Jawapan ringkas: untuk kebanyakan halaman rumah teres di Malaysia, Ogawa BG-328 pada RM259 adalah mesin rumput paling berbaloi, dan ia yang paling laku dalam kelasnya di Shopee Malaysia. Kalau korang tidak mahu berurusan dengan petrol dan minyak, Bosch cordless 18V pada RM199 lebih senang dihidupkan dan lebih senyap. Untuk halaman rata yang luas, mesin tolak elektrik seperti Bossman BLME-320 pada RM384 memotong lebih kemas daripada mesin bahu.

Semua harga disemak terus di Shopee Malaysia pada 11 Ogos 2026.

Mesin rumput ikut jenis halaman dan harga hari ini

Pilihan sebenarnya bergantung pada bentuk halaman korang, bukan pada jenama. Ini harga yang kami semak di Shopee Malaysia pada 11 Ogos 2026.

JenisModelHargaSesuai untukKelemahan
Petrol bahuOgawa BG-328RM259Halaman berbukit, rumput tebal, kawasan bertepi banyakPerlu campur minyak, bising, lebih berat
Bateri bahuBosch cordless 18VRM199Halaman kecil, kerja singkat, tidak mahu bau petrolBateri habis sebelum halaman besar siap
Petrol bahu kuasa tinggiOgawa BG430DTRM530Tanah lot besar, lalang tinggiTerlalu berat untuk kerja mingguan biasa
Tolak elektrikBossman BLME-320RM384Halaman rata dan luas, potongan kemasTidak boleh masuk sudut sempit atau tepi longkang

Yang paling ramai salah pilih: mesin tolak nampak paling "betul" kerana itu yang kita lihat di taman, tetapi kebanyakan halaman rumah teres di Malaysia ada tepi longkang, pokok dan sudut sempit. Mesin bahu lebih senang di situ.

Kerja memotong rumput di halaman rumah selalunya diberikan kepada pekerja sambilan atau kontrak. 

Mungkin kerana ramai yang tidak tahu proses memotong rumput mudah dan harga mesin rumput murah sahaja.

Terdapat pelbagai jenis mesin rumput tahan lasak yang anda boleh dapatkan dari mesin rumput elektrik hingga mesin rumput modern.

Tapi anda perlu tahu setiap mesin potong rumput mempunyai kelebihan dan fungsinya tersendiri mengikut kategori dan jenis.

Jadi jom lihat senarai jenama mesin rumput terbaik di bawah.


Senarai 15 Jenama Mesin Rumput Terbaik

Mesin rumput terbaik secara keseluruhan
Ogawa BG430DT Brush Cutter
Ogawa
Ogawa BG430DT Brush Cutter
Dari
RM530.00
Semak harga Ogawa BG430DT Brush Cutter di bawah:
Kurang getaran walaupun binaan berat
Boleh digunakan dalam jangka masa yang lama
Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Mesin ini tahan lasak, tahan panas dan barang spare-part pun senang nak cari kalau ada apa-apa kerosakan.

Ciri-ciri:

Ogawa BG430DT merupakan model yang lebih berkuasa berbanding model lama (BG328) kerana didatangi dengan 43CC berbanding 33CC sebelum ini.

Mesin rumput ini menggunakan engin Mitsubishi air-cooled 2-stroke dan mempunyai kapasiti tangki sebesar 1.3L.

Dengan kata lain, boleh guna lebih lama sebelum perlu isi minyak semula.

Walaupun binaan yang tahan lasak dan tahan panas, mesin rumput ini tidak terlalu berat (7.8kg) dan senang digunakan.

Turut mempunyai penghadang keselamatan bagi mengelakkan kemalangan berlaku kepada pengguna.

Review:

“Jimat minyak, kurang bunyi, kurang getaran, dan tahan lasak.” 

Mesin rumput remote control
Mesin Pemotong Rumput Remote Control
Mesin Pemotong Rumput Remote Control
Dari
RM7,000.00
Semak harga Mesin Pemotong Rumput Remote Control di bawah:
Boleh kawal dari jauh
Menggunakan enjin petrol
Berkuasa tinggi
Harga sangat mahal

Mesin Pemotong Rumput Remote Control direka untuk merevolusikan penjagaan rumput dengan prestasi yang kuat dan tanpa anda perlu mengeluarkan peluh. 

Dilengkapi dengan enjin 7.5HP (196cc) 4-lejang yang kukuh dan pacuan 4 roda, mesin pemotong ini mampu menangani kawasan yang sukar dengan mudah. 

Ciri kawalan jauh membolehkan anda mengendalikannya dari jarak jauh, memberikan pengalaman memotong yang lancar tanpa perlu bersusah payah. 

Dengan kelajuan maju antara 0-7km/j, mesin pemotong rumput ini menawarkan fleksibiliti untuk pelbagai keperluan pemotongan. 

Lebar pemotongan 50-55cm memastikan kecekapan dalam setiap laluan. 

Selain itu, mesin ini dikuasakan oleh empat motor 250W, memberikan kuasa yang besar untuk aplikasi industri dan DIY. 

Tangki bahan api 1.5L pula memastikan prestasi yang tahan lama, manakala sistem bateri yang boleh dicas semula memastikan mesin ini lancar digunakan. 

Harganya memang mahal, tapi sangat sesuai untuk anda yang mahukan sebuah mesin potong rumput untuk digunakan dalam kawasan yang lebih luas atau untuk tujuan perindustrian dan pertanian.

Mesin rumput automatik
Makita Electric Grass Cutter Powerful Lawn Mower
Makita
Makita Electric Grass Cutter Powerful Lawn Mower
Dari
RM168.88
Semak harga Makita Electric Grass Cutter Powerful Lawn Mower di bawah:
Tanpa wayar
Tahan suhu tinggi (200°C)
Bateri tak tahan lama

Makita Electric Grass Cutter Powerful Lawn Mower direka untuk memberikan kuasa, ketepatan, dan kemudahan kepada rutin penjagaan rumput anda. 

Dengan reka bentuk tanpa wayar, pemotong rumput ini memberikan anda kebebasan untuk bergerak, jadi mudah untuk potong rumput di mana sahaja.

Dilengkapi dengan teknologi Jerman yang canggih, ia serba guna untuk maintain rumput rumah, pemangkasan halaman, dan pemotongan rumput. 

Motor tembaga yang diimport, dengan kuasa 1800W dan ketahanan suhu tinggi hingga 200°C, memastikan ketahanan penggunaan. 

Bagaimanapun, tempoh penggunaannya tidak begitu lama dan anda perlu mengecas semula sebelum dapat menggunakannya kembali.

Bilah serbagunanya termasuk bilah plastik untuk pemotongan rumput biasa, bilah keluli tahan karat untuk merumput di kawasan yang sukar, dan web gergaji aloi untuk memotong tanaman dan semak. 

Dikuasakan oleh bateri litium 42V dengan kapasiti 22500mAh, pemotong rumput ini menawarkan kelajuan tanpa beban sebanyak 15800 rpm.

Dengan panjang mekanikal yang boleh dilaras antara 90cm hingga 120cm, dan berat hanya 1.8kg, alat ini ringan dan mudah dikendalikan, sesuai untuk semua keperluan berkebun anda.

Mesin rumput murah
KEELAT Brushless Portable Cordless Grass Trimmer
KEELAT
KEELAT Brushless Mesin rumput
Dari
RM339.00
Semak harga KEELAT Brushless Portable Cordless Grass Trimmer di bawah:
Jaminan mesin 12 bulan
Sesuai untuk kawasan luas
Tempat pemegang ergonomic
Bateri tahan 2 jam sahaja

KEELAT Brushless Portable Cordless Grass Trimmer menawarkan prestasi terbaik untuk semua keperluan berkebun anda.

Dengan motor dua galas tanpa berus yang kuat dan output kuasa yang kukuh, anda boleh memotong kawasan yang luas dengan mudah tanpa halangan. 

Dilengkapi dengan bilah serba guna, termasuk bilah plastik, logam, dan aloi, trimmer ini boleh disesuaikan dengan pelbagai senario, sama ada untuk memotong rumput, memangkas, atau menghijaukan kawasan. 

Pemegang ergonomik yang dilapisi getah lembut dengan teknologi tanpa gerigi memberikan genggaman yang selesa, menjadikannya mudah digunakan dalam tempoh yang lama. 

Sementara itu, kepala pemotong yang boleh dilaras pada pelbagai sudut menambah keselesaan dengan membolehkan anda bekerja pada sudut yang berbeza. 

Tambahan lagi, reka bentuk anti-sekat meningkatkan kecekapan, mengelakkan halangan untuk pengalaman yang lebih lancar. 

Selain itu, tiub teleskopik yang boleh dilaras dari 102 hingga 135cm menjadikannya mudah dibawa dan diurus, sesuai untuk sebarang projek berkebun. 

Dibina dengan bahan tahan suhu tinggi, trimmer ini menjanjikan ketahanan dan jangka hayat yang lebih panjang.

Mesin rumput sandang
Mitsubishi TB43 TK Carburetor Brush Cutter
Mitsubishi
Dari
RM1,209.00
Semak harga Mitsubishi TB43 TK Carburetor Brush Cutter di bawah:
Horsepower 43cc
Jaminan selama setahun
Tahan lasak
Harga mahal

Jenama Mitsubishi ini sangat terkenal dalam dunia pemotoran, jadi memang tidak ragu-ragu lagi mesin rumput keluaran Mitsubishi ini juga mempunyai kualiti yang tinggi. 

Mesin ini merupakan sebuah mesin rumput yang menggunakan enjin 2-stroke, mampu untuk memotong rumput yang tebal dan juga jimat penggunaan minyak.

Horsepower mesin rumput ini adalah 43cc, jadi anda akan berasa lebih yakin untuk membersihkan kawasan semak atau rumput yang tebal.

Selain itu, ia juga mudah digalas dibelakang anda dan boleh tampung minyak sehingga 1.2 liter.

Walaupun harganya agak mahal, anda akan dapat jaminan selama setahun, jadi tidak perlu risau jika bahagian motornya tiba-tiba rosak dalam masa setahun selepas beli.

Mesin rumput elektrik terbaik
APACHE TurboCUT Electric Grass Lawn
APACHE
APACHE TurboCUT ZF6117
Dari
RM69.00
Semak harga APACHE TurboCUT Electric Grass Lawn di bawah:
Mudah digunakan
Kuasa motor 400W
Mudah tukar dari edging ke trimming
Perlu sambung pada plug

Kalau anda suka mesin rumput jenis tolak dan mempunyai kuasa motor yang tinggi, boleh dapatkan je mesin rumput jenama Apache ini.

Apa yang menarik, ia mempunyai kekuatan motor sebanyak 1200W, cukup kuat untuk anda potong, trim atau rapikan rumput-rumput di rumah.

Selain itu, dengan berat hanya 12kg ia amat mudah untuk dikendalikan dan anda boleh tolak dengan mudah ke seluruh laman rumah anda.

Ketinggian pemotong rumput juga boleh diubah kepada 3 ketinggian, sama ada tinggi 25mm, 40mm atau 55mm, memberikan anda lebih keselesaan semasa memotong.

Paling penting, ia tidak menggunakan minyak untuk menghidupkan mesin ini kerana menggunakan tenaga elektrik sahaja, dan boleh mencapai keluasan 300 meter kawasan pemotongan.

Mesin rumput ringan terbaik
SANTINO Mesin Rumput Cordless 2000W (988v)
SANTINO
mesin rumput bateri ringan santiano
Dari
RM229.00
Semak harga SANTINO Mesin Rumput Cordless 2000W (988v) di bawah:
Boleh memotong rumput tebal
Berat 1.2kg
Sudut kerja boleh laras
Bunyi mesin kuat

Dengan kuasa motor 988V dan bateri 5Ah, mesin rumput tanpa wayar ini sangat bagus kerana menawarkan beberapa ciri menarik dengan harga bawah RM250.

Antara ciri menarik mesin rumput ini adalah tanpa wayar, jadi anda bebas bergerak di sekitar halaman rumah tanpa halangan ketika kerja memotong rumput.

Dengan hanya menekan satu butang, anda boleh menyesuaikan sudut mengikut kawasan yang anda inginkan.

Selain itu, anda boleh melihat jumlah bateri yang tinggal semasa dicas.

Tambah lagi, mesin ini mempunyai penutup pelindung yang boleh dipasang atau ditanggalkan untuk melindungi pisau mesin.

Turut mempunyai kelajuan pemotongan yang tinggi pada julat 0-18000r/min. 

Dilengkapi suis keselamatan dan pegangan tambahan yang boleh disesuaikan mengikut kehendak anda.

Mesin rumput ini mampu memotong rumput yang tebal, rumput liar dan rumput di kawasan yang sukar dengan mudah dan cekap.

Dalam kotak pembelian, anda akan mendapat mesin rumput, pisau besi bulat 8 inci, set kepala rumput, pengecas, pisau plastik, bateri atau bateri ganda, alat kunci skru, roda latihan pemotongan rumput dan set aksesori.

Mesin rumput bateri terbaik
Mesin Rumput 388VF Bateri Cordless
bosch mesin rumput
Dari
RM499.00
Semak harga Mesin Rumput 388VF Bateri Cordless di bawah:
Kalis air
Bateri bertahan 3.5 hingga 4 jam
Tanpa wayar
Reka bentuk pemegang ergonomik
Harga mahal

Apabila anda selesai menggunakan mesin rumput ini, anda boleh terus membersihkannya dengan mudah.

Bukan sahaja mempunyai bateri yang menjimatkan tenaga, tapi mesin rumput ini juga menghasilkan bunyi yang rendah. 

Selain itu, dilengkapi dengan grass guard board yang dapat mencegah rumput terpercik semasa pemotongan.

Dengan rekaan yang tidak lebar, anda boleh memotong rumput di kawasan yang sukar seperti lubang, kawasan berbukit, sempadan rumput, tanah bunga dan di bawah teres bunga. 

Dilengkapi dengan suis kawalan ganda di mana kedua-dua suis perlu ditekan secara serentak untuk memulakan mesin, jadi mesin rumput ini lebih selamat untuk digunakan. 

Pegangan mesin ini boleh disesuaikan mengikut kehendak anda dan memberikan keselesaan semasa menggunakan mesin rumput untuk jangka masa yang panjang tanpa rasa letih.

Mesin rumput cordless terbaik
SONCO Lithium Battery Cordless Grass Trimmer
SONCO Lithium Battery Cordless Grass Trimmer
Dari
RM33.59
Semak harga SONCO Lithium Battery Cordless Grass Trimmer di bawah:
Mesin ringan
Kapasiti bateri yang besar
Banyak guna tenaga bateri

Mesin rumput SONCO datang dengan pelbagai fungsi seperti batang yang boleh dipanjangkan dari 90cm kepada 120cm dan suis keselamatan.

Turut mempunyai kapasiti bateri yang agak tinggi, dan pada 188V (13,000mAh), anda boleh guna mesin ini selama 60-80 minit. Cukup untuk bersihkan halaman rumah.

Bateri mesin ini pula boleh dicaj semula menggunakan 12V fast charging.

Jangan risau, ada paparan lampu untuk status pengecasan jadi anda boleh tahu bila bateri sudah cukup.

Mesin ini juga agak ringan pada 1.2kg dan mempunyai kuasa motor maksimum 450W.

Tiada masalah untuk orang berbadan kecil menggunakannya.

Mesin rumput beroda
Bosch AHM38G Hand Mover
Bosch
BOSCH AHM38G HAND MOVER
Dari
RM305.00
Semak harga Bosch AHM38G Hand Mover di bawah:
Senang digunakan
Rumput dipotong kemas
Bilah perlu ditajamkan selalu secara manual

Mesin BOSCH AHM38G ini sangat ringan, mudah digunakan untuk memotong rumput dan mempunyai daya movement yang tinggi.

Dengan kelebaran potongan sehingga 38cm, mesin ini mampu memotong rumput dengan cepat pada 3 tahap ketinggian berbeza dari 15-43mm. 

Bekas untuk rumput yang dipotong pula adalah sangat besar pada 25L, jadi anda boleh potong rumput sekali lalu sahaja tanpa perlu mengosongkan bekas tersebut.

Potongan rumput juga lebih kemas kerana bilah mesin ini diperbuat daripada ‘hardened steel’ yang mampu memotong rumput tebal.

Mesin rumput petrol
STHIL FR3001 Heavy Duty Brush Cutter
STHIL FR3001 Heavy Duty Brush Cutter
Dari
RM425.00
Semak harga STHIL FR3001 Heavy Duty Brush Cutter di bawah:
Kualiti binaan bagus
Alat ganti mudah dicari dan murah
Manual pemasangan mengelirukan untuk beginner

Produk original buatan German, STHIL FR3001 merupakan mesin rumput yang mempunyai ketahanan tinggi dan larian lancar.

Turut dilengkapi dengan fungsi pemasangan spring untuk mengurangkan getaran ketika menggunakan mesin ini.

Selain itu, alat ganti untuk mesin ini juga mudah didapati pada harga yang murah walaupun produk ini buatan German.

Mesin rumput ini sangat ringan, selesa digunakan dan juga mudah dijaga kerana teknologi engin yang canggih.

Mesin rumput kecil
Daewoo BG328 Brush Cutter
Daewoo
DAEWOO BG328 Brush Cutter
Dari
RM275.00
Semak harga Daewoo BG328 Brush Cutter di bawah:
Kuasa yang tinggi untuk mesin 2 stroke
Tangki minyak besar
Getaran mesin agak kuat

Mesin Daewoo BG328 merupakan produk asli dari Korea yang menggunakan teknologi 2-stroke air-cooled / single cylinder.

Kelajuan maksimum enjin mesin ini boleh mencecah 6000rpm dan mampu memotong pada kelebaran 30mm dalam satu masa.

Tangki minyaknya pula sangat besar pada 1.2L dan perlu menggunakan gabungan minyak gasoline dan minyak 2T. 

Keberatan mesin ini pula adalah 7.5kg, agak berat untuk mereka yang berbadan kecil menggunakannya.

Mesin rumput 4 stroke terbaik
Ogawa LPS380 4-Stroke Brush Cutter
Ogawa
Ogawa LPS380 4-Stroke Brush Cutter
Dari
RM555.00
Semak harga Ogawa LPS380 4-Stroke Brush Cutter di bawah:
Tidak perlukan minyak 2T
Bunyi yang tidak bising
Tangki minyak kecil (0.7L)

Satu perkara menarik mengenai mesin rumput ini adalah tidak memerlukan minyak 2T untuk berfungsi.

Dengan teknologi enjin yang canggih, mesin 4-stroke ini mampu memberikan prestasi yang agak senyap walaupun berkuasa tinggi. 

Seperti yang dijangkakan, mesin ini agak berat pada 11kg dan menggunakan pam karburetor bagi memudahkan proses penghidupan.

Kedudukan tangkinya pula terletak di bahagian bawah dan agak selesa untuk menyandang mesin ini ketika menggunakannya.

Mesin rumput heavy duty
Tanaka Japan Sum328se II
TANAKA JAPAN SUM328SE II
Dari
RM959.00
Semak harga Tanaka Japan Sum328se II di bawah:
Jimat minyak
Jenama dipercayai ramai
Tahan lasak
Harga mahal

Mesin rumput jenama Jepun yang terkenal dengan kebolehan, operasi tahan lama dan ringan menjadikan pilihan ramai.

TANAKA JAPAN SUM328SE II juga menggunakan bahan api yang rendah menjimatkan lagi kos menggunakan mesin ini.

Turut mempunyai fungsi S-Start yang mana memudahkan anda menghidupkan enjin dengan lancar.

Mesin ini juga tidak mempunyai getaran yang kuat walaupun mempunyai binaan yang besar dan berat.

Mesin rumput tolak terbaik
Briggs and Stratton (B&S) 450E Gasoline Lawn Mower
Briggs and Stratton (B&S) 450E Gasoline Lawn Mower
Dari
RM1,190.00
Semak harga Briggs and Stratton (B&S) 450E Gasoline Lawn Mower di bawah:
Menggunakan enjin 4-stroke
Pemotongan lebar dan rendah
Sukar cari alat ganti
Harga mahal

Kalau anda mencari lawn mower, B&S antara mesin rumput yang terbaik di mana prestasi mesin ini telah dioptimumkan bagi memastikan jangka hayat enjin bertahan lebih lama.

Penggunaan bahan api mesin rumput ini juga sangat rendah dan kapasiti ruangan simpanan rumput adalah besar.

Keupayaan memotong mesin ini lebih rendah berbanding lawn mower lain jadi sangat sesuai untuk rumput jenis karpet.

Mesin ini juga mudah dibersihkan dan boleh dilipat secara 2 hala untuk penyimpanan mudah.

Kelebaran pemotongannya juga sangat luas pada 460mm, memang cepat buat kerja.

Gambar Model
Ogawa BG430DT Brush Cutter
SONCO Lithium Battery Cordless Grass Trimmer
BOSCH AHM38G HAND MOVER
STHIL FR3001 Heavy Duty Brush Cutter
DAEWOO BG328 Brush Cutter
Ogawa LPS380 4-Stroke Brush Cutter
TANAKA JAPAN SUM328SE II
Briggs and Stratton (B&S) 450E Gasoline Lawn Mower
APACHE TurboCUT ZF6117
Model Ogawa BG430DT Brush Cutter SONCO Lithium Battery Cordless Grass Trimmer Bosch AHM38G STHIL FR3001 Heavy Duty Brush Cutter Daewoo BG328 Brush Cutter Ogawa LPS380 4-stroke Brush Cutter Tanaka Japan Sum328se II Briggs and Stratton (B&S) 450E Gasoline Lawn Mower APACHE TurboCUT Electric Grass Lawn Mitsubishi TB43 TK Carburetor Brush Cutter
Keutamaan Mesin Rumput Heavy Duty Mesin Rmput Cordless Terbaik Mesin Rumput Beroda Mesin Rumput Galas Mesin Rumput 2-stroke Mesin Rumput 4-stroke Mesin Rumput Jepun Mesin Rumput Tolak Terbaik Mesin Rumput Elektrik Mesin rumput galas/sandang
Kuasa 43CC n/a n/a 30.5cc 30.5cc 35.8cc 32.8cc 125cc 1200W 43cc
Berat 7.8kg 1.2kg 6.7kg 9.4kg 10.5kg 11kg 8.7kg 8.2kg 12kg 12kg
Kapasiti tangki 1.3L 4000mAh n/a 1.2L 1.2L 0.9L 1.2L 0.8L n/a 1.2L
Enjin 2 stroke 450W n/a 2 stroke 2 stroke 4 stroke 2 stroke 4 stroke n/a 2 stroke
Warranty 2 tahun n/a 6 bulan n/a 6 bulan 6 bulan 1 tahun 1 tahun 2 tahun 1 tahun
Link model

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee


Bagaimanakah Mesin Potong Rumput Berfungsi?

Cara mesin pemotong rumput berfungsi dengan menyalurkan putaran kuat pada bilah kipas yang digunakan untuk memotong rumput.  

Pada masa yang sama, bilah kipas pemotong juga mendapat tenaga kinetik dari hasil putaran yang laju.

Hasilnya, rumput akan terpotong dengan kemas.

Cuma, jika anda ada masalah menggunakan mesin potong rumput, apa kata tonton video ini terlebih dahulu.

Video ini menerangkan apa yang anda perlu buat jika mesin rumput gagal berfungsi.


Jenis-Jenis Mesin Rumput 

Terdapat banyak jenis mesin rumput yang anda boleh beli di Malaysia tapi bergantung sama ada anda mampu untuk mengangkat sesetengah mesin yang berat atau tidak.

Antara mesin rumput yang anda boleh beli adalah mesin rumput heavy duty yang mana mempunyai kuasa tinggi bagi memudahkan proses memotong rumput.

Selain itu, terdapat juga mesin rumput elektrik yang menggunakan bateri tetapi kebiasaannya waktu memotong tidak lama dan perlu dicas semula.

Ada juga mesin rumput jenis tolak atau lebih dikenali sebagai ‘lawn mower’, sering digunakan di luar negara.

Mesin ini sangat bagus untuk mereka yang tidak mahu mengambil masa lama untuk mengemas kerana rumput akan masuk ke dalam bekas mesin ini secara automatik.

Selebihnya kebanyakan mesin rumput yang ada lebih kurang sahaja cuma berbeza pada saiz, berat dan jenis enjin yang digunakan. 


Cara Pilih Mesin Rumput 

Rumput yang panjang dan tidak terjaga akan membuat halaman rumah kita kelihatan tidak terurus.

Jadi cara yang mudah anda hanya perlu guna mesin potong rumput.

Berikut beberapa tips untuk membantu anda dalam memilih mesin rumput.

  • Jenis mesin rumput

Pertama sekali, anda perlu memilih jenis mesin rumput yang sesuai dengan keperluan anda.

Terdapat dua jenis mesin rumput yang popular iaitu mesin rumput elektrik dan mesin rumput enjin.

Mesin rumput elektrik lebih mudah digunakan dan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat.

Ini membuatkannya lebih sesuai untuk kawasan yang kecil atau rumah kediaman.

Manakala, mesin rumput enjin lebih sesuai untuk kawasan yang luas atau rumah yang mempunyai rumput yang lebih tebal.

  • Kuasa mesin rumput

Kuasa mesin rumput ditentukan oleh tenaga atau daya mesin.

Semakin tinggi daya mesin, semakin mudah mesin rumput tersebut memotong rumput yang tebal dan panjang.

  • Saiz dan berat mesin rumput

Jika anda mempunyai halaman yang kecil atau sempit, anda boleh beli mesin rumput yang ringan dan mudah untuk dikendalikan.

Tapi jika anda mempunyai halaman yang besar atau perlukan mesin rumput yang boleh digunakan secara komersial, pilihlah mesin rumput yang mempunyai saiz dan berat yang sesuai.

  • Penjagaan dan penyelenggaraan

Sebelum membeli mesin rumput, pastikan anda memahami cara penjagaan dan penyelenggaraan mesin tersebut.

Adakah mesin tersebut memerlukan penyelenggaraan berkala seperti menukar minyak enjin atau membersihkan saluran bahan api?

Ini penting untuk memastikan mesin rumput dapat berfungsi dengan baik dalam jangka masa panjang.


Antara Kelebihan Dan Kekurangan Mesin Rumput

Salah satu kelebihan mesin rumput adalah memotong rumput dengan cepat dan mudah berbanding kaedah memotong rumput secara manual.

Mesin rumput juga boleh digunakan oleh pelbagai golongan dan tidak memerlukan kecekapan atau kebolehan fizikal yang khusus. 

Tambah lagi, ini akan membolehkan anda memotong rumput dengan kemas dan sekata supaya halaman rumah kelihatan lebih menarik.

Anda juga dapat mengawal panjang rumput dengan mudah dan menjaga kemasan halaman dengan lebih baik.

Tapi kekurangan utama menggunakan mesin rumput adalah bunyi bising yang dihasilkan semasa operasinya.

Bunyi yang kuat boleh menyebabkan gangguan kepada anda sendiri dan jiran sekitar. 


Soalan lazim

Apakah mesin rumput yang paling kuat?

Antara model yang senang didapati di Malaysia, Ogawa BG430DT (enjin 43cc, RM530) adalah yang paling kuat dalam kelas mesin bahu. Ia untuk lalang tinggi dan tanah lot, bukan untuk halaman rumah teres.

Apakah jenama mesin rumput bateri terbaik?

Bosch, kerana bateri 18V yang sama boleh digunakan pada gerudi dan alat lain dalam siri yang sama. Set cordless Bosch bermula sekitar RM199 di Shopee Malaysia. Makita dan Ogawa juga ada pilihan bateri tetapi kurang pilihan alat berkongsi bateri.

Apakah mata pisau mesin rumput terbaik?

Untuk rumput biasa, mata pisau 2 bilah keluli adalah paling murah dan senang diganti. Untuk lalang keras dan berkayu, gunakan mata pisau 3 bilah atau 8 bilah. Tali nilon lebih selamat berhampiran dinding dan pili, tetapi cepat habis.

Apakah mesin rumput tolak terbaik?

Bossman BLME-320 pada RM384 adalah pilihan elektrik paling berbaloi yang kami jumpa, dan Bosch Rotak 32-225 pada RM688 jika korang mahu jenama yang lebih dikenali. Kedua-duanya hanya sesuai untuk halaman rata tanpa banyak sudut.

Artikel Berkaitan