Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Disinfectant Spray Terbaik untuk Membasmi Kuman 2024

Lindungi diri dan keluarga dari awal!

Dunia semakin peka dengan kepentingan sanitasi semenjak penularan wabak yang semakin meningkat. 

Persekitaran yang kotor dan tidak bersih sememangnya akan mengundang jangkitan bakteria atau penyakit yang tidak diingini. 

Untuk anda yang mahu lebih berhati-hati dan ingin menjaga kesihatan, kami cadang untuk gunakan spray pembasmi kuman yang berkesan untuk membunuh bakteria serta kuman.

Memang wajib untuk ada sekurang-kurangnya satu antibacterial spray di rumah anda, dan pastikan beli yang paling berkesan membunuh kuman.

Jom lihat spray kuman atau anti bacterial spray terbaik untuk keselamatan anda dan juga keluarga di rumah.


9 Disinfectant Spray Terbaik untuk Membasmi Kuman

Disinfectant spray terbaik secara keseluruhan
Dettol
Semak Dettol Disinfectant Spray Aerosol (450ml) harga dibawah:
add_circle 99% mampu membunuh kuman
add_circle Boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dan permukaan
add_circle Mempunyai pilihan bauan yang menyegarkan
remove_circle Jauhi dari kanak-kanak
remove_circle Mudah terbakar

Sebab menjadi pilihan utama:

Kalau anda mencari disinfectant yang mampu menyembur dengan semburan yang lebih menyeluruh, anda boleh dapatkan spray disinfectant aerosol dari Dettol ini. 

Ciri-ciri:

Menggunakan bantuan tekanan dari gas aerosol, bakteria dan virus berbahaya seperti E. Coli dan virus flu dapat dibasmi dengan lebih menyeluruh dan rata. 

Malah ianya selamat untuk digunakan pada ruangan, dan persekitaran walaupun dalam keadaan tertutup.

Anda juga boleh gunakan penyembur disinfectant ini pada cadar, tilam dan juga bantal, menjadikan ruang tidur anda bebas bakteria dan virus.

Cuma perlu pastikan jumlah semburan tidak melebihi had dalam satu-satu masa.

Review:

“Saya suka guna dettol disinfectant spray ni sebab ia tak melekit. Dah gunakan dari dulu lagi, dan spray ni ada bau yang menyenangkan. Sangat bagus digunakan pada mana-mana permukaan.”

Disinfectant spray terbaik untuk ruangan
Lysol
Semak Lysol Disinfectant Spray Crisp Linen (170g) harga dibawah:
add_circle Membunuh 99% bakteria dan virus
add_circle Menyingkirkan bauan hapak
add_circle Boleh digunakan untuk pelbagai permukaan
remove_circle Harga yang mahal
remove_circle Sukar untuk mendapatkan produk ini

Jenama Lysol sememangnya terkenal sebagai antara produk pencuci terbaik dimana spray disinfectant beraroma Crisp Linen ini boleh digunakan pada pelbagai permukaan. 

Bauan dari semburannya tidak menusuk hidung malah menyegarkan tidak seperti spray di luar sana. 

Ianya untuk melawan pelbagai jenis pencemaran seperti kulat, lumut, bakteria, virus dan bau busuk. 

Bahkan anda juga boleh menggunakan semburan ini pada pelbagai permukaan.

Disinfectant spray terbaik untuk tilam
Febreze
Semak Febreze Antibacterial Fabric Freshener (370ml) harga dibawah:
add_circle Mempunyai pilihan bauan
add_circle Selamat untuk diguna seisi keluarga
add_circle Membasmi 99% kuman
remove_circle Tidak boleh diguna untuk lantai

Spray dari Febreze ini mempunyai pilihan bauan yang menyegarkan dan tak berbau seperti ubat.

Selain dengan cucian biasa, anda juga boleh membasmi bakteria punca bau busuk dari fabrik.

Hanya dengan menggunakan spray Febreze Antibacterial Fabric Refresher ini, tiada lagi bau hapak dan bakteria.

Ianya mampu membunuh dan membasmi bakteria sehingga 99% dari fabrik anda serta permukaan barangan di rumah jika digunakan dengan betul. 

Mempunyai pilihan bauan yang wangi dan menyegarkan untuk persekitaran ruangan rumah.

Disinfectant spray terbaik untuk tandas
Clorox
Semak Clorox Disinfectant Spray with Bleach (500 ml) harga dibawah:
add_circle Membersih permukaan kotor dengan pantas
add_circle Menanggalkan lumut pada permukaan
add_circle Mampu untuk membunuh bakteria
remove_circle Bau berbahaya dalam ruang kecil dan tertutup
remove_circle Mengandungi bahan berbahaya untuk kesihatan

Bagi yang mahukan spray untuk membersih dan membasmi kuman sekaligus, anda mungkin perlukan spray Clorox dengan bleach ini. 

Dimana ianya sesuai digunakan untuk membersih kotoran dan lumut serta membasmi kuman dan virus dari pelbagai permukaan seperti jubin tandas, kaunter dapur dan lantai. 

Tetapi berhati-hati kerana bahan kimia yang terkandung di dalamnya merbahaya untuk kesihatan.

Pastikan anda menggunakan sarung tangan sebelum menggunakan produk ini dan basuh segera tangan anda jika terkena spray ini.

Disinfectant spray terbaik untuk bayi
Chomel Baby Toy and Surface Disinfectant (500ml)
Semak Chomel Baby Toy and Surface Disinfectant (500ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi bahan natural anti bakteria
add_circle Eco friendly pada bayi anda
add_circle Membersih permukaan mainan dan juga kerusi bayi
add_circle Mempunyai sijil halal dari JAKIM
remove_circle Sukar untuk mendaptkan produk di kedai.

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, pemilihan disinfectant sangat penting bagi memelihara mereka dari bahan kimia merbahaya. 

Spray pembersih Chomel ini mengandungi bahan anti bakteria semula jadi. 

Ianya berasaskan kelapa dan biji kelapa sawit yang selamat untuk bayi anda.

Mainan si kecil anda selamat dan bersih tanpa bahan kimia berbahaya. 

Jika anda mempunyai kekangan masa, pastikan anda lakukannya setiap hari tanpa memerlukan masa yang panjang. 

Semak DD-101 Pet Series: Surface Disinfectant & Odour Remover Spray (500ml) harga dibawah:
add_circle Membunuh 99% bakteria
add_circle Menghapus bauan yang busuk
add_circle Menghalau serangga
add_circle 100% dari bahan semula jadi
remove_circle Harga yang mahal

Untuk yang mempunyai haiwan peliharaan, kebersihan haiwan peliharaan sangat penting bagi menjamin kesejahteraan anda dan keluarga. 

Spray DD-101 untuk haiwan peliharaan ini boleh membunuh kulat, bakteria dan virus serta menghilangkan bau-bauan yang kurang menyenangkan pada ruangan haiwan kesayangan anda. 

Selain itu, ianya juga mampu menghalau serangga yang berkeliaran di dalam rumah. 

Ia juga sesuai untuk pelbagai permukaan seperti kayu, seramik dan sebagainya. 

Paling penting, ia menggunakan bahan selamat dan food grade, jadi selamat pada haiwan peliharaan kesayangan anda.

Disinfectant spray terbaik untuk fabric
Joylee Disinfectant Spray (250ml)
Semak Joylee Disinfectant Spray (5L) harga dibawah:
add_circle Membunuh bakteria serta virus
add_circle Mengandungi Isopropyl Alcohol tinggi berbanding produk lain
add_circle Boleh disembut terus pada fabric yang sedang dipakai
remove_circle Kuantiti jualan produk dalam size yang besar
remove_circle Digunakan bersama spray machine

Ianya mengandungi 80% Isopropyl Alcohol (IPA), kadar yang agak tinggi kalau dibandingkan dengan produk lain yang hanya mengandungi 70% IPA.

IPA ini kebiasaannya digunakan untuk membasmi kuman dan virus di dalam industri pharmaceutical termasuk virus pembawa flu

Kebanyakkan disinfectant spray dari Joylee ini digunakan pada semburan yang skala besar seperti di sekolah, pejabat dan pusat beli belah. 

Tapi anda boleh beli sendiri dan gunakan pada ruangan rumah serta barang, fabrik, permukaan  yang ingin di sembur dengan selamat.

Bagaimanapun, anda perlu beli mesin penyembur secara berasingan untuk menggunakan produk ini.

Disinfectant spray terbaik untuk pakaian
Family Guard Disinfectant Spray
Semak Family Guard Disinfectant Spray (280ml) harga dibawah:
add_circle 99% membunuh bakteria
add_circle Mempunyai pilihan bauan
add_circle Boleh menghilangkan bauaan hapak
add_circle Boleh digunakan pada pelbagai permukaan
remove_circle Mudah terbakar

Bagi anda yang mencari semburan yang boleh membunuh bakteri sekali menghilangkan bauan hapak, ini adalah pilihan terbaik. 

Mempunyai beberapa pilihan bauan yang sesuai untuk anda dan ianya mudah dibawa kemana sahaja. 

Membunuh hampir 99% bakteria pada setiap permukaan dengan mengikut arahan yang betul. 

Bukan sahaja boleh digunakan pada 1 permukaan, anda boleh menggunakan semburan ini pada permukaan, fabrik dan barangan. 

Neutrovis Multi-Surface Disinfectant Spray - Tea Tree Scent (500ml)
Semak Neutrovis Multi-Surface Disinfectant Spray - Tea Tree Scent (500ml) harga dibawah:
add_circle Jangka hayat sehingga 24 bulan
add_circle Disahkan KKM
add_circle Boleh digunakan atas pelbagai jenis permukaan
remove_circle Gunakan di tempat terbuka sahaja

Penyembur disinfectant ini mengandungi bahan aktif termasuk Benzalkonium Chloride yang terbukti dan disahkan berkesan menyahkan Covid-19.

Dengan ini, ia boleh digunakan ke atas sebarang permukaan dan secara langsung boleh membunuh 99.99% bakteria, termasuk fungus dan juga virus.

Tambahan lagi, penyembur ini turut mengandungi Didecyldimonium Chloride, iaitu bahan yang selamat dan efektif dalam melawan bakteria dan ia merupakan bahan yang dikawal oleh EU.

Semestinya penyembur disinfectant ini sudah disahkan oleh KKM, jadi ia selamat digunakan dan juga mempunyai jangka hayat penggunaan sehingga 24 bulan.


Bolehkah Campur Penyembur Disinfectant Untuk Keberkesanan Yang Lebih Baik?

Bahan seperti disinfectant tidak sepatutnya dicampur, ini kerana setiap bahan tersebut mempunyai sukatan yang selamat untuk digunakan. 

Malah dengan campuran tanpa sukatan yang betul ia boleh mendatangkan bahaya pada anda.

Jadi, jawapan ringkasnya adalah tidak perlu buat campuran tersebut.


Bolehkah Gunakan Penyembur Disinfectant Pada Permainan Kanak-kanak?

Kebiasaannya kegunaan disinfectant spray ini untuk membunuh bakteria, virus dan membersih permukaan tersebut. 

Jika anda ingin menggunakannya pada permainan anak-anak anda, pastikan disinfectant ini dari bahan organik dan selamat untuk anak-anak. 

Ini kerana kebanyakkan bahan disinfectant mengandungi bahan berbahaya yang bekerja untuk membunuh bakteria tersebut. 

Jadi anda boleh lihat senarai produk daripada kami dan pilih produk mengikut kesesuaian.


Artikel berkaitan

End of Article