Kecantikan

Gunakan 7 Face Mask Ini Secara Konsisten untuk Menjaga Kulit Kombinasi Anda

Kulit kombinasi haruslah dijaga dengan betul menggunakan produk sesuai. Ini senarai face mask terbaik jenis clay, sheet & sleeping untuk kulit kombinasi.


Editor · 28 Mar 2019, 6:53pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Gunakan 7 Face Mask Ini Secara Konsisten untuk Menjaga Kulit Kombinasi Anda

Kulit kombinasi adalah jenis kulit yang dimiliki oleh kebanyakkan wanita di luar sana. Sekiranya berada dalam kumpulan kulit kombi, anda mungkin berasa seperti mempunyai 2 jenis kulit yang berbeza. Terutamanya pada bahagian T-Zon, anda akan rasa seperti licin dan berminyak manakala bahagian lain adalah kulit kering. Jenis kulit kombi mempunyai kelenjar minyak yang lebih aktif di sekitar hidung, dagu dan dahi yang menyebabkan liang pori menjadi terlalu besar. Sebaliknya, pipi anda mungkin mempunyai kelenjar minyak yang kurang aktif yang mengakibatkan penampilan lebih kering.

Jika kulit kombinasi tidak dijaga dengan betul menggunakan produk sesuai, anda mungkin mengalami kesulitan mencari regimen penjagaan kulit yang memberi keseimbangan pada wajah anda. Paling leceh bila ingin membeli produk tetapi tidak tahu yang sesuai untuk kulit kombinasi ini. Antara jenis-jenis mask yang sesuai untuk kulit kombinasi adalah seperti dibawah ini;

Kandungan
Face mask dari bahan tanah liat (clay) yang sesuai untuk kulit kombinasi 1 daripada 7
Fresh Umbrian Clay Purifying Mask
Partnership with Fresh
Dari RM110
Nyahtoksin dan regenerasi sel kulit baru
Kekalkan hidrasi pada kulit
Untuk kulit kering & sensitif, dapatkan nasihat pakar
1 lagi
Seimbangkan pH kulit

Umbrian Clay® Purifying Mask adalah topeng rawatan muka pelbagai fungsi 3-dalam-1 yang juga boleh digunakan sebagai pembersih serta mengurangkan ketidaksempurnaan kecil pada wajah. Ia juga mampu untuk meminimumkan liang pori serta detoksifikasi kulit tanpa menghakis kelembapan yang penting untuk menjadikan kulit lebih seimbang dan sihat. 

Dirumus khas dengan tanah liat Umbrian yang kaya dengan mineral. Ia juga diperkaya dengan minyak cendana dan mempunyai sifat astringen manakala ekstrak Chamomile dan Lavender pula dapat membantu menenangkan kulit tegang. Bebas dari paraben, sulfat dan phthalate.

Gunakan sleeping mask ini untuk kulit kombinasi, hanya di waktu malam 2 daripada 7
COSRX Ultimate Nourishing Rice Overnight Spa Mask
Partnership with
Dari RM43.50

Diformulasi dengan bahan yang lembut tetapi berkesan dan mengandungi lebih daripada 68.9% ekstrak beras. Ia dirumus khas untuk mencerah, menyuburkan dan menghidrat bagi mengurangkan tona kulit yang kusam kepada kulit sihat dan berseri. 

Bahan semulajadi tulen yang terdapat di dalam produk ini adalah untuk memberi kelembutan kepada kulit agar tampil halus dan berseri. Manjakan kulit anda dengan produk dari Cosrx ini melalui penjagaan kulit yang betul dan secara konsisten. Kulit tampak bersinar dari jauh!

Face mask diterbangkan khas dari Korea, buat si pemilik kulit kombinasi 3 daripada 7
LANEIGE Fresh Calming Quick Morning Mask
Partnership with
Dari RM115

Topeng muka dari jenama terkenal di Korea ini, dirumus khas dengan formula yang baik untuk semua jenis kulit wajah termasuk sensitif. Produk ini telah menjalani ujian secara klinikal dan diiktiraf oleh ahli dermatologi bahawa produk ini terbukti selamat digunakan kerana tidak mengandungi pewangi tiruan. 

Formula topeng muka ini telah dipertingkat untuk menyeimbangkan lembapan dan minyak serta kesan yang menenangkan kulit. Mengandungi ekstrak Lychee yang berfungsi untuk melegakan dan memberi ketahanan pada kulit dengan bahan panthenol. Teksturnya yang ringan membuatkan topeng muka ini mudah menyerap jauh ke dalam kulit.

Buat si pemilik kulit kombinasi, sheet mask ini sesuai untuk anda 4 daripada 7
DR. MORITA Hyaluronic Acid Long Lasting Facial Mask
Partnership with DR. MORITA
Dari RM107.70

Diperbuat daripada sutera semulajadi, topeng muka dapat memberi penghidratan yang berterusan selama 24 jam untuk melembutkan agar kulit kekal keanjalan lebih baik. Protein sutera yang digabungkan dengan asid Hyaluronik mampu mengekalkan lembapan luar biasa untuk mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan. 

Dengan ekstrak Luffa, pati herba dan Collagen Hydrolystate untuk mengekalkan penghidratan yang mendalam dan berpanjangan untuk kulit anda.

Mud mask terbaik untuk kulit kombinasi 5 daripada 7
DIRTY BENEFITS Youth Facial Clay Mud Mask
Partnership with
Dari RM54

Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi dengan fungsi anti-penuaan dan menjadikan anda tampil awet muda. Kandungan Pink Clay, matcha dan kopi dalam produk ini adalah untuk memperbaiki tanda-tanda penuaan serta menghalangnya daripada berlaku agar kulit wajah anda kekal berseri dan bermaya. 

Kaedah kopi halus membantu sebagai pengelupasan untuk menghapus sel-sel kulit mati. Kopi mengandungi sejenis antioksidan untuk mencegah kedutan dan membuatkan kulit wajah bernafas dengan sempurna. Jadi, penggunaan mud mask ini mampu menjadikan kulit anda berseri dan bertenaga.

Hydrating mask bagus untuk kulit kombinasi – menyerap minyak lebih berkesan 6 daripada 7
KOSE Sekkisei Herbal Esthetic Mask (150ml)
Partnership with
Dari RM204

Krim topeng unik ini meningkatkan kelicinan kulit hanya dalam masa 2 minit. Sesuai untuk kulit kombinasi kerana ianya mampu menyerap minyak tanpa mengeringkan kulit muka. Fungsi utama topeng ini adalah memberi penjagaan pemutihan secara intensif dengan merangsang pengeluaran melanin dan mengurangkan penampilan bintik gelap. 

Produk ini juga dapat meningkatkan peredaran darah melalui kaedah urutan yang menjadikan kulit rasa terhidrat, berseri dan licin. Face mask ini mampu meluncur lancar ke atas permukaan kulit. Dengan mengandungi ekstrak akar Angelica, Melothria dan biji Coix untuk memutihkan kulit serta memberi kesan ‘glowing’ lebih ekstra. 

Dengan bertekstur gel – gunakan face mask ini pada waktu malam 7 daripada 7
L’OREAL Dermo Expertise Hydrafresh Night Elixir (50ml)
Partnership with
Dari RM56.46

Face mask dari L’Oreal ini menjadikan kulit muka licin dan berseri dalam hanya beberapa kali penggunaan sahaja. Ianya mampu menghidrat pada tahap yang optimum agar kulit berasa lebih anjal dan lembut. Bertekstur jenis gel, face mask ini tidak melekit pada kulit wajah dan menghalang penghasilan minyak. 

Kandungan French Grape Polyphenols dalam gel ini pula bertindak sebagai antioksidan berkesan membantu meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran. Kaya dengan mineral, produk ini tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi iritasi atau merengsa. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation