telefoto periskop) 10MP (telefoto) 12MP (ultra-lebar) 12MP (swafoto)

Smartphone terbaru dari Samsung ini mempunyai spesifikasi yang hebat dan sangat sesuai untuk pengguna yang berminat dalam bidang fotografi. 

Samsung Galaxy S23 Ultra menggunakan chipset Qualcomm SM8550-AC Snapdragon 8 Gen 2 bagi memastikan prestasi yang lancar untuk multitask.

Selain itu, dapat menjalankan aplikasi yang berat dan dilengkapi dengan Android 13 dan One UI 5.1 dari kilang.

Pengguna boleh memilih antara 8GB atau 12GB RAM dan pilihan storan dalaman 256GB, 512GB, atau 1TB. 

Skrin 6.8 inci pada telefon ini pula menampilkan resolusi tinggi 1440 x 3088 piksel, yang memberikan paparan yang tajam dan jelas. 

Menarik lagi, bateri 5000mAh pada telefon ini menawarkan kuasa yang mencukupi untuk penggunaan dalam tempoh masa yang lebih lama. 

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy S23 Ultra adalah smartphone 5G terbaik yang kalis air.

Smartphone China tahan air
Huawei
HUAWEI P60 PRO
Semak Huawei P60 Pro harga dibawah:
add_circle Reka bentuk premium
add_circle Skrin Quad-Curve Display Kunlun Glass tahan air dan debu
add_circle Kamera Ultra Lighting XMAGE untuk gambar terbaik
add_circle Dilengkapi feature privasi yang baik
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tiada Google Play
  • Chipset: Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1 4G (4 nm)
  • OS: HarmonyOS 3.1 (China), EMUI 13.1 (Europe), tiada Google Play Services
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.67-inci, LTPO OLED, 1B colors, 120Hz
  • Resolusi: 1220 x 2700 piksel
  • Bateri: 4815 mAh
  • Kamera: 48MP (lebar) 48MP (telefoto) 13MP (ultra-lebar) 13MP (swafoto)

Huawei P60 Pro menampilkan texture Rococo Pearl yang unik dan susunan kamera klasik yang menarik, anda boleh mengambil gambar semasa travelling cara baru dengan kamera Ultra Lighting XMAGE.

Mempunyai lensa super makro telefoto dan aperture fisik yang dapat disesuaikan.

Selain itu, ia turut hadir dengan visual yang menakjubkan pada paparan skrin Kunlun Glass Quad-Curve Display, dengan Adaptive Refresh Rate 1-120 Hz dan ketahanan jatuh 10 kali lebih baik daripada kaca biasa. 

Jangan risau dengan air atau debu kerana Huawei P60 Pro memiliki ketahanan IP68, kalis air dan juga debu-debu halus.

Memang sesuai untuk rider yang perlu mengharungi jalan raya yang berdebu dan juga untuk redah hujan.

Lupakan juga masalah pengecasan telefon yang perlahan kerana dengan 88W HUAWEI SuperCharge dan 50W Wireless HUAWEI SuperCharge, anda boleh mengecas telefon dengan cepat.

Dengan kapasiti bateri besar 4815mAh, Huawei P60 Pro adalah pilihan terbaik untuk smartphone jenama yang berkualiti.

Bagaimanapun, harga yang ditawarkan sedikit mahal berbanding telefon Android tahan air yang lain.

Smartphone lipat tahan air
Samsung
Samsung Galaxy Z Flip5
Semak Samsung Galaxy Z Flip5 harga dibawah:
add_circle Menyokong rakaman video 4K
add_circle Hadir dengan kadar penyegaran 120Hz
add_circle Cipset terbaik sesuai untuk gaming dan multitask
add_circle Kalis air dan debu (IPX8)
remove_circle Tiada audiojack
remove_circle Ketahanan bateri kurang memuaskan
  • Chipset: Qualcomm SM8550-AC Snapdragon 8 Gen 2 (4 nm)
  • OS: Android 13, One UI 5.1.1
  • RAM: 8GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.7-inch, Foldable Dynamic AMOLED 2X
  • Resolusi: 1080 x 2640 piksel
  • Bateri:  3700 mAh
  • Kamera: 12 MP (lebar) 12 MP (ultra-lebar) 10 MP (swafoto)

Samsung Galaxy Z Flip5 menggunakan sistem operasi Android 13 yang terkini dan user interface One UI 5.1.1 yang intuitif, lancar dan mesra pengguna.

Untuk anda yang mementingkan gaya dan personaliti, anda boleh memilih telefon ini dari pelbagai warna menarik iaitu warna Mint, Graphite, Cream, Lavender, Kelabu, Biru, Hijau, dan Kuning.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip5 dikuasakan oleh chipset berprestasi tinggi 4nm Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2, yang menawarkan prestasi dan kecekapan yang luar biasa dengan kelajuan sehingga 3.36 GHz.

Anda juga boleh nikmati visual yang memukau pada skrin Foldable Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7 inci yang lebih besar dan jelas. 

Menarik lagi, smartphone terbaik boleh lipat ini turut mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz, kecerahan 1200 nits, dan sokongan HDR10+. 

Telefon Samsung terbaik ini juga mempunyai cover screen pada bahagian belakang telefon dan menggunakan panel Super AMOLED 3.4 inci dengan resolusi 720 x 748 piksel.

Untuk kualiti kamera pula, anda boleh merakam video 4K berkualiti tinggi, mempunyai kamera dwi 12MP (lebar) dan 12MP (ultra-lebar).

Manakala kamera swafoto pula adalah sebanyak 10MP dan mampu mengambil gambar selfie dengan jelas dan sharp.

Smartphone kalis air Malaysia
Asus
Asus Zenfone 10
Semak Asus Zenfone 10 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Ada headphone jack
add_circle Kualiti paparan skrin terbaik
remove_circle Pengecasan agak perlahan
  • Chipset: Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2
  • OS: Android 13
  • RAM: 8GB, 16GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 5.92-inch, Super AMOLED
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel
  • Bateri: 4300 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 13 MP (ultra-lebar) 32 MP (depan)

Asus Zenfone 10 dikuasakan dengan pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 yang boleh menjana telefon ini ke tahap yang terbaik.

Anda akan mendapati telefon ini mampu melakukan multitask dengan baik dan juga kurang lag.

Selain itu, anda dapat menggunakan Android 13 dan menggunakan aplikasi anda dengan kemasan terkini. 

Anda akan mempunyai pilihan RAM antara 8GB atau 16GB yang semestinya cukup kuat untuk main game pada telefon ini.

Dari segi paparan, memang tidak dinafikan dengan skrin Super AMOLED anda akan dapat satu paparan yang menakjubkan.

Dengan bateri tahan lama 4300 mAh dan kamera sebesar 50 MP pada kamera utama, ini tentu telefon kalis air terbaik untuk anda dari jenama Asus.

Smartphone tahan air murah terbaru
Xiaomi
Xiaomi 13T Pro
Semak Xiaomi 13T Pro harga dibawah:
add_circle Prestasi terbaik dan menyakinkan
add_circle Reka bentuk stylish
add_circle Kemampuan kamera terbaik
remove_circle Pengecasan 120W yang perlahan
  • Chipset: Mediatek Dimensity 9200+ (4 nm)
  • OS: Android 13, MIUI 14
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB, 1TB
  • Saiz Skrin: 6.67-inch, AMOLED
  • Resolusi: 1220 x 2712 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 50 MP (telefoto) 12 MP (ultra-lebar) 20 MP (depan)

Jika anda gemar dengan jenama Xiaomi dan mahukan sebuah telefon kalis air dan tahan debu, anda boleh pertimbangkan untuk beli Xiaomi 13T Pro ini.

Kelebihan telefon ini terletak pada kemeranya yang dilengkapi lensa 50 MP untuk wide, 50 MP untuk telefoto dan 12 MP untuk ultra-lebar yang akan membuatkan gambar anda sharp dan terang.

Selain itu, telefon ini juga sesuai untuk dijadikan telefon gaming kerana ia mempunyai kadar penyegaran 144Hz dan juga paparan skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci.

Anda tidak perlu risau pada bahagian bateri kerana ia mempunyai ketahanan bateri terbaik dengan saiz bateri 5000 mAh.

Memang sesuai dibawa dan digunakan semasa anda sedang mandi kolam atau pergi ke pantai dengan rate IP68.

Smartphone murah tahan air
Vivo
vivo V29 5G
Semak Vivo V29 harga dibawah:
add_circle Reka bentuk menarik
add_circle Paparan skrin berkualiti
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Kualiti kamera terbaik waktu siang
remove_circle Tiada stereo speaker

Anda gemar selfie di tepi kolam? Inilah telefon untuk anda yang mempunyai kamera hadapan 50 MP untuk memastikan anda mendapat swafoto yang terbaik.

Jadi anda boleh berswafoto sepuasnya tanpa risau telefon jatuh ke dalam air sebab turut mempunyai IP68 yang tahan air sehingga kedalaman 1.5 meter dan selama 30 minit.

Selain air, telefon ini turut tahan debu dan boleh melindungi bahagian dalaman dari cepat rosak. 

Dengan bateri tahan lama sebesar 4600 mAh, anda tentu tidak akan mempunyai masalah untuk menggunakan telefon ini sepanjang hari.

Bagaimanapun, telefon ini tidak mempunyai stereo speaker jika anda gemar mendengar muzik menerusi speaker telefon. 

Harganya murah dan berbaloi untuk dimiliki untuk anda yang mencari telefon kalis air pada harga bajet.

Smartphone kalis air stereo speaker
Sony
Sony Xperia 10 V
Semak Sony Xperia 10 V harga dibawah:
add_circle Ada 5G dan NFC
add_circle Ada stereo speakers
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tidak menyokong video 4K
  • Chipset: Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G
  • OS: Android 13
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storan dalaman: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.1-inch, OLED
  • Resolusi: 1080 x 2520 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 48 MP (lebar) 8 MP (telefoto) 8 MP (ultra-lebar) 8 MP (depan)

Telefon jenama Sony semestinya terkenal dengan kehandalan stereo speaker yang mengagumkan, dan Sony Xperia 10 V juga tidak terkecuali.

Memang sesuai kalau anda memerlukan telefon kalis air untuk dimainkan muzik semasa sedang berhibur di tepi kolam renang.

Untuk bateri pula, jangan risau sebab bateri sebesar 5000 mAh ini boleh bertahan untuk penggunaan seharian.

Kamera telefon Sony ini juga boleh tahan bagus dengan 48 MP pada lensa wide yang boleh mengambil gambar yang sharp dan cantik.

Reka bentuk telefon ini juga kelihatan moden dan menarik, manakala harga yang ditawarkan juga murah serta berbaloi untuk dibeli.


Cara Memilih HP Tahan Air

Ketahanan atau kalis air boleh dilihat sebagai satu ciri yang perlu pada setiap smartphone masa kini. 

Jika telefon atau peranti itu tidak kalis air, ia mungkin akan mudah rosak apabila terkena air.

Ditambah dengan cuaca di Malaysia yang selalu sangat mengalami cuaca hujan, jadi memang sangat perlu untuk kita memilih telefon pintar yang tahan air atau mempunyai rating IP.

Jadi macam mana nak pilih telefon pintar kalis air?

Telefon yang mempunyai ketahanan air biasanya ditentukan melalui penilaian ketahanan Ingress Protection (IP). 

Ini akan menentukan sejauh mana peranti tersebut dapat dilindungi daripada kemasukan habuk dan air. 

Penilaian ini telah digunakan pada banyak peranti yang mana tidak terhad kepada telefon sahaja.

Untuk ketahanan air, terdapat dua penilaian popular untuk membolehkan telefon pintar dimasukkan ke dalam air, iaitu IP67 dan IP68. 

Jadi ini adalah indikator untuk memilih telefon yang kalis air. 

Selepas melihat nilai IP, kemudian anda perlu tahu sejauh mana telefon anda itu mampu bertahan dalam air dengan nilai IP yang diberikan. 

Kebiasaannya telefon dengan nilai IP 67 dan 68 mampu bertahan sedalam 1 meter dan selama 30 minit. 

Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda boleh sesuka hati merendam telefon anda ke dalam air. 

Lebih baik jika anda mengenakan casing kalis air jika mahu menggunakan telefon semasa berenang.

Apa pun., sebaiknya ketahui terlebih dahulu sama ada telefon anda kalis airatau tidak.

Jika ingin mengetahui bagaimana untuk mengetahui telefon kalis atau tidak, jom tonton video berikut. 


Artikel Berkaitan

End of Article