Product in this article

Tanpa anda sedari, menjalani aktiviti harian selalunya akan membuatkan kulit terdedah dengan sinaran matahari yang mengakibatkannya menjadi gelap atau kering. Ramai orang tidak menyedari kepentingan menggunakan sunblock ketika keluar walaupun secara umumnya, mereka ketahui bahawa sinaran UV dapat merosakkan kulit.

Oleh itu, rajinkanlah diri memakai pelindung matahari sebelum keluar rumah jika anda mahukan kulit yang sentiasa cantik, segar dan kekal muda. Terdapat pelbagai lambakan produk sunblock dari jenama yang paling murah sehinggalah paling mahal. Di sini kami telah senaraikan beberapa produk sunblock supaya tidak tersalah pilih, bersesuaian dengan kulit anda;

1. BIORE UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 (25ml)

Sunblock sesuai untuk remaja - berkesan untuk kulit kombinasi dan menutup cela

Harga mulai RM15.85

Sunblock ini walaupun harganya mampu milik tetapi ianya sangat berkesan untuk melindungi kulit anda dari sinaran UV dan dapat menghilangkan cela seperti bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Produk ini merupakan sunblock kalis air (waterproof) dan kekal lama walaupun anda sedang berpeluh.

Ianya mampu menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dan memperlahankan proses penuaan pada kulit. Dengan mengandungi ekstrak Rice Germ dan Vitamin E, sunblock ini dapat memperbaiki kulit rosak dan melembutkannya. Tidak berminyak dan melekit pada kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya jenis kombinasi.

2. BANANA BOAT Sun Ultra Protect Lotion SPF50 (90ml)

Terbaik untuk lelaki – bagi yang aktif bersukan dan memiliki kulit normal

Harga mulai RM25.70

shopping_cart Lazada Malaysia RM25.70

Sudah pasti kaum lelaki juga ingin melindungi kulit daripada terkena sinaran UV tetapi tidak tahu produk yang bersesuaian? Jenama Banana Boat ini sangat terkenal di kalangan pengguna yang gemar memakai krim pelindung matahari kerana produknya berkesan untuk kulit. Ianya tahan lama walaupun badan anda berada dalam keadaan basah atau berpeluh.  

Diperkaya dengan Aloe Vera, Vitamin C dan E, bagus untuk melindungi kulit dari pancaran matahari yang memedihkan kulit. Sunblock ini dapat menghalang kulit anda daripada kekeringan dan mengekalkan kehidratan sepanjang hari. Terbaik untuk anda yang memiliki kulit normal.

3. NIVEA Sun Lotion Moisturising SPF50 (125ml)

Sunblock bertekstur lotion yang terbaik

Harga mulai RM39.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM39.90 shopping_cart Hermo Malaysia RM39.90

Sunblock ini dapat melindungi kulit anda dengan baik dari terjadinya sunburn (kulit terbakar) dan boleh bertahan selama 4 jam ketika di dalam air. Selain itu, sunblock ini mempunyai sistem anti-penuaan sambil memberi kelembapan yang tahan lama. Losyen ini juga mengandungi SPF 50+, jadi kulit anda pasti terlindung dari sinaran UV. 

Tidak perlu risau lagi jika anda menjalani aktiviti luar. Sapukan sahaja, anda sudah bersedia untuk berjemur di tengah panas!

4. SUNPLAY SPF130 PA++++

Sunblock SPF tinggi – sesuai diguna semasa melakukan aktiviti di pantai

Harga mulai RM31.00

Jika anda sering kali melakukan aktiviti di luar pejabat atau ingin ke pantai yang akan menyebabkan kulit terdedah kepada sinaran UV dalam jangka masa panjang, gunakan sunblock ini kerana kandungan SPF yang tinggi. Ianya dapat melindungi kulit anda daripada terjadinya sunburn (kulit terbakar) akibat terlalu lama berada dibawah cahaya matahari. 

Jika anda jenis yang tidak aktif dengan aktiviti luar, gunakan sunblock dengan kandungan SPF rendah. Jadikan kebiasaan memakai sunblock untuk mengelakkan kulit anda menjadi berbelang terutamanya bagi kaum perempuan yang berhijab.

5. Shiseido SENKA Perfect UV Gel SPF50 PA+++

Sunblock oil-free yang bertekstur gel dan sesuai untuk kulit berminyak

Harga mulai RM30.08

shopping_cart Shopee Malaysia RM36.00

Inginkan sunblock yang sesuai untuk kulit muka berminyak? Produk sunblock ini sesuai untuk kulit anda kerana teksturnya yang sangat ringan dan tidak melekit. Tambahan pula, anda boleh menggunakan produk ini pada badan atau muka. Kulit akan dilindungi dari sinaran UV dalam jangka masa yang lama, jika anda kerapkali memakainya.

Sunblock bebas minyak ini dapat menghalang kulit anda daripada penghasilan minyak atau sebum berlebihan semasa berpeluh. Kulit anda akan kelihatan segar dan berseri.

Ekstra: Lindungi Wajah Dari Sinaran UV Dengan 10 Sunblock Muka Ini

6. CLINELLE UV Defense Ultra Protection Mist Spray SPF50 PA++++

Sunblock jenis spray, baik untuk kegunaan kulit kering

Harga mulai RM42.20

shopping_cart Shopee Malaysia RM42.20 shopping_cart Lazada Malaysia RM43.12

Sunscreen jenis spray ini dapat berfungsi sebagai pelembap untuk mengekalkan kesegaran kulit wajah sepanjang hari. Melindungi daripada sinar UVA & UVB, ianya mengandungi 100% asid Hyaluronik yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dan mengekalkan lembapan berpanjangan. Diperkaya daripada bahan organik seperti timun, Aloe Vera dan Squalane yang diekstrak khas dari minyak zaitun.

Bahan kandungan lain seperti ekstrak Licorice bertindak sebagai pencerah kulit dan menghalang wajah anda menjadi sunburn. Kini, kulit wajah anda tidak akan lagi terasa kering. 

7. Innisfree Perfect UV Protection Cream Long Lasting SPF50+/PA+++ 50ml

Sunblock diterbangkan khas dari Korea, terbaik untuk kulit berminyak

Harga mulai RM43.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM43.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM43.00

Untuk yang alami masalah kulit berminyak, sublock dari Innisfree ini terbaik buat anda. Diperkaya dengan minyak bunga matahari dan Green Tea, kulit anda akan dilindungi sepenuhnya daripada sinaran UVA & UVB yang merbahaya. Sunblock ini dapat bertahan sepanjang hari tanpa perlu mengaplikasikannya berulang-kali. 

Kandungan SPF50 yang terdapat dalam sublock ini mampu melindungi kulit dengan baik. Hanya sekali sapuan, anda dapat menjalani aktiviti harian tanpa risau kulit terbakar.

8. ETUDE HOUSE Sunprise Mid Airy Finish SPF50

Berkesan melawan jerawat dan sesuai untuk semua jenis kulit

Harga mulai RM38.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM56.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM38.00

Jika anda mengalami kulit kusam, sunblock ini dapat mengatasi masalah tersebut dengan memberikan perlindungan dari sinar UV serta mampu memberi efek cerah secara natural tanpa merosakkan kulit. Produk ini berkesan untuk anda yang memiliki kulit berjerawat cenderung kering. 

Dengan krim sunblock ini yang bertekstur lembut, ianya efektif untuk mengekalkan lembapan buat kulit. Mengandungi titanium dioksida dan zink oksida serta bebas dari bahan kimia, kulit anda tidak akan menjadi pedih selepas memakainya. 

9. EGO SunSense Sensitive Light PA++++ SPF50+

Sunblock yang mengandungi zinc, terbaik untuk si pemilik kulit sensitif

Harga mulai RM48.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM48.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM51.90

Sunblock ini mengandungi zinc dan vitamin B3 yang sangat bagus untuk kulit serta dapat melindungi anda dari sinaran UV. Selain itu, ia mempunyai ketahanan selama 4 jam dan boleh digunakan di dalam air. Sunblock ini juga tidak akan menyumbat liang pori-pori. 

Produk ini dapat melindungi kulit daripada radikal bebas serta bebas pewangi tiruan. Bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa malahan untuk bayi dan kanak-kanak juga.

10. Make P:rem UV Defense Me Blue Ray Sun

Sunblock terbaik, bertekstur krim – pelindung kulit berkualiti tinggi

Harga mulai RM65.00

Sunblock bertekstur krim ini mampu menghapuskan kedutan dan garis halus pada kulit wajah dengan penggunaan secara konsisten. Dilengkapi dengan agen penghalang radiasi inframerah, kulit anda tidak berisiko untuk terkena radikal bebas akibat pencemaran udara. Terdapat sensasi dingin selepas anda memakainya dan kulit tidak akan menjadi iritasi atau merengsa. 

Diperkaya dengan ekstrak Centella, Birch sap dan Seed Oil, sunblock ini dapat menghalang kulit wajah anda terkena pancaran sinar UVA & UVB terus ke kulit.

11. CETAPHIL UVA/UVB Defense Cream (50ml)

Sunblock dari farmasi, terbaik untuk anda yang berkulit sensitif

Harga mulai RM73.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM73.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM75.90

Kulit sensitif adalah salah satu kulit bermasalah yang paling sukar mendapatkan produk yang bersesuaian. Tetapi anda tidak perlu khuatir. Ada produk yang dapat membantu untuk memperbaiki masalah kulit sensitif seperti rangkaian produk dari jenama Cetaphil ini. 

Diformulasikan dengan bahan mesra kulit sensitif, sunblock yang mengandungi SPF50 ini juga dapat menghapuskan penuaan dan melindungi kulit anda dari sinaran UV. Yang penting, bebas paraben dan alkohol yang boleh merosakkan kulit sensitif.

12. SHISEIDO Anessa Perfect UV Sunscreen Gel Gold (90ml)

Perlindungan bebas dengan sunblock waterproof terbaik

Harga mulai RM138.74

shopping_cart Lazada Malaysia RM138.74 shopping_cart Shopee Malaysia RM138.74

Sunblock ini mempunyai tekstur yang sangat lembut dan sesuai dijadikan sebagai makeup primer. Dengan menggunakan teknologi ‘core-corona emulsification’, ianya bertekstur gel serta kalis air, membuatkan kulit anda tampil segar. Produk ini diformulasikan dari Super Hyaluronic Acid, gliserin, kolagen, ekstrak Rose, Aloe, Green Tea, Sakura dan Tormentilla, memberikan perlindungan menyeluruh buat kulit daripada pencemaran. 

Diuji secara klinikal, bebas pewarna tiruan serta mudah untuk dibersihkan tanpa perlu menyental kulit dengan kasar.  Selamat untuk semua jenis kulit, anda akan berasa lebih segar dan bermaya.

13. SHAKLEE Youth Age Defense SPF50

Elakkan pigmentasi dan lawan jeragat dengan sunblock ini

Harga mulai RM128.84

shopping_cart Lazada Malaysia RM132.89 shopping_cart Shopee Malaysia RM128.84

Pigmentasi atau bintik hitam (dark spots) seringkali terjadi akibat penjagaan kulit wajah tidak betul dan sempurna. Cara untuk melawan jeragat dengan berkesan? Rajinkan diri untuk menggunakan sunblock setiap hari. Sunblock dari Shaklee ini diperbuat daripada 100% vegan iaitu bahan botani premium dan bebas daripada bahan kimia seperti paraben. 

Diuji secara klinikal, sunblock ini boleh melindungi kulit daripada pancaran sinar UV dan mengandungi Vital Repair iaitu vitamin penting bagi menyuburkan kulit. Diperkaya dengan Muscodine Grape, ekstrak ini bertindak sebagai pelindung kulit dari radikal bebas.

Sunblock / Sunscreen

Young woman applying sunscreen on her face in snow landscape Premium Photo

Tahukah anda penggunaan sunblock / sunscreen adalah penting untuk jalani aktiviti anda setiap hari? Ini kerana sunblock / sunscreen dapat melindungi kulit anda daripada terkena pancaran sinar UVA & UVB, meresap terus ke dalam lapisan kulit. Sangat digalakkan untuk menggunakan sunblock / sunscreen ini semasa anda ingin keluar ke tempat kerja atau kuliah mahupun berlibur bersama keluarga dan sahabat-handai. Sebelum itu, anda harus ketahui juga perbezaan antara UVA dan UVB. 

UVA – adalah penyebab utama terjadinya proses penuaan seperti kedutan dan garis halus serta bintik hitam di wajah. Jika tidak menjaganya dengan betul dan kulit anda sering terdedah kepada pancaran ultraviolet ini akan menyebabkan kanser kulit.

UVB – kulit akan menjadi sunburn akibat terlalu lama berada dibawah pancaran sinar matahari dan menjadikan anda kelihatan gelap. 

Apa Itu SPF?

Protect your skin with uv protection. Premium Vector

Seperti yang anda ketahui, SPF atau Sun Protection Factor fungsinya adalah untuk melindungi kulit daripada sinaran UV. Lebih tinggi lagi kandungan SPF dalam sunblock / sunscreen anda, kulit dijamin tidak akan cepat sunburn. Jika anda terdedah lebih lama dibawah sinar matahari, dinasihatkan untuk memakai sunblock / sunscreen yang mengandungi SPF tinggi. 

Tahukah anda jika terlalu lama kulit anda terdedah dibawah sinaran UV akan menyebabkan penyakit kanser kulit? Nah, maka untuk elakkan daripada terkena penyakit merbahaya itu, anda digalakkan untuk memakai sunblock / sunscreen secara konsisten setiap hari. Yang penting, sapukannya secara rata ke seluruh badan dan wajah anda untuk mendapatkan efek terbaik. 

Perbezaan Antara Sunblock & Sunscreen

Close-up view of female hand applying sunscreen on her leg, near the sea. Free Photo

Sunscreen – atau dikenali sebagai pelindung matahari adalah losyen jenis cecair yang menyerap masuk dan menghalang sinaran UV terus ke kulit anda, menyebabkan kerosakan pada lapisan kulit paling luar. Tekstur sunscreen lebih nipis dan ringan sehingga tidak tampak di kulit selepas anda memakainya. Sesuai jika anda gunakannya semasa hendak ke tempat kerja atau kuliah. 

Sunblock – kandungan dalam sunblock lebih kuat dan berkesan untuk melindungi kulit daripada matahari. Diperkaya dengan kandungan mineral seperti Zinc Oxide atau Titanium Dioxide yang membina satu lapisan lain di atas permukaan kulit dan berfungsi sebagai penghalang sinaran UV dengan lebih berkesan. Zinc Oxide, mempunyai kandungan anti iritasi dan sesuai digunakan buat anda yang memiliki kulit sensitif. Manakala Titanium Dioxide pula mineral semulajadi yang mampu melindungi kulit untuk jangka masa yang lama anda berada dibawah sinaran UV.

Tekstur sunblock lebih berat dan tampak di kulit. Sunblock adalah yang terbaik untuk digunakan semasa melakukan aktiviti berenang, sunbathing atau aktiviti outdoor

Skincare 101 : Yang Mana Dahulu…Sunscreen atau Foundation?

Composition with decorative cosmetics Free Photo

Sebelum memakai sebarang bahan asas solekan, gunakan sunscreen / sunblock terlebih dahulu. Yang paling berkesan agar makeup tahan lebih lama, gunakan sunscreen / sunblock jenis spray. Sunscreen jenis spray ini tidak akan menganggu makeup anda dan tahan sehingga 12 jam tanpa perlu aplikasikan asas solekan. 

Turutan yang perlu anda ikuti;

Facial wash 🡪 Toner 🡪 Moisturizer 🡪 Serum 🡪 Essence/Ampoule 🡪 Sunscreen / Sunblock 🡪 Foundation etc

Walaupun bahan asas solekan anda mengandungi SPF, ianya tidak menjamin perlindungan kulit wajah anda dari sinaran UV. Anda wajib memakai sunscreen / sunblock yang sememangnya produk khas untuk perlindungan kulit dari sinar matahari. Untuk hasil kulit kekal menawan sepanjang masa, gunakanlah sunblock / sunscreen secara konsisten. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!