Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
foundation terbaik watson

8 Foundation Terbaik di Watsons Malaysia 2024 (Jenama Bagus)

Tanpa membuatkan bank akaun anda menangis!

Foundation merupakan sejenis base make up untuk wajah. 

Bukan itu sahaja, fungsi foundation menutup liang pori, jerawat, bekas jerawat dan jeragat yang ada pada wajah

Tapi sebelum nak pakai foundation, ketahui dulu jenis foundation sama ada sesuai atau tidak dengan jenis kulit anda. 

Jadi, untuk memudahkan anda, kami senaraikan foundation best di Watsons mengikut jenis kulit dan kegunaan.


8 Foundation Terbaik di Watsons

Foundation spf 50 terbaik
SilkyGirl
Silkygirl Matte All Day Serum Foundation
mulai
RM29.52
Semak Silkygirl Matte All Day Serum Foundation harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mempunyai SPF 50
add_circle Paraben free
remove_circle Tidak mempunyai banyak pilihan tona warna

Sebab menjadi pilihan utama:

Mudah untuk dapatkan stok, harga juga mampu milik paling penting bebas paraben.

Ciri-ciri:

Silkygirl foundation bercirikan matte all day serum foundation yang mempunyai tekstur ringan pada kulit wajah.

Oleskan sahaja pada wajah dan foundation ini akan menutup segala cela pada wajah.

Jangan risau, kulit wajah anda tidak akan terasa berminyak kerana kesan dari finishing matte yang mengekakan kelembapan wajah.

Terdapat juga bahan hyluronic acid dan vitamin E yang bagus untuk menjaga hidrasi wajah. 

Manakala bahan buddleja officinalis flower extract melindungi kulit dari sinaran UV yang membahayakan kulit wajah.

Mempunyai spf 50 yang cukup untuk melindungi kulit. Pakai foundation je, jimat duit dah ada spf sekali tau!

Review:

“Menggunakan foundation yang ringan dan mempunyai full coverage sangatlah best. Ada pula bahan active lain seperti serum didalamnya menjadikan kulit lebih glow. Kulit terasa lembut dan licin,”

Foundation yang tidak bercapuk
Maybelline
Foundation farmasi terbaik untuk remaja
mulai
RM34.93
Semak Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation harga dibawah:
add_circle Perlindungan SPF 22
add_circle Formula Superfine Silky Particies
add_circle Lebih 20 jenis pilihan tona warna
remove_circle Terlalu berminyak
remove_circle Tekstur sedikit berat

Bagi yang mempunyai kulit jenis berminyak, foundation jenis matte adalah pilihan tepat kerana diformulasi dengan aqua (air) dan bebas minyak. 

Foundation jenis ini mampu menyerap lebihan minyak pada muka dan menghasilkan kemasan yang rata serta lembut dengan efek ‘blur’.

Diperkaya dengan micro-powders yang mengawal penghasilan minyak serta mengecilkan liang pori akan memberi hasil kulit tampak flawless dan tahan lama. 

Oleskan pada wajah hanya menggunakan jari untuk efek natural.

Manakala gunakan berus ataupun blending sponge untuk solekan full face dan glamour. 

Simplysiti Cushion Foundation
mulai
RM58.41
Semak Simplysiti Cushion Foundation harga dibawah:
add_circle Water Shield System
add_circle SPF 50
add_circle Hydrogenated Polyisobutene tidak menyebabkan liang pori tersumbat
remove_circle Mempunyai bahan Sorbitan Sesquioleate, boleh menyebabkan jerawat

Cushion foundation dari Simplysiti ini sangat memudahkan kerana disekalikan dengan bekas yang mempunyai cushion. 

Jadi, anda tak perlu guna tangan atau bawa brush lain jika ingin touch up wajah. 

Kandungan foundation ini mempunyai bahan water shield system yang dapat memgekalkan kelembapan berpanjangan pada kulit anda. 

Blurry effect akan membuatkan kesan parut akibat jerawat, jeragat tidak kelihatan. 

Kandungan lain seperti oil control tidak menyebabkan kulit anda berminyak.

Tambahan pula, foundation ini juga mempunyai spf 50 serta kulit terasa lembut selepas pemakaiannya. 

Hydrogenated Polyisobutene ini bergungsi melindungi kulit agar liang pori tidak tersumbat. 

IN2IT Blur Matte Foundation
mulai
RM25.11
Semak IN2IT Blur Matte Foundation harga dibawah:
add_circle Mempunyai vitamin E
add_circle Dijamin halal
add_circle SPF 30
add_circle Vegan friendly
remove_circle Mudah habis dalam pasaran

Biasanya, bila nama foundation ini. Teksturnya akan lebih tebal dan membutakan si pemakai tidak selesa untuk tempoh yang lama. 

Tetapi bagi tekstur IN2IT Blur Matte Foundation ini dirumus khas menjadikan foundationnya lebih ringan pada wajah anda. 

Diperkaya dengan vitamin E yang menjadikan kulit lebih lembab malah mampu mencerahkan kulit anda. 

Bagi anda yang mempunyai kulit yang berminyak, foundation ini akan menyerap dan mengawal lebihan minyak yang terhasil.

Jadi kulit tetap glow sepanjang hari! Jom cuba foundation yang best dari IN2IT!

Foundation full coverage
L'Oreal Paris
L’Oreal Paris Infallible 24H Fresh Wear Foundation
mulai
RM63.09
Semak L’Oreal Paris Infallible 24H Fresh Wear Foundation harga dibawah:
add_circle Oxygen technology
add_circle 24 hours coverage
add_circle Bebas non comedogenic dan mempunyai spf
remove_circle Penutupnya mudah kotor

Foundation dari L’Oreal ini memberikan full coverage dan bertahan sehingga 24 jam pada wajah. 

Dengan kandungan bahan oxygen technology dapat memberikan kesan pada tekstur foundation dengan lebih ringan dan breathable pada kulit.

Foundation ini juga mempunyai non-comedogenic yang tidak menyebabkan liang pori tersumbat.

mulai
RM60.72
Semak Revlon ColorStay For Normal/Dry Skin Foundation SPF20 (30ml) harga dibawah:
add_circle Effect glowing
add_circle Bertahan sehingga 24jam
add_circle 22 jenis tona warna
add_circle Release time technology
remove_circle Tekstur tebal

Bagi anda yang berkulit kombinasi atau berminyak, foundation ini amat sesuai untuk anda.

Rumusan yang ringkas dan ringan tidak akan membuat kulit bercapuk serta anti-noda yang tidak akan menyebabkan tompokkan pada kulit. 

Dengan teknologi ‘time release’, khusus untuk kulit kombinasi atau berminyak bagi mengawal penyerapan minyak.

Penampilan kulit anda akan sentiasa sempurna dan flawless sepanjang hari. 

Untuk hasil yang lebih sempurna, gunakan Revlon Moisturiser, Primer dan Mineral Finishing Powder bersama foundation ini.

Foundation watsons terbaik secara keseluruhan
Wardah
Wardah Colorfit Matte Foundation SPF 30
mulai
RM18.72
Semak Wardah Colorfit Matte Foundation SPF 30 harga dibawah:
add_circle Dermatologist tested
add_circle Skin Match Techonology
add_circle Matte Micropowder
add_circle Anti bacterial formula
remove_circle Tona warna yang sedikit terang

Liquid matte foundation dari Wadah memberikan kesan full coverage. 

Bagi yang mempunyai kulit sensitif, foundation ini mempunyai ujian dermatologist yang selamat untuk digunakan. 

Dirumus khas dengan anti bakteria yang menjadi punca utama jerawat pada kulit wajah. 

Skin match technology pulak direka khas untuk memudahkan foundation ini untuk blend in dengan kulit asal agar nampak lebih natural.  ‘

Selain itu, mempunyai bahan seperti matte micro powder yang akan mengawal minyak yang terhasil pada kulit wajah. 

mulai
RM32.00
Semak WETNWILD Photo Focus Foundation (30ml) harga dibawah:
add_circle Titanium oxide melindungi kulit dari sinaran UV
add_circle Butylene glycol bagi melembabkan kulit
remove_circle Stok yang terhad

Foundation ini merupakan jenama yang sukar didapati dan mempunyai kualiti yang bagus.

Memberikan kesan full coverage pada bahagian kulit wajah. 

Ujian bagi foundation ini telah dilakukan dibawah 7 jenis cahaya dan kesemuanya memberikan hasil yang positif!

Bahasa mudahnya, kulit wajah anda tetap cantik walaupun dalam cahaya yang berbeza.

Dirumus dengan bahan titanium oxide bagi melindungi kulit dari sinaran UV yang mengakibatkan terjadinya jeragat. 

Walaupun dah pakai foundation, kulit kekal kelihatan lembab dan segar kerana bahan dari butylene glycol yang mengunci kelembapan wajah.


Apakah Maksud ‘Foundation Finish’ Atau Kemasan Foundation?

Antara kemasan yang popular adalah matte finish iaitu kemasan tanpa kilau dan agak kering yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi.

Ini kerana foundation akan membantu menutup liang pori dan menutup ketidaksempurnaan kulit dengan sempurna. 

Namun bagi yang berkulit kering atau matang, kemasan yang lebih dewy dan natural adalah lebih sesuai.

Terdapat pelbagai foundation ‘drugstore’ yang bagus setaraf jenama popular yang dapat memberikan hasil yang sama. Kini anda tidak perlu lagi khuatir tentang perbelanjaan anda.

Apa pun jom tonton video berikut untuk kenali lebih lanjut jenis-jenis foundation.


Berapa Harga Foundation Di Watsons

Jika anda merupakan seorang yang gemarkan barangan yang dijual di drugstore, jadi untuk mencari foundation bukanlah perkara yang sukar. 

Ini kerana jenama dan harga foundation yang boleh didapati sangat berpatutan dan tidak akan mencecah ratusan ringgit. 

Mempunyai lebih dari 5 jenis pilihan jenama dari harga yang berpatutan dan keatas anda masih mampu memilikinya. 

Bahasa mudahnya, harga dari serendah RM20 sehingga bawah RM100. 

Semuanya bergantung pada penerimaan kulit wajah terhadap foundation.

Tapi apa yang penting kebanyakannya berkualiti, jimat dan banyak pilihan. 

Kenapa perlu beli yang mahal jika yang boleh dapat dengan berpatutan dan kualiti terbaik?


Artikel Berkaitan

End of Article