Kesihatan & Kecergasan

Kitaran Haid Terganggu Tak Kalau Cucuk Vaksin COVID-19 Ketika Period?

Ramai wanita mengalami perubahan kitaran haid selepas menerima vaksin COVID-19.


Editor · Updated 19 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Kitaran Haid Terganggu Tak Kalau Cucuk Vaksin COVID-19 Ketika Period?

Persoalan ni pasti pernah timbul dalam fikiran kalangan wanita lebih-lebih lagi melibatkan isu vaksin COVID-19 yang banyak tular mitos dalam kalangan masyarakat.

Sampaikan kita sendiri tak tahu nak percaya atau pun tidak dan kali ini kami ingin mengupas topik kaitan kitaran haid dan cucuk vaksin COVID-19 bersama doktor kesihatan wanita dan kehamilan, Dr. Muhammad Izzat.

Kandungan

Bukan apa, ramai wanita mengatakan kitaran haid mereka mengalami perubahan selepas menerima vaksin COVID-19 dimana lebih lama dan banyak daripada kebiasaan.

KOTEX - SOFT SMOOTH MAXI NON WING 24CM 3X20S
1 daripada 2
Kotex Soft Smooth Maxi Non Wing 24CM 3X20S
Partnership with Kotex
Dari RM12.90

Ingin rasa selamat sepanjang hari ketika tempoh haid? Kotex Soft Smooth Maxi Non Wing 24cm sangat sesuai untuk anda kerana penyerapan dan perlindungan luar biasa untuk darah yang banyak dalam satu masa.

BLOOD - MENSTRUAL CUP 4.2CM
2 daripada 2
Blood Menstrual Cup
Partnership with
Dari RM99
Tiada bahan kimia
Mesra alam sekitar
Harga mahal
4 lagi
Boleh pakai hingga 12 jam
Boleh pakai ketika melakukan aktiviti lasak
Diperbuat daripada 100% silikon bergred perubatan
Terdapat 1 saiz saja

Diperbuat daripada 100% gred silikon perubatan dan anda tidak perlu risau darah tertumpah  kerana silikon tersebut akan membentuk mengikut dinding faraj. 

Jadi, selamat digunakan ketika anda ingin melakukan aktiviti lasak seperti berenang, berlari atau melakukan apa-apa pergerakan.

Jadi, Dr. Muhammad Izzat tampil sendiri menjelaskan isu ini. Menurutnya, secara teori vaksin COVID-19 mungkin akan mempengaruhi disebabkan imunisasi badan seseorang.

Namun, masih tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana terdapat banyak data perlu dikumpulkan bagi menyokong kenyataan ini. Apa yang pasti, vaksin tidak menjejaskan kesuburan wanita.

Jangan takut, semua vaksin mempunyai kemungkinan kesan sampingan, biasanya ringan dan tidak mengancam nyawa. Ini kerana vaksin menjalankan tugasnya.

Apa pun, kami dari team ProductNation nak kongsikan sedikit tip persediaan yang korang boleh lakukan sebelum dan selepas menerima vaksin.

Harap perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda semua. Jom vaksin!

View this post on Instagram

A post shared by JKJAV🇲🇾 (@jkjavmy)

Lagi daripada ProductNation