Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
toner jeragat terbaik

11 Toner Terbaik untuk Jeragat di Malaysia 2024

Anda boleh kurangkan jeragat dengan mudah dan cepat.

Memiliki kulit wajah lembut dan licin merupakan idaman semua wanita dan lelaki untuk berketerampilan lebih yakin.

Malangnya, masalah jeragat boleh menyebabkan seseorang kurang keyakinan diri dan mengganggu cara make up.

Kewujudan toner untuk jeragat akan bantu untuk hilangkan masalah jeragat dengan baik dan pemilihan toner hilangkan jeragat yang betul sangat penting!

Jom kita lihat senarai toner untuk kulit jeragat supaya boleh katakan 'bye-bye' pada jeragat.


Senarai 11 Toner Untuk Jeragat 

Toner terbaik secara keseluruhan
Wardah
Wardah Lightening Face Toner (125ml)
mulai
RM8.39
Semak Wardah Lightening Face Toner (125ml) harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi campuran alkohol
add_circle Dapat cerahkan kulit wajah
add_circle Tekstur tidak melekit
add_circle Dapat kurangkan bintik hitam
remove_circle Boleh menyebabkan fungal acne
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Walaupun murah, toner Wardah ini bagus untuk memperbaiki kulit yang tidak sekata dan kusam kerana mengandungi vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan.

Ciri-ciri;

Kandungan glycolic acid dalam produk ini bagus untuk menghidratkan kulit agar tampil lebih muda dan exfoliate kulit untuk menanggalkan sel kulit mati. 

Paling best, toner ini akan menyegarkan kulit dan akan mengekalkan pH seimbang kulit agar wajah anda boleh menyerap dengan baik produk seterusnya dalam rutin kecantikan. 

Masalah hiperpigmentasi juga boleh dikurangkan dengan penggunaan toner ini secara konsisten. 

Review;

‘Sesuai dengan kulit saya. Bagus untuk kurangkan masalah dark spots. Cepat meresap ke dalam kulit, jadi tak rasa berminyak atau melekit,’

cosmoderm toner
mulai
RM27.90
Semak COSMODERM LUMINOUS PEARL BRIGHTENING TONER harga dibawah:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Untuk tona kulit yang lebih sekata
add_circle Menggalakkan penjanaan sel kulit
add_circle Boleh membersihkan sisa-sia mekap
remove_circle Harga mahal

Toner Manisah Miracle ini mengandungi ekstrak aloe vera untuk membantu exfoliate kulit agar lebih sihat.

Jangan risau, produk keluaran tempatan ini telah diuji secara dermatologi dan selamat untuk digunakan.

Apa yang penting, tidak akan merengsakan wajah anda dan sangat mudah menyerap ke dalam kulit.  

Ramai pengguna mengatakan toner ini boleh mengurangkan masalah jeragat dengan baik.

Cara penggunaan juga sangat mudah, selepas cuci muka, anda guna pad kapas untuk sapu toner ini pada wajah selepas pencucian.

Toner terbaik untuk lelaki
Simple
Terbaik untuk kulit sensitif
mulai
RM11.82
Semak Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner 200ml harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Bebas bahan kimia
add_circle Niacinamide mengurangkan jeragat dan mencerahkan kulit
remove_circle Tidak berkesan ke atas jerawat teruk

Toner wajah ini mampu menenangkan kulit kerana terdapat campuran sempurna bahan untuk menjaga kulit sekali gus menjadikan kulit anda sihat dan segar.

Jangan risau, sesuai untuk semua kulit walaupun kulit sensitif kerana toner ini tidak akan menyebabkan iritasi atau merengsa

Ini kerana gabungan khas baik dengan toning yang mengandungi Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel, Allantoin dan Niacinamide.

Cuma bagi kulit yang mempunyai jerawat terlalu besar dan banyak, tidak sesuai kerana gusar menjadi lebih teruk.

Nivea Toner
mulai
RM25.00
Semak Nivea Face Care Extra White Repair Pore Minimising Toner harga dibawah:
add_circle Boleh bersihkan kekotoran pada wajah
add_circle Mengurangkan kemunculan pori besar
add_circle Sesuai untuk kulit kusam
remove_circle Tidak sesuai untuk semua jenis kulit

Untuk anda yang sukakan dengan produk Nivea, boleh dapatkan toner.

Toner ini dapat mencerahkan kulit kerana mengandungi ekstrak mutiara dan Pearl-Whitening Complex.

Kedua bahan ini terbukti dapat memberikan kesan memutih 10x lebih bagus daripada vitamin C.

Bukan itu sahaja, mampu mengurangkan kemunculan bintik gelap dan jerawat tanpa menipiskan kulit.

Wajah anda turut terasa lebih lembut selepas penggunaan toner ini. 

Toner dengan kandungan Niacinamide
Cetaphil
Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner
mulai
RM35.58
Semak Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner harga dibawah:
add_circle Bahan dari White Sea Daffodil
add_circle Mengandungi Niacinamide dengan Vitamin B3
add_circle Lulus ujian dermatologist
add_circle Bebas Hypoallergenic
remove_circle Hasil terbaik jika menggunakan set lengkap

Mungkin tak ramai yang mengetahui Cetaphil juga mempunyai keluaran toner yang mampu mencerahkan tona kulit.

Keberkesanannya dapat dilihat dalam masa 4 minggu kerana mengandungi niacinamide (vitamin B3) yang bagus untuk meratakan warna tona kulit. 

Bahannya pula diformulasikan daripada ekstrak sea daffodil semula jadi yang terbukti boleh mengurangkan warna bintik hitam. 

Jangan risau, produk ini tidak akan merengsakan atau melemahkan lapisan perlindungan kulit. 

Malah dapat mengurangkan masalah kulit kusam dan memberikan kulit anda hidrasi selama 8 jam.

Hasilnya, tiada lagi masalah kulit kering atau berjeragat.

mulai
RM45.50
Semak Some By Mi Galactomyces Pure Vitamin C Glow Toner (200ml) harga dibawah:
add_circle Mempunyai vitamin C asli
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Mengurangkan masalah kulit kusam
add_circle Melembabkan kulit
remove_circle Harga mahal

Dengan toner SOMEBYMI ini, kulit anda yang berjeragat dan mempunyai masalah pigmentasi dapat diselesaikan.

Malah, kulit anda akan kelihatan lebih cerah dan sihat dengan penggunaan yang konsisten.

Ini kerana toner untuk kulit jeragat ini mengandungi 88% galactomyces yang ada kesan antioksidan. 

Produk ini bagus untuk anda yang memiliki pori besar dan kulit yang mula menunjukkan kesan penuaan di kawasan mata dan mulut.

Toner dengan kandungan salicylic acid
Cosmoderm
Cosmoderm Niacinamide
mulai
RM19.46
Semak Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Calming Toning Water harga dibawah:
add_circle Mengecilkan saiz pori
add_circle Tanpa paraben & SLS/SLES
add_circle Terdapat minyak pudina
add_circle Melegakan iritasi kulit
add_circle Menyamarkan parut jerawat
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Diformulasikan daripada bahan niacinamide menjadikan toner ini sangat baik untuk mencerahkan kulit dan menyamarkan warna bintik hitam pada wajah anda. 

Selain itu, masalah warna tona kulit yang tak sekata boleh diperbaiki dan dapat menyegarkan kulit muka.

Tekstur toner ini lembut dan cair jadi dapat meresap ke dalam kulit dengan cepat.

Bagi yang menghadapi masalah blackheads, whiteheads dan pori tersumbat sangat sesuai guna toner ini.

Malah dengan kandungan BHA dan salicylic acid yang akan membantu mencantikkan semula kulit anda.

Toner untuk kulit berminyak
NANOWHITE
nanowhite toner
mulai
RM25.90
Semak NANOWHITE Spot Correction Brightening Treatment Toner harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi & berminyak
add_circle Mencerahkan tompok hitam
add_circle Tidak mengandungi minyak
add_circle Menyamarkan parut jerawat
add_circle Mengandungi Niacinamide
remove_circle Kurang sesuai untuk kulit sensitif

Toner Nanowhite ini mencerahkan semula kulit yang kusam kerana mengandungi Arbutin.

Selain itu, produk ini boleh juga mengurangkan saiz pori dan menghaluskan semula tekstur kulit. 

Tambahan pula, produk  yang telah diuji secara dermatologi ini ada ekstrak tumbuhan semula jadi seperti Witch Hazel, oren dan lemon. 

Apa yang penting, dapat memperbaiki masalah tona kulit yang tidak sekata dan menghalang pembentukan melanin pada wajah.

mulai
RM49.90
Semak Jumiso Yes I Am Toner AHA 5% (125ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Bebas daripada alkohol
add_circle Mengecilkan pori
add_circle Melembutkan kulit
remove_circle Tidak boleh guna toner ini jika skrub wajah

Toner ini pula dapat menjadikan kulit anda lebih licin, bersih dan mengurangkan cela kerana mengandungi AHA yang sangat efektif dalam menyingkirkan sel-sel kulit mati pada wajah. 

Turut diformulasikan dengan lactic acid dan glycolic acid untuk exfoliate kulit. 

Malah dengan bahan panthenol dapat menghidratkan kulit dengan lebih bagus manakala Lemon Myrtle dapat membantu memulihkan teksyur kulit yang rosak. 

Namun, diingatkan untuk buat patch test dulu sebelum gunakan produk ini jika kulit anda jenis sensitif.

Toner dengan kandungan hyaluronic acid
Iunik
mulai
RM45.00
Semak Iunik Vitamin Hyaluronic Acid Vitalizing Toner (200ml) harga dibawah:
add_circle Kaya dengan vitamin C
add_circle Beri kelembapan kulit
add_circle Tidak melekit
add_circle Cepat meresap
remove_circle Harga mahal

Toner iUNIK ini sesuai digunakan mereka yang inginkan produk yang mengandungi asid hyaluronik.

Bahan ini dapat mengelakkan kulit kehilangan kelembapan sehingga mengakibatkan penuaan, kering dan timbul masalah jeragat. 

Lagipun toner ini juga memperbaiki masalah tona kulit yang tak sekata, masalah bintik hitam serta pigmentasi. 

Toner ini juga bagus untuk mencerahkan semula kulit wajah yang kusam kerana mengandungi ekstrak tumbuhan seperti daun cedar, Japanese knotweed dan ash berduri. 

Paling penting, sesuai untuk semua orang dan tak akan mengeringkan kulit.

Ekstrak buah Hippophae Rhamnoides pula akan memberikan nutrien yang diperlukan untuk dapatkan kulit yang licin.

Toner pemudar jeragat
One Thing
ONE THING toner
mulai
RM58.00
Semak ONE THING Artemisia Capillaris Extract Toner harga dibawah:
add_circle Mengurangkan kemerahan kulit
add_circle Kaya dengan vitamin A & C
add_circle Melembabkan kulit
add_circle Membersihkan pori
add_circle Meratakan tona kulit
remove_circle Harga mahal

Toner One Thing ini diformulasikan khas untuk memudarkan bintik hitam dan jeragat dengan hasil kulit menjadi lebih cerah.

Jangan risau, sesuai untuk semua jenis kulit sebab diperbuat 100% daripada bahan berasaskan tumbuhan dan bebas paraben.

Jadi, masalah hiperpigmentasi, kulit berminyak dan parut juga boleh dikurangkan. 

Vitamin B3 dan ekstrak Artemisia capillaris dalam toner hilangkan jeragat ini juga boleh meningkatkan keanjalan kulit.

Dalam masa yang sama, dapat memperkuatkan lapisan perlindungan kulit anda. 


Apakah Kesan Jeragat Mampu Dipudarkan? 

Sebenarnya, agak sukar untuk menghilangkan jeragat yang ada pada wajah.

Tapi dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang sesuai, boleh dipudarkan. 

Bagaimanapun sesetengah jeragat lambat-laun akan pudar dengan sendirinya mengikut masa.

Jika mahukan kesan yang pantas, anda perlu menjalani rawatan laser untuk menghilangkan jeragat. 

Anda juga perlu rajin pakai krim pelindung matahari untuk menghalang jeragat baru daripada terbentuk.  

Jom dengarkan penjelasan dari  seorang doktor tentang apa perlu buat apabila jeragat mula kelihatan.


Adakah Perlu Memakai Toner Setiap Hari? 

Seperti mana krim pelembab dan pencuci muka, anda juga digalakkan untuk memakai toner setiap hari. 

Ini kerana toner boleh membantu menyingkirkan sisa mekap dan minyak daripada wajah yang tidak hilang lepas cuci muka, sekali gus menjadikannya lebih bersih dan segar. 

Jangan lupa, toner dipakai selepas mencuci muka dan sebelum pemakaian krim pelembab dan serum. 

Namun, pemakaian toner ini bukanlah wajib. Jika anda memang ada rutin kecantikan, boleh masukkan langkah pemakaian toner dalam rutin harian anda tapi kalau tidak pakai pun, tiada masalah. 


Artikel Berkaitan

End of Article