Kerja mencuci sememangnya lebih mudah dengan adanya mesin basuh di rumah, tidak seperti zaman dahulu anda perlu mencuci pakaian dengan menggunakan tangan untuk memberusnya sehingga bersih. Kini semuanya lebih mudah, dengan hanya satu sentuhan pakaian anda dapat dicuci dengan sendiri, ia bukan sahaja menjimatkan masa malah dapat menjimatkan tenaga juga.

Sedarkah anda mesin yang terbaik tidak semestinya mahal, kerana anda juga boleh mendapatkan mesin basuh yang murah di pasaran dengan harga yang mampu milik. Sebelum membeli, anda seharusnya mengenal pasti saiz yang anda inginkan dan pastikan juga ia mengikut bajet anda sendiri. Berikut beberapa jenis mesin basuh yang terbaik terdapat di pasaran. 

1. Midea MFW801S 8KG Fully-Auto Washing Machine 

Mesin basuh murah terbaik
Harga mulai RM588.00
Lazada Malaysia RM588.00

Mesin basuh ini mempunyai penutup kaca yang tidak mudah pecah bagi membolehkan anda melihat pakaian yang sedang dicuci. Dengan aliran air yang kuat ia menyebatikan sabun cucian anda agar pakaian yang dibasuh wangi dan bersih. Tambahan dengan sistem penapisan yang cekap pada mesin ini, ia mampu memerangkap habuk dan bulu pada pakaian anda dengan berkesan dan penapisnya juga mudah untuk dibersihkan.

Anda tidak perlu risau tentang gangguan bekalan kuasa, dengan mesin ini proses pembersihan akan terus menyambung untuk membasuh sekiranya bekalan kuasa kembali semula. Harganya yang murah dan juga sangat berbaloi untuk anda membelinya.

12 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. GTE XPB26-1136 Semi-Auto Mini Washing Machine 3KG  

Mesin basuh mini terbaik
Harga mulai RM121.50
Lazada Malaysia RM121.50

Meskipun mesin basuh ini bersaiz mini tetapi ia beroperasi seperti mesin basuh besar yang lain. Mesin basuh yang mudah dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja. Ia beroperasi secara manual di mana kawalan suhu perlu ditetapkan oleh anda. Selain itu, walaupun bersaiz kecil tetapi ia mampu memuatkan kuantiti pakaian yang banyak untuk setiap cucian. Semestinya mesin basuh yang dijamin berkualiti tinggi dengan penjimatan air dan elektrik.

7 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Panasonic NA-FS14V5 14kg Top Load Washing Machine

Mesin basuh terbaik yang tahan lama
Harga mulai RM2,200.00
Lazada Malaysia RM2,200.00

Mesin basuh dengan pembersihan yang menakjubkan ini sangat bagus kerana ia mempunyai sistem aktif foam, dimana ia menghasilkan buih dengan banyak sebelum bermulanya pemutaran dan memiliki pemutar turbo yang memutar dengan laju untuk sistem pembersihan yang paling efektif.

Bukan sahaja itu, dengan adanya sistem active wave pulsator dengan 8 sayap ia mampu menghasilkan putaran air di dalam besin untuk aktiviti mengosok agar dapat menghilangkan kotoran degil. Tidak lupa pula dengan sistem ECONOVI pada mesin ini yang dapat menjimatkan tenaga, air dan beroperasi secara senyap dapat memberi ketenangan bagi yang mempunyai anak kecil.

Mesin basuh yang sememangnya menjadi pilihan untuk dimiliki oleh para ibu di rumah.  

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Samsung WA-70H4000SG 7KG Washing Machine

Mesin basuh Samsung 7kg terbaik
Harga mulai RM688.00
Shopee Malaysia RM688.00

Mesin basuh ini senang untuk digunakan dan ringkas dari segi sistem operasi. Dengan adanya sistem pengeringan turbo ia mampu memerah pakaian anda sehingga hampir kering dan anda tidak perlu menjemur pakaian anda terlalu lama. Tambahan pula, dengan penapis efektif pada mesin ini ia dapat mengumpul semua kotoran, bulu dan habuk yang keluar dari pakaian anda.

Ia juga sangat mudah dibersihkan untuk memastikan penapis dapat mengumpul lebih banyak kotoran setiap kali pembersihan. Reka bentuk yang menarik ergonomik dan dijamin bertahan lebih lama berbanding mesin basuh konvensional yang lain.

7 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Electrolux EWW12853 8/5KG Vapour Care Washer Dryer

Mesin basuh dan pengering yang terbaik
Harga mulai RM2,288.00
Shopee Malaysia RM2,288.00

Mesin basuh yang datang dengan pengering ini dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja mencuci pakaian anda di rumah. Dengan adanya tindakan wap ia membantu dalam mengurangkan alergen dalam pakaian sehingga 99.9% agar melindungi dan melembutkan kain untuk penjagaan yang lebih baik dan kurang komot.

Selain itu, ia mempunyai tetapan kekeringan untuk pemilihan bagi mengikut keselesaan anda sendiri. Mesin ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kesuntukan masa dan kini anda bebas melakukan kerja lain.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. LG T-2108VSAM 8KG Smart Inverter Washing Machine 

Mesin basuh automatik terbaik
Harga mulai RM925.00
Lazada Malaysia RM925.00

Mesin basuh yang menggunakan sistem teknologi smart inverter untuk menoptimumkan cucian dan datang dengan 3 jenis gerakan pintar. Ia mencuci pakaian anda dengan bersih kerana aliran air yang kuat dihasilkan bagi menghilangkan kotoran yang degil. Mudah dan ringkas dari segi sistem operasi dalam satu sentuhan pakaian anda dapat dibersihkan.

Yang lebih menarik tentang mesin basuh ini adalah, anda boleh mengenal pasti masalah teknikal hanya melalui telefon pintar anda. Reka bentuk yang bergaya dengan ciri-ciri yang cekap dan inovatif sememangnya berbaloi untuk dimiliki.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. TOSHIBA FULLY AUTO WASHING MACHINE AW-DG1600WM (SK)  

Washing machine 15kg terbaik
Harga mulai RM1,764.00
Lazada Malaysia RM1,764.00

Ia bukan sahaja mesin basuh yang bersaiz besar tetapi juga cekap dari segi operasi. Mesin basuh dengan kuasa S-DD inverter ini beroperasi secara rendah bunyi, kurang penggunaan tenaga dan membersih pakaian dengan cepat. Hanya dengan satu sentuhan pada skrin papar anda boleh memilih jenis cucian yang bersesuaian dengan pakaian anda.

Dengan roller duo aktif pada mesin, ia meningkatkan aliran air agar mencuci pakaian anda dengan bersih dan kurang komot. Mesin bersaiz besar bukan sahaja mencuci pakaian anda, tetapi juga dapat mencuci cadar dan selimut di rumah.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. SHARP Automatic Washing Machine 9kg ESU906H

Mesin basuh 9kg terbaik
Harga mulai RM978.00
Lazada Malaysia RM978.00

Mesin basuh dari jenama sharp ini juga turut digemari ramai. Ia mencuci pakaian anda dengan teliti tanpa merosakkannya. Mesin ini memiliki tab yang tanpa ruang kecil, bagi menjaga pakaian anda agar tidak terdedah kepada kulat dan bakteria. Anda kini boleh merendam pakaian anda sehingga 24 jam, bagi mempercepatkan proses penangalan kotoran pada pakaian anda.

Mesin basuh ini juga mempunyai mod pewangi, dimana apabila anda mengaktifkan mod ini ia akan memastikan sabun pelembut tersebar secara merata pada pakaian anda. Pastinya mesin basuh yang menjimatkan penggunaan air dan sabun pencuci bagi pembersihan yang lebih cekap.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!