Kecantikan

Amalkan 10 Langkah Rejim Kecantikan Untuk Hasil Kulit Wajah Seputih Salju

Produk skincare; pencuci muka, krim mata, serum terbaik untuk mencerahkan kulit kusam, kering, berminyak, berjerawat pasir, dark circle, juga untuk lelaki


Editor · Updated 5 Feb 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Amalkan 10 Langkah Rejim Kecantikan Untuk Hasil Kulit Wajah Seputih Salju

Hampir setiap wanita di dunia mengidamkan kulit wajah yang putih, gebu dan berseri. Harus diakui, wanita sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan kulit wajah yang menawan. Namun, tahukah anda bahawa langkah-langkah penjagaan kulit yang tepat juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hasil kulit wajah yang diingini. 

Kandungan

Adakah produk pemutih selalunya berkesan?

Walaupun terdapat 1001 cara bagi mendapatkan kulit wajah impian, sekiranya anda tidak konsisten dalam menjaga kebersihan kulit serta memilih produk kecantikan yang betul, tidak ada bezanya. Tetapi, anda harus ingat bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor! 

Jika cara menggunakan produk pemutih berkesan untuk orang lain tidak semestinya berkesan untuk anda. Nah, kami sediakan beberapa produk untuk anda cuba; 

10 Rutin Skincare Untuk Memutihkan Kulit Dengan Sempurna

Hapuskan kulit kusam dengan pencuci muka mencerahkan kulit ini 1 daripada 10
Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash (150ml)
Partnership with Himalaya Herbals
Dari RM29.36
Lihat harga di Watsons Malaysia
Mencerahkan kulit
Pembersihan mendalam untuk kulit berminyak
Tidak sesuai untuk kulit kering
2 lagi
Aroma wangian floral
Kulit akan menjadi 'flakey' dan tegang

Pembersih muka terbaik dari rangkaian jenama Himalaya ini dapat mencerah dan meremajakan kulit serta mengembalikan seri pada wajah. Ia diperkaya dengan kesar iaitu herba yang terdapat dalam bunga Crocus, sangat terkenal dengan ciri-ciri penambahbaikan kulit. 

Ekstrak buah delima dalam formula ini pula berfungsi untuk menyuburkan kulit, sementara pudina dan timun menyegarkan kulit wajah. Anda akan terasa bermaya dan berseri sepanjang hari.

Skrub / exfoliator terbaik dari drugstore untuk kulit cerah sekata 2 daripada 10
St. Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask
Partnership with ST. IVES
Dari RM24.50
Lihat harga di Watsons Malaysia

Membersih wajah dengan St. Ives Nourished Oatmeal Scrub & Mask dua atau tiga kali seminggu boleh menghasilkan tona kulit menjadi lebih sekata. Ianya dapat beri keanjalan serta melambatkan proses penuaan. Khas buatmu yang berkulit jeragat, exfoliator atau scrub ini berkesan dalam menghakis sel mati yang terkumpul di dasar kulit. 

Namun, rutin ini tidak boleh dilakukan secara keterlaluan kerana ia mampu membahayakan kulit. Cukuplah sekadar 1 – 2 kali seminggu. Gunakan dalam kuantiti yang sedikit, sudah memadai untuk menghapus kesan melanin.

Toner yang boleh didapati di drugstore tanpa alkohol
Toner untuk sesuai untuk kulit kering dan bebas alkohol 3 daripada 10
Neutrogena Alcohol Free Toner
Partnership with Neutrogena
Dari RM18.62
Lihat harga di Watsons Malaysia
Tanpa Alkohol
Bersifat Non comedogenic dan hypoallergenic
Mengandungi pewangi.

Sekiranya anda memiliki masalah kulit kering yang ketara, gunakan produk toner bebas dari sebarang kandungan alkohol seperti Neutrogena Alcohol Free Toner ini. Bukan sahaja ianya bebas alkohol, malah kandungan toner ini juga bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic. 

Hanya tuangkan toner ini di kapas dan sapu perlahan-lahan di wajah untuk kelembapan berpanjangan. Ingat ya, memakai toner selepas mencuci membantu dalam menyingkirkan kesan kotoran berlebihan!

Masker wajah dari Korea untuk mencerahkan kulit untuk kulit kombinasi 4 daripada 10
Secret Nature Volcanic Ash Pore Pack
Partnership with Secret Nature
Dari RM40.60
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Face mask dari jenama Secret Nature ini amat sesuai untuk kulit remaja yang mempunyai kondisi kulit kombinasi. Ia boleh digunakan sebagai rawatan kulit jerawat, mengecutkan liang pori dan menghalang pembentukan bakteria yang boleh menyebabkan iritasi atau bintik hitam. 

Tambahan pula, Volcanic Ash Pore Pack ini mempunyai bahan-bahan semula jadi seperti Aloe Vera, Green Tea, dan Brocolli. Ianya akan membantu dalam melembap, menenangkan serta menjaga keanjalan kulit wajah anda.

Clinelle Essential Eye Bright
Eye cream untuk mencerahkan eyebag – tiada masalah mata panda! 5 daripada 10
Clinelle Eye Bright 15ml
Partnership with Clinelle
Dari RM21.96
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Kurangkan lingkaran gelap bawah mata
Membantu kurangkan eye bags
Harga agak mahal untuk kuantiti yang sedikit
2 lagi
Menjadikan kulit lebih anjal
Untuk semua jenis kulit

Katakan selamat tinggal pada panda eye dengan Clinelle Eye Bright Eye Cream. Ia merupakan cecair penghidratan tanpa minyak yang dirumus dengan ramuan botani untuk meningkatkan keanjalan kulit dengan segera sambil mengurangkan garis halus dan kedutan yang terdapat di lingkaran mata. 

Krim mata ini mengandungi bahan seperti Borage Oil dan Bio Phytex yang unggul untuk memulih dan mengekalkan penghidratan optimum dalam kulit secara intensif. Tiada lagi masalah mata kusam!

Serum sesuai untuk wanita berusia 40-an – beri lembapan dan pencerahan 6 daripada 10
For Beloved One Advanced Anti-Aging Ceramide Squalane Serum (30ml)
Partnership with For Beloved One
Dari RM200
Lihat harga di Shopee Malaysia

For Beloved One Advanced Anti-Aging Serum bertujuan untuk membaiki sel mati serta menambah nutrien ke dalam kulit anda yang telah hilang akibat akibat tekanan stress, cuaca dan persekitaran yang kotor. Kepekatan Aqua yang terdapat di dalam bertujuan mengunci lembapan agar kulit kekal terhidrat sepanjang masa.

Sangat sesuai buat anda yang melangkah ke alam 40-an, gunakan serum ini seelok-eloknya 2 atau 3 kali sehari bagi menentang pembentukan kedutan.

Essence untuk mencerahkan kulit - sesuai untuk kulit berjerawat 7 daripada 10
Laneige White Dew Original Ampoule Essence (40ml)
Partnership with Laneige
Dari RM140
Lihat harga di Hermo Malaysia

Dilengkapi dengan Phyto Sugar Water, Saururus Chinensis serta Vitamin C, kemampuan produk dari Laneige ini dalam melembapkan kulit tentu tidak perlu diragukan lagi. Tekstur yang kental, akan mengurangkan segala ketidaksempurnaan di wajah anda. 

Ia juga mampu menghasilkan efek dewy di wajah setelah memakai. Hasilnya, wajah akan tampak bersih dan cerah tanpa noda!

Moisturizer untuk mencerahkan kulit, juga sesuai buat kaum lelaki 8 daripada 10
First Aid Beauty Ultra Repair Moisturizer Cream
Partnership with First Aid Beauty
Dari RM190
Lihat harga di Shopee Malaysia

Moisturizer jarang diberi perhatian oleh para lelaki dalam rutin penjagaan wajah. Masalah seperti ini yang selalunya mendorong kepada punca mengapa kebanyakan lelaki memiliki kulit kusam dan tidak sekata. Krim pelembap ini mampu melindungi kulit anda dari sebarang kandungan merbahaya. Ianya akan membantu menghidrat kulit kering akibat dehidrasi serta pencemaran kotor.

Night cream dari bahan organik sesuai untuk kulit jeragat 9 daripada 10
ORIGINS High Potency Night Oil-Free Cream with AHA (50ml)
Partnership with ORIGINS
Dari RM160
Lihat harga di Shopee Malaysia

Memiliki kulit yang lembut seperti kain sutera tanpa sebarang cela merupakan impian setiap wanita, bukan? Selain daripada menggunakan krim siang (moisturizer), krim malam juga amat penting. Fungsi utama krim malam ini adalah untuk merawat kulit dan mempercepatkan proses pembaharuan kulit ketika sedang tidur. 

Pemakaian krim malam adalah sangat penting dan disarankan terutamanya buat anda dengan kondisi kulit jeragat. Dengan adanya krim ini, kulit akan kelihatan lebih cerah, berseri dan mulus pada keesokan harinya.

Supergoop Play Supergoop Everyday Sunscreen SPF 50
Sunscreen sesuai untuk kulit berminyak sambil mencerahkan 10 daripada 10
Supergoop! Everyday Sunscreen With Sunflower Extract SPF50
Partnership with Supergoop!
Dari RM170
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak meninggalkan whitecast
Menyerap dengan pantas
Harga mahal
2 lagi
Mempunyai SPF
Sukar didapati dalam pasaran

Tanpa anda sedari, aktiviti harian selalunya mendedahkan kulit kita kepada sinaran matahari secara aktif, mengakibatkan kulit menjadi kusam. Ramai orang tidak menyedari kepentingan menggunakan sunblock ketika keluar walaupun, mereka ketahui bahawa sinaran UV dapat merosakkan kulit. 

Oleh itu, rajinkanlah diri memakai pelindung matahari sebelum keluar rumah jika anda mahukan kulit yang sentiasa cantik, segar dan kekal muda.

Lagi daripada ProductNation