Perkakas Rumah

12 Mesin Kopi Murah bawah RM500 Terbaik di Malaysia 2026

Jika anda penggemar kopi, beli mesin coffee sendiri! Ini senarai mesin buat kopi dari jenama mesin bancuh kopi terbaik dan harga mesin kopi murah.


Editor · Updated 31 Jan 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Mesin Kopi Murah bawah RM500 Terbaik di Malaysia 2026

Kopi merupakan minuman paling banyak diminum di serata dunia malah sekitar 2020/2021, lebih dari 166 juta beg kopi (60kg) telah diminum oleh peminat kopi.

Jadi tidak hairanlah apabila ramai yang sedang mencari mesin buat kopi terbaik untuk rumah sendiri bagi memenuhi keinginan harian. 

Kandungan

Kalau ada mesin coffee atau kopi machine sendiri barulah boleh jimat kos beli kopi di kedai pada setiap hari.

Tapi terdapat pelbagai jenama mesin bancuh kopi di luar sana yang mempunyai fungsi berlainan antara satu sama lain, dan jenis mesin kopi Malaysia pun mungkin lain sikit.

Berikut merupakan perincian beberapa jenama mesin mesin coffee maker yang bagus dan juga harga mesin kopi terbaik ini bawah RM500.


Senarai 12 Mesin Kopi Terbaik Bawah RM500

*PERHATIAN: Jenama mesin kopi yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Syahmi Rifdy.*

Dessini Italy 20 Bar Espresso Coffee Maker
Mesin kopi terbaik secara keseluruhan 1 daripada 12
Dessini Italy 20 Bar Espresso Coffee Maker
Dessini
Dari RM872
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Steam jet nozzle yang fleksibel
Kapasiti tangki air besar (1.4L)
Perlu beli grinder berasingan
1 lagi
Mudah dan pantas buat kopi

Sebab menjadi pilihan utama:

Anda teringin nak jadi barista di rumah? Boleh dapatkan mesin kopi dari jenama Dessini ini kerana ia mempunyai steam jet nozzle untuk anda steam susu dan hasilkan latte art sendiri.

Mesin ini juga mudah digunakan, hanya perlu tekan butang yang tersedia sahaja untuk hasilkan secawan atau dua cawan espresso.

Ciri-ciri:

Boleh tetapkan untuk anda hasilkan lattecappuccino, mocha atau teknik brew yang mengikut cita rasa anda.

Anda juga boleh ekstrak rasa biji kopi secara ekstra dengan 20 bar high pressure pump yang boleh ditetapkan sendiri.

Tangki air mesin kopi ini juga adalah sebanyak 1.4L, jadi ia cukup banyak untuk menyediakan lebih dari 3 cawan kopi dalam satu masa.

Saiz mesin ini juga agak kecil, sesuai diletakkan di ruangan dapur yang besar ataupun yang kecil.

Harga yang berpatutan, mesin kopi ini menerima pelbagai review positif dan rata-rata berpuas hati dengan mesin kopi Dessini ini.

Review:

"Badan dia stainless steel, memang nampak cantik. Steam wand memang macam mesin kopi mahal punya. Memang terbaik. Overall sangat berbaloi dengan harga dan berpuas hati. Sesuai untuk yang beginner nak belajar buat kopi."

Petrus Mesin Kopi Espresso PE3180
Mesin kopi saiz kompak 2 daripada 12
Petrus Mesin Kopi Espresso PE3180
Petrus
Dari RM134.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sistem susu berbuih terbina dalam, jadi ibu boleh buat latte di rumah tanpa alat tambahan
Portafilter 51mm, saiz standard yang mudah dicari aksesori gantian
Mesin espresso perlu dibersihkan selepas guna, kurang sesuai kalau ibu mahu sesuatu yang senang
1 lagi
Lebih mahal daripada mesin kopi kapsul

Petrus PE3320 mempunyai rekaan retro dan menggunakan material plastik, kecuali pada batang stim yang menggunakan besi tahan karat.

Memiliki tekanan 20 bar, memang sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Bekas air yang disediakan pula mampu menampung sehingga 4 bancuhan espresso tapi hanya boleh menggunakan serbuk kopi sahaja kerana mesin ini tidak dilengkapi dengan grinder.

Disebabkan mesin ini semi-automatik, jadi anda perlu menutup sendiri mesin ini apabila selesai membancuh kopi.

Nespresso Essenza Mini Coffee Machine
Mesin kopi nescafe 3 daripada 12
Nespresso Essenza Mini Coffee Machine
Nespresso
Dari RM415
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Mesin kopi bersaiz kecil ini mempunyai tekanan 19 bar dan kapsul oleh Nespresso juga sangat bagus, tak perlu bereksperimen untuk dapatkan kopi yang sedap.

Essenza Mini adalah sebuah mesin kopi bersaiz kompak yang masih mengekalkan rasa aromatik kopi yang dibancuh.

Mesin ini didatangi dengan tekanan 19 bar, yang akan memberikan kuasa yang mencukupi untuk menembusi filem kapsul dan memberikan aroma kopi yang berbeza.

Terdapat pelbagai jenis kapsul original Nespresso yang boleh digunakan dengan mesin ini.

Setiap kapsul telah direka khas bagi memastikan tekanan air mengalir sama rata semasa proses perahan.

Essenza Mini juga dilengkapi dengan fungsi pemanasan sepantas 25 saat sahaja. 

Mesin ini juga akan padam secara automatik selepas 9 minit tidak digunakan.

BS BOSS Espresso Coffee Machine 1.2L
Mesin kopi espresso 4 daripada 12
BS BOSS Espresso Coffee Machine 1.2L
Dari RM340.69
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh bancuh sehingga 2 cawan dalam satu masa
Lengkap dengan pelbagai fungsi
Terlalu ringan dan mudah beralih ketika bancuhan

Mesin kopi BS BOSS ini lengkap dengan fungsi air panas, ekstrak, dan juga steam. 

Terdapat juga tanda aras air, fungsi anti-titisan, dan coaster anti-gelincir bagi memastikan proses bancuhan berjalan dengan lancar.

Mesin ini mampu mengekstrak kopi pada tekanan 20 bar di mana ianya akan menghasilkan lapisan gris kopi yang tebal untuk dapatkan aroma tulen kopi espresso!

Selain itu, proses ekstrak mesin ini hanya mengambil masa 20 saat sahaja kerana boiler besi yang cepat panas dan menaikkan suhu air dengan serta merta.

Visual thermometer di hadapan mesin ini akan membantu anda dalam memastikan suhu optimal bagi setiap proses bancuhan kopi yang menepati cita rasa anda. 

Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker
Mesin kopi untuk rumah 5 daripada 12
Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker
Khind
Dari RM97.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kapasiti yang sangat besar (1.5L)
Harga yang amat murah
Tiada fungsi pemanasan
5 lagi
Boleh buat 12 cawan kopi sekaligus
Bakul penapis boleh dibasuh & ditanggal
Anti titisan
Jaminan hanya 1 tahun
Tidak boleh guna kopi kapsul

Pada harga serendah RM100, Khind mengeluarkan mesin kopi model CM1215 dan menjadikn antara mesin kopi termurah di Malaysia.

Mesin ini dilengkapi dengan paparan digital, timer, dan juga delay start yang anda boleh program sendiri.

Mesin ini juga akan off secara automatik apabila tidak digunakan selama 45 minit.

Proses bancuhan juga agak mudah di mana anda perlu isi air, letak serbuk kopi dalam filter dan tekan sahaja butang power.

Khind CM1215 mempunyai kapasiti 1.5L yang boleh mengisi 12 cawan kopi pada satu masa.

Memang sangat sesuai untuk minuman kopi seharian dan seisi keluarga.

Kitchenaid Cold Brew Coffee Maker
Mesin kopi sejuk 6 daripada 12
Kitchenaid Cold Brew Coffee Maker
Dari RM339
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Saiz yang fleksibel untuk kebanyakan peti sejuk
Proses bancuhan yang mudah dan cepat
Tidak banyak fungsi

Kitchenaid Cold Brew sangat sesuai untuk mereka yang suka minum kopi sejuk kerana mesin ini dapat menjadikan tekstur kopi anda rasa lebih lembut dan tidak terlalu pahit.

Menariknya, mesin ini mempunyai 60% kurang asid berbanding mesin lain. Jadi anda boleh memilih antara 3 profil rasa untuk kopi kegemaran anda iaitu:

-       Bold

-       Full-bodied

-       Smooth & balanced

Mesin ini sangat mudah digunakan. Masukkan saja serbuk kopi dalam stepper, isi air, dan letakkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 12 jam.

Kopi yang telah dibancuh boleh bertahan selama 2 minggu di dalam peti sejuk dan hanya perlu dicampur dengan air atau susu untuk dinikmati.

Giselle Espresso Coffee Milk Bubble
Mesin kopi untuk pemula 7 daripada 12
Giselle Espresso Coffee Milk Bubble
Dari RM194.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk beginner
Penuh dengan ciri keselamatan
Tekanan bar yang rendah (3.5)
1 lagi
Tiub stim yang agak bising

Giselle Espresso merupakan mesin kopi yang sangat ringan dan mudah digunakan. 

Manual yang disediakan juga mudah untuk difahamkan jadi sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan proses bancuhan kopi.

Mesin ini mempunyai tiub stim untuk membancuh kopi cappucino! Aksesori mesin kopi seperti drip tray, filter, dan holder mesin ini boleh dibuka, dibasuh, dan digunakan semula.

Disebabkan mesin ini bersaiz agak besar, mesin ini mempunyai sistem keselamatan pelepasan tekanan automatik bagi mengelakkan mesin menjadi terlalu panas dan mengalami tekanan yang tinggi. 

Namun begitu, Giselle Espresso tidak boleh menggunakan serbuk kopi yang terlalu tebal kerana tahap tekanan bar yang sangat rendah.

BS BOSS Coffee Maker Machine 20 Bar Pressure Pump
Mesin kopi untuk perniagaan 8 daripada 12
BS BOSS Coffee Maker Machine 20 Bar Pressure Pump
Dari RM275
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ringan dan mudah dibersihkan
Harga yang agak murah dengan fungsi yang diberikan
Kebocoran pada pemegang kopi / filter selepas bancuhan

Pada harga yang rendah, mesin kopi ini mempunyai fungsi pengukus atau pembuih susu dan juga sistem kawalan suhu dwi.

Binaan yang digunakan adalah plastik (polypropylene) menjadikan mesin ini sangat ringan dan mudah dibersihkan. 

Manakala, komponen utama seperti paip stim dandang, dan saluran air diperbuat dari besi tahan karat.

Pada bahagian hadapan mesin ini pula mempunyai paparan dan butang yang mudah difahami walaupun mereka yang baru berjinak dalam dunia bancuhan kopi.

Fungsi keselamatan juga bagus kerana mempunyai perlindungan terlalu panas & perlindungan injap pelepas tekanan.

ARISSTO SMART Coffee Machine
Mesin kopi espresso pod 9 daripada 12
Arissto Smart Coffee Machine
Arissto
Dari RM650
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dilengkapi smart control
Tiada kontrak
Hanya 3 bulan jaminan
1 lagi
Mudah digunakan

Anda mungkin penggemar kopi yang memerlukan kopi secara harian, tetapi mahukan kopi yang simple tanpa perlu grind biji kopi.

Mesin espresso dari Arissto ini sesuai untuk anda kerana ia menggunakan pod untuk menghasilkan secawan kopi. Sangat mudah!

Untuk pod pula, terdapat pelbagai jenis kopi yang anda boleh nikmati mengikut mood dan suasana semasa anda.

Bagaimanapun, anda hanya boleh gunakan pod dari Arissto sahaja untuk mesin ini, jadi tidak sesuai menggunakan pod jenama lain.

Mesin ini tidak mempunyai kontrak pembelian, jadi anda tidak perlu terikat dengan pembayaran bulanan untuk menggunakan mesin kopi ini.

Giselle Automatic Espresso Milk Froth Coffee Machine
Mesin kopi untuk beginner 10 daripada 12
Giselle Automatic Espresso Milk Froth Coffee Machine
Giselle
Dari RM319.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Warranty 2 tahun
Boleh guna untuk kopi kapsul juga
Kapasiti tangki air 1L sahaja
1 lagi
Boleh buat pelbagai jenis kopi

Untuk yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia kopi, boleh pertimbangkan untuk beli mesin kopi automatik dari jenama Giselle ini.

Ia bukan sekadar mudah digunakan, tetapi juga turut boleh digunakan untuk membuat kopi kapsul dan juga kopi yang sudah dikisar.

Boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis kopi seperti latte dan cappuccino, menepati cita rasa kopi harian anda.

Paling bagus, mesin kopi ini mempunyai alat untuk mencegah mesin daripada overheat dan over-pressure agar anda dapat gunakan dengan selamat.

Dengan pembelian mesin ini, anda akan dapat jaminan motor mesin kopi selama 2 tahun, jadi boleh gunakan mesin kopi tanpa risau bahagian motor cepat rosak.

Giselle Gusto & Nespresso Coffee Machine
Mesin kopi manual 11 daripada 12
Giselle Gusto & Nespresso Coffee Machine KEA0332
Giselle
Dari RM379.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh guna dengan kapsul kopi juga
Pantas dan mudah digunakan
Harga sedikit mahal
5 lagi
Ada butang kawalan manual
Mudah digunakan oleh pemula
Tangki air boleh ditanggalkan
Waranti 2 tahun
Harga agak mahal

Mesin kopi dari Giselle ini merupakan sebuah mesin kopi semi-automatik yang membolehkan anda mengawalnya sendiri untuk menghasilkan kopi yang lebih pekat.

Selain menghasilkan kopi dengan biji kopi yang telah dikisar, anda juga boleh menggunakan kapsul kopi yang kini mudah didapati di pasaran.

Dicadangkan untuk menggunakan kapsul jenama Nescafe, Starbucks atau Nespresso pada mesin kopi Giselle ini.

Selain itu, mesin ini juga boleh menghasilkan dua cawan kopi dalam satu masa kerana ia mempunyai double distributary mouth yang boleh mengalirkan kopi ke dalam 2 cawan serentak.

Lebensstil Kollektion 3 in 1 Expresso Coffee
Mesin kopi barista 12 daripada 12
Lebensstil Kollektion 3 in 1 Expresso Coffee Machine
Lebensstil
Dari RM291.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Steam yang kuat
Portafilter mudah dibersihkan
Tidak boleh guna pod atau kapsul
1 lagi
Ada cup holder pada bahagian atas

Nak buat kopi yang sedap sendiri di rumah sekarang mudah dan tak perlu keluarkan belanja yang besar, siap boleh jadi barista di rumah je.

Dengan mesin kopi 3 dalam 1 ini, and boleh hasilkan kopi espresso, serta steam dan frothing susu untuk menghasilkan satu cawan latte yang enak.

Jadi boleh hasilkan dan bereksperimentasi dengan seni latte anda di rumah, semua ini secara DIY je tanpa perlu habiskan duit yang banyak.

Selain itu, ia turut mempunyai perlindungan overheating dan juga over-pressure agar anda dapat menggunakan mesin kopi ini dengan selamat. 

Terdapat juga termometer untuk menunjukkan bacaan suhu, jadi anda boleh tahu suhu yang sesuai untuk menghasilkan espresso yang sempurna.

Mesin kopi ini mudah diselenggara dan dibersihkan, jadi anda boleh menjaga kualiti mesin ini untuk digunakan dalam jangka masa panjang.

Pada bahagian atasnya pula terdapat cup holder yang dapat meletakkan cawan kopi anda dengan kemas.


Adakah Berbaloi Beli Mesin Kopi Sendiri?

Expert avatar
Pemilik Kedai Kopi (Blacky Coffee)

Syahmi Rifdy

Jika kita bercakap soal kopi espresso based, ia terbahagi pada tiga kategori peminum:

  1. Peminum yang cuma memerlukan kafein harian yang tidak kisah soal nota rasa kopi asalkan ianya kopi, maka tidak perlu sehingga berbelanja ribuan ringgit untuk mesin kopi. cukup sekadar mesin kopi bawah RM500.
  2. Peminum yang ambil tahu soal rasa, tapi lebih mencari rasa tradisional kopi hitam atau bersusu (pahit kopi, rasa kekacang, coklat dan high body). Maka memerlukan mesin kopi yang bersesuaian, kebiasaannya harga dalam pasaran di antara RM1000-RM4000.
  3. ⁠Peminum specialty coffee. Maka memerlukan mesin kopi yang lebih baik dari segi feature dan konsistensi, memerlukan mesin kopi espresso yang mempunyai PID (Proportional Integral Derivative) untuk mengawal suhu mesin espresso, double boiler, dan sistem pre-infusion.

Akan tetapi, kopi ini mudah, tidak perlu mengikut ikut trend semata dalam mencari mesin kopi, selagi ianya sedap bagi kita ianya cukup memadai.

Bergantung kepada apa yang anda cari dalam minuman kopi. 

Ada yang inginkan kadar kafein tertentu, ada yang ingin mencari keunikan rasa pada jenis biji kopi dan ada juga yang ingin sewa mesin kopi untuk bisnes sendiri.

Jadi, kebanyakan perkara di atas boleh didapati di kafe-kafe yang menjual kopi pada harga RM7 hingga RM15 untuk satu cawan. 

Jika anda seorang penggemar kopi, kos membeli dan membancuh kopi sendiri adalah lebih menjimatkan dalam jangka masa panjang. 

Begitu juga untuk mereka yang ingin menyewa mesin kopi.

Kesimpulannya bergantung pada berapa banyak kuantiti kopi yang anda ambil dalam seharian.

Apa pun, jom lihat bagaimana membuat Latte menggunakan mesin kopi.


Tip Pilih Mesin Kopi Murah & Berkualiti

Untuk mereka yang minum sepanjang hari, pastikan mesin bancuh kopi yang dipilih mempunyai kapasiti yang besar dan mampu memancuh 4-10 cawan dalam satu masa.

Material binaan juga memainkan peranan penting kerana binaan plastik selalunya menghasilkan bunyi yang bising dan boleh memberikan rasa plastik dalam kopi.

Mesin kopi yang murah juga selalunya bersaiz kecil dan ringan berbanding mesin kopi komersial.

Dan kalau boleh pastikan mesin tersebut ada ciri keselamatan seperti sistem tutup automatik dan pastikan mesin tersebut mudah untuk dibersihkan. 

Expert avatar
Pemilik Kedai Kopi (Blacky Coffee)

Syahmi Rifdy

Tips untuk pilih mesin kopi, sebaiknya double boiler, pre-infuse feature, dan Proportional Integral Derivative (PID) untuk tetapkan suhu, dan beli dari company yang memberikan after sales service yang baik.


Jenis-Jenis Mesin Kopi Murah Di Rumah

Ada beberapa jenis mesin kopi dengan harga murah yang anda boleh pertimbangkan untuk kegunaan di rumah.

Berikut adalah beberapa jenis mesin kopi yang umumnya dianggap sebagai murah untuk digunakan di rumah:

Mesin Pembuat Kopi Drip (Drip Coffee Maker):

  • Sesuai untuk yang suka kopi klasik, mudah digunakan dan tahan lama. Boleh buat kopi dalam kuantiti yang banyak juga.

Pembuat Kopi French Press:

  • Harganya juga sangat murah, dan boleh hasilkan kopi dengan rasa yang sedap. Paling penting tidak memerlukan elektrik.

AeroPress:

  • Mesin yang ringkas, cepat dan mudah digunakan. Ia mampu menghasilkan kopi dengan cita rasa yang intense, sesuai dengan peminat kopi.

Jenis Kopi Pour-Over:

  • Harga masih dalam lingkungan mampu milik, tetapi cara pembuatan sedikit rumit dan memerlukan skill untuk hasil terbaik. Ia mampu memberikan rasa kopi yang sebenar.

Pilihan terbaik tergantung pada cita rasa masing-masing, dan juga seberapa kerap anda minum kopi dalam masa seminggu.

Jika anda memerlukan kopi setiap hari, jadi lebih baik beli mesin kopi elektrik berbanding manual.

Selain itu, penting juga untuk melihat jenis grinder yang digunakan agar biji kopi dapat dikisar dengan lebih baik dan bersesuaian dengan mesin yang digunakan.


Artikel Berkaitan

editor avatar
Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Expert avatar
Pakar
Pemilik Kedai Kopi (Blacky Coffee)

Syahmi Rifdy chevron_right

Syahmi Rifdy sebagai pengasas kedai kopi Blacky Coffee, dah berpengalaman lebih 3 tahun dalam industri perniagaan kopi. Mula berji ...

Lagi daripada ProductNation