Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
krim malam malaysia

15 Krim Malam Terbaik di Malaysia 2024 (Kulit Cerah & Glowing)

Pakai krim malam yang betul boleh bantu kulit jadi lebih sihat.

Bukan saja waktu siang kita perlu menjaga kulit tapi waktu malam pun perlu pakai krim untuk pastikan kulit wajah kekal sihat.

Lagipun krim malam akan bantu untuk memperbaiki kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan dan penjanaan semula sel kulit ketika tidur

Jadi, kulit akan lebih kelihatan lebih segar apabila bangun pagi tapi mana satu krim malam yang bagus?

Jom kita lihat krim malam terbaik atau night cream terbaik yang sesuai untuk kulit wajah anda.


Senarai 15 Krim Malam Terbaik

Krim malam terbaik secara keseluruhan
Bio-essence Bio-Gold Night Cream
mulai
RM99.90
Semak Bio-essence Bio-Gold Night Cream harga dibawah:
add_circle Mengurangkan garis halus pada leher
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Kulit lebih berseri
add_circle Merangsang pembaharuan sel kulit
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Diperkaya dengan Ginkgo, krim malam Bio-essence ini boleh memperbaiki kulit yang rosak.

Ciri-ciri;

Krim malam ini mampu menghidratkan dan menyegarkan kulit kerana mengadungi Aloe dan jus daun Barbadensis. 

Malah dengan kandungan Bio-Gold sebanyak 98% kepingan emas dalam krim ini boleh mempertingkatkan metabolisme kulit. 

Jangan risau, boleh hilangkan kedutan pada leher anda dengan syarat sapu pada leher juga.

Barulah wajah kelihatan awet muda dan anjal lepas ini. 

Review;

‘Cepat meresap ke dalam kulit dan tak melekit. Lepas pakai, kulit rasa lembut je. Memang dah lama guna krim malam ni dan boleh rasai sendiri perbezaan kulit sebelum dan selepas,’

Aqua Whitening Cream
mulai
RM110.00
Semak [Hansaegee] 50ml Water Based Moisturizer/Aqua Whitening Cream harga dibawah:
add_circle Tekstur ringan
add_circle Kurangkan pori
add_circle Baiki kemerahan muka
add_circle Cerahkan kulit muka
remove_circle Harga mahal

Untuk anda yang mencari krim malam water based, anda boleh cuba Hansaegee Aqua Whitening Cream ini. 

Krim ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai pelembap kulit malah boleh sekatakan tona kulit dan mencerahkan kulit muka dengan baik.

Krim dari Hansaegee ini juga boleh dipakai pada siang dan malam untuk mengawal lebihan sebum dan minyak pada kulit muka.

Selain itu, sangat sesuai digunakan oleh semua jenis kulit terutama sekali jenis kulit berminyak untuk mengawal shining kulit muka pada siang hari.

Dengan penggunaan yang kerap, anda juga dapat mengurangkan saiz pori besar dan perbaiki kesan sunburn pada wajah dengan lebih baik.

Paling penting, kulit tidak akan mudah iritasi kerana krim malam ini bebas paraben, bebas sulfate dan alkohol jadi anda boleh gunakannya dengan selamat.

Cara penggunaannya, anda hanya ambil sedikit produk dan sapukan diseluruh muka dan tengkuk untuk dapatkan kesan yang lebih sekata.

Krim malam untuk lelaki
Himalaya Herbals
mulai
RM22.00
Semak Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream (50g) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Bebas alkohol, bebas paraben
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit

Dengan harga yang murah, krim ini sangat bagus dalam memberi hidrasi sambil mengekalkan lembapan dan membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda.

Krim malam ini bukan sahaja sesuai untuk perempuan, malah sesuai untuk kegunaan kaum lelaki.

Ciri menarik lainnya, anda juga dapat memperbaharui sel kulit wajah anda dalam 1 malam sahaja kerana teksturnya mampu untuk menyerap jauh ke lapisan kulit paling dalam. 

Paling penting, krim ini selamat untuk digunakan kerana telag diuji oleh ahli dermatologi serta bebas alkohol dan paraben.

Krim bersifat non-comedogenic serta antioksidan ini diperkaya dengan buah tomato dan Water Lily yang menghalang kulit dari radikal bebas merosakkan sel kulit anda.

Krim malam vitamin E
Simple
mulai
RM38.40
Semak Simple Vital Vitamin Night Cream (50ml) harga dibawah:
add_circle Bebas paraben, bebas pewangi, bebas alkohol
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Hanya melembap kulit semata-mata

Krim pelembap ini dapat membaikpulih kulit anda yang bermasalah dan menjadikannya kembali lembut dan berseri.

Produk dari jenama Simple ini semestinya tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan bebas daripada pewangi tiruan. 

Diformulasi dengan Pro-Vitamin B5, Vitamin E, Vitamin F, Glycerin, Allantoin dan Bisabolol yang berfungsi untuk membekalkan lembapan agar kulit hidrasi sepanjang hari.

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi dan sesuai untuk kulit sensitif. Disarankan untuk anda menggunakannya sebelum tidur. 

Krim malam Safi Rania Gold
Safi
mulai
RM22.40
Semak Safi Rania Gold Krim Pelembap Malam (40g) harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Mudah meresap ke dalam kulit
add_circle Sesuai untuk kulit matang / wanita berusia

Krim malam dari Safi ini ternyata menjadi kegemaran para wanita berusia kerana produk ini target kepada kulit matang untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. 

Diperkaya dengan Nano Gold 24K dan Royal Jelly bagi memberi kelembapan pada kulit berpanjangan. Serta kelebihan partikel emas dapat memperkuatkan lapisan epidermis kulit agar wajah anjal dan awet muda.

Manakala nutrisi Royal Jelly dalam krim malam ini membantu merawat dan memastikan sel kulit diperbaharui. Hasil kulit terasa lebih tegang, lembut dan bebas dari sebarang cela.  

Krim bertekstur gel ini dapat menyerap pantas ke dalam dan mudah disapu pada keseluruhan wajah dan leher. 

Krim malam kulit sensitif
Nutox
nutox_youth_restoring_night_cream
mulai
RM61.51
Semak NUTOX Youth Restoring Night Cream 30ml harga dibawah:
add_circle Membaiki kulit ketika tidur
add_circle Merata tona kulit
add_circle Memperbaiki keanjalan kulit
remove_circle Harga agak mahal

Walaupun anda miliki kulit sensitif, anda tetap boleh gunakan krim malam dari  Nutox Youth Restoring Night Cream ini.

Bahan yang digunakan dalam krim ini telah diformulasikan untuk meningkatkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit. 

Hasilnya, produk ini boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan. 

Sebaiknya sapu krim ini pada wajah dan leher setiap malam selepas mencuci muka dan memakai toner. 

Krim malam terbaik untuk usia 40
L'oreal Paris
mulai
RM63.06
Semak L'oreal Paris Dermo Expertise Revitalift Night Cream (50ml) harga dibawah:
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Diuji secara dermatologi
add_circle Kulit kembali anjal
add_circle Ada vitamin E
add_circle Melawan tanda-tanda anti penuaan
remove_circle Harga mahal

Sudah pasti wajah akan timbul garis halus jika anda dah mula menjengah usia 40-an.

Usah risau, gunakan krim malam L’Oreal ini untuk penghasilan semula sel kulit wajah. 

Tambah pula kandungan bahan Pro-Retinol A dan Centella Asiatica dalam krim ini dapat mengurangkan kedutan. 

Dalam masa yang sama bagus untuk mencerahkan semula tona kulit dan mengurangkan bintik hitam. 

Krim yang tidak melekit ini juga akan menghalang kulit daripada gelap kerana diformulasikan dengan SPF 17PA++ yang akan melindungi wajah daripada UVA dan UVB.

Krim malam untuk mencerahkan kulit
Safi Perfect White Replenishing Night Cream
mulai
RM24.36
Semak Safi Perfect White Replenishing Night Cream harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Tidak berminyak
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle Ada Niacinamide & glycerin
remove_circle Mungkin tak sesuai dengan semua jenis kulit

Krim malam ini dirumus khas untuk memperbaiki dan melembapkan kulit sepanjang malam. 

Malah, boleh membantu mengelakkan masalah kulit kering jadi jika wajah anda kusam sebaiknya, gunakan produk ini.

Dengan tekstur Nano Bio White yang mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit dapat mengurangkan bintik hitam. 

Manakala kandungan Kakadu Plum dari sumber vitamin C 100x lebih banyak daripada buah oren bakal memberi anda kulit yang lebih sihat dan berseri.

Krim malam terbaik untuk kulit jeragat
Cetaphil
Cetaphil Bright Healthy Radiance Night Comfort Cream
mulai
RM89.90
Semak Cetaphil Bright Healthy Radiance Night Comfort Cream harga dibawah:
add_circle Bebas pewangi
add_circle Menghidratkan kulit
add_circle Tidak merengsakan
add_circle Meratakan tona kulit
remove_circle Harga mahal

Jika anda mengalami masalah bintik hitam atau jeragat, sebaiknya guna krim malam Cetaphil ini dengan konsisten.

Disebabkan kandungannya diperkaya dengan Niacinamide (vitamin B3) iaitu anti oksidan yang kuat untuk mencerahkan kulit. 

Sekaligus dapat mengurangkan bintik hitam dan hiperpigmentasi. Kulit pun kelihatan sihat.

Manakala bahan Natural White Sea Daffodil (ekstrak tumbuhan) pula mampu menghalang penghasilan melanin secara berlebihan dalam kulit. 

Sesuai untuk kulit sensitif dan kering kerana formula krim ini lembut pada kulit dan  hypoallergenic

Wardah Crystal Secret Bright Activating Night Cream
mulai
RM34.90
Semak Wardah Crystal Secret Bright Activating Night Cream harga dibawah:
add_circle Sesuai dengan semua jenis kulit
add_circle Ada SPF 35 PA ++
add_circle Tanpa alkohol
add_circle Tidak menyebabkan jerawat
remove_circle Kuantiti hanya 30g

Krim malam terbaik dari Wardah ini bagus untuk membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam akibat cuaca, stres dan pencemaran udara. 

Ini kerana produk ini diperkaya dengan ekstrak Edelweiss yang boleh melindungi lapisan perlindungan kulit. 

Malah bukan saja melembabkan kulit pada waktu malam tapi turut mengandungi Alpha Arbutin, Niacinamide dan peptida untuk mencerahkan dan meratakan warna tona kulit. 

Sekaligus boleh melambatkan produksi melanin berlebihan yang menyebabkan kulit gelap. 

Masalah bekas jerawat dan bintik hitam juga boleh diselesaikan dengan penggunaan krim secara konsisten.

Krim malam yang ada retinol
OLAY
OLAY Regenerist Retinol 24 Night Moisturizer
mulai
RM76.93
Semak OLAY Regenerist Retinol 24 Night Moisturizer harga dibawah:
add_circle Mengurangkan kedutan
add_circle Mencerahkan bintik hitam
add_circle Bebas pewangi & pewarna
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
remove_circle Harga mahal

Gunakan produk Olay ini pada setiap malam pada wajah dan leher sebelum tidur kerana tidak akan mengeringkan kulit. 

Dengan formulasi Retinoid dan Niacinamide, dapat mencerahkan semula kulit yang kusam.

Selain itu dapat melembabkan kulit selama 24 jam dan memperbaharui semula sel kulit ketika anda sedang tidur. 

Rasai perubahan kulit yang semakin anjal selepas 28 hari menggunakan krim malam yang bagus dari Olay ini.

Krim malam untuk kulit berminyak
Sukin Moisture Restoring Night Cream
mulai
RM47.92
Semak Sukin Moisture Restoring Night Cream harga dibawah:
add_circle Melembabkan kulit ketika tidur
add_circle Terdapat Shea Butter
add_circle Kulit lebih lembut
add_circle Boleh disapu pada leher
remove_circle Harga sedikit mahal

Night cream terbaik dari Australia ini boleh membaiki masalah kulit kering kerana mengandungi campuran bahan yang berkhasiat untuk kulit seperti Jojoba dan Avocado. 

Selain itu, turut diperkaya dengan Evening Primerose dan Rosehip. Jadi, memang sesuai dengan semua jenis kulit. 

Paling best, dapat mengembalikan semula keremajaan kulit kerana mengandungi vitamin E dan Borage yang kaya dengan asid lemak penting. 

Hasilnya, tekstur kulit jadi lebih cantik sebab tahap kelembapan kulit telah diperbaiki oleh produk ini.

Nano White Double Action Restorative Night Cream
mulai
RM54.72
Semak Nano White Double Action Restorative Night Cream harga dibawah:
add_circle Mengandungi vitamin E
add_circle Kulit lebih berseri dalam 4 hari
add_circle Membaiki kulit yang rosak
remove_circle Harga mahal

Untuk yang tercari-cari krim malam untuk jeragat di Watson, kami sarankan anda untuk dapatkan segera produk Nanowhite.

Bahannya diformulasi daripada Arbutin yang boleh mencerahkan bintik hitam, mengurangkan parut jerawat serta menghalang pembentukan melanin dalam kulit. 

Malah, boleh mencerahkan semula kulit ini jadi boleh disapu pada wajah dan leher, barulah tona kulit leher dan wajah sekata. 

Turut mengandungi Hyaluronic Acid untuk melembabkan kulit dalam masa semalaman. 

Sesuai untuk kulit normal dan kering. 

mulai
RM67.00
Semak IT Cosmetics Confidence in Your Beauty Sleep Anti-Aging Night Cream Moisturizer harga dibawah:
add_circle Anti penuaan
add_circle Ada Hyaluronic Acid
add_circle Menganjalkan kulit
add_circle Bebas daripada sulfate
add_circle Tidak menyebabkan pori tersumbat
remove_circle Harga mahal

Krim malam yang bagus daripada Amerika Syarikat ini anda boleh lihat keberkesanannya dalam masa 7 malam. 

Terdapat banyak manfaat di dalam 1 bekas kerana boleh melembabkan serta mencerahkan kulit.

Selain itu dapat mengatasi masalah kulit yang kelihatan kusam dan mengurangkan garis-garis halus pada wajah

Apa yang menarik tentang produk ini adalah tekstur krim mudah meresap dengan baik ke dalam kulit.

Diperkaya dengan adenosine untuk memberikan hidrasi berpanjangan kepada kulit.

Manakala ceramides dapat membaiki lapisan perlindungan semula jadi kulit. 

Jangan risau,  boleh digunakan pada semua jenis kulit. 

Krim malam anti-aging terbaik
Sukin
sukin night cream
mulai
RM62.18
Semak Sukin Purely Ageless Restorative Night Cream (120g) harga dibawah:
add_circle Mampu mengurangkan tompok pigmentasi
add_circle Bebas paraben, bebas pewangi
add_circle Sesuai untuk kulit matang / wanita berusia
remove_circle Harga agak mahal

Produk dari jenama Australia, Sukin ini menepati ciri-ciri krim malam yang membaiki masalah tanda penuaan secara drastik sehingga 78% keberkesanan dalam masa 14 hari. 

Turut mengandungi dari bahan-bahan semulajadi seperti Macadamia Oil, Cocoa Butter, White Hibiscus dan Baobab dimana diformulasi bersama memberi hasil kulit yang lembap dan meningkatkan keanjalan kulit. 

Kulit akan dirangsang ketika anda sedang tidur, supaya tidak terdedah dari sebarang partikel merbahaya yang boleh merosakkan kulit. Lebih lagi pembentukan pigmentasi dan melanin yang tidak terkawal. 

Ternyata setiap pagi, kulit lebih lembut, gebu dan berseri dengan pemakaian yang konsisten dari krim malam Sukin. 

Kulit anda akan terasa segar, cerah dan berseri selepas bangun dari tidur keesokkan harinya. 


Apakah Kebaikan Krim Malam?

Jangan ingat krim pelembab dan krim malam ini sama kerana setiap krim mempunyai manfaatnya yang tersendiri pada kulit.

Setiap krim juga dirumus khas untuk jenis kulit berbeza misalnya kering, sensitif, berminyak dan normal.

Jadi antara manfaat penggunaan krim malam ialah;

  • Meratakan tona & tekstur kulit 
  • Mengurangkan tanda penuaan seperti kedutan & garis halus 
  • Menggalakkan penghasilan kolagen 
  • Melembabkan kulit 
  • Mengembalikan keanjalan kulit 
  • Melegakan iritasi kulit
  • Menghidratkan kulit ketika tidur  

Apa pun, jom lihat perbezaan krim malam dan siang menerusi video berikut.


Teknik Betul Pakai Krim Malam 

Sama seperti cara pakai produk penjagaan kulit yang lain, anda perlulah mencuci muka dan pakai toner terlebih dahulu sebelum pakai krim malam. 

Kemudian, sapu krim tersebut pada wajah menggunakan hujung jari dan elakkan daripada sapu pada kawasan berhampiran mata. 

Jangan lupa juga untuk sapu krim malam pada kawasan leher agar lebih berkesan.

Anda disarankan untuk pakai krim malam 30 minit sebelum anda masuk tidur. 


Bila Kita Patut Mula Pakai Krim Malam? 

Disebabkan krim malam ini bagus untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.

Sebaiknya mula pakai produk ini sejurus sahaja memasuki umur pertengahan 20-an. 

Tapi, jika anda masih muda pun, tiada masalah untuk pakai krim malam asalkan anda tahu pilih krim malam yang sesuai dengan jenis dan masalah kulit serta usia anda.


Artikel Berkaitan 

End of Article