Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Mesin Basuh Yang Jimatkan Masa Dan Tenaga Sesuai Untuk Kediaman Anda

Kerja mencuci pakaian lebih mudah dan cepat jika ada mesin basuh.

Product in this article

Kerja mencuci sememangnya lebih mudah dengan adanya mesin basuh di rumah, tidak seperti zaman dahulu anda perlu mencuci pakaian dengan menggunakan tangan untuk memberusnya sehingga bersih. Kini semuanya lebih mudah dengan hanya satu sentuhan pakaian anda dapat dicuci dengan sendiri. Ia bukan sahaja menjimatkan masa malah dapat menjimatkan tenaga juga.

Berapa banyak penggunaan detergen sesuai untuk sesebuah mesin?

Detergen adalah satu keperluan semasa anda ingin melakukan proses mencuci baju. Tetapi tahukah anda bahawa penggunaannya secara berlebihan boleh mengakibatkan kesan negatif kepada mesin dan juga pakaian? Penggunaan serbuk detergen berlebihan akan meninggalkan kesan pada pakaian yang berbentuk garisan putih. 

Manakala jika ada lebihan detergen akan mengakibatkan mesin basuh anda mudah tersumbat disebabkan oleh akses sabun dan ianya akan mengeluarkan satu bauan yang akan melekat pada pakaian anda. Tetapi memilih mesin basuh yang tepat akan mengurangkan masalah-masalah ini. Ayuh lihat senarai mesin basuh untuk keperluan cucian anda;

10 Mesin Basuh Terbaik Untuk Penggunaan Anda

3kg Semi Auto Mini Washing Machine

RM 159.3
1. 3kg Semi Auto Mini Washing Machine
Mesin basuh bersaiz mini dan portable terbaik

Meskipun mesin basuh ini bersaiz mini tetapi ia beroperasi seperti mesin basuh besar yang lain. Mesin basuh yang mudah dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja. Ia beroperasi secara manual di mana kawalan suhu perlu ditetapkan oleh anda. Selain itu, walaupun bersaiz kecil tetapi ia mampu memuatkan kuantiti pakaian yang banyak untuk setiap cucian. 

Mengurangkan pengeluaran bunyi dan berjalan dengan lancar semasa beroperasi, ianya boleh memuatkan pakaian 3kg ke atas. Semestinya mesin basuh yang dijamin berkualiti tinggi dengan penjimatan air dan elektrik.

Midea MFW801S 8KG Fully-Auto Washing Machine 

RM 579
Mesin basuh murah terbaik
Midea
2. Midea MFW801S 8KG Fully-Auto Washing Machine 
Mesin basuh terbaik dengan harga murah dan berkualiti

Mesin basuh ini mempunyai penutup kaca tidak mudah pecah bagi membolehkan anda melihat pakaian yang sedang dicuci. Dengan aliran air yang kuat, ia menyebatikan sabun cucian agar pakaian yang dibasuh wangi dan bersih. 

Tambahan dengan sistem penapisan yang cekap pada mesin ini, ia mampu memerangkap habuk dan bulu pada pakaian anda dengan berkesan dan penapisnya juga mudah untuk dibersihkan. Harganya murah dan sangat berbaloi untuk anda membelinya.

Samsung WA-70H4000SG 7KG Washing Machine

RM 620.00
Mesin basuh Samsung 7kg terbaik
Samsung
3. Samsung WA-70H4000SG 7KG Washing Machine
Mesin basuh berkapasiti 7kg terbaik dari jenama terkenal

Mesin basuh ini senang untuk digunakan dan ringkas dari segi sistem operasi. Dengan adanya sistem pengeringan turbo, ia mampu memerah pakaian anda sehingga hampir kering dan tidak perlu menjemur pakaian terlalu lama. Tambahan pula, dengan penapis efektif pada mesin ini ia dapat mengumpul semua kotoran, bulu dan habuk yang melekat pada pakaian.

Ia juga sangat mudah dibersihkan untuk memastikan penapis dapat mengumpul lebih banyak kotoran setiap kali pembersihan. Reka bentuk yang menarik, ergonomik dan dijamin bertahan lebih lama berbanding mesin basuh konvensional yang lain.

Khind 10kg Fully Auto Washing Machine (WM1018A)

RM 775
Khind
4. Khind 10kg Fully Auto Washing Machine (WM1018A)
Mesin basuh fully auto dengan harga dibawah RM1,000

Mesin basuh ini beroperasi dengan perlahan tanpa menganggu anda dan dilengkapi dengan pintu tempered glass untuk memudahkan anda melihat cucian di dalam dram samada berfungsi dengan sempurna atau tidak. Ianya dijamin selamat kerana mempunyai sistem keselamatan child lock agar tidak mudah si kecil membukanya semasa mesin sedang beroperasi. 

Dengan berharga murah dan ikut kemampuan bajet, mesin basuh dengan fungsi automatik penuh ini pasti menjadi pilihan anda untuk kediaman masing-masing.

Sharp 9kg Fully Auto Washing Machine ESX958

RM 889
Sharp
5. Sharp 9kg Fully Auto Washing Machine ESX958
Lengkap dengan kapasiti 9kg – kurangkan kedutan pada pakaian

Sharp mengeluarkan rangkaian mesin basuhnya yang tersendiri. Dengan berkapasiti 9kg, mesin basuh ini mampu mengurangkan kedutan pada pakaian. Tak perlu lagi anda bersusah-payah untuk menseterika pakaian sehingga hilang kedut. 

Lid mesin basuh ini diperbuat daripada tempered glass, tidak mudah pecah dan berat untuk menghalang anak kecil membuka mesin basuh ini semasa sedang beroperasi. Material besen daripada stainless steel dan tidak berkarat.

Hitachi Fully Auto Washing Machine 10kg SF-100XA

RM 1425
Hitachi
6. Hitachi Fully Auto Washing Machine 10kg SF-100XA
Mesin basuh dengan sistem operasi automatik penuh terbaik

Mesin yang dilengkapi dengan sistem operasi fully-automatic ini dapat membersihkan pakaian tanpa membuatkannya berkedut. Berkapasiti 10kg, ianya bersesuaian untuk kediaman yang mempunyai jumlah keluarga sederhana besar. Didatangi dengan 12 tahap pelarasan untuk membasuh, maksimum kelajuan basuhannya boleh mencapai sehingga 700r/min. 

Sistem operasi mesin ini juga boleh melakukan proses auto-self clean yang dapat membersihkan ruangan besen dalam mesin dengan sendirinya tanpa meninggalkan kesan sabun atau detergen.  Bukan sahaja menjimatkan air malahan penjimatan tenaga serta masa untuk membasuh.

Haier 14kg Top Load Inverter Washing Machine (HWM140-M1990DD)

RM 1459
Haier
7. Haier 14kg Top Load Inverter Washing Machine (HWM140-M1990DD)
Mesin basuh menjimatkan penggunaan tenaga dan elektrik

Mesin basuh dari Haier ini dilengkapi dengan teknologi motor jenis inverter yang dapat melakukan proses penjimatan tenaga dan elektrik serta menjimatkan wang anda. Dram mesin basuh ini yang besar dapat melakukan teknik basuhan dengan lebih sempurna dan efisien. 

DD motornya pula mampu mengurangkan bunyi semasa cucian. Pillow Drum mesin basuh ini akan mengurangkan geseran antara baju dan dram serta elakkan daripada pakaian anda mudah terkoyak.

Toshiba 15kg Inverter Nano Washing Machine AW-DG1600WM

RM 2013
Washing machine 15kg terbaik
Toshiba
8. Toshiba 15kg Inverter Nano Washing Machine AW-DG1600WM
Mesin basuh dengan kapasiti 15kg terbaik di pasaran

Ia bukan sahaja mesin basuh yang bersaiz besar tetapi juga cekap dari segi operasi. Mesin basuh dengan kuasa S-DD inverter ini beroperasi secara rendah bunyi, kurang penggunaan tenaga dan membersih pakaian dengan cepat. Hanya dengan satu sentuhan pada skrin papar anda boleh memilih jenis cucian yang bersesuaian dengan pakaian anda.

Dengan roller duo aktif pada mesin, ia meningkatkan aliran air agar mencuci pakaian anda dengan bersih dan kurang komot. Mesin bersaiz besar bukan sahaja mencuci pakaian anda, tetapi juga dapat mencuci cadar dan selimut di rumah.

Panasonic NA-FS14V5SRT 14kg Top Load Washing Machine

RM 2200
Mesin basuh terbaik yang tahan lama
Panasonic
9. Panasonic NA-FS14V5SRT 14kg Top Load Washing Machine
Mesin basuh terbaik yang tahan lama

Mesin basuh dengan pembersihan yang menakjubkan ini sangat bagus kerana ia mempunyai sistem aktif foam, dimana ia menghasilkan buih dengan banyak sebelum bermulanya pemutaran dan memiliki pemutar turbo untuk sistem pembersihan yang paling efektif. Dengan adanya sistem active wave pulsator 8 sayap ia mampu menghapuskan kotoran degil dengan sekali cucian. 

Tidak lupa pula dengan sistem ECONAVI pada mesin ini yang dapat menjimatkan tenaga, air dan beroperasi secara senyap. Mesin basuh yang sememangnya menjadi pilihan untuk dimiliki oleh para ibu di rumah.  

Electrolux EWW12853 8/5KG Vapour Care Washer Dryer

RM 2349.00
Mesin basuh dan pengering yang terbaik
Electrolux
10. Electrolux EWW12853 8/5KG Vapour Care Washer Dryer
Mesin basuh lengkap dengan pengering terbaik

Mesin basuh yang datang dengan pengering ini dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja mencuci pakaian anda di rumah. Dengan adanya tindakan wap, ia membantu dalam mengurangkan alergen dalam pakaian sehingga 99.9% agar melindungi dan melembutkan kain untuk penjagaan yang lebih baik dan kurang kedut.

Selain itu, ia mempunyai tetapan pengering untuk pemilihan bagi mengikut keselesaan anda sendiri. Mesin ini sangat sesuai untuk yang mempunyai kesuntukan masa dan kini anda bebas melakukan kerja lain.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article