Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

8 Termometer Untuk Dahi – Ukur Suhu Badan Sepanjang Musim ‘Stay At Home’ Ini

Amalkan ‘social distancing’ semasa kuarantin!

Product in this article

Wabak COVID-19 ini mampu memberi kesan yang serius kepada kehidupan kita jika tidak amalkan ‘social distancing’ semasa keluar membeli barang. Anda perlu memberi perhatian yang lebih kepada kesihatan bagi mengelakkan wabak ini daripada berjangkit kepada diri sendiri. Ini bukan sahaja akan membahayakan anda, malahan juga turut merbahaya pada orang sekeliling. 

Pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan dengan membasuh tangan serta tidak melawat tempat yang hidapi wabak ini. Jika anda mempunyai suhu badan yang tinggi melebihi 37 darjah celsius, disarankan untuk melawat hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya

Kenapa anda perlukan termometer dahi?

Termometer dahi dapat mengesan suhu badan tanpa perlu bersentuhan, tidak seperti pengukur suhu lain kerana tekonologi yang digunakan adalah infrared. Ia sesuai digunakan pada sesiapa sahaja yang anda mahu mengukur suhu badannya tanpa perlu melakukan sebarang sentuhan.

Ini akan mengelakkan sebarang jangkitan berlaku daripada pesakit, berbeza dengan termometer jenis mulut. Ayuh lihat senarai termometer terbaik untuk kegunaan pada dahi anda;

8 Termometer Dahi Terbaik untuk Mengukur Suhu Badan

Owgels Medical Infrared Thermometer

RM 269
1. Owgels Medical Infrared Thermometer
Termometer yang murah dan berkualiti tinggi
Updated on 16th July 2020

Termometer ini mempunyai ketepatan bacaan yang tinggi kerana julat kesalahannya hanya 0.1°C. Ia juga mempunyai memori untuk merekod sehingga 32 bacaan sebelumnya. Termometer ini dilengkapi dengan fungsi automatic switch off jika anda terlupa untuk menutupnya sendiri.

Wintact 2-in-1 Infrared Forehead Digital Thermometer (WT3656)

RM 199
2. Wintact 2-in-1 Infrared Forehead Digital Thermometer (WT3656)
Termometer untuk suhu badan yang tepat
Updated on 31st March 2020

Termometer yang diimport khas dari German ini dilengkapi dengan 1 butang switching mode yang boleh menukar suhu daripada Farenheit ke Celcius. Skrinnya yang luas membolehkan anda melihat dengan lebih jelas tahap suhu badan dan bacaan digital termometer ini juga sangat pantas dalam masa hanya 1 saat. 

Sistem infrared termometer ini dapat mengesan tahap suhu badan anda samada demam ataupun tidak. Jika demam, lekas rujuk pada doktor agar dapat mencegah daripada wabak merbahaya ini.

Infrared Non-Contact Multi-Function Digital Thermometer

RM 380
3. Infrared Non-Contact Multi-Function Digital Thermometer
Termometer dahi sistem Infrared dengan bacaan laju
Updated on 12th August 2020

Memori pada termometer ini mampu merakam sehingga 32 bacaan terakhir yang anda ambil. Ia juga sangat laju kerana mampu mengambil bacaan dalam masa 1 saat sahaja. Julat perbezaan yang sangat tepat dengan hanya sekitar 1°C sahaja. Skrin termometer ini juga mampu menunjukkan amaran suhu badan yang tinggi.

Vigorun Thermometer Digital Infrared for Baby Forehead

RM 115
4. Vigorun Thermometer Digital Infrared for Baby Forehead
Thermometer dahi terbaik untuk bayi
Updated on 12th August 2020

Termometer ini mempunyai pelbagai mod untuk mengukur suhu. Anda boleh menggunakannya untuk mengukur suhu dahi, telinga, bilik atau objek. Memori termometer ini cukup bagus kerana mampu menyimpan sehingga 35 bacaan yang sebelum ini. Ia juga fungsi senyap untuk mengukur suhu bayi ketika bayi tidur tanpa mengganggu mereka.

Non-Contact Infrared Digital Thermometer (PC868)

RM 249
5. Non-Contact Infrared Digital Thermometer (PC868)
Termometer digital berkualiti tinggi dengan bacaan tepat
Updated on 12th August 2020

Termometer ini mempunyai dua mod iaitu untuk telinga dan dahi serta membuat bacaan yang tepat. Ia juga mudah digunakan kerana anda hanya perlu menekan satu butang untuk membaca suhu badan. Skrinnya juga mempunyai backlit, membolehkan anda lakukan bacaan di tempat gelap.

iHealth Led Infrared Digital Thermometer (T09)

RM 79.9
6. iHealth Led Infrared Digital Thermometer (T09)
Termometer sesuai untuk mengukur suhu pada dahi dan telinga
Updated on 11th August 2020

Termometer ini mempunyai dua mod iaitu mod dahi dan telinga. Anda boleh memilih untuk menggunakan salah satu daripada mod ini pada satu-satu masa. Ia juga mampu membuat bacaan yang tepat dalam masa hanya satu saat. Termometer ini juga mempunyai sokongan untuk memberi amaran jika suhu badan yang dikesan terlalu tinggi.

Omron Forehead Digital Themometer (MC-720)

RM 285
Omron
7. Omron Forehead Digital Themometer (MC-720)
Termometer digital untuk dahi, khas dari Omron MC-720
Updated on 12th August 2020

Termometer ini adalah antara thermometer dahi paling terkenal di seluruh dunia. Ianya dikeluarkan oleh syarikat Omron daripada Jepun. Termometer ini mempunyai tiga mod samada anda boleh mengukur suhu badan, permukaan dan juga suhu bilik dengan mudah

Sangat senang untuk digunakan dan hanya memerlukan anda untuk menekan satu butang sahaja. Termometer ini juga mempunyai backlit dan beroperasi dalam mod senyap.

HuBDIC Non-Contact Infrared Digital Thermometer (HFS-1000)

RM 275
8. HuBDIC Non-Contact Infrared Digital Thermometer (HFS-1000)
Termometer yang sesuai digunakan di klinik
Updated on 12th August 2020

Harga termometer ini mahal kerana ia merupakan produk termometer yang sangat bagus di pasaran. Ianya mampu memberi bacaan yang tepat dalam masa 1 saat dan bacaan seterusnya dalam masa 0.5 saat. Termometer ini mampu merekod sehingga 32 bacaan yang sebelumnya dan dilengkapi dengan fungsi amaran demam secara automatik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article