Seperti yang kita ketahui, secara umumnya kegunaan sabun mandi untuk membersihkan badan daripada kotoran dan peluh disebabkan oleh cuaca tidak menentu. Tetapi manfaat utama sabun mandi yang sebenarnya adalah untuk perlindungan kulit badan kita daripada kuman, bakteria dan virus akibat pencemaran persekitaran tidak sihat serta kurang bersih. Disinilah kegunaan ekstra sabun mandi buat anda. Penyakit kulit juga boleh terjadi akibat tidak melakukan penjagaan dengan betul. Maka rajinkanlah diri untuk mandi dan bersihkan badan sekerapnya.
Antara manfaat lain yang terdapat dalam sabun mandi seperti memutihkan, melembap, memberi sensasi kesegaran dan wangi serta mengandungi aromaterapi untuk menenangkan kulit badan anda. Jom ikuti senarai dibawah untuk mengetahui info lebih lanjut tentang sabun mandi yang sesuai buat kulit badan anda;
Sabun mandi dari jenama Cetaphil ini sangat terkenal dalam penjagaan kulit yang sensitif atau mengalami alahan teruk seperti alergi. Ianya bukan sahaja datang dalam bentuk cecair tetapi juga jenis ketulan sabun. Ahli dermatologi yang pakar dalam mengesan penyakit kulit telah menguji bahan kandungan dalam sabun ini dan mengesyorkan bagi anda mempunyai kulit bermasalah untuk menggunakannya.
Produk ini bebas bahan pewangi dan pewarna, merupakan penyebab utama terjadinya iritasi pada kulit. Sabun anti-bakteria ini dapat membersih tanpa menyebabkan iritasi atau kekeringan pada kulit anda.
Leceh mencari sabun berlainan untuk kegunaan yang berbeza? Tidak perlu risau lagi. Sabun ketul dari Dettol ini mampu untuk memberikan perlindungan daripada kuman setiap hari melalui kandungan sabun anti-bakterianya. Dengan gabungan menthol yang segar, ianya mampu untuk membersih dan memberikan sensasi penyejukkan pada kulit anda selama 12 jam.
Dengan fungsi sabun 2 dalam 1 ini, ianya bukan sahaja mampu membunuh kuman tetapi juga dapat menghapus jerawat serta mengurangkan kadar pertumbuhannya. Cubalah sekarang!
Sabun mandi dari jenama terkenal Lux ini didatangi dalam 2 jenis yang berbeza iaitu cecair dan ketulan. Produk ini mampu untuk memutihkan kulit anda dengan membuang sel-sel kulit mati serta melindungi lapisan kulit baru. Dengan sistem triple-action, sabun berformula unik ini dapat membuatkan kulit anda tampak ‘glowing’.
Bahan yang terkandung dalam sabun ini adalah daripada ekstrak Mulberry dan madu, ianya mampu untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV serta mengekalkan lembapan. Microcrystal pula bertindak sebagai proses pengelupasan yang dapat menghapuskan kulit kusam pada badan anda.
Jika anda gemarkan kulit badan kekal mewangi sepanjang hari, sabun ini adalah jawapan yang terbaik. Wangian sabun ini mampu bertahan lebih daripada 12 jam dan sesuai untuk semua jenis kulit. Bagi yang mengalami masalah kulit cenderung jerawat juga, sabun ini tidak menjadi masalah buat anda. Tidak akan menyebabkan kulit menjadi iritasi dan kemerahan selepas memakainya.
Dengan kandungan nutrimoist complex dan minyak daripada ekstrak bunga ros, anda dapat mengekalkan keanjalan kulit badan daripada kedutan halus. Kulit akan menjadi putih berseri serta tampil awet muda!
Sabun mandi antiseptik ini yang mula diperkenal di Kota London, dikeluarkan oleh Edward Cook Company pada kurun ke-19. Ianya merupakan sabun antiseptik pertama yang dapat mengurangkan infeksi, menghapus bakteria dan melindungi kulit daripada pancaran sinar UV.
Sesuai untuk semua peringkat umur, sabun antiseptik ini menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia kerana bahan kandungannya dapat memberikan sensasi kesegaran pada kulit terutama semasa musim panas. Ingin tahu sejauh mana keberkesanannya? Jangan lupa untuk mencuba tau!
Kombinasi bahan kandungan dalam sabun ini diperkaya seperti halia, kunyit, kulit kayu manis, vetiver dan bijirin yang diperbuat untuk membuang sel-sel kulit mati dengan berkesan. Bahan dari herba semulajadi ini terbaik untuk mengurangkan keradangan, bakteria, mengembalikan tona kulit menjadi sekata serta ruam-ruam kecil dan kegatalan pada kulit.
Sabun dari produk Tanamera ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit gatal sehinggalah cenderung kepada jerawat. Tips penting : elak dari menggunakan sabun ini ke atas si kecil kerana sabun ini mempunyai proses pengelupasan semulajadi. Tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak.
Sabun ini dapat memberikan kelembapan berpanjangan buat kulit anda terutama yang mengalami masalah kulit kering dan kusam. Diperkaya dengan Witch Hazel dan Aloe Vera, sabun mandi ini mengandungi 100% bahan semulajadi yang tidak akan membuatkan kulit ada bertambah kering atau menjadi iritasi. Kandungan Aloe Vera dalam sabun ini mampu melegakan kulit dari kegatalan.
Vitamin C dan E dapat mengekalkan keanjalan kulit agar terhidrat sepanjang hari walaupun anda berada di dalam kawasan yang berpenghawa dingin. Berfungsi sebagai anti-radang, ianya bertindak menyerap oksigen untuk membuatkan kulit anda bernafas dengan sempurna.
Masalah kulit ekzema selalunya terjadi sejak anda kecil lagi dan sudah pasti ianya tidak dapat diselesaikan dalam hanya beberapa hari sahaja. Sabun mandi dari Oilatum ini bagus untuk anda yang mengalami masalah kulit teruk seperti ekzema kerana ianya mampu untuk melindungi kulit dari bahan kimia yang merbahaya serta radikal bebas.
Tidak mengandungi pengawet tiruan, alkohol dan bebas paraben yang akan menyebabkan kulit menjadi rosak. Sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang mengalami masalah kulit sama.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!