Masalah jeragat bukanlah sesuatu yang baru kerana ramai mula mengalami masalah kulit ini lebih lagi dengan cuaca sekarang.
Punca berlaku apabila kulit sering terdedah pada sinaran matahari kemudian melanin kulit berubah menjadi lebih gelap dan kesan tompokan jeragat mula timbul.
Kita mungkin akan mula rasa kurang selesa dan tak yakin dengan tompokan jeragat. Jadi apakah penyelesaiannya?
Penggunaan serum hilangkan jeragat dapat bantu anda kurangkan jeragat muka dan terdapat banyak serum terbaik untuk jeragat yang anda boleh cuba.
Pelbagai jenama skincare mula mengeluarkan serum jeragat dan vitamin untuk jeragat ini boleh juga dibeli di farmasi.
Jom kami bantu anda senaraikan serum jeragat paling berkesan dan terbaik.
14 Serum Terbaik Untuk Jeragat
Table of Contents
Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Serum Garden of Eden ini boleh mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan tona kulit.
Ciri-ciri;
Kesan jerawat dan masalah lingkaran gelap bawah mata juga boleh dicerahkan semula.
Ini kerana bahannya diformulasikan daripada minyak benih anggur, Rosehip dan vitamin E semula jadi.
Selain boleh melembabkan kulit, serum terbaik untuk jeragat ini dapat membaiki kulit sambil menggalakkan pembaikan sel.
Malah, kulit jadi lebih cantik dan kurang berkedut kerana menggalakkan penghasilan kolagen.
Sebaiknya guna serum ini pada waktu malam jika anda ingin dapatkan kulit yang licin, cerah dan lembut tanpa jeragat!
Review;
‘Kulit jadi lebih cerah, lembab dan licin lepas guna. Masalah pigmentasi & jeragat juga makin pudar. Bau pun wangi macam ros,’
Dirumus dengan Arbutin yang boleh menghalang pembentukan melanin dan mencerahkan semula bintik hitam, mengurangkan jeragat dan parut jerawat.
Malah dengan kandungan Niacinamide yang boleh meminimalkan saiz pori dan meratakan tona kulit.
Manakala kandungan Hyaluronic Acid dalam skincare untuk jeragat ini juga akan melembutkan dan menghidratkan kulit.
Jika dipakai dengan konsisten setiap hari (pagi & malam), tiada lagi masalah kulit kusam kerana wajah akan tampil segar, licin dan lebih cerah.
Kepada yang menghadapi masalah pigmentasi dan parut produk ini memang bagus untuk anda.
Ini kerana mengandungi tinggi antioksidan daripada minyak Rosehip.
Malah, jika kulit anda jenis kering, jangan risau, Rosekin Bio Serum ini juga boleh hidratkan semula kulit.
Dirumus juga daripada minyak lavender, Calendula, minyak Rosemary dan minyak Chamomile untuk memperbaiki semula keadaan kulit.
Turut mengandungi vitamin E yang boleh merawat kulit yang terkena sun burn, bintik hitam akibat faktor usia kerana ada kebaikan antioksidan.
Serum mencerahkan Clinelle ini boleh mencerahkan semula kawasan kulit, meratakan tona kulit dan berpigmentasi.
Ini kerana mengandungi ekstrak bunga daisi dan diformulasikan juga dengan 10X vitamin C yang tinggi antioksidan untuk memperbaiki tekstur kulit.
Kandungan ekstrak beras ungu Jepun pula dapat menjadikan kulit lebih lembab dan anjal.
Malah, dengan teknologi Advanced Anti-Photoaging, kulit akan dilindungi daripada penuaan sebelum masanya yang disebabkan oleh sinaran UV.
Malah dapat bertindak melawan kegelapan kulit di lapisan kulit yang paling dalam dan dalam masa yang sama mengaktifkan pembaharuan kulit.
Tekstur serum ini ringan menjadikan lebih cepat menyerap pada lapisan dalam kulit.
Dengan bahan 10x dari advanced Niacinamide dalam setiap titik serum, memberikan kesan kulit menjadi lebih cerah.
Bukan itu sahaja, parut jerawat juga akan berkurang dan dapat melindungi kulit wajah dari exposure blue light.
Sekaligus dapat menjadikan kulit lebih lembab, berseri dari hasil penggunaan pertama.
Antara kebaikan lain lagi adalah, mengandungi bahan Niacinamide yang membantu meratakan tona kulit dan menghapuskan dark spot.
Kunci utama produk premium ini ialah dengan bahan aktif 25% 3-o-Ethyl Ascorbic Acid dan 5% Hyaluronic Acid.
Malah vitamin C pada serum akan kekal pada kulit selama 72 jam bagi memastikan kulit sentiasa dirawat. Ia selamat digunakan pada waktu siang atau malam.
Satu botol DM Aesthetics Advanced Vitamin C Serum boleh bertahan selama 2 hingga 3 bulan. Namun hanya dalam masa dua minggu sahaja rata-rata pengguna dapat lihat hasil pada kulit.
Ternyata kulit lebih cerah, kadar pigmentasi, tompok gelap dan melasma semakin berkurangan.
Jangan risau kulit sensitif juga sesuai dengan serum ini kerana ia bebas dari pewangi, minyak dan jenis water-based.
Serum dari Cosmoderm ini khas untuk boost skin.
Ini kerana diperkaya dengan vitamin C yang tinggi antioksidan bagi melawan radikal bebas.
Selain itu, kedutan serta garis halus pada wajah akan berkurang, hasilnya kulit lebih sihat dan tegang berseri.
Jika anda mempunyai kesan pigmentasi pada kulit, serum ini dapat membantu menstabilkan tona kulit wajah dan mengurangkan kesan dark spot.
Sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit tidak bermaya, kusam, dan gelap.
Serum multi-fungsi ini dapat melembap, mengawal pengeluaran minyak wajah berlelihan serta mengurangkan bintik hitam.
Selain itu, serum ini bertindak untuk mengurangkan pigmentasi, parut jerawat dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.
Kemampuan serum ini disebabkan bahannya dirumus dengan ekstrak buah lemon dan asid Salicylic sekaligus dapat beri tekstur lebih ringan dan senang menyerap ke dalam kulit.
Menariknya, produk ini juga mempunyai pelindung UVA dan UVB menjadikan sesuai untuk yang sering mengalami masalah kulit berminyak, berjerawat dan kering.
Serum dengan vitamin C dari Lanbena ini diformulasikan khas untuk memutihkan tona kulit yang tak sekata dan mengurangkan pigmentasi.
Sesuai digunakan pada semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif kerana tidak mengandungi bahan bahaya.
Selain dapat menggalakkan penghasilan kolagen, serum hilangkan jeragat ini turut ada kesan anti-oksidan di mana garis halus kulit juga akan berkurang.
Hasilnya, akan melambatkan proses penuaan kulit dan menghalang pembentukan melanin sekaligus masalah jeragat akan berkurang.
Bagi yang mencari vitamin untuk jeragat di farmasi, serum SAFI memang wajib dimasukkan dalam rutin kecantikan harian.
Dengan teknologi Ultra White dan kandungan Nano Biowhite dalam serum yang berasaskan air ini, tona kulit akan jadi lebih sekata dan tak kusam lagi.
Turut diperkaya dengan Kakadu Plum iaitu sumber vitamin C yang lebih banyak daripada buah oren. Jadi, kulit anda jadi lebih sihat dan berseri.
Malah parut jerawat juga boleh dikurangkan kerana serum ini mampu meresap jauh ke dalam lapisan kulit.
Bagi yang memiliki kulit sensitif dan berjeragat, memang disarankan untuk guna serum Kiehl’s.
Ini kerana boleh memudarkan hiperpigmentasi dan bintik hitam termasuk yang disebabkan oleh sinaran UV ini.
Selain ada Salicylic Acid dan Activated C yang mencerahkan kulit, turut dirumus khas dengan ekstrak Peony.
Bahan ini bertindak sebagai antioksidan semula jadi agar kulit tak rosak.
Boleh dipakai pada keseluruhan kulit wajah atau kawasan yang bermasalah sahaja sebagai spot treatment seperti leher, dada dan tangan.
Sebaiknya pakainya sebelum krim pelembab setiap pagi dan malam.
Dengan harga berpatutan, anda dah boleh miliki serum vitamin C yang berkualiti dan bagus kerana dapat mengurangkan pigmentasi kulit.
Malah boleh mengalang pembentukan melanin dan dengan kandungan Nicotinamide yang dapat menghalang kegelapan dalam kulit naik ke permukaan kulit.
Warna tona kulit juga kembali sekata jika anda gunakan serum hilangkan jeragat ini dengan konsisten.
Lagi bagus, produk Vibrant Glamour merangsang penghasilan kolagen. Hasilnya, kulit tidak akan tua atau berkedut sebelum masanya.
Yang penting, teksturnya tidak melekit dan kesan jerawat juga semakin pudar. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk jenis sensitif.
SKINTIFIC SymWhite 377 Dark Spot Serum ini mudah meresap ke dalam kulit dengan tekstur ringan dan berat molekul rendah.
Bukan sahaja berkesan mengurangkan pengeluaran melanin, malah serum ini boleh melindungi kulit daripada radikal bebas, dan mengurangkan jeragat dalam masa hanya 14 hari.
Kandungan utama serum ini adalah SymWhite377, Niacinamide, dan Tranexamic Acid dimana dapat membantu mengurangkan beberapa masalah. Antaranya,
- Mengurangkan penghasilan melanin.
- Mengurangkan kemerahan.
- mengurangkan parut jerawat.
- Mengurangkan jeragat.
- Menjaga kelembapan kulit.
- Melambatkan penuaan.
Jangan risau kandungan yang ada dalam serum ini tidak merengsakan kulit dan selamat untuk semua jenis kulit, bebas dari SLS, alkohol, paraben, minyak mineral dan pewarna tiruan.
AiSASEA Whitening Serum adalah produk penjagaan kulit semulajadi dari Jepun yang menitikberatkan konsep semulajadi dan mesra alam.
Serum ini mengandungi 3% arbutin, 3% sodium hyaluronate (asid hyaluronik), 3% panthenol (provitamin B5) dan 5% niacinamide yang diekstrak menggunakan teknologi pengekstrakan RNB molekul kecil.
Semua bahan ini mampu mengurangkan jeragat dan menghalang pembentukan melanin sekaligus menjadikan kulit anda kelihatan bersih.
Selain itu, serum ini juga boleh meresap jauh ke dalam kulit untuk melembapkan, membaiki kerosakan kulit dan melambatkan penuan.
Dengan penggunaan berterusan serum AiSASEA, anda boleh dapat kulit yang cerah, berseri, dan bebas dari masalah jeragat serta penuaan kulit.
Adakah Jeragat Akan Hilang?
Sebenarnya agar sukar untuk hilangkan jeragat tapi dengan penggunaan produk kecantikan yang sesuai dengan muka, warna gelap jeragat dapat dikurangkan.
Ada juga sesetengah jeragat yang akan hilang atau pudar dengan sendirinya mengikut gaya hidup seseorang.
Tapi, untuk mengelakkan pembentukan jeragat baru, anda diingatkan untuk sentiasa memakai krim pelindung matahari terutamanya jika keluar rumah.
Anda juga boleh rujuk video di bawah untuk mengetahui cara menghilangkan jeragat dan tompok gelap.
Apa Itu Jeragat?
Ciri jeragat apabila keadaan permukaan kulit timbul kesan tompokan hitam dan gelap.
Warnanya yang gelap akan menyebabkan kesan cela yang jelas kelihatan pada wajah.
Dalam masa yang sama tona kulit muka tak sekata dan mulalah keyakinan diri berkurangan.
Terjadinya jeragat apabila kulit terlalu terdedah oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari.
Jadi, satu sejenis sel yang dipanggil melanocytes akan menghasilkan melanin untuk melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV.
Tapi, apabila sel ini terlalu aktif, kulit akan mendapat lebih banyak pigmen melanin sehingga menjadikan kulit berjeragat.
Mula kita pun mencari apa jalan penyelesaiannya sehinggakan terbaca jeragat ini masalah kulit.
Jangan risau, jeragat memang sejenis penyakit kulit tapi tidak berbahaya malah pakar dermatologi mengesan lebih 3000 orang mengalami masalah ini.
Jadi, hasil dapatan kajian mereka mencadangkan kita semua haruslah mengambil nutrisi penting untuk kulit seperti vitamin, mineral dan pelbagai antioksida.
Langkah ini supaya dapat mengekalkan kulit sihat, bersinar dan tidak ada cela.
Boleh dengarkan penjelasan lebih mendalam dengan dengarkan penerangan dari Dr. Ingky.
Bagaimana Cara Pilih Serum Terbaik Untuk Jeragat?
Jeragat merupakan masalah yang dialami oleh ramai orang terutama yang mempunyai kulit sensitif dan terdedah kepada cahaya matahari.
Ramai yang mencari serum hilangkan jeragat yang boleh membantu mengurangkan kedutan, pigmentasi kulit, dan menjadikan kulit lebih berseri.
Bagaimana anda memilih serum terbaik untuk masalah jeragat anda?
Berikut adalah beberapa tips untuk memilih serum terbaik untuk jeragat anda:
-
Kandungan bahan
Pastikan serum yang anda pilih mengandungi bahan aktif yang telah terbukti berkesan dalam mengurangkan jeragat seperti asid glikolik, retinoid, niacinamide atau asid salisilik.
Bahan-bahan ini boleh membantu mengurangkan pigmentasi kulit dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.
Selain itu, antioksidan juga boleh membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan membantu meningkatkan kesihatan kulit.
Contohnya, vitamin E dan vitamin C.
-
Jenis kulit
Pastikan serum yang anda pilih sesuai dengan jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit sensitif, pilih serum yang lembut dan tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
Jika kulit anda kering, pilih serum yang mengandungi bahan pelembap seperti asid hidrolunik yang boleh membantu melembapkan kulit.
-
Kualiti dan reputasi jenama
Pastikan serum jeragat yang anda pilih adalah daripada jenama terkenal dengan reputasi yang baik dalam bidang penjagaan kulit.
Jenama ini selalunya menghasilkan produk berkualiti tinggi dan sentiasa terlibat dalam ujian klinikal.
-
Baca label produk sebelum membeli
Sebelum membeli serum, pastikan anda membaca label produk dengan teliti.
Pastikan serum tidak mengandungi bahan yang boleh memberi kesan negatif pada kulit dan sesuai dengan jenis kulit anda serta tidak mengandungi sebarang bahan yang anda sensitif.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Serum Terbaik Untuk Jeragat?
Salah satu rawatan untuk mengurangkan jeragat yang semakin popular ialah serum.
Namun, apakah kelebihan dan kekurangan penggunaan serum untuk tujuan ini?
Kelebihan menggunakan serum untuk jeragat:
-
Penggunaan mudah
Anda hanya perlu menyapu serum pada kulit wajah setiap hari sebelum tidur.
Serum juga lebih cepat meresap ke dalam kulit dan memberikan kesan yang lebih optimal.
-
Mengekalkan kelembapan kulit
Serum untuk jeragat biasanya mengandungi bahan seperti asid hyaluronik dan ceramide yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan kedutan.
Kulit kering juga boleh menjadikan kulit lebih terdedah kepada kerosakan matahari dan kanser kulit.
-
Mencerahkan kulit
Kebanyakan serum untuk jeragat mengandungi bahan-bahan seperti vitamin C dan niacinamide yang membantu mencerahkan kulit, menyamarkan bintik-bintik hitam dan mengurangkan tampilan jeragat.
Tambah lagi, boleh membantu memperbaiki tona kulit wajah yang tidak sekata membuatkan kulit lebih sihat dan tidak kusam.
-
Menjadikan kulit lebih licin dan lembut
Serum untuk jeragat seringkali mengandungi bahan-bahan yang membantu mengekalkan keanjalan kulit. Sekaligus, membuatkan kulit lebih licin dan lembut.
Kekurangan menggunakan serum untuk jeragat:
-
Harga mahal
Harga serum selalunya lebih mahal berbanding produk skincare lain, seperti pencuci muka, mositurizer, krim dan losyen.
Ini kerana serum mengandungi bahan aktif yang berkualiti tinggi dan dirumus dengan teknologi yang lebih canggih.
Selain itu, beberapa jenis serum juga tidak sesuai dengan jenis kulit anda dan akhirnya menyebabkan iritasi atau kulit bertambah jerawat.
Nasihat kami sebelum menyapu serum pada keseluruha wajah, lakukan patch test terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat dengan jenis kulit anda.
Apa Punca Pigmentasi/Jeragat di Muka?
-
Pendedahan kepada sinaran UV matahari
Untuk melindungi kulit daripada rosak teruk akibat sinaran matahari, sel kulit akan menghasilkan melanin secara berlebihan.
Jadi, jangan lupa untuk pakai krim pelindung terutamanya ketika cuaca panas terik.
-
Genetik
Genetik juga memainkan peranan dalam pembentukan jeragat, sebab itulah, boleh terbentuk sejak dari kecil lagi.
Individu yang memiliki kulit yang cerah dan rambut berwarna merah, perang atau coklat muda selalunya lebih cenderung untuk mendapat jeragat.
-
Perubahan hormon
Perubahan hormon ketika sedang hamil dan menyusukan anak dikatakan boleh menjadi salah satu punca muka berjeragat.
Selain itu, jeragat juga biasa terjadi kepada mereka yang semakin meningkat usia terutamanya jika anda lambat menjaga kulit dan tidak memakai krim pelindung matahari.
-
Cahaya biru
Cahaya biru atau blue light exposure ini datang dari skrin telefon pintar, komputer, lampu dan tablet.
Jika anda kerap menggunakan peranti seperti ini, kemungkinan boleh menyebabkan pigmentasi pada wajah.
-
Penggunaan ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan juga boleh menyebabkan hiperpigmentasi sebagai kesan sampingan.
Contohnya, ubat untuk kemoterapi boleh sebabkan masalah kulit tersebut.
Artikel Berkaitan
- 11 Serum Terbaik untuk Keperluan Kulit Anda
- 10 Serum Wajah Berkualiti Tinggi Tak Lebih Dari RM50
- 11 Serum Anti-Aging untuk Elakkan Tua Sebelum Waktu
- Kulit Sihat Berseri Dengan 7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kombinasi
- 7 Serum Berkualiti Tinggi untuk Membaikpulih Kulit Sensitif
- 7 Pencuci Muka untuk Hilangkan Jeragat (Paling Berkesan) 2022
- 12 Serum untuk Jeragat Terbaik di Malaysia 2022
- 14 Eye Cream Terbaik di Malaysia
- 8 Krim Hilangkan Parut Terbaik Malaysia 2024
- Serum Untuk Hilangkan Parut Jerawat Terbaik Malaysia