Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
mesin basuh automatik malaysia

11 Mesin Basuh Automatik Terbaik di Malaysia 2024

Penting untuk cari mesin basuh yang bagus dan tahan lama.

Mesin basuh merupakan salah satu barangan keperluan yang perlu ada bagi setiap rumah di Malaysia.

Malah bagi yang masuk rumah baru atau baru saja mendirikan rumah tangga, mesin basuh automatik mesti antara barangan teratas dalam senarai pembelian barangan rumah.

Mungkin ramai yang masih keliru mencari mesin basuh terbaik kerana ada pelbagai jenis mesin basuh dengan sistem berbeza.

Jom lihat senarai jenama mesin basuh terbaik dan harga mesin basuh automatik untuk anda pilih mengikut bajet dan keperluan.


11 Mesin Basuh Automatik Terbaik di Malaysia

Mesin basuh terbaik secara keseluruhan
Toshiba
Toshiba 10.5KG Fully Auto Washing Machine AW-DUK1150HM
Semak Toshiba 10.5KG Fully Auto Washing Machine AW-DUK1150HM harga dibawah:
add_circle Model baru tahun 2022
add_circle Jimat elektrik
add_circle Mesin senyap
add_circle Waranti motor 10 tahun
remove_circle Tidak mempunyai ciri teknologi sesentuh

Sebab menjadi pilihan utama:

Mesin basuh automatik Toshiba AW-DUK1150HM merupakan mesin basuh moden yang menggunakan teknologi penjimatan elektrik, dan juga bunyi mesin basuh ini tidak kuat.

Ciri-ciri:

Mesin basuh ini diinspirasikan daripada pelukis dari negara Jepun, The Great Wave off Kanagawa’ dimana inovatif teknologi yang digunakan diberikan nama ‘The Greatwaves’.

Teknologi ini berfungsi untuk memberi pencucian yang lebih efektif, tidak bising dan dapat melindungi pakaian daripada mengembang.

Bukan itu saja, mesin ini menggunakan motor jenis inverter iaitu sistem pintar untuk penjimatan elektrik.

Jadi, hasil pencucian pakaian akan lebih bersih dan tiada kesan kotoran degil.  

Mesin basuh ini mempunyai rekaan yang ringkas dan dilengkapi penutup kaca soft lid yang selamat. 

Tabung isian sabun pencuci serbuk dan cecair pula memastikan tiada kesan sabun tertinggal.

Review:

“Mesin berfungsi dengan baik, amat mudah digunakan, bunyi pun tak bising dan paling penting harganya cukup berpatutan.”

Mesin basuh automatik tahan lasak
Midea
Semak Midea Fully Auto Washing Machine MFWE75S (7.5kg) harga dibawah:
add_circle Butang kekunci yang mudah digunakan
add_circle Tidak perlu kerap diselenggarakan
add_circle Mesin tidak terlalu bising
add_circle Ada fungsi memori
remove_circle Tiada fungsi istimewa tambahan

Mesin basuh Midea ini merupakan antara mesin basuh automatik yang ditawarkan dengan harga murah. 

Dilengkapi dengan teknologi tinggi Fuzzy Logic Control dan 3D Waterfall Current yang membuatkan setanding dengan mesin basuh yang lain. 

Mesin ini mempunyai had muatan sebanyak 7.5kg dan mempunyai power-off memory.

Selain itu, dilengkapi dengan sistem keselamatan child-lock semasa sedang beroperasi.

Jadi anda tidak perlu lagi risau jika si kecil berada berdekatan dengan mesin basuh. 

Mesin basuh ini juga tidak perlu kerap untuk selenggara dan ia juga tahan lasak, boleh guna untuk tempoh yang panjang.

Mesin basuh automatik 7kg
Sharp
Semak Sharp Fully Auto Washing Machine ES718X (7kg) harga dibawah:
add_circle Mempunyai ruang isian bahan pencuci
add_circle Jaminan motor selama 10 tahun
add_circle Muatan 7 kilogram
remove_circle Rekaan yang sederhana

Mesin basuh Sharp ini dilengkapi dengan fungsi Soak Wash yang membolehkan pengguna memilih untuk merendam pakaian sebelum mencuci. 

Turut dilengkapi sistem PCB Fuzzy Control yang membolehkan berfungsi secara automatik hanya dengan memilih program yang tersedia. 

Jika anda hanya memerlukan cucian segera, fungsi Quick Wash pasti menjimatkan masa, tenaga dan air. 

Malah mesin ini turut mempunyai penapis khas dan fungsi tub clean supaya mesin sentiasa bersih. 

Dengan berkapasiti 7kg, sesuai untuk jumlah keluarga yang kecil. 

Semak Toshiba Fully Auto Washing Machine AW-H1100GM (10kg) harga dibawah:
add_circle Aliran air mesin lebih laju & kuat
add_circle Penjimatan 20% tenaga elektrik
add_circle Tempoh warranty yang lama
remove_circle Tidak sesuai untuk cucian sedikit

Mesin basuh Toshiba ini mempunyai ciri inovasi untuk pencucian yang banyak.

Dengan kemampuan memuatkan berat basuhan kain 10kg dan tahap air antara 21 liter hingga 79 liter menjadikan pilihan terbaik untuk ahli keluarga besar.

Terdapat enam pilihan untuk jenis cucian termasuk:

  • Cucian biasa (regular)
  • Segera (speed)
  • Wangian (fragrance)
  • Selimut (blanket)
  • Berat / banyak (heavy wash
  • Membersih tub (tub clean).

Malah rekaan Hybrid Screw Pulsator dengan 12 bilah memastikan setiap bahan pencuci di larut dengan baik supaya tidak meninggalkan tompokan putih pada pakaian. 

Selain itu, mempunyai pre-set timer dan butang resume function, dan dilengkapi dengan auto tub dry

Mesin basuh front loading terbaik
Electrolux
Semak Electrolux UltimateCare™ EWF1023BDWA (10kg) harga dibawah:
add_circle Bersaiz besar
add_circle Mempunyai pelbagai teknologi inovatif
remove_circle Perlu mencangkung ketika masukkan pakaian

Mesin basuh ini merupakan mesin basuh jenis front loading yang terbaik dalam pasaran.

Ini kerana mempunyai kuasa laju pusingan yang boleh mencapai sehingga 1200rpm.

Jangan risau, baju anda tidak akan kembang dan berkedut kerana mesin basuh ini menggunakan teknologi UltraMix™.

Malah, mampu mengesan kotoran secara automatik dan dengan teknologi Jetspray, sekaligus dapat memberi hasil cucian yang memuaskan. 

Walaupun sekali dengan sistem pengering baju tapi penggunaan elektrik tidak setinggi yang disangka.

Mesin basuh dengan dryer/pengering
LG
Semak LG TWIN Wash™ with TrueSteam™ F2721HTWV harga dibawah:
add_circle Reka bentuk yang sofistikated
add_circle Jaminan motor selama 10 tahun
remove_circle Harga mahal

Waktu kritikal untuk menggunakan pengering adalah semasa musim hujan.

Dengan mesin basuh LG jenis automatik ini yang dilengkapi dengan sistem dryer, masalah baju tidak kering dapat diselesaikan. 

Menggunakan teknologi stim, mesin basuh ini dapat membuat cucian dan mengeringkan dalam masa yang sama. 

Dilengkapi dengan teknologi terkini seperti 6 Motion DD, Inverter Direct Drive dan SmartThinQ™ yang dapat memberi cucian yang lebih efektif.

Panel sentuh yang dilengkapi pada mesin basuh ini juga membuatkan ia kelihatan moden.

Mesin basuh besar (capacity >9kg)
Khind
Khind Fully Auto Washing Machine (12kg) WM120A
Semak Khind Fully Auto Washing Machine (12kg) WM120A harga dibawah:
add_circle Jimat elektrik
add_circle Terdapat penapis
add_circle Jaminan motor 5 tahun
remove_circle Terhad pilihan warna

Tak tahu nak pilih mesin basuh automatik besar yang mana? Kami syorkan mesin basuh Khind 12kg. 

Ini kerana mempunyai ciri automatik dengan mempunyai pelbagai fungsi cucian. 

Dari review pengguna di Shopee, anda boleh basuh cadar dan toto menggunakan mesin basuh ini. 

Menariknya, mesin basuh besar Khind antara mesin basuh jimat elektrik kerana mendapat 4 energy star rating. 

Bahagian penutup mesin basuh ini jenis  soft lid dan kaca lut sinar bagi memudahkan anda melihat proses membasuh. 

Bagi isipadu air pula dari 25 liter hingga 88 liter dan mempunyai ruang mengisi serbuk cucian. 

Material mesin cukup berkualiti dengan stainless steel drum, tudung penutup kaca dan mesin mempunyai kaki khas supaya mudah dialihkan. 

Proses membasuh, rendam, bilas dan kering setiap hari anda lebih menyenangkan dengan mesin basuh besar Khind. 

LG T2109VS2B (9kg) Top Load Washer with Smart Inverter Washing Machine
Semak LG T2109VS2B (9kg) Top Load Washer with Smart Inverter Washing Machine harga dibawah:
add_circle Jimat elektrik 36%
add_circle Muatan 9 kilogram
add_circle Mesin senyap (45db)
add_circle Jaminan motor 10 tahun
remove_circle Harga mahal

Mesin basuh automatik yang terbaik dari LG model T2109VSB ini menggunakan teknologi smart inverter

Teknologi ini dikatakan mampu memberi penjimatan elektrik sehingga 36% berbanding mesin basuh automatik biasa. 

Begitu juga dengan sistem mesin ini yang beroperasi lebih senyap dan kurang bergegar. 

Mesin ini turut mempunyai 3 pilihan basuhan supaya bersesuaian dengan fabrik yang dibasuh. 

Teknologi seperti TurboDrum dan Punch+3 pula memastikan setiap pakaian atau fabrik dicuci dengan bersih. 

Walaupun harga mahal, tapi mesin ini mempunyai lebih banyak kelebihan dari segi fungsi dan penjimatan tenaga elektrik.

Jadi anda akan dapat jimat bil elektrik bulanan untuk jangka masa panjang.

iSonic Fully Auto Washer Washing Machine (6.5kg) CTWM-FA7005
Semak iSonic Fully Auto Washer Washing Machine (6.5kg) CTWM-FA7005 harga dibawah:
add_circle 10 pilihan program cucian
add_circle Automatic power-off
add_circle Jaminan motor 5 tahun
add_circle Harga murah
remove_circle Tiada child safety lock

Mesin basuh automatik iSonic ini sesuai untuk anda yang mencari mesin basuh yang bersaiz kecil. 

Walaupun bersaiz kecil tapi mampu memuatkan cucian sehingga 5 hingga 6.5 kilogram dalam satu masa.

Terdapat 10 butang program cucian yang boleh anda pilih dalam sistem sama ada untuk mengering, membilas, merendam dan banyak lagi. 

Malah dilengkapi dengan ciri pintar automatik seperti power cut-off, imbalance correction dan self diagnosis alarm. 

Jadi, bukan sahaja praktikal tapi harga mesin basuh automatik ini juga amat murah setanding fungsi dan kapasiti yang ditawarkan. 

Bagi yang tinggal di rumah sewa atau bujang, kami cadang anda ambil mesin basuh iSonic! 

Pensonic Top Load Fully Auto Washing Machine (7kg) PWA-7018
Semak Pensonic Top Load Fully Auto Washing Machine (7kg) PWA-7018 harga dibawah:
add_circle Mempunyai 10 sistem basuhan
add_circle Mudah diguna dan dialihkan
add_circle Tidak bising
remove_circle Tiada child lock

Anda mungkin tidak menyangka mesin basuh ini berjenama tempatan kerana ciri-cirinya yang agak unik berbanding yang ada di pasaran.

Pertama sekali, anda diberikan 10 sistem basuhan yang boleh dikawal melalui paparan LED yang jelas dan tidak terlalu sukar difahami. 

Kedua, dengan 24 hours delay start, anda boleh masukkan pakaian kotor anda pada waktu petang dan tetapkan mesin basuh anda untuk mencuci pada waktu malam. 

Ini tidak mengganggu kerana tiada bunyi bising yang dihasilkan sepanjang sesi basuhan. 

Jika anda terlelap ketika menunggu pakaian selesai dicuci, anda tidak perlu risau kerana sebaik sahaja ia selesai, suis akan ditutup serta merta sekaligus menjimatkan elektrik. 

Memang murah dan menjimatkan elektrik mesin basuh keluaran Pensonic ini.

Mesin basuh automatik 15kg
Sharp
Sharp Fully Auto Washing Machine (15kg) ESX156
Semak Sharp Fully Auto Washing Machine (15kg) ESX156 harga dibawah:
add_circle Memiliki 7 sistem basuhan
add_circle Muatan besar
add_circle Dilengkapi child lock
remove_circle Tidak sesuai untuk cucian sedikit

Untuk sesetengah orang, mesin basuh canggih mungkin bukan suatu keperluan, menjadikan mesin basuh konvensional daripada jenama Sharp ini kekal terkenal di pasaran. 

Walaupun nampak agak lama, ia bukan sebarang mesin basuh biasa kerana terdapat ciri-ciri menarik padanya yang membolehkan kualiti baju anda kekal terjaga. 

Antaranya ialah SS drum, dram dengan reka bentuk lubang mendatar yang menghalang fabrik pakaian anda daripada mudah koyak dan berlubang. 

Selain itu, ada 7 program basuhan berbeza yang anda boleh suaikan dengan hasil basuhan yang anda inginkan seperti common, standard, heavy, gentle dan quick wash.

Jangan lupa juga muatan 15kg yang membuatkan para ibu senang hati kerana mereka tidak perlu membuat beberapa kali pusingan mencuci pakaian. 


Cara Cuci Mesin Basuh 

Tahukah anda mesin basuh juga perlu dicuci secara berkala?

Sebenarnya setiap cucian yang diproses, mesin basuh akan kumpulkan segala kotoran termasuklah hama, sampah kecil atau benang baju.

Tapi macam mana nak tahu bila mesin basuh perlu dicuci? 

Apabila mesin basuh mula meninggalkan bau hapak dan masam pada pakaian yang telah dibasuh, itu tandanya mesin basuh sudah kotor dan perlu dicuci. Caranya sangat mudah! 

  1. Tekan butang tetapan ‘tub clean’ atau ‘soak/tub’ pada mesin basuh. 
  2. Biar mesin dipenuhi air terlebih dahulu.
  3. Kemudian tambah dua cawan cuka dan setengah cawan soda bikarbonat. 
  4. Biarkan mesin basuh mencuci seperti biasa sehingga habis.
  5. Lap sekitar luar badan mesin basuh menggunakan produk pencuci yang sesuai.

Selalunya mengambil masa sehingga dua jam jadi pastikan anda selesai membasuh pakaian.

Boleh lihat video dibawah untuk tutorial lebih praktikal.


Beli Tablet Pencuci Mesin Basuh 

Untuk langkah mudah, anda boleh beli tablet cucian khas untuk mesin basuh. 

Anda hanya perlu masukkan sahaja ke dalam mesin basuh dan tekan tetapan ‘tub clean’ atau ‘soak/tub’ dan siap!

Tablet ini berfungsi untuk membersihkan kotoran dalam mesin basuh anda, dan dalam masa yang sama memastikan setiap cucian lebih efisen.

Mesin basuh yang sentiasa bersih juga akan memastikan jangka hayat yang lebih lama, jadi ia tidak mudah rosak.


Bagaimana Cara Pilih Mesin Basuh Automatik?

Jika anda inginkan penjagaan pakaian yang mudah, mesin basuh automatik adalah pilihan terbaik.

Berikut ialah beberapa panduan untuk membantu anda memilih mesin basuh terbaik.

  • Saiz

Pastikan mesin basuh yang anda pilih sesuai dengan bilangan orang di rumah anda dan kekerapan mencuci pakaian.

Jika anda mempunyai keluarga yang ramai dan melakukan dobi setiap hari, dapatkan mesin basuh berkapasiti lebih besar.

  • Jenis 

Terdapat dua jenis mesin basuh - mesin basuh top loading dan mesin basuh front loading.

Mesin basuh top loading mempunyai pintu di bahagian atas mesin, manakala mesin basuh front loading mempunyai pintu di hadapan.

Anda boleh pilih jenis yang sesuai dengan ruang rumah anda.

  • Ciri-ciri tambahan

Semua mesin basuh automatik mempunyai fungsi asas seperti mencuci, membilas, dan mengeringkan.

Namun, ada beberapa mesin basuh mempunyai ciri-ciri tambahan seperti program mencuci yang berbeza, operasi yang lebih senyap, penapis habuk, kunci pintu keselamatan, kunci kanak-kanak dan lain-lain.

Pastikan anda memilih mesin basuh dengan ciri yang anda perlukan.

  • Jenama mesin basuh automatik

Pertimbangkan jenama mesin basuh yang boleh dipercayai, seperti Toshiba, Samsung dan Sharp.

Jenama ini sering mendapat ulasan kepuasan pelanggan yang baik dan cari harga mesin basuh automatik yang sesuai dengan bajet anda.

Di samping itu, pastikan anda memahami cara menggunakan mesin basuh automatik yang anda beli dan mempunyai jaminan yang mencukupi sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada mesin basuh.


Apa Kekurangan dan Kelebihan Mesin Basuh Automatik?

Antara kelebihan mesin basuh automatik yang menjadi kegemaran ramai ialah:

  • Jimat masa

Hanya tekan pada butang program yang disediakan, anda boleh biarkan mesin mencuci pakaian dengan sendiri. 

Anda tak perlu tunggu untuk sesi membilas atau mengering kerana dalam masa kurang dari satu jam, setiap helaian pakaian anda siap untuk dijemur. 

Ini memberi kebebasan masa pada pengguna, anda boleh melakukan kerja rumah lain sementara menunggu pakaian dibasuh. 

  • Cucian lebih bersih

Proses cucian mesin basuh automatik lebih efisen dan berkesan. 

Bergantung pada program cucian, mesin basuh automatik cenderung untuk memberi gerakan basuhan yang lama dan kuat berbanding cucian tangan. 

Sabun pencuci pakaian juga lebih efektif menanggalkan kotoran dengan rutin cucian mesin basuh. 

  • Kurang penggunaan elektrik

Bukan sahaja mencuci pakaian dengan baik, ia memberi penjimatan elektrik yang berbaloi. 

Kami nasihatkan anda untuk membeli mesin basuh automatik yang mempunyai pelekat Energy Star Rating atau mesin basuh menggunakan motor jenis inverter

  • Kos air lebih terjaga

Konsep cuci dan bilas mesin basuh automatik ada tetapan yang akan memastikan kadar air yang sesuai dengan muatan mesin. 

Bagaimanapun, kekurangan mesin basuh automatik adalah ia menelan kos yang lebih mahal berbanding mesin basuh biasa kerana ia mempunyai lebih banyak ciri dan fungsi.

Ini termasuk program pencucian automatik, pemilihan pilihan pencucian, pengisian air automatik, sistem sensor, pengeringan automatik dan lain-lain.

Selain itu, mesin basuh automatik memerlukan penyelenggaraan yang lebih kerap daripada mesin basuh biasa.

Contohnya, memeriksa kebocoran, menggantikan penapis air dan membersihkan mesin.

Jadi jika anda tidak mempunyai halangan bajet, anda boleh dapatkan mesin basuh automatik yang mempunyai banyak kelebihan, dan jika tidak boleh je guna mesin basuh biasa yang tetap boleh membasuh pakaian dengan baik.


Artikel Berkaitan

End of Article