7 BB Cushion Terbaik Untuk Wajah Flawless Tanpa Pori, Cela dan Parut Jerawat

Hasilkan ‘natural look’ atau ‘no make up, make up’ dengan lebih mudah!

Product in this article

Apa itu bb cushion dan apakah fungsinya?

BB Cream berfungsi untuk menutup cela di wajah dengan ciri litupan menyeluruh (high coverage) serta memiliki elemen penjagaan wajah (skincare) yang membantu merawat masalah kulit anda 

Dipopularkan oleh gadis-gadis Korea, produk BB Cushion kini menjadi kegilaan wanita di seluruh dunia kerana ia mampu memberikan litupan semulajadi (natural looking effect). Dapatkan BB Cushion yang sesuai dengan kulit wajah anda melalui seleksi berikut:

SILKY GIRL Magic BB Cushion 01 Natural Light

RM 33.53
BB cushion terbaik untuk remaja
Silky Girl
1. SILKY GIRL Magic BB Cushion 01 Natural Light
BB cushion terbaik untuk remaja di Watsons

Silky Girl menampilkan SILKY GIRL Magic BB Cushion yang dihasilkan daripada gabungan bahan pencerah, extrak bunga Eldelweiss serta diperkaya bahan mineral semulajadi. 

BB Cushion ini juga memiliki SPF50 dan mampu mengawal pembentukan minyak di wajah sehingga 12 jam. Dirumus khusus untuk kulit wajah Asia, produk BB Cushion ini adalah sesuai untuk kegunaan para remaja.

Pixy Make It Glow Dewy Cushion 301 Medium Beige

RM 38.22
Pixy
2. Pixy Make It Glow Dewy Cushion 301 Medium Beige
BB cushion full coverage, terbaik untuk kulit kering

Bagi penggemar natural look, cushion yang amat popular dalam kalangan penggemar make up khususnya mereka yang berkulit sawo matang atau kuning langsat ini dapat memberikan tekstur yang ringan dan glowy finish yang membuatkan wajah anda tampak fresh dan tidak cakey.

Cushion yang memberikan full coverage selama 10 jam ini mengandungi esktrak botanikal seperti minyak zaitun, minyak jojoba dan ekstrak yuzu yang membantu menyuburkan kulit dari dalam. Ia juga mengandungi SPF 23 & PA ++ sebagai pelindungan optimal terhadap sinar UVB & UVA.

Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte

RM 62.91
Maybelline
3. Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte
BB cushion terbaik untuk kulit sensitive

Bagi penggemar matte finish yang berkulit sensitif, cushion ini memberikan full coverage yang kelihatan natural selama 12 jam. Ia dapat mengawal penghasilan minyak, tidak menyumbat liang pori dan mempunyai perlindungan SPF 25 PA+

Laneige BB Cushion Pore Control SPF50+

RM 59
BB cushion terbaik kulit berminyak
Laneige
4. Laneige BB Cushion Pore Control SPF50+
BB cushion high-end terbaik, untuk kulit berminyak

Jika anda memiliki kulit wajah jenis berminyak, produk BB Cushion dari jenama Laneige sesuai untuk anda. BB Cushion istimewa dari Korea ini memiliki sistem kawalan minyak yang mampu memberi kemasan matte pada wajah dan mengekalkan hidrasi pada lapisan bawah kulit.

Tambah menarik, produk ini juga mampu mencerah dan membuat wajah tampak licin tanpa cela.

The Face Shop Oil Control Water Cushion SPF50+ PA+++ V203 (Miracle Finish)

RM 69.23
The Face Shop
5. The Face Shop Oil Control Water Cushion SPF50+ PA+++ V203 (Miracle Finish)
BB cushion terbaik untuk kulit kombinasi

BB Cushion dari jenama The Face Shop ini memiliki dwi fungsi iaitu mengawal pembentukan minyak di samping melembapkan wajah. Produk yang mengandungi ekstrak bunga ros dan citrus ini mampu mengawal sebum, manakala teksturnya tidak melekit dan melitupi permukaan kulit wajah dengan lapisan yang licin dan rata.

Etude House Double Lasting Cushion SPF34/PA++

RM 94
BB cushion coverage terbaik
Etude House
6. Etude House Double Lasting Cushion SPF34/PA++
Kekal flawless dan glowing selama 24 jam- bb cushion tahan lama!

BB Cushion dari Etude House ini menampilkan 'Double Shot Technology' yang memberikan dua lapis litupan pada kulit wajah untuk hasil coverage terbaik. Dengan tekstur yang ringan dan mudah untuk dioles, produk ini turut memiliki SPF34 untuk perlindungan dari sinaran cahaya matahari yang telah diuji dan terbukti mampu bertahan pada kulit wajah selama 24 jam.

Dermags BB Cushion SPF50 PA++

RM 119
Dermags
7. Dermags BB Cushion SPF50 PA++
Terbaik untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB

BB cushion ini memberi perlindungan menyeluruh terhadap sinaran UV selain meningkatkan seri wajah secara semulajadi. Ia dapat menutup segala cela di samping membantu  menganjalkan dan meremajakan kulit wajah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!