Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
sunblock muka dan badan

18 Sunblock dan Sunscreen Terbaik di Malaysia 2024

Kami senaraikan semua sunblock dan sunscreen yang sesuai untuk kulit anda!

Kami yakin kebanyakkan antara kita faham dan mengetahui betapa pentingnya sunblock dan sunscreen untuk perlindungan kulit dari sinar UV. 

Malangnya, masih ramai beranggapan, sunblock atau sunscreen ini hanya untuk wanita yang ingin menjaga kulit sahaja. 

Ini merupakan tanggapan yang salah kerana menurut pakar kulit setiap individu tidak kira jantina atau peringkat umur perlu memakai sunblock atau sunscreen.

Kesan sinaran UV ini tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar dalam masa terdekat, tetapi mampu merosakkan kulit dan menyumbang masalah besar iaitu kanser kulit. 

Jadi, kami senaraikan sunblock terbaik dan juga sunscreen untuk penjagaan kulit anda.


18 Sunblock dan Sunscreen Terbaik di Malaysia

Sunblock terbaik secara keseluruhan
Beauty of Joseon
Beauty of Joseon Relief Sun Sunscreen
mulai
RM45.00
Semak Beauty of Joseon Relief Sun Sunscreen harga dibawah:
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Boleh mencerahkan kulit
remove_circle Cepat kering dan perlu reapply

Sebab menjadi pilihan utama:

Beauty of Joseon Relief Sun ini sesuai digunakan pada semua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif.

Ciri-ciri:

Selain bertindak sebagai pelindung sinaran UV, sunscreen ini turut mengandungi ekstrak beras sebanyak 30% sebagai salah satu bahan untuk melembutkan dan memutihkan kulit.

Memang telah terbukti air beras kaya dengan asid amino dan mineral, di mana ia memberikan kelembapan luar biasa pada kulit kering.

Selain ekstrak beras, produk ini turut mengandungi kompleks probiotik yang boleh memberi nutrisi dan daya tahan semulajadi kulit.

Semasa memakai sunscreen ini, ia tidak akan meninggalkan lapisan putih pada kulit kerana tekstur krimnya yang nipis. 

Review:

“Baru guna beberapa kali, sejujurnya ini sunscreen terbaik yang pernah saya cuba. Tiada white cast pada kulit selepas memakainya, sangat ringan dan menyerap terus ke kulit. Suka dengan teksturnya yang ringan. Sangat recommended!”

Sunblock terbaik untuk kulit sensitif
Cetaphil
Sunblock drugstore untuk kulit berminyak
mulai
RM73.80
Semak Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50 50ml harga dibawah:
add_circle Bebas paraben
add_circle Tiada alkohol
add_circle Teknologi Mexoryl
remove_circle Harga yang mahal

Jadi, Cetaphil UVA/UVB Defence SPF50+ merupakan jalan penyelesaian terbaik buat anda yang memiliki kulit sensitif. 

Dengan menggunakan teknologi Mexoryl yang dipatenkan, produk ini menggabungkan tujuh bahan yang dapat membuat lapisan pada kulit. 

Sunscreen ini mampu membina penghalang fizikal demi melindungi kulit dari kerosakan cahaya terik matahari. 

Tinggi dengan kandungan SPF50, sunblock ini dapat membantu memperbaiki masalah kulit sensitif dalaman.

Pada masa yang sama dapat memberi kelegaan dan mengekalkan lembapan pada wajah.  

mulai
RM135.00
Semak ANESSA Perfect UV SunScreen Skincare Milk (60ml) harga dibawah:
add_circle Tekstur ringan, selesa dan beri kelembapan
add_circle Tidak meninggalkan kesan putih
add_circle Boleh digunakan sebagai primer solekan
add_circle Mencegah kedutan dan penuaan kulit
remove_circle Harga mahal

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan sunscreen jenama Anessa, iaitu sunscreen nombor 1 di Jepun.

Sunscreen ringan ini memberikan perlindungan UV yang tinggi dengan Teknologi Triple Defense untuk melindungi kulit daripada panas, peluh, dan air.

Ia juga mengandungi 50% bahan kecantikan untuk melembapkan dan memperbaiki kulit, serta 50% formula penjagaan kulit untuk mencegah kedutan dan penuaan kulit.

Dengan haruman sitrus, sunblock ini memberikan perlindungan UV yang tahan lama, boleh berfungsi sebagai asas solekan pada wajah, bebas dari pewarna dan telah diuji untuk alergi.

Pilihan terbaik untuk perlindungan daripada sinar matahari setiap hari!

Sunblock terbaik untuk ke pantai
Banana Boat
Banana Boat Ultra Protect Sunblock SPF50 Lotion (90ml)
mulai
RM31.90
Semak Banana Boat Ultra Protect Sunblock SPF50 Lotion (90ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk muka dan badan
add_circle Sangat sesuai untuk ke pantai
add_circle Sesuai untuk aktif bersukan
add_circle Kulit normal
remove_circle Tekstur sedikit melekit

Sunblock Banana Boat Ultra Protect ini tidak mengandungi bahan pengawet pemekaan seperti beberapa produk yang lain.

Tapi mengandungi avobenzon untuk memberi perlindungan UVA dan UVB spektrum yang selamat dan berkesan untuk kulit anda.

Malah, produk ini sudah pun diuji sangat sesuai untuk berada di bawah matahari, air kolam terbuka, laut atau kawasan berangin.

Jadi, tiada apa yang boleh menghalang anda untuk melakukan aktiviti walaupun di bawah matahari.

Sunblock terbaik untuk kulit jeragat
3W Clinic
3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml)
mulai
RM3.90
Semak 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml) harga dibawah:
add_circle Bahan seperti Arbutin dan titanium oxide
add_circle Tidak melekit
add_circle Bahan seperti ekstrak ginseng merah dan mulberry
remove_circle Mempunyai alkohol & pewangi

Sunblock dari 3W ini sememangnya terkenal dan harganya yang sangat murah, satu tube mampu bertahan sehingga 2-3 bulan dengan harga bawah rm15.

Bahan yang menarik perhatian adalah arbutin yang mampu untuk mencerahkan kulit anda. 

Titanium oxide pula bahan yang wajib jika anda mahukan perlindungan kulit dari sinar UV. 

Bagaimanapun, teksturnya sedikit berat tapi tidak menjadikan wajah anda kering walaupun sudah lama apply cuma membuatkan wajah anda kelihatan sedikit berminyak. 

Tapi dengan adanya ekstrak aloe vera, ginseng merah dan mulberry menjadikan kulit anda lembab dan segar sepanjang hari. 

Sunscreen untuk remaja
Biore
mulai
RM29.75
Semak Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50 harga dibawah:
add_circle Perlindungan micro skin level
add_circle Tekstur tidak melekit
remove_circle Boleh buat kulit kering

Biore UV Aqua Rich menawarkan perlindungan matahari SPF50+ PA++++ bagi memberikan perlindungan menyeluruh terhadap sinar UV yang boleh merosakkan kulit.

Sunscreen ini juga menggunakan teknologi terkini yang boleh memastikan setiap krim yang disapu sekata dan mendapat perlindungan pada tahap mikro.

Perlindungan canggih ini juga membantu mencegah penuaan awal yang disebabkan oleh sinaran matahari.

Salah satu ciri menarik sunscreen ini adalah tekstur yang segar seperti air, yang tidak terasa melekit dan terasa ringan pada kulit anda walaupun dengan penggunaan yang berulang. 

Tambahan lagi, dengan essence yang melembabkan yang terkandung dalam sunscreen ini seperti Asid Hyaluronic dan Royal Jelly Extract, ia menjadikan tapak solekan atau makeup base anda lebih terhidrat.

Sunblock terbaik untuk kulit kering
AIKEN
Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion
mulai
RM17.24
Semak Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Formula cepat menyerap
add_circle Tidak menyumbat lubang pori-pori
add_circle Membantu memberikan kelembapan
remove_circle Ada pewangi tambahan
remove_circle SPF yang rendah

Agak sukar nak cari sunblock yang mampu mengawal jerawat tapi nasib baik ada produk dari Aiken yang mempunyai spf dan merawat jerawat.

Bahan paling terkenal dalam merawat jerawat adalah tea tree oil, yang merawat keradangan akibat jerawat dan terbukti berkesan.

Potassium Cetyl Phosphate adalah agen untuk mengawal pH dan bertindak untuk membersihkan minyak pada liang pori. Jadi liang pori anda tidak akan tersumbat. 

Paling recommended jika anda adalah masalah jerawat dan berminyak.

Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
mulai
RM28.79
Semak Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel harga dibawah:
add_circle Bahan utama seperti Hyaluronic Acid dan Collagen
add_circle Arbutin untuk mengurangkan dark spot
add_circle Mempunyai Vitamin B5, C & E
remove_circle Sedikit kering selepas pakai

Sunplay mempunyai pelbagai jenis pilihan keluaran mengikut kesesuaian 

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari spf 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian. 

Sunblock terbaik untuk kulit muka/wajah
Innisfree
Innisfree Intensive Triple Shield Sunscreen
mulai
RM37.10
Semak Innisfree Intensive Triple Shield Sunscreen harga dibawah:
add_circle Zinc Oxide dan titanium oxide
add_circle Water resistant sesuai untuk aktiviti luar/air
add_circle Sunflower dan Jeju green tea extract
remove_circle Perlu menggunakan make remove

Jenama keluaran dari Korea ini mempunyai pelbagai jenis sunblock dan sunscreen.

Bagi keluaran Intensive Triple Shield sangat sesuai untuk anda yang sering terdedah kepada cahaya matahari.

Mempunyai tekstur yang sedikit tebal dan finishing matte ini memerlukan anda untuk menggunakan pelembab untuk meratakannya. 

Zinc oxide serta titanium ini akan berfungsi sebagai pelindung sinaran UV untuk kulit. 

Bahan yang terkandung pada sunflower dan juga Jeju green tea extract ini bagus untuk anti penuaan, mencerahkan serta sesuai untuk kulit yang sensitif.

Sangat sesuai bagi anda yang sering melakukan aktiviti luar atau air kerana sunblock ini kalis air. 

Sunblock murah dan berkesan
Wardah
Wardah UV Field Shield
mulai
RM17.90
Semak Wardah UV Field Shield harga dibawah:
add_circle Tiada alkohol
add_circle Vitamin E & Pro vitamin B5
remove_circle Mempunyai pewangi.

Produk dari Wardah sememangnya terkenal bebas alkohol dan bagus untuk kulit wajah berminyak.

Dengan kandungan vitamin E & B5 ini memberikan kelembapan pada wajah.

Tekstur produk Wardah UV Field Shield ini sedikit tebal dan tidak akan menjadi punca white cast apabila anda meratakan pada wajah. 

Harganya yang murah dan mudah didapati di mana-mana drugstore. 

Sunblock oil free yang bagus
Supergoop Unseen Broad Spectrum Sunscreen
mulai
RM80.00
Semak Supergoop Unseen Broad Spectrum Sunscreen harga dibawah:
add_circle Mempunyai Sunflower dan Rosemary leaf extract
add_circle Broad-spectrum
remove_circle Mahal dengan kuantiti yang sedikit

Walaupun harga yang sedikit mahal, rata-rata review menunjukkan kesan terbaik apabila menggunakan sunscreen dari Supergoop ini. 

Finishingnya yang mudah menyerap, melembabkan kulit wajah. Waluaupun anda menggunakan makeup, bila pakai je sunscreen ini tidak menjadi masalah malah wajah lebih smooth. 

Sunflower extract kaya dengan carotene bagi melindungi kulit manakala Rosemary extract memberi kesan ‘calm’ dan kaya dengan antioksidan.

Bila pakai dekat kulit wajah, rasa ringan dan best sangat sebba tidak melekit. Padan sangat dengan harga dan fungsinya. 

Sunscreen terbaik di drugstore
Watsons Aqua UV Sun Protection Gel
mulai
RM20.34
Semak Watsons Aqua UV Sun Protection Gel harga dibawah:
add_circle Mempunyai niacinamide
add_circle Spf 50++.
add_circle Bebab paraben
remove_circle Sukar didapati

Jika sebut sunblock dari Watsons, pasti ramai beranggapan harga jauh lebih murah. 

Sebenarnya harganya setanding dengan jenama besar dan mempunyai bahan yang sangat bagus.

Kandungan spf sehingga 50++ dimana hanya 2% sinaran UV yang terlepas masuk pada bahagian kulit. 

Walaupun begitu, bahan seperti Niacinamide membantu mengurangkan kesan radikal seperti tompok hitam dan kulit tidak sekata akibat sinaran UV.

Kulit wajah juga lebih cerah, dan kulit lembut dan kekal lebab dengan bahan dari hyruronic acid.

Macam mana nak cari, pergi sahaja di Watsons pasti ada.

mulai
RM27.68
Semak Nivea Sun Protect Light Brightening Face Body Sunscreen SPF50 harga dibawah:
add_circle 50x vitamin C
add_circle Kegunaan 2in1
add_circle Lulus ujian dermatologist
add_circle Glycerin menjadikan kulit lembap
remove_circle Tekstur yang sedikit tebal

Bila pakai sunblock/sunscreen pastinya untuk melindungi kulit dari sunburn

Tapi dengan Nivea sunscreen yang mempunyai 50x vitamin C dimana dapat membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri.

Menariknya lagi, Nivea sunscreen dapat melindungi dari kulit hingga kaki dengan spf 50. Pembelian sangat berbaloi! 

Jangan risau, sunscreen ini lulus ujian dermatologis dan sesuai untuk kulit sensitif.

SKINTIFIC All Day Light Sunscreen Mist SPF50 PA++++
mulai
RM41.00
Semak SKINTIFIC All Day Light Sunscreen Mist SPF50 PA++++ harga dibawah:
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Semburan halus 0.01nm
add_circle Tiada whitecast
add_circle Perlindungan 12 jam dari UVB
remove_circle Bau terlalu kuat
remove_circle Cepat habis

Mist sunblock yang sangat mudah digunakan dan tak merosakkan solekan anda.

Dengan tekstur yang halus dan tidak melekit, anda akan merasa selesa dan segar setelah menggunakannya.

Produk ni juga mempunyai SPF 50+ PA++++, memberikan perlindungan maksimum selama 12 jam dari sinar UVB yang menyebabkan kulit terbakar dan 16x pencegahan dari sinar UVA yang menyebabkan penuaan awal.

Teknologi mikrokapsul terdapat dalam produk ini dan ia menyediakan lapisan pelindung yang sangat halus (kira-kira 0.04nm) pada muka anda.

Mempunyai UV Pearls, Ceramide dan Centella, untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV, penuaan dan kulit terbakar.

Sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak mengandungi SLS, alkohol, paraben, minyak mineral, dan pewarna tiruan. Ia juga mesra vegan dan tidak diuji pada haiwan.

sunblock lotion murah terbaik
YOU Triple UV Elixir Sunscreen Gel
mulai
RM25.12
Semak YOU Triple UV Elixir Sunscreen Gel harga dibawah:
add_circle Tidak melekit pada kulit
add_circle Tekstur ringan
add_circle Memberikan kesan sejuk pada kulit
add_circle Ada niacinamide mencerahkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk berjemur lama

Jenama dari YOU ini mempunyai pelbagai pilihan barang kecantikan, termasuk sunscreen terbaik untuk kulit kering.

Harga dalam pasaran juga mampu milik dan mengandungi bahan yang terbaik antaranya titanium oxide iaitu broad-spectrum untuk perlindungan meluas pada kulit.

Paling menarik, tekstur sunscreen ini sangat ringan dan tidak melekit pada kulit wajah anda.

Cuaca di Malaysia agak panas dan sunscreen ini memberikan kesan cooling, jadi anda akan rasa sejuk sahaja bila sapukan pada kulit. 

Turut mempunyai pelbagai kandungan yang bagus seperti niacinamide untuk mencerahkan, dan allantoin, centella asiatica untuk kesegaran wajah. 

Sunscreen untuk kulit berminyak & berjerawat
ALLIE
allie sunscreen
mulai
RM99.00
Semak ALLIE Extra UV Facial Gel SPF50+ Sunscreen harga dibawah:
add_circle Tahan peluh, sebum dan geseran, dan tahan lama
add_circle Mengandungi asid hyaluronik
add_circle Boleh digunakan sebagai alas solekan
add_circle Sesuai untuk aktiviti luar dan sukan air
remove_circle Harga mahal

ALLIE Extra UV Facial Gel SPF50+ Sunscreen adalah pilihan terbaik untuk perlindungan wajah secara menyeluruh.

Dengan teknologi penghalang UV, ia melindungi lapisan kulit yang lebih dalam daripada kerosakan, memberikan perlindungan matahari yang kuat serta menjadikan kulit selesa

Kandungan asid hyaluronic dalam produk ini menjaga kelembapan kulit, dan ia juga boleh digunakan sebagai asas solekan serta mudah dibersihkan dengan pencuci muka.

Selain itu, sunblock ini bebas daripada paraben, pewangi dan minyak mineral serta sesuai untuk aktiviti luar dan sukan air.

Jika anda gemar melakukan aktiviti sukan di luar dan wajah sering berminyak, memang sesuai untuk guna suncreen ini.

Sunscreen boleh digunakan sebagai asas solekan
Anjo
anjo sunblock
mulai
RM13.00
Semak ANJO Professional 365 Sun Cream SPF50+ PA+++ harga dibawah:
add_circle Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB
add_circle Beri kelembapan & nutrisi kepada kulit
add_circle Mempunyai tekstur ringan & tidak melekit
add_circle Kalis air
add_circle Kesan glowing
remove_circle Mengandungi bahan Fungal Acne Trigger
remove_circle Tidak mesra wuduk

Sunblock Anjo ini mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit, dan amat efektif melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

Ia mengandungi asid hyaluronik, betaine, dan shea butter untuk memberi kelembapan, keselesaan, dan kehalusan pada kulit.

Kandungan lain termasuk:

  • Tocopheryl acetate memberikan kesan antioksidan dan vitamin.
  • Allantoin membantu mengecilkan liang pori, menormalisasikan pengeluaran sebum, dan mempunyai sifat anti-radang.
  • Ekstrak teh hijau, licorice, dan kulit mulberry putih melindungi kulit daripada radiasi UV, pigmentasi yang tidak diingini, serta melembutkan dan memulihkan kulit.

Bagi mereka yang mempunyai kulit sedikit gelap, pastikan untuk blend sunblock jenis krim ini dengan rata agar wajah tidak kelihatan kelabu.

mulai
RM132.90
Semak La Roche Posay Anthelios UVMUNE 400 Invisible Fluid Tinted SPF50+ Sunscreen harga dibawah:
add_circle Perlindungan matahari yang tinggi terhadap UVA/UVB
add_circle Tekstur ringan dan tidak berminyak
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Memberikan kesan sheer finish
remove_circle Harga mahal

Mencari sunscreen dengan perlindungan matahari SPF 50++? Beli je La Roche Posay Anthelios UVMUNE 400 Invisible Fluid Tinted SPF50+ Sunscreen (50ml) ini.

Formula ultra resistant ini memberikan perlindungan Ultra Long UVA yang sangat efektif.

Produk ini mengandungi filter UV terbaru MEXORYL400 untuk melawan sinaran UVA Ultra Long dan membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat UV.

Sunscreen ini juga sangat tahan terhadap air, peluh, dan pasir, serta tidak menyebabkan mata pedih.

Selain itu, teksturnya ringan dan tidak berminyak, jadi memang sesuai untuk semua jenis kulit.

Formula minimalisnya mengandungi yang terbaik untuk kulit sensitif dan telah diuji oleh dermatologist.


Apa Itu SPF?

SPF adalah singkatan dari Sun Protection Factor. Kandungan SPF dalam sunblock ini membantu melindungi kulit kita daripada sinaran UV (ultraviolet) yang berbahaya.

Ini kerana sinaran UV boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit, seperti penuaan awal kulit, kulit kering, kemerahan dan juga kanser kulit.

Jadi bagaimana SPF berfungsi? SPF membantu melindungi kulit kita dengan memantulkan atau menyerap sinaran UV sebelum ia boleh meresap ke dalam kulit kita.

Secara ringkasnya, SPF berfungsi seperti perisai untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV.

Penghalang ini biasanya terdiri daripada bahan kimia seperti titanium dioksida atau zink oksida yang memantulkan sinaran UV.


Boleh Pakai Sunblock Setiap Hari?

Memakai sunblock ini adalah kewajipan bagi melindungi kulit dari sinaran UVB & UVA yang akan merosakkan sel-sel kulit. 

Wajib pakai setiap hari, dan reapply selepas mencuci muka jika terdedah pada cahaya matahari.

Malah, jika terlalu lama terdedah pada sinaran tanpa sebarang perlindungan, akan menyumbang kepada pelbagai masalah kulit yang paling ketara adalah kulit terbakar dan pigmentasi. 

Jika anda mempunyai masalah kulit dan sering terdedah pada cahaya sebaiknya pakai sunblock dan sunscreen.

Ini akan dapat mengelakkan kulit menjadi pedih dan kemerahan. 


Apakah Perbezaan Antara Sunblock & Sunscreen?

Krim pelindung atau sunblock selalunya dipakai ketika ke pantai atau melakukan aktiviti air.

Juga boleh digunakan sebagai krim asas untuk solekan agar kulit wajah anda sentiasa dilindungi daripada terdedah kepada sinaran UV.

Tapi, tahu tak terdapat perbezaan antara sunblock dan sunscreen? 

SUNBLOCK –  Berfungsi untuk memantulkan kembali sinaran UV dan menghalang cahaya daripada menembus masuk ke dalam kulit wajah.

Erti kata lain, sunblock memberi perlindungan ekstra buat kulit anda.

Ini kerana kebanyakan sunblock mengandungi campuran seperti titanium dan zink oksida yang menghasilkan kulit anda satu tona lebih cerah.

Jangan risau, penggunaan sunblock yang betul mengikut jenis kulit tidak akan menyebabkan iritasi malah dapat perbaiki tekstur kulit.

SUNSCREEN –  Kandungan bahan kimia akan menyerap sinaran UV sebelum sampai ke lapisan kulit paling luar.

Maksudnya, sunscreen bertindak sebagai satu lapisan tambahan dimana dapat mengurangkan penyerapan cahaya matahari kepada kulit anda.

Saranan pakar kulit agar anda memilih sunscreen yang mempunyai label ‘broad-spectrum’ kerana mampu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.  

Apa pun jom kita lihat penerangan ringkas menerusi video berikut.


Cara Pilih Sunblock Dan Sunscreen Terbaik

Sinar matahari boleh memberi kesan negatif pada kulit kita. Jadi, penting untuk kita memakai sunblock atau sunscreen ketika berada di bawah matahari.

Namun, adakah anda tahu cara memilih sunblock dan sunscreen yang terbaik?

  • Mengetahui perbezaan antara sunblock dan sunscreen

Sunblock biasanya diperbuat daripada bahan mineral seperti titanium dioksida atau zink oksida.

Bahan-bahan ini membentuk lapisan fizikal pada kulit dan melindungi kulit daripada sinaran UV dengan menghalang sinaran tersebut daripada menembusi ke dalam kulit.

Sunscreen pula juga mengandungi bahan kimia seperti avobenzone atau oxybenzone yang menyerap sinaran UV dan mengubahnya menjadi haba yang tidak berbahaya pada kulit.

  • Jenis kulit

Sebelum membeli produk, pastikan anda menyemak jenis kulit dan keperluan anda.

Jika anda mempunyai kulit sensitif atau terdedah kepada jerawat, sunblock pilihan yang lebih baik kerana ia tidak menyerap ke dalam kulit dan tidak menyebabkan kerengsaan.

Sebaliknya, jika anda mempunyai kulit kering, sunblock pilihan yang lebih baik kerana ia boleh memberikan kelembapan tambahan pada kulit.

Manakala untuk kulit berminyak, pilihlah produk yang tidak menyumbat pori dan tidak meninggalkan rasa berminyak pada kulit anda.

  • Bahan-bahan

Pastikan sunblock atau sunscreen anda mengandungi bahan-bahan seperti zink oxide dan titanium dioxide. 

Ini kerana bahan ini selamat untuk kulit dan campuran kedua-dua bahan ini menjadikan kulit anda lebih cerah.

Selain itu, pilih produk yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti oxybenzone dan octinoxate yang boleh merosakkan terumbu karang.

  • Aktiviti harian

Jika anda terdedah kepada matahari untuk masa yang lama atau terlibat dalam aktiviti sukan, pilih produk yang kalis air dan peluh.

Tapi jika anda ingin memakai solekan selepas menggunakan pelindung matahari, pilih produk yang ringan dan tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit anda.

Cara yang betul untuk menggunakan pelindung matahari ialah sebelum meninggalkan rumah dan mengaplikasikan semula setiap 2-3 jam.

Tambah lagi, gunakan produk dalam jumlah yang mencukupi secara merata di seluruh muka dan badan anda.

Ingat, bahawa pelindung matahari bukan sahaja penting pada hari yang cerah. Walaupun cuaca mendung atau hujan, sinaran UV masih boleh merosakkan kulit anda.

Jadi pastikan anda sentiasa menggunakan pelindung matahari dalam rutin harian anda.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Sunblock/Sunscreen?

Antara kelebihan sunblock atau sunscreen ialah ia boleh melindungi kulit kita daripada sinaran UV yang berbahaya dan membantu melambatkan proses penuaan kulit.

Dengan menggunakan produk ini, kita juga dapat mengurangkan risiko mendapat kanser kulit.

Selain itu, sunblock atau sunscreen juga boleh membantu mencerahkan kulit dan melindungi daripada pigmentasi.

Ia juga boleh membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.

Kulit kita akan kelihatan lebih muda dan segar kerana sinaran UV matahari adalah antara faktor utama yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan berkedut.

Namun, kekurangan utama produk ini ialah ia boleh menyumbang kepada masalah kulit lain seperti jerawat, bintik hitam atau alahan.

Penggunaan produk ini juga tidak mencukupi jika kita hanya menggunakannya sekali sehari.

Pakar dermatologi mengesyorkan menggunakannya sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutamanya bagi mereka yang aktif di luar rumah.


Artikel Berkaitan 

End of Article