Kesihatan & Kecergasan

15 Jenis Basikal Terbaik Malaysia 2026 (Beginner, Dewasa, dll.)

Basikal zaman dulu tak sama dengan jenis basikal sekarang. Harga basikal biasa pun dah lain. Ini senarai jenama basikal dengan warna basikal paling cantik.


Editor · Updated 11 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Jenis Basikal Terbaik Malaysia 2026 (Beginner, Dewasa, dll.)

Jawapan ringkas: di Malaysia ada 5 jenis basikal utama iaitu basikal jalan raya (road bike), basikal gunung (MTB), basikal bandar/hibrid, basikal lipat (folding bike) dan basikal kembara (touring bike), setiap satu direka untuk permukaan dan gaya tunggangan yang berbeza. Untuk basikal lipat contohnya, model SHIMANO Folding MTB 21 Speed bermula dari RM359 (Shopee Malaysia, disemak 11 Ogos 2026). Basikal gunung sesuai untuk laluan berbatu dan off-road, manakala basikal bandar/hibrid lebih selesa untuk kegunaan harian di bandar dan basikal lipat pula mudah disimpan atau dibawa naik pengangkutan awam.

Aktiviti berbasikal merupakan salah satu aktiviti senaman yang mudah dilakukan sampai ada satu musim, berbasikal jadi satu trend.

Kandungan

Tapi tidak kira basikal zaman dulu atau sekarang, ia merupakan satu jenis kenderaan ringan yang sentiasa digunakan ramai orang.

Jadi tak hairanlah kalau ramai sekarang ni mencari jenama basikal yang bagus dan jenis basikal terbaik.

Cuma apa yang menjadi masalah adalah beginner banyak yang tak tahu apa model basikal terkini atau yang sesuai untuk dibeli.

Pening kepala nak pilih pelbagai jenis basikal Malaysia atau yang dari luar negara dengan banyak variasi warna basikal paling cantik.

Tak apa, jom kami bantu anda senaraikan basikal terbaru dengan harga basikal biasa yang berpatutan.


Senarai 15 Jenis Basikal Terbaik

SHIMANO Folding Bike 26 27.5 29 inch
Basikal terbaik secara keseluruhan 1 daripada 15
SHIMANO Folding Bike 26 27.5 29 inch
SHIMANO
Dari RM359
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah dibawa dalam kenderaan
Sistem gear yang berkualiti tinggi
Kurang laju
2 lagi
Rekabentuk yang menarik
Kurang stabil

Sebab menjadi pilihan utama:

Sekiranya kereta anda tiada tempat basikal, anda boleh pertimbangkan untuk membeli basikal lipat terbaik ini sebagai pilihan, dan basikal ini sedap untuk dibawa.

Ciri-ciri:

Spesifikasi basikal jenis ini tidak kurang hebatnya kerana menggunakan sistem gear berkualiti tinggi dari Jepun iaitu Shimano 21 Speed.

Untuk pengetahuan anda, jenama Shimano sememangnya amat terkenal dengan barangan spek basikal yang berkualiti.

Model basikal jenis ini dilengkapi dengan sistem suspensi dual suspension untuk bahagian depan dan belakang bagi memastikan kestabilan dan keseimbangan ketika mengayuh. 

Malangnya, kalau basikal jenis folding bike akan menjadi kurang stabil dan terasa beralun berbanding non folding bike. Jadi berhati-hati.

Tapi yang menariknya, basikal jenis ini dilengkapi dengan sistem brek jenis Ceramic Mechanical Disc Brake yang lebih cengkam dan tahan lama.

Review:

"Basikal mudah pasang ikut video. Saya dah test kayuh, memang selesa dan laju. basikal ni pun mudah nak lipat, tapi basikal agak berat kalau wanita yang nak angkat."

New Champion MTB 29ER 27 Speed
Basikal dewasa 2 daripada 15
New Champion MTB 29"ER 27 Speed
Dari RM536.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga berpatutan
Sesuai untuk beginner
Kurang laju berbanding road bike
3 lagi
Sesuai untuk kayuhan lasak
Reka bentuk terkini
Pilihan warna menarik

Basikal MTB ini boleh dikatakan antara jenis basikal terbaik untuk anda yang baru nak mula berjinak dalam dunia basikal.

Basikal ini sesuai juga bagi golongan yang mencari basikal bajet tapi inginkan basikal yang berkualiti dan terkini.

Untuk spesifikasi, model basikal ini menggunakan frame jenis light steel bersaiz 17 inci dan groupset 27 Speed Ltwoo A5.

Bahagian rim pula menggunakan jenis Aloi untuk membuatkan anda merasa lebih stabil dan selesa ketika mengayuh.

Untuk ciri keselamatan sistem brek basikal ini menggunakan jenis disc depan belakang untuk lebih cengkaman ketika memberhentikan basikal.

TRS Croze Pro Premium Specs (451) 20” Folding Bike - Year 2022
Basikal perempuan dewasa 3 daripada 15
TRS Croze Pro Premium Specs (451) 20” Folding Bike - Year 2022
Dari RM1,525.78
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk badan kecil
Lebih ringan berbanding folding bike murah
Kurang laju
2 lagi
Mudah dibawa dalam kenderaan
Tidak tahan lasak

Folding bike lebih dikenali dengan nama jolokan ‘foldie’ di kalangan peminat basikal.

Jenis basikal ini premium kerana reka bentuknya lebih santai dan lebih sesuai untuk wanita yang gemarkan kayuhan santai.

Malah, reka bentuk basikal ini sesuai untuk mereka yang mementingkan aurat dan tidak gemar berpakaian seperti atlet basikal yang terlalu menonjol.

Jika anda pakai baju kurung pun boleh kayuh basikal ini tanpa mendedahkan aurat, berbeza dengan basikal wanita yang biasa.

Untuk spesifikasi, basikal jenis ini menggunakan frame jenis alloy yang ringan dan sistem gear daripada Shimano.

Ciri lain lagi, crankset alloy bersaiz 52T-170mm, wheelset berprofil tinggi dengan ukuran 40mm serta pedal yang boleh dilipat.

Bahagian kestabilan dan keselamatan, basikal ini dilengkapi dengan suspensi depan Hi Tensile Steel Fork dan brek jenis hydraulic oil disc brake yang mampu memberi cengkaman pada brek.

Walaupun rekaan basikal ini boleh dikatakan sesuai untuk wanita tapi boleh ditunggang oleh kaum lelaki kerana reka bentuk moden dan warna yang unisex.

Classic Style Korean Style City Bike Bicycle 24 inch, Dual Seat
Basikal dua tempat duduk 4 daripada 15
Classic Style Korean Style City Bike Bicycle 24 inch, Dual Seat
Dari RM320
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Serbaguna
Ada bakul
Sukar untuk kayuhan mendaki
1 lagi
Reka bentuk basikal yang ringkas

Untuk negara maju seperti Korea, basikal merupakan salah satu kenderaan utama rakyat mereka di dalam bandar.

Model basikal jenis ini boleh dikatakan biasa digunakan sebagai kenderaan harian mereka.

Reka bentuk basikal ini sangat ringkas dan sesuai untuk kayuhan santai kawasan dalam bandar, ke tempat kerja, ke pasar ataupun beriadah.

Jangan risau untuk dibawa ke pasar kerana model basikal ini mempunyai bakul untuk anda menyimpan barang.

Spesifikasi model basikal ini menggunakan frame jenis carbon steel dengan ukuran 24 inci.

Jadi sesuai untuk penunggang yang berketinggian 145-175 cm dan mampu menampung beban sebanyak 185kg.

Begasso Road Bike 700C 26 inch
Basikal road bike 5 daripada 15
Begasso Road Bike 700C 26 inch
Dari RM538
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Murah
Reka bentuk yang moden dan menarik
Kurang stabil pada kelajuan rendah
2 lagi
Ringan
Kurang selesa berbanding basikal jenis lain

Untuk anda yang baru nak mula main road bike atau inginkan road bike dengan harga mampu milik, model basikal Begasso piihan yang tepat.

Walaupun harga murah tapi tidak bermakna kurang berkualiti.

Jika dilihat pada bahagian spec, boleh tahan dengan reka bentuk basikal terkini.

Spesifikasi, basikal ini menggunakan frame jenis carbon steel yang ringan dengan berat hanya 12 kg sahaja.

Model basikal ini turut dilengkapi dengan pelbagai racing part, rim aluminium alloy, anti slip pedal serta sistem gear Shimano 21 Speed.

Untuk bahagian brek, model basikal ini dilengkapi dengan brake disc beserta lever brek yang diperbuat daripada aluminium aloi untuk lebih cengkaman.

Camp Impala X Shimano 105 basikal jalan raya 2x11 kelajuan
Basikal racing 6 daripada 15
Camp Impala X Shimano 105, 2x11 Speed (Road Bike)
Dari RM2,290
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ringan
Reka bentuk yang moden dan menarik
Road bike kurang stabil pada kelajuan rendah
3 lagi
Dipenuhi dengan aksesori premium
Berkualiti tinggi
Kurang selesa berbanding basikal jenis lain

Untuk basikal jenis road bike dengan bajet mampu milik iaitu bawah RM3000, model basikal Impala X daripada jenama Camp adalah pilihan yang baik.

Dengan berat keseluruhan hanya dalam lingkungan 10kg, boleh dikatakan basikal yang ringan.

Basikal ini mempunyai ciri frame jenis Aluminium Aloi, fork jenis carbon, Prowheel Superlight Hollow Crank 50-34T dan rim Novatec 6 Sealed Bearing Hubs beserta stem dan Handlebar Aloi.

Untuk sistem gear, basikal ini menggunakan sistem gear Shimano 105 2X11 Speed untuk kayuhan yang lebih laju dan menyeronokkan.

Manakala bagi ciri keselamatan, basikal ini dilengkapi dengan sistem brek hidraulik yang lebih cengkam dan cekap.

SHIMANO Fat Bike Bicycle Basikal 21 speed (2021)
Basikal untuk orang gemuk 7 daripada 15
SHIMANO Fat Bike Bicycle Basikal 21 speed (2021)
SHIMANO
Dari RM699
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mampu menampung berat sehingga 200 kg
Sesuai untuk kayuhan santai dan lasak
Tayar besar

Bagi yang berbadan besar dan berat, anda boleh pertimbangkan untuk membeli basikal jenis ini untuk kegunaan beriadah. 

Model basikal ini dilengkapi dengan tayar bersaiz 4 inci untuk menampung beban sehingga 200 kg.

Bukan itu sahaja, basikal ini turut dilengkapi dengan sistem suspensi Reverse Shock Absorber untuk kayuhan yang stabil dan selesa.

Malah, basikal ini sesuai untuk kayuhan 2 dalam 1 iaitu santai dan lasak.

Model basikal ini tetap dilengkapi dengan sistem gear Shimano 21 Speed.

Bahagian ciri keselamatan, basikal ini dilengkapi dengan sistem brek jenis brake disc depan belakang untuk lebih cengkaman.

BMX RALEIGH AXO LIMITED EDITION
Basikal sukan 8 daripada 15
BMX RALEIGH AXO LIMITED EDITION
BMX
Dari RM699
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Reka bentuk yang bergaya
Sesuai untuk tunggangan ekstrem dan lasak
Tidak sesuai untuk kayuhan jarak jauh
1 lagi
Sesuai untuk semua golongan

Satu ketika dulu, basikal jenis BMX pernah menjadi trend dikalangan remaja dan anak muda di Malaysia.

Ini kerana basikal BMX mudah melakukan aksi freestyle dan tunggangan lasak.

Biarpun hari ini scene BMX tidak semeriah dulu tapi tetap mempunyai peminatnya tersendiri.

Basikal jenis BMX model Axo iaitu Raleigh merupakan antara pilihan terbaik untuk anda yang gemar melakukan aksi freestyle.

Spesifikasi model basikal ini menggunakan frame jenis High Tensile Steel beserta High Tensile Steel Fork untuk menyerap hentakan ketika melakukan aksi freestyle.

Gainway 700C Colourful Fixie Bicycle BGW7009
Basikal kembara 9 daripada 15
Gainway 700C Colourful Fixie Bicycle BGW7009
Dari RM305
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kayuhan riadah
Mempunyai fixed gear
Kayuhan memerlukan tenaga lebih

Sekiranya anda gemar tunggangan yang santai atau jenis daily commuting jarak dekat, basikal jenis fixie jenama Gianway pilihan yang sesuai.

Dengan menggunakan fixed gear, secara tidak langsung membuatkan kayuhan lebih pantas tetapi anda akan berasa cepat letih

Seperti kebanyakan basikal fixie, model basikal ini menggunakan frame jenis steel.

Selain itu anda juga boleh mengubah mekanisma kayuhan sama ada mahukan freewheel atau fixed gear (alat ini dijual berasingan).

Basikal fixie kebiasaannya tidak disertakan brek tetapi berbeza dengan model ini, 

Basikal ini turut dilengkapi dengan brek jenis brake disc daripada Gainway.

Xiaomi HIMO Z20 Foldable Electric Bike
Basikal elektrik 10 daripada 15
Xiaomi HIMO Z20 Foldable Electric Bike
Xiaomi
Dari RM2,435
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh dilipat
Mudah disimpan
Basikal agak berat
2 lagi
Mempunyai absorber
Mempunyai kuasa elektrik untuk membantu kayuhan

Teknologi terkini menjadikan basikal elektrik membantu anda meneruskan perjalanan apabila memerlukan kayuhan jarak jauh.

Basikal ini memiliki kuasa elektrik sebanyak 250 watt yang dijana dengan bateri berkuasa 36V.

Jangan risau, bateri ini boleh dicabut dan dicas semula.

Basikal ini mempunyai 3 mode iaitu pedal mode, pure electric dan moped mode dimana boleh ditetapkan oleh pengguna mengikut keadaan jalan.

Model basikal ini menggunakan frame jenis aluminium dan turut dilengkapi dengan penyerap hentakan untuk keselesaan dan kestabilan ketika mengayuh.

basikal lipat
Basikal fixie 11 daripada 15
AMIN 3blades FOLDING Bike /AMIN Foldable Bike,26inch mountain bike
Dari RM365
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh dilipat separuh saiz
Badan lebih kuat dan tahan karat
Tidak dilengkapi pelindung air
2 lagi
Reka bentuk badan yang unik
Set gear berkualiti tinggi

Basikal ini boleh dilipat separuh saiz untuk memudahkan penyimpanan di dalam bonet kereta.

Tambah lagi, badan basikal juga diperbuat daripada keluli karbon yang lebih kuat daripada aloi, serta tahan karat.

Basikal ini juga menawarkan set gear 30 kelajuan yang lebih baik daripada Shimano tiruan yang banyak di pasaran.

Reka bentuk badannya yang unik dan berkonsep sukan memberi tampilan istimewa. 

Dengan rim 26 inci, basikal ini terdapat dalam versi sport dengan 3 bilah dan 6 bilah.

Menariknya, basikal ini mempunyai 21 kelajuan adalah mencukupi untuk mendaki kawasan curam.

basikal terbaik 2023
Basikal mountain bike 12 daripada 15
LEM - New Mountain Bike and on the road bicycle
LEM
Dari RM230
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh dilipat
Mempunyai 21 kelajuan
Tidak dilengkapi pelindung air
2 lagi
Reka bentuk ringkas
Set gear berkualiti tinggi

Basikal ini pilihan ideal untuk aktiviti gunung dan jalan raya dengan berat hanya 10 kg dan boleh menampung berat penunggang sehingga 150 kg.

Basikal dari jenama LEM ini mempunyai banyak model dimana setiap model mempunyai kelebihan dan spek yang berbeza.

Anda perlu pilih mengikut kesesuaian penggunaan. Jika anda nak basikal yang boleh lipat, beli model LEM V10.

Bahagian brek semua basikal LEM menggunakan jenama Shimeng/Shimano yang berkualiti, anda boleh menyesuaikan kelajuan untuk pelbagai laluan dan keadaan.

Berat basikal ini juga semua model sama iaitu 10kg yang mana mampu menampung berat individu lebih kurang 150kg.

Gomax Fixie Bike
Basikal besar untuk budak 13 daripada 15
Gomax Fixie Bike
Gomax
Dari RM410
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Badan tahan lasak
reka bentuk yang cantik
Tidak sesuai untuk orang dewasa
1 lagi
Disc break pada tayar depan

Buat kanak-kanak yang sudah meningkat usia ke peringkat umur 10 tahun ke atas tentu mahukan basikal yang sesuai dengan ketinggian. 

Basikal Gomax Fixie ini direka untuk gaya dan prestasi terbaik semasa menaikinya, dengan saiz 27 inci memang sesuai untuk kanak-kanak 10 tahun ke atas.

Basikal ini mempunyai rangka keluli yang kukuh, memastikan ketahanan dan kekuatan untuk pelbagai tujuan.

Dilengkapi dengan kepala udara dan rim aluminium dinding dua, ia menyediakan pengalaman berbasikal yang lancar dan stabil. 

Sementara itu, brek cakera depan menawarkan kebolehan berhenti yang mencengkam, meningkatkan keselamatan semasa berbasikal. 

Dengan sproket freewheel, Gomax Fixie Bike sempurna untuk berbasikal secara santai pada waktu petang.

Bagaimanapun, basikal ini datang dalam keadaan belum siap pasang, jadi lebih seronok untuk anda dan anak-anak memasang basikal ini sendiri.

Children Bicycle (4 Wheels) Kids Scooter Balance Bike Ride
Basikal budak 3 roda 14 daripada 15
Children Bicycle Kids Scooter Balance Bike Ride
Dari RM300
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Untuk baru mula belajar naik basikal
Ada bakul hadapan
Bukan untuk yang tahu bawa basikal
1 lagi
Menyokong beban sehingga 60kg

Untuk anak anda yang baru je nak belajar bawa basikal, boleh belikan basikal dengan tiga roda di bahagian belakang ini.

Tentunya anak anda belum pandai lagi mengimbangi badan, jadi tiga roda di belakang akan membantu mereka.

Tersedia dalam saiz 12 inci dan 16 inci, basikal ini sempurna untuk kanak-kanak berusia 2-11 tahun. 

Rangka besi yang kukuh memastikan penggunaan yang tahan lama, sementara reka bentuk ringan memudahkan anak-anak anda untuk mengendalikannya. 

Selain itu, basikal ini turut memiliki bakul di bahagian hadapan, boleh dijadikan tempat untuk simpan mainan.

Dilengkapi dengan brek V di bahagian depan dan belakang, ia memberikan kebolehan break yang boleh dipercayai.

WTHB Mountain Bike High Carbon Steel SHIMANO Double Disc Brake Kids
Basikal gear budak 15 daripada 15
WTHB Mountain Bike High Carbon Steel SHIMANO Double Disc Brake Kids
SHIMANO
Dari RM700
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jaminan sehingga 3 tahun
Ada 7 bilangan kelajuan
Bukan untuk orang dewasa
1 lagi
Tahan lasak

Untuk anak-anak yang mahukan basikal lasak dan ada gear, basikal WTHB Mountain Bike High Carbon Steel SHIMANO Double Disc Brake ni memang sesuai. 

Direka untuk ketahanan atas mana-mana jalan sekalipun, basikal 20 inci ini mempunyai rangka keluli karbon tinggi, memberikan tunggangan yang kukuh dan tahan lasak.

Selain itu, ia mempunyai sistem gear 7-kelajuan bagi membolehkan navigasi dan kawalan yang mudah, menjadikannya sempurna untuk kanak-kanak berumur 8 hingga 13 tahun. 

Dengan brek cakera yang dinaik taraf, basikal ini menawarkan kuasa berhenti yang terbaik untuk keselamatan tambahan. 

Basikal ini berukuran 145cm panjang, dengan ketinggian pemegang 80cm dan ketinggian tempat duduk yang boleh disesuaikan antara 55 hingga 65cm, menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak dengan ketinggian antara 130-150cm. 

Sementara itu, roda selebar 47mm meningkatkan kestabilan dan cengkaman, memastikan tunggangan yang lebih stabil.


Apa Tips Beli Basikal?

Kualiti merupakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan dalam memilih model basikal agar wang yang dibelanjakan berbaloi. 

Di pasaran terdapat pelbagai jenis basikal dengan pelbagai fungsi.

Antaranya basikal untuk tujuan berbukit, santai, basikal lumba, jalan jauh, basikal untuk tunggangan lasak dan sebagainya.

Jadi kami ingin kongsikan lima faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memilih basikal.

  • Jenama basikal – pastikan menggunakan barangan berkualiti supaya ketika menggunakannya keselamatan kita terjamin keselamatan semasa menunggangnya.
  • Jenis basikal – Ketahui apakah aktiviti luar yang sering dilakukan sama ada bersantai, beriadah atau bersukan.
  • Saiz basikal – Sebaiknya pilih saiz yang bersesuaian dengan berat dan tinggi tubuh supaya dapat menampung semasa kayuhan.
  • Keperluan berbasikal – Jika anda ingin melakukan aktiviti luar, pastikan penyediaan barangan untuk bersukan lengkap.
  • Lampu belakang – Tidak kira jika anda mengayuh samada siang atau malam, lampu ini hendaklah dipasang agar memberi petunjuk bahawa ada penunggang basikal.
  • Harga Basikal - Pilih yang bersesuain dengan bajet dan kemampuan poket.
  • Spesifikasi basikal - Spesifikasi yang baik akan memberi kayuhan yang menyeronokkan

Apa pun jom tonton video ringkas dari akaun Pelan-Pelan Kayuh ini.


Ada Berapa Jenis Basikal Yang Terdapat Di Pasaran?

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya ada berapa jenis basikal yang terdapat di pasaran Malaysia?

Jom kita lihat senarai berikut.

Road bike

Basikal jenis ini biasanya dikenali dengan posisi handlebar yang memberi gaya tunggangan aerodinamik.

Ciri lain lagi memiliki tayar yang nipis dan frame ringan. 

Basikal ini mampu mencapai kelajuan yang tinggi serta sesuai untuk kayuhan jarak jauh.

Mountain Bike

Basikal ini di reka dengan sistem suspensi dan sistem brek yang baik serta mampu meredah pelbagai permukaan dengan tunggangan yang lasak. 

Bahagian tempat duduk membantu penunggang mudah untuk mengawal basikal apabila berada di permukaan yang beralun dan tidak rata.

Ciri ini dapat memberi kestabilan penunggang untuk merempuh pelbagai halangan tanah.

Tayar yang digunakan agak tebal, tahan lasak, bunga tayar yang dalam untuk mencengkam permukaan yang tidak rata.

Folding bike

Basikal ini antara yang terbaik untuk anda yang gemar berkayuh ketika travel kerana boleh disimpan dalam kenderaan untuk anda bawa ia kemana saja.

Kebiasaanya basikal jenis ini ringan dan berukuran 20 inci dengan tayar yang kecil.

Fixed Gear

Fixed gear atau lebih dikenali dengan jolokan fixie pada asalnya adalah jenis basikal lumba yang digunakan untuk perlumbaan di velodrom.

Tapi kini digunakan untuk senaman biasa dan kegunaan jarak dekat.

Basikal jenis fixed gear kebiasaannya tidak boleh freewheel untuk mendapatkan kelajuan.

Cuma anda perlu guna kekuatan kaki ketika mengayuh. 

Basikal fixie kebiasaanya tidak mempunyai brek kerana fixed gear boleh memberhentikan dengan menahan kaki.

Tapi anda boleh diberi pilihan untuk memasang brek jika memerlukan. 

BMX

Basikal BMX atau singkatan kepada Bicycle Motor Cross pernah menjadi trend untuk membuat pelbagai aksi.

Sudah semestinya basikal jenis ini sesuai untuk golongan yang gemar melakukan aksi lompatan free style.

Ini kerana reka bentuk dan struktur badan yang tahan lasak untuk aksi lasak.

Tambahan lagi sesetengah basikal BMX dilengkapi dengan sistem suspensi untuk menyerap hentakan ketika anda mendarat selepas membuat lompatan.

Cruiser Bike

Basikal jenis ini kebiasaannya boleh melihat di kawasan kejiranan atau kawasan kampung.

Jenis basikal ini mempunyai posisi penunggangan yang santai dan sesuai untuk pelbagai kegunaan sama ada beriadah, santai atau berjalan-jalan dalam kawasan perumahan.

Tambahan lagi basikal jenis ini turut menjadi pilihan sebagai kenderaan pergi pasar, kedai, berniaga atau menghantar barang ringan.

Ini kerana mempunyai reka bentuk nya yang membolehkan anda meletak bakul atau rack pada bahagian hadapan basikal.


Tips Penjagaan Basikal Agar Tahan Lama

Bila dah beli basikal, anda tentu mahukan basikal tersebut tahan lama dan kekal dalam keadaan baik walaupun sudah digunakan bertahun lamanya.

Sebenarnya ada tips untuk pastikan basikal anda dapat tahan lama, caranya adalah seperti berikut:

  1. Pastikan basikal anda sentiasa bersih daripada kotoran, debu, dan lumpur. Gunakan kain lembut dan air sabun untuk membersihkan rangka, roda, dan komponen lain. Bersihkan basikal anda secara berkala.

  2. Rantai basikal harus dilincirkan secara berkala untuk memastikan pergerakan yang lancar dan mengelakkan kehausan. Gunakan pelincir khusus untuk rantai basikal.

  3. Pastikan tekanan tayar sentiasa berada pada paras yang disyorkan. Tayar yang kempis boleh menyebabkan kerosakan pada roda dan mempengaruhi kualiti tunggangan.

  4. Sentiasa periksa keadaan brek depan dan belakang. Pastikan brek berfungsi dengan baik dan tidak haus. Gantikan pad brek jika perlu.

  5. Pastikan gear basikal berfungsi dengan lancar. Jika anda menghadapi masalah dengan gear, hantar basikal ke kedai basikal untuk pemeriksaan dan pelarasan.

  6. Pastikan roda dalam keadaan baik dan tidak bengkok. Periksa jari-jari roda untuk memastikan semuanya ketat dan dalam keadaan baik.

  7. Simpan basikal di tempat yang kering dan terlindung daripada hujan dan sinaran matahari langsung. Gunakan penutup basikal jika perlu.

  8. Hantar basikal anda untuk servis berkala di kedai basikal. Ini penting untuk memastikan semua komponen dalam keadaan baik dan berfungsi dengan optimum.

  9. Pastikan semua komponen keselamatan seperti lampu, loceng, dan reflektor dalam keadaan baik dan berfungsi.

  10. Jika terdapat komponen yang sudah usang atau rosak, gantikan dengan yang baru. Jangan tunggu sehingga komponen tersebut menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

Jadi jika anda dapat menjaga basikal anda dan memastikannya sentiasa dalam keadaan terbaik, tentu basikal anda tidak cepat atau kerap rosak dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.


Keselamatan Berbasikal Di Jalan Raya

Sekarang banyak isu dengan penunggang basikal yang bawa basikal di jalan raya, tapi jika anda masih mahu berbasikal di jalan raya, anda perlu amalkan langkah keselamatan yang betul.

Pertama sekalim, anda perlu sentiasa pakai peralatan keselamatan seperti topi keledar yang sesuai dan pastikan ia dipasang dengan betul.

Penggunaan lampu hadapan dan belakang juga penting, terutamanya pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk, serta reflektor pada roda dan pakaian akan meningkatkan visibility anda kepada pemandu kenderaan lain.

Atau anda boleh memakai pakaian berwarna terang atau dengan jalur reflektif untuk membantu pemandu lain melihat anda.

Seterusnya, patuhi semua peraturan dan undang-undang jalan raya seperti berhenti di lampu isyarat, memberi isyarat semasa menukar lorong atau belok, dan menggunakan laluan basikal jika ada.

Sentiasa berbasikal di lorong yang betul dan elakkan menunggang terlalu dekat dengan kenderaan yang diparkir untuk menghindari terlanggar pintu yang dibuka secara tiba-tiba.

Selain itu, berwaspadalah dengan keadaan sekeliling anda, perhatikan kenderaan lain, pejalan kaki, dan penunggang basikal lain.

Jika boleh, penggunaan cermin sisi juga dapat membantu anda memantau keadaan sekitar dengan lebih baik.

Dengan mengikuti tips ini, anda dapat meningkatkan keselamatan serta pengalaman berbasikal di jalan raya dengan lebih selamat.


Artikel berkaitan

Lagi daripada ProductNation