Kecantikan

10 Toner Terbaik Untuk Kecilkan Pori, Elakkan Masalah Kulit ‘Berkawah’

Nak kulit tampak glowing, sihat & flawless? Jom lihat toner efektif untuk mengecilkan pori. Sesuai untuk kulit kering, berminyak, kombinasi & sensitif.


Editor · 31 Jan 2020, 11:15am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Toner Terbaik Untuk Kecilkan Pori, Elakkan Masalah Kulit ‘Berkawah’

Memiliki pori muka yang besar bukanlah perkara yang terbaik untuk dihadapi. Ianya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan. Pori muka besar selalunya berpunca daripada masalah pori tersumbat dan kulit yang kering. Nak menghapuskan pori kesemuanya sekaligus adalah mustahil tetapi kita boleh mengecut dan mengecilkan pori tersebut.

Bagaimana? Jangan sesekali abaikan toner dalam rutin skincare anda! 

Bolehkah penggunaan toner mengecilkan pori?

YA! YES! Melalui namanya sahaja kita tahu toner berfungsi untuk 'tone' atau meratakan permukaan kulit. Toner mengatasi masalah minyak dan kilatan berlebihan pada wajah terutamanya pada waktu siang. Jika lebihan minyak dan sebum boleh dikawal ianya dapat membantu mencegah jerawat dan melindungi pori daripada tersumbat, sekaligus menjadikannya lebih kecil.

Jadi, nak kulit tampak glowing, sihat dan flawless, apa kata kita lihat jenis-jenis toner yang efektif untuk mengecilkan pori. 

10 Toner Untuk Kecilkan Liang Pori Terbuka di Malaysia

Toner murah dari drugstore untuk kulit berminyak dengan masalah jerawat 1 daripada 10
Wardah Acnederm Pore Refining Toner (100ml)
Partnership with Wardah
Dari RM12.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mengandungi aloe vera serta witch Hazel
Bagus untuk mengatasi masalah kulit berminyak
Mengandungi pewangi
2 lagi
Melembapkan kulit
Tidak sesuai bagi kulit sensitif

Antara cara untuk mengurangkan jerawat adalah dengan menangani masalah minyak berlebihan. Toner Wardah ini bebas alkohol, ringan dan diformulasi dengan ekstrak Witch Hazel yang baik untuk mengurangkan sebum. Tanpa sebum berlebihan, pori akan mengecil kerana ianya tidak tersumbat maka tiada lagi masalah jerawat.

Toner terbaik untuk kecilkan pori dengan kandungan minyak Tea Tree 2 daripada 10
Aiken Tea Tree Oil Pore Refining Toner (100ml)
Partnership with Aiken
Dari RM13.98
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Tiada alasan lagi tidak menggunakan toner. Ianya mengandungi minyak Tea Tree untuk mengawal pengeluaran minyak pada kulit, sekaligus merawat masalah pori besar. Toner ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit cenderung jerawat.

Toner terbaik untuk kulit kombinasi – mengandungi asid laktik 3 daripada 10
Pure Beauty Pink Pore Toner (250ml)
Partnership with Pure Beauty
Dari RM41.31
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Disamping membantu mengecilkan pori, toner Pure Beauty Pink ini berkesan dalam menyembuhkan kulit akibat iritasi. Ianya juga mengandungi asid laktik yang melambatkan proses penuaan. Jika anda penggemar bahan mineral dalam skincare, toner ini juga mengandungi pink clay dan Jeju Volcanic Ash, Jeju Carbonated Thermal Water serta Pink Flower Complex.

Toner terbaik untuk kulit kering 4 daripada 10
Etude House Wonder Pore Freshener
Partnership with Etude House
Dari RM47
Lihat harga di Shopee Malaysia

Toner ini digelar freshener kerana ia memberi rasa yang segar setelah dipakai. Ianya mengandungi Anti Pore-Dex Complex dan Astringentlex yang berkesan untuk mengecilkan pori. Selain itu, toner ini juga boleh digunakan untuk deep cleansing, melembap, menegangkan kulit serta mengawal sebum tanpa mengubah pH kulit wajah.

Untuk kulit normal - menyerap terus dalam lapisan kulit 5 daripada 10
Olay Total Effects 7-in-1 Pore Minimizing Toner (150ml)
Partnership with Olay
Dari RM37.10
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Toner keluaran Olay ini menyerap dengan pantas ke dalam kulit untuk memberi kulit yang bersih tanpa pori yang menonjol. Disamping melembapkan kulit, toner ini menghapuskan sel kulit mati agar kulit kelihatan sihat. Toner bebas pewangi ini tidak memedihkan kulit. Ianya sesuai untuk ke semua jenis kulit.

Toner pilihan untuk lelaki dengan ekstrak Witch Hazel 6 daripada 10
Dickinsons Original Witch Hazel Pore Perfecting Toner (473ml)
Partnership with T.N. Dickinsons
Dari RM57.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Toner ini tidak mengeringkan kulit dan menjanjikan kulit yang lebih bersih dan sekata. Formula bebas minyak toner ini dengan 100% ekstrak Witch Hazel asli mengecilkan pori serta mengawal minyak dan sebum agar kulit kekal segar dan bebas kotoran.

Toner terbaik bebas alkohol – elak pori tersumbat 7 daripada 10
Thayers Witch Hazel with Aloe Vera Astringent Toner (355ml)
Partnership with Thayers
Dari RM49.90
Lihat harga di Lazada Malaysia

Toner Thayer’s ini sesuai jika anda mahukan pilihan yang bebas alkohol. Ianya memberi lapisan pelindungan agar pori tidak tersumbat akibat kotoran dalam udara. Ekstrak Witch Hazel pula digunakan untuk mengecilkan pori dan memberi kulit yang halus dan sekata.

Toner terbaik dari Korea dengan asid Salicylic 8 daripada 10
AXIS-Y Daily Purifying Treatment Toner (200ml)
Partnership with
Dari RM70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jika anda penggemar produk keluaran Korea, ini pilihan terbaik. Ianya mengandungi Centella Asiatica untuk mengurangkan jerawat, Tea Tree untuk mengawal minyak dan asid Salicylic untuk membantu mengecilkan pori. Gabungan ketiga-tiga bahan ini menjanjikan kondisi kulit yang lebih sihat dan flawless!

Toner terbaik untuk kulit kusam dan berjeragat – mencerahkan kulit 9 daripada 10
GALLINÉE Face Vinegar Toner (200ml)
Partnership with GALLINÉE
Dari RM115
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dapatkan kulit yang lebih cerah dan bebas bintik hitam serta jeragat dengan toner ini. Ianya mempunyai Purifying Hibiscus Vinegar dan prebiotic untuk mengecilkan pori dan menyekatakan tona kulit serta menyegarkan kulit wajah. Tiada lagi masalah kulit kusam dan tidak bermaya!

Toner terbaik untuk kulit sensitif – tidak teriritasi dan merengsa 10 daripada 10
Caolion Pore Deep Toner (300ml)
Partnership with Caolion
Dari RM29
Lihat harga di Sephora Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Diperbuat daripada pear water dan detoxifying charcoal (arang), toner ini bertindak dengan membersih pori secara menyeluruh sekaligus mengecilkannya. Sifatnya sangat lembut, sesuai untuk anda dengan kulit sensitif. Ianya juga tidak mengeringkan kulit.

Lagi daripada ProductNation