Kesihatan & Kecergasan

14 Hand Sanitizer Terbaik 2026, Boleh Beli Online di Malaysia

Kerapkan mencuci tangan pada musim COVID-19 ini. Lihat review sanitizer tangan atau hand sanitizer Malaysia dalam bentuk gel, spray & tanpa pewangi. 


Editor · Updated 20 Dec 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

14 Hand Sanitizer Terbaik 2026, Boleh Beli Online di Malaysia

Hand sanitizer menjadi keperluan dalam kehidupan seharian apabila virus COVID-19 sudah mula bermutasi dan tidak menentu.

Hal ini membuatkan kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dalam norma baru untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Kandungan

Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan menggunakan sanitizer tangan ketika berada di luar.

Ini kerana tangan kita terdedah dengan permukaan yang dipegang dan permukaan tu mungkin mempunyai virus dari orang lain.

Jadi berikut merupakan beberapa jenama hand sanitizer malaysia yang bagus  untuk anda boleh beli online dan lulus KKM.


Senarai 14 Hand Sanitizer Terbaik Malaysia

Sanitizer spray terbaik 1 daripada 14
Antabax Anti-Bacterial Sanitizer Spray (50ml)
Antabax
Dari RM4.19
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kulit sensitif
Penuh dengan pelbagai vitamin
Cepat habis

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Sanitizer tangan yang murah dan mudah digunakan. Bau wangi dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Ciri-ciri:

Hand sanitizer ini lulus KKM dan halal, mempunyai pelembap yang dapat menghalang kulit kering dan lepas ujian kegatalan kulit.

Selain itu, mempunyai pelbagai vitamin dari B3, B5, C, E dan juga Vitamin B6 bagi memastikan kesihatan kulit terjamin.

Cepat kering dan tak perlu dibilas dengan air kerana tidak melekit, serta bau juga sangat wangi seperti losyen tangan.

Bahan yang digunakan: Alcohol Denat, Water, Propylene Glycol, Glycerin, Fragrance, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Niacinamide, Calcium Pantothenate, Sodium Ascorbyl Phosphate, Pyridoxine HCI, Tocopheryl Acetate.

Review:

“Harga yang murah dan bau yang sangat wangi untuk hand sanitizer. Kulit pun rasa licin je.”

Hand sanitizer yang paling murah 2 daripada 14
Eskulin Kids Hand Sanitizer (50ml)
Eskulin
Dari RM3.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kanak-kanak
Tidak melekit
Gel yang sedikit cair

Bila lihat bahan yang digunakan dalam hand sanitizer, risau pula tentang kulit anak kita.

Tapi jenama dari Eskulin ini dirumus khas untuk kulit kanak-kanak.

Cara gunakan pun mudah saja, picit sedikit di tapak tangan dan sapu dengan rata. Gel sanitizer ini tidak melekit dan tak perlu basuh dengan air.

Saiz yang kecil juga memudahkan anak anda untuk membawa sanitizer ini ke sekolah. 

Bahan yang digunakan: Alcohol Denat, Aqua, Polyalkylene Glycol, Tetrahydroxypropyl Ethylenediamine, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Fragrance, Propylene Glycol, Lactose, Cellulose, Disodium EDTA, Menthol, O-Phenylphenol, CI 77007, Tocopheryl Acetate, Retinyl Palmitate, Hydroxpropyl Methylcellulose.

Lifebuoy Total 10 Instant Hand Sanitizer (50ml)
Hand sanitizer gel 3 daripada 14
Lifebuoy Total 10 Instant Hand Sanitizer (50ml)
LIFEBUOY
Dari RM6.70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga yang sangat murah
Mempunyai vitamin E
Tak sesuai untuk kulit sensitif

Lifebuoy memang terkenal dengan produk yang membunuh kuman, termasuklah hand sanitizer yang mampu memberi perlindungan 99.9% dari kuman.

Mempunyai Vitamin E untuk memastikan tangan anda sentiasa lembut dan selesa.

Tekstur hand sanitizer ini tidak melekit walaupun dibuat dalam tekstur gel.

Manakala, saiz dalam botol kecil yang dapat memudahkan anda bawa sanitizer ini kemana-mana.

Bahan yang digunakan: Ethyl alcohol 70%, Water, glycerine, carbomer copolymer, camellia sinensis leaf extrat, aloe barbadensis leaf extract, d-menthol, triethanolamine.

Hand Sanitizer 50ML 4 daripada 14
Dettol Hand Sanitizer Fresh (50ml)
Dettol
Dari RM9.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Saiz yang kecil
Tidak melekit
Bau yang agak kuat

Dettol Hand Sanitizer membunuh 99.9% kuman tanpa air. Formula yang digunakan dicampur dengan aloe vera bagi memastikan tangan anda tidak melekit.

Tekstur produk ini sama sahaja seperti gel biasa, anda tidak perlu basuh tangan selepas menggunakannya.

Saiz botol kecil menjadikan ideal untuk di bawa kemana-mana dan boleh di simpan di dalam poket, beg, atau kereta.

Bahan yang digunakan: Water, PEG/PPG-17/6 Copolymer, Propylene Glycol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tetrahydroxypropyl Ethylenediamine, Fragrance, Limonene.

SAFERCARE Plus Hand Sanitizer (500ML)
Sanitizer buatan Malaysia 5 daripada 14
SAFERCARE Plus Hand Sanitizer (500ML)
Dari RM17.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Brand yang dipercayai
Lembut pada kulit
Banyak produk tiruan di pasaran, pastikan beli yang original

Hand sanitizer ini memang digunakan di hospital dan klinik di seluruh Malaysia. Jadi tak perlu risau tentang keberkesanan produk ini.

Formula yang digunakan adalah berdasarkan saranan World Health Organization (WHO) dan mempunyai 75% alkohol ethyl.

Hanya 30 saat sahaja yang diperlukan untuk membunuh kuman dan SAFERCARE mempunyai allantoin untuk menenangkan dan melindungi kulit anda.

Jenama ini telah diiktiraf oleh JAKIM (Halal) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Care Guard Hand Sanitizer (5L)
Hand sanitizer 5 liter 6 daripada 14
Care Guard Hand Sanitizer (5L)
Dari RM150
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Produk yang digunakan oleh KKM dan hospital Malaysia
Ada di data keselamatan Malaysia (MSDS)
Bau alkohol yang agak kuat

Menggunakan formulasi yang diiktiraf oleh WHO dan KKM dan diyakini mampu membunuh kuman dan bakteria sehingga 99.9%.

Mempunyai kandungan alkohol sebanyak 76% yang menggabungkan isopropyl dan juga ethanol.

Seperti biasa, Vitamin E juga dicampurkan bagi memastikan kulit anda sentiasa lembap dan tidak kering.

Walaupun tekstur gel tapi anda tak perlu membilas dan tidak melekit.

Bahan yang digunakan: Ethanol (26%), Isopropyl Alcohol (50%), Glycerin D-alpha-Tocopheryl (Ethylene Glycol), Castor Oil, Distilled Water.

Pureen Antibacterial Hand Sanitizer (50ML)
Hand sanitizer untuk kulit sensitif 7 daripada 14
Pureen Antibacterial Hand Sanitizer (50ML)
Pureen
Dari RM2.95
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kulit sensitif
Sesuai untuk kanak-kanak
Harga sedikit mahal berbanding 50ML jenama lain

Disebabkan peratusan alkohol yang rendah dalam Pureen, hand sanitizer ini sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.

Bukan itu saja, sangat sesuai untuk kanak-kanak. Selepas menggunakannya anda tak perlu bilas dan tidak melekit.

Pureen mempunyai formula yang ditambah dengan Vitamin E yang membuatkan kulit anda lembap dan tidak kering.

Bahan yang digunakan: Denatured Ethyl Alcohol (68%), Deionized Water, Propylene Glycol, Carbomer, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Fragrance, Tocopheryl, Acetate (Vitamin E), Triethanolamine.

Carrie BacBuster Hand Sanitiser 50ML
Hand sanitizer murah 8 daripada 14
Carrie BacBuster Hand Sanitiser 50ML
Dari RM4.72
Lihat harga di Lazada Malaysia
Harga murah
Mudah dibawa kemana sahaja
Mengandungi alkohol
1 lagi
Mengandungi pelembut kulit

Bagi ibu bapa yang sedang mencari hand sanitizer buat kanak-kanak lelaki, dapatkan je hand sanitizer Carrier Junior.

Bukan apa, packaging sanitizer tangan ini mempunyai kartun superhero Ejen Ali yang diminati oleh kanak-kanak dan mereka boleh membawanya ke sekolah.

Dirumus khas untuk kanak-kanak dan mempunyai kesan melembapkan, hand sanitizer spray ini mempunyai 80% alkohol dan mampu membunuh 99.999% bakteria dan kuman.

Mengandungi ethanol, air, glycerin, butylene glycol, dan wangian.

Penyelesaian yang mudah dan perlindungan on-the-go yang boleh digunakan pada semua permukaan.

Cepat kering, tidak melekit dan mempunyai bau fruity yang digemari kanak-kanak serta menyegarkan tanpa bau ubat.

CHOMEL Kids Hand Sanitizer 70% Alcohol (55ml)
Hand sanitizer untuk anak 9 daripada 14
CHOMEL Kids Hand Sanitizer 70% Alcohol (55ml)
Dari RM8.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Disahkan oleh Jakim
Tidak melekit
Mengandungi alkohol

Hand sanitizer untuk kanak kanak ini tidak mempunyai bahan kimia berbahaya.

Hanya mempunyai 70% bahan alkohol gred tumbuhan yang diperbuat daripada tebu. 

Selain itu, dengan glycerin semula jadi dan Vitamin E sekali gus dapat membantu melembapkan kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.

Jangan risau, cecair ini diperakui oleh Hypoallergenic dan diuji secara dermatologi bagus untuk kulit sensitif dan ekzema.

Paling penting, hand sanitizer ini telah diiktiraf halal oleh pihak Jakim Malaysia. 

ceradan hand sanitizer
Hand sanitizer yang lembut ditangan 10 daripada 14
Ceradan Moisturising Hand Sanitiser 50ml
Dari RM29.60
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk semua umur
Sesuai untuk semua jenis kulit
Tiada pengesahan Jakim
1 lagi
Menguatkan pelindung kulit

Berbeza dari hand sanitizer biasa yang mengeringkan, hand sanitizer lotion Ceradan ini mempunyai tekstur yang lembut dan tidak memedihkan kulit.

Ia memastikan tangan anda sihat dengan melembapkannya dengan lipid kulit penting yang mengandungi dominan ceramide dan melindunginya daripada kuman.

Mempunyai pH 5.5, hypoallergenic, dan bebas daripada pewarna serta wangian.

Jenama hand sanitizer yang bagus untuk pesakit eczema, kulit sensitif dan kering

berryc-hand sanitizer
Hand sanitizer tanpa alkohol 11 daripada 14
BERRY C Sanitizer Spray Bottle 28 days protection (40ml)
Dari RM8.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Selamat digunakan di rumah dan kereta
Perlindungan sehingga 28 hari
Mempunyai pewangi
3 lagi
Tidak mudah terbakar
Halal
Diiktiraf GMP

BerryC Sanitizer Spray boleh melindungi seisi keluarga dari Covid-19 dan HFMD.

Formulanya berasaskan air dan tanpa alkohol, jadi selamat untuk kulit dan mulut bayi serta selamat ditinggalkan dalam kereta.

Dengan teknologi salutan unik, sanitizer spray ini memberikan satu lapisan khas di atas permukaan dan boleh menghapuskan semua bakteria dan virus yang bersentuhan dengannya.

Selepas satu spray, keluarga anda akan selamat dan dilindungi selama 28 hari.

Tambahan pula, ia mempunyai bau bunga lembut dan tidak mengganggu haiwan peliharaan atau bayi.

Terbukti selamat untuk manusia dan alam sekitar kerana telah lulus ujian alam sekitar Eropah dan makmal pihak ketiga.

Sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Pilih sahaja hand sanitizer 3ml atau 40ml.

Biocare Instant Hand Sanitizer
Hand sanitizer spray 12 daripada 14
Biocare Instant Hand Sanitizer Liquid Spray (35ml)
Dari RM3.95
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Lulus KKM
Bebas bilas & tidak melekit
Sesetengah individu tidak menyukai bau bedak bayi
1 lagi
Membunuh 99.9% kuman

Hanya mengandungi 75% alkohol dan esktrak alovera untuk menjaga kelembapan kulit, hand saniziter Biocare selamat untuk kegunaan seisi keluarga.

Hadir dalam botol 35ml yang cukup kecil dan boleh disimpan dalam poket atau beg.

Mudah digunakan, anda hanya perlu spray, ratakan pada kedua-dua belah tangan dan gosok tangan sehingga kering.

Jangan risau, hand sanitizer ini lulus KKM dan mempunyai kesan sejuk serta bau bedak bayi yang wangi.

Lindungi tangan anda di mana sahaja seperti semasa menekan butang lif, tempat kerja, rumah atau tempat awam.

Bahan yang digunakan: Alkohol Denat, Aqua, Gliserin, Propylene Glycol, Aloe Barbadensis, Serbuk Daun, Tocopherol Acetate, Pewangi.

Bio-D Aleev Hand Sanitiser
Sanitizer spray terbaik 13 daripada 14
Bio-D Aleev Hand Sanitiser
Dari RM14.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak mengeringkan kulit
Dipertingkatkan dengan aloe & vitamin E
Bau alkohol kuat
2 lagi
Tidak melekit
Wangi

Sanitizer tangan Bio-D Aleev membunuh 99.9% kuman dengan segera, tanpa sabun atau air, jadi anda boleh menggunakannya di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Berfungsi dengan cepat dan bawa bersama anda untuk kekal selamat daripada kuman berbahaya.

Sebagai contoh, dalam perjalanan, di tempat kerja, semasa membeli-belah, sebelum anda makan, dan apabila anda pulang ke rumah.

Mengandungi lidah buaya organik dan Vitamin E untuk menjaga kelembapan kulit anda.

Semburkan 3-5 kali terus ke telapak tangan anda dan gosokkan tangan sehingga kering.

Gunakan sekerap yang diperlukan.

hand sanitizer
Hand sanitizer yang wangi 14 daripada 14
BISOU X MON CHERI Pocket Sanitizer
Dari RM16.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Enam pilihan wangian
Lulus KKM, SIRIM, REACH dan SGS
Bau tidak tahan lama
3 lagi
Tidak melekit & cepat kering
Melembapkan tangan
Tidak perlu bilas

Dengan BISOU X MON CHERI Pocket Sanitizer, anda boleh membunuh kuman dengan cepat dan melindungi diri dari penyakit berjangkit.

Tersedia dalam wangian yang anda suka seperti Lovely Rose, Blue Belle, Happy Peony, Sunshine Pear, Calm Lavender, dan Fairy Lily.

Sanitizer dalam bentuk mist halus ini sangat melembapkan dan telah diuji di makmal.

Ditambah lagi dengan ekstrak Aloe Vera, semburan pembersih tangan ini cepat kering dan membuatkan tangan rasa lembut dan lembap.

Sekiranya tiada sabun dan air, ini adalah cara yang mudah dan cepat untuk membersihkan tangan anda semasa dalam perjalanan.

Gunakan hand sanitizer ini semasa di gym, restoran, menaiki bas atau kapal terbang.


Adakah Penggunaan Hand Sanitizer Berkesan Dan Selamat?

Hand sanitizer dianggap berkesan untuk membunuh 99.99% kuman seperti membasuh tangan dengan sabun anti bakteria dan air. 

Dengan cara penggunaan yang betul, hand sanitizer boleh memberi anda pelindungan ekstra daripada kuman dan bakteria. 


Apakah Bahan Yang Digunakan Di Dalam Hand Sanitizer?

Terdapat dua bahan yang selalu digunakan dalam sanitizer iaitu Isopropyl Alcohol dan Ethanol. Ini kerana kedua bahan ini mempunyai sifat pembasmi kuman. 

Kebiasaannya Ethanol hanya digunakan pada 70%. Jika lebih dari peratusan tersebut, ia akan menjalani proses pengewapan dan tidak sempat untuk membunuh kuman-kuman yang ada.

Bahan Isopropyl pula, mempunyai sifat yang mengurangkan pengeringan kulit dan boleh digunakan dalam kuantiti yang banyak.

Kedua-dua bahan ni sama sahaja prestasi mereka dalam membasmi kuman. Jadi tak perlu risau nak pilih antara satu sama lain.


Bagaimana Nak Pilih Hand Sanitizer Malaysia Yang Efektif Bagi Kulit Sensitif?

Bagi mereka yang tersilap pilih, hand sanitizer boleh menyebabkan iritasi dan kulit semakin kering, terutamanya yang mempunyai kulit sensitif.

Jangan risau, ikuti sahaja tips di bawah:

  • Perhatikan kandungan alkohol

Salah satu bahan utama yang membunuh kuman dan virus adalah alkohol.

Namun bagi kulit sensitif, lebih baik pilih kandungan alkohol di bawah 60% agar tidak terlalu mengeringkan kulit.

  • Bahan melembapkan

Kulit sensitif mudah gatal, kasar, dan kadang-kadang rasa tegang.

Jadi, pilih produk yang boleh melindungi kelembapan kulit seperti aloe vera, gliserin, Vitamin E atau minyak mineral.

  • Elakkan pewangi, pewarna atau bahan kimia

Ini kerana sesetengah individu mungkin sensitif terhadap kandungan tersebut.

Malah, ia boleh menyebabkan iritasi, ruam, kemerahan atau alergi yang lebih teruk.

Nasihat kami pilih je produk yang hypoallergenic atau untuk kulit sensitif.


Berapakah Kandungan Alkohol Yang Disyorkan Dalam Hand Sanitizer?

Menurut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hand sanitizer perlu mengandungi sekurang-kurangnya 60% etanol atau 70% alkohol.

Sebaliknya, individu yang mempunyai kulit sensitif dan kanak-kanak perlu membeli hand sanitizer yang mengandungi peratusan alkohol yang lebih rendah atau bebas alkohol.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation