Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Tingkatkan Keyakinan Anda Dengan 10 Syampu Terbaik Untuk Kelemumur Dan Rambut Gugur

Jangan stress, kami disini

Product in this article

Untuk wanita, rambut merupakan antara mahkota yang paling berharga dan harus dijaga dengan rapi. Anda pasti rimas dengan rambut gugur dan kulit kepala yang gatal akibat kelemumur. Terutama sekali jika anda mempunyai rambut panjang dan pastinya membuat anda tidak selesa apabila memakai baju berwarna gelap kerana kelemumur mudah kelihatan. 

Apakah punca rambut kelemumur dan gugur?

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan rambut gugur seperti;

  • Memakai produk rambut yang berlebihan dan produk yang tidak serasi dengan kulit kepala
  • Menutup kepala dalam tempoh yang lama (bagi yang berhijab)
  • Tidak mengeringkan rambut dengan betul selepas membasuhnya
  • Kerap mewarna atau menggayakan rambut dengan bahan kimia
  • Faktor cuaca tidak menentu

Di samping itu, kekurangan vitamin juga boleh menjadi satu punca dan folikel rambut lemah. Keguguran rambut dan kelemumur boleh menyebabkan seseorang hilang rasa keyakinan, oleh itu penjagaan yang betul amatlah penting. Ayuh lihat senarai syampu yang bersesuaian untuk kulit kepala berkelumumur dan rambut mudah gugur; 

10 Syampu Terbaik Untuk Kelemumur Dan Rambut Gugur

Sunsilk Hijab Anti Dandruff Shampoo 320ml

RM 11.5
Sunsilk
1. Sunsilk Hijab Anti Dandruff Shampoo 320ml
Terbaik untuk yang berhijab dan alami masalah rambut rosak
Updated on 8th May 2020

Syampu ini mampu melembutkan dan menghapus masalah ‘flakey’ pada kulit kepala. Ianya bukan hanya menjaga rambut malaha sehingga ke akar umbi agar tidak mudah putus atau gugur. Dengan mengandungi ekstrak Lime serta diperkaya dengan vitamin dan mineral yang menyegarkan kulit kepala anda sepanjang hari walaupun sedang berhijab. 

Dengan formula Zinc Pyrithine (ZPT), ianya akan melawan kemunculan kelemumur dan gunakan syampu ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Head & Shoulders Ultra Men Anti-Hairfall Shampoo (480ml)

RM 21.73
Head & Shoulders
2. Head & Shoulders Ultra Men Anti-Hairfall Shampoo (480ml)
Sesuai untuk kegunaan lelaki yang mudah rambut gugur
Updated on 2nd April 2020

Syampu ini mengandungi mineral Deep Sea yang berkesan untuk menghalang rambut mudah gugur dan kulit kepala berkelemumur. Kulit kepala lelaki mudah menghasilkan sebum berlebihan akibat perpeluhan, maka dengan ini penyelesaian ekstra diperlukan untuk merawat kulit kepala bermasalah. 

Gunakan syampu ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini. Sesuai buat lelaki yang aktif dan kulit kepala mudah berpeluh, syampu ini terbaik untuk anda.

L'oreal Paris Elseve Fall Resist 3X Anti-Dandruff Shampoo

RM 9.12
L'oreal Paris
3. L'oreal Paris Elseve Fall Resist 3X Anti-Dandruff Shampoo
Rawatan Triple-Action, kadar pertumbuhan rambut lebih sempurna
Updated on 8th May 2020

Syampu ini menawarkan rawatan triple-action iaitu rawatan yang menyuburkan akar dan folikel rambut, memperkuat  serta menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih tebal. Arginine adalah asid amino semula jadi, yang dihasilkan oleh tubuh manusia dan berfungsi untuk meningkatkan bekalan darah ke kulit kepala dan folikel rambut.

Dengan adanya ZnPT pula ia membantu membuang kelemumur dari kulit kepala anda dan mengekalkan keselesaan sepanjang hari. Baunya wangi dan tahan lama, kini anda lebih berkeyakinan untuk membelai rambut.

Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo 670ml

RM 32.65
Pantene Pro-V
4. Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo 670ml
Syampu anti kelemumur yang tidak mengeringkan kulit kepala
Updated on 21st May 2020

Syampu ini mampu membersih kotoran yang melekat pada rambut dengan hanya sekali basuhan sambil merawat kulit kepala akibat kelemumur. Ianya juga mengandungi pelembap untuk memberi sinaran pada rambut agar tidak kelihatan kering selepas membasuhnya. Rambut anda akan tampil segar dan bermaya sepanjang hari. 

Dengan mengandungi ZPT, kulit kepala anda tidak akan alami masalah kelemumur untuk jangka masa yang panjang.

Ekstra: 10 Shampoo Terbaik untuk Menangani Masalah Kelemumur

Head & Shoulders Anti-Hairfall Anti-Dandruff Shampoo (720ml)

RM 29.39
Head & Shoulders
5. Head & Shoulders Anti-Hairfall Anti-Dandruff Shampoo (720ml)
Menguatkan akar rambut dari penyebab keguguran
Updated on 20th May 2020

Syampu 2 dalam 1 ini mampu mengekalkan rambut anda dari mudah gugur walaupun dibelai berulang kali. Ia memberi kekuatan pada akar hingga hujung rambut agar lebih kuat dan lebat. Selain itu, fungsi anti-kelemumur dalam syampu ini juga memberi kesegaran dan kelembapan pada kulit kepala anda kerana kulit kepala yang kering adalah salah satu penyebab kepada kewujudan kelemumur. 

Walaupun Head & Shoulders tampil dengan wajah baru, ianya tetap jenama syampu yang terkenal untuk merawat masalah kepala anda.

Clear Anti Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo 650ml

RM 20.88
Clear
6. Clear Anti Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo 650ml
Halang kelemumur dan rambut gugur dengan bahan organik
Updated on 2nd April 2020

Syampu yang pakar untuk keguguran rambut kerana mengandungi Ginger Root untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Diperkaya dengan 10 nutrien dan aktif botani untuk mengaktifkan lapisan perlindungan semulajadi kulit kepala, menjadikan anda bebas dari kelemumur. 

Dengan formulasi tindakan berganda untuk mencipta penghalang dari kewujudan kelemumur dengan kesan jangka panjang. Beri wangian bunga berseri Freeshia, mawar dan melati dengan aprikot kepada rambut anda.

Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml)

RM 28.8
7. Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml)
Syampu bebas bahan kimia merbahaya dan selamat untuk kulit kepala
Updated on 10th July 2020

Syampu anti kelemumur dari Nunature ini mampu menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala, melegakan iritasi, mengawal penghasilan minyak berlebihan, mengurangkan kemerahan dan menghapus flakey dengan berkesan. Ianya juga menyeimbangkan kembali penghasilan sebum agar tidak berlebihan dan menyebabkan terjadinya kelemumur dan rambut mudah gugur.

Rambut anda akan menjadi lebih kuat selepas menggunakan syampu ini. Tiada lagi masalah kegatalan kulit kepala, anda boleh melangkah keluar dari rumah dengan penuh keyakinan!

Innisfree My Hair Recipe Anti Dandruff Shampoo (330ml)

RM 67.2
Innisfree
8. Innisfree My Hair Recipe Anti Dandruff Shampoo (330ml)
Khas dari Korea, syampu ini bebas silikon
Updated on 3rd August 2020

Syampu yang diterbangkan khas dari Korea ini mengandungi Jeju Pine, Cedar dan Cypress yang dapat melegakan ketegangan kulit kepala akibat stres dan menyihatkannya kembali. Bahan ekstra seperti surfaktan dalam syampu ini dapat membersih kulit kepala secara menyeluruh dengan menghapuskan kotoran pada liang pori yang tersumbat. 

Bahan kompleks yang berfungsi untuk menghalang kelemumur dapat melindungi kulit kepala. Dicampur pula dengan ekstrak Lavender dan Asiatic Pennywort, aroma rambut anda akan kekal sepanjang hari walaupun kulit kepala berpeluh.

Avelon™ Hair Fall Control & Scalp Repair Shampoo

RM 45
9. Avelon™ Hair Fall Control & Scalp Repair Shampoo
Beri nutrien penting untuk kulit kepala, bebas bahan merbahaya
Updated on 8th May 2020

Syampu Avelon baik untuk masalah kulit kepala anda kerana bebas sabun dan mempunyai campuran proprietor bio-aktif Avelon amino-peptide complex. Diperbuat daripada ekstrak tumbuhan Ginkgo, Licorice Root, Aloe Vera dan Algae untuk menangani masalah rambut dari menipis dan cepatkan kadar pertumbuhan rambut. 

Sesuai bagi yang menghadapi masalah kulit kepala berminyak kerana efektif dalam menghilangkan minyak dan sisa yang berlebihan, keguguran rambut, masalah kelemumur dan kulit kepala tidak sihat. Syampu ini juga tiada bahan terlarang seperti SLS, SLES, parabens, minyak mineral dan alkohol.

EcoHerbs Herbal Shampoo (150ml)

RM 49.95
EcoHerbs
10. EcoHerbs Herbal Shampoo (150ml)
Elakkan rambut menipis, gugur dan berkelemumur
Updated on 10th July 2020

Syampu yang dirumuskan daripada kombinasi enzim buah, tumbuhan tropika semulajadi dan tumbuh-tumbuhan. Anda boleh merasakan perbezaan kerana ianya memberi sensasi, penyejukan dan kedinginan semasa menggunakannya. Hasil dari gabungan mikro organisma untuk menguatkan akar rambut anda.

Menjadikannya penyelesaian kepada masalah seperti penipisan rambut, keguguran rambut, kelemumur, kulit kepala berminyak, gatal-gatal kulit kepala, kutu, rambut yang kusam dan kering. Syampu ini memberi kesuburan pada rambut anda supaya bersemangat, segar dan sihat.

Ekstra: 18 Produk Syampu Terkenal Sesuai Untuk Semua Jenis Rambut Di Bawah RM 50

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article