Kecantikan

7 Produk Skincare Hebat Dari Korea Untuk Lawan Kesan Jerawat Secara Berkesan

Rutin skincare Korea dapat merawat jerawat, parut & membaiki penghadang lembapan kulit. Ini senarai produk skincare Korea terbaik untuk kulit jerawat.


Editor · Updated 9 Mar 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Produk Skincare Hebat Dari Korea Untuk Lawan Kesan Jerawat Secara Berkesan

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kulit flawless?

Rutin penjagaan wajah Korea ini yang diyakini berkesan dapat merawat inflamasi jerawat, mencegah parut daripada terjadi serta membaiki penghadang lembapan kulit anda. Gunakan produk dengan gabungan bahan mencegah dan merawat jerawat yang mengandungi ‘mild exfoliants’ yang lembut dan yang akan menenangkan iritasi dan tidak menyumbat pori anda. 

Kandungan

Pastikan anda menggunakan bahan pelembap yang akan mengunci lembapan dan hidrasi didalam kulit. Ini kerana penghadang lembapan yang sihat dapat membantu produk yang digunakan menyerap jauh lebih baik, menghalang pembiakan bakteria penyebab jerawat dan melindungi kulit dari radikal bebas. Cubalah produk yang diterbangkan khas daripada Korea ini untuk membantu anda memulakan rutin penjagaan wajah berjerawat anda.

Facial wash jenis berbusa – menghalang jerawat dan penghasilan minyak 1 daripada 7
Neogen Real Fresh Foam Green Tea
Partnership with Neogen
Dari RM62.94
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tidak berbau kuat
Pencuci muka alternatif
Mengandungi alkohol, paraben & SLS
1 lagi
Ringan & tak berminyak

Pasti anda tahu bahawa rutin penjagaan wajah Korea terkenal dengan kaedah ‘double cleansing’ dimana anda harus mencuci muka menggunakan pembersih berasaskan minyak yang juga diikuti dengan pembersih biasa samada pembersih gel, foam ataupun krim. Untuk kulit berjerawat dan berminyak, anda lebih sesuai menggunakan pencuci muka berbusa atau foam. 

Pencuci muka ini amat lembut dan berkesan menghalang penghasilan minyak berlebihan serta tidak mengeringkan kulit. Produk ini direka sememangnya untuk kulit sensitif, berjerawat dan berminyak. Uniknya produk ini mengandungi daun teh hijau ditapai, baik untuk kulit bermasalah.

Detoks liang pori anda yang tersumbat dengan masker skrub untuk muka 2 daripada 7
SKINFOOD Black Sugar Mask Scrub
Partnership with
Dari RM49
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Hermo Malaysia

Masker 2 dalam 1 ini bertindak sebagai masker dan skrub yang diformulasi dari gula perang tulen yang akan membantu menyedut kesemua sebum dan cela pada pori anda ― dan juga mengimbangi kadar pengeluaran minyak. Masker ini bukan sahaja sekadar membersihkan pori yang kotor malah ianya membuatkan kulit terasa licin, lembut dan cerah dengan fungsi skrubnya. 

Gunakan sekali seminggu untuk memastikan kulit bebas sebum dan pori daripada tersumbat. Elakkan penggunaan setiap hari kerana skrub ini akan mendatangkan iritasi kepada kulit wajah jerawat.

Seimbangkan pH kulit sensitif dengan menggunakan toner yang tenang ini 3 daripada 7
Klairs Supple Preparation Toner
Partnership with Klairs
Dari RM66
Lihat harga di Lazada Malaysia

Toner ialah langkah penting bagi kulit dengan masalah jerawat kerana ianya akan memulihkan dan mengimbangi kadar pH kulit kepada lebih asidik untuk melawan bakteria dan jerawat daripada tumbuh. Ianya memastikan lebihan pencuci muka dan masker dapat dibuang dengan bersih. Untuk kulit bermasalah seperti jerawat, elakkan daripada menggunakan toner yang megandungi alkohol.

Produk daripada Klairs ini amat sesuai untuk kulit bermasalah kerana ianya diperbuat daripada gabungan bahan semula jadi dan bebas daripada bahan kimia merbahaya. Kulit wajah anda akan menjadi berseri dan bermaya.

Tenangkan jerawat anda dengan essence pelembap ini 4 daripada 7
COSRX AC Collection Caling Liquid Intensive(125ml)
Partnership with
Dari RM84.29
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Tidak dinafikan, kebanyakan produk jerawat amat kasar dan terlampau kuat sehingga boleh menyebabkan kesan parut hitam dan juga mengeringkan kulit. Namun, produk Cosrx AC Collection Line ini direka khas untuk membasmi jerawat dan juga mengekalkan kelembapan dan hidrasi. Produk essence ini membantu mengembalikan semula lembapan yang berkurangan dan merawat jerawat yang teriritasi. 

Beri efek kedinginandan memastikan kulit sentiasa kekal segar sambil merawat jerawat. Diperkaya dengan bijirin yang ditapai, Propolis dan Centella, produk ini akan memastikan kulit yang terjejas dengan jerawat bebas daripada bakteria.

Serum terbaik untuk menghapus sel-sel kulit mati dan kusam 5 daripada 7
MIZON AHA 8% Peeling Serum
Partnership with
Dari RM64
Lihat harga di Shopee Malaysia

Serum pengelupasan Mizon ini mengandungi 8% Alha Hydroxy Acid (AHA) yang akan menghapus sel kulit mati penyebab pori anda tersumbat. Disebabkan AHA amat berkesan dalam menghakis sel kulit mati, maka ianya juga amat sesuai untuk kegunaan kulit kusam dan berparut serta meninggalkan kulit bebas jerawat, licin dan berseri. 

Jangan lupa pakai sunblock ya! Kerana AHA akan menyebabkan kulit anda mengalami sunburn yang teruk. Anda digalakkan untuk memakainya sebanyak 4 hari dalam seminggu supaya kulit tidak menjadi lebih sensitif.

Moisturizer terbaik untuk membaikpulih kulit muka akibat kesan jerawat 6 daripada 7
SOME BY MI Miracle Cream(50ml)
Partnership with SOME BY MI
Dari RM63.50
Lihat harga di Watsons Malaysia

Jenama produk terkenal dari Korea ini, Some By Mi telah mengeluarkan rangkaian yang bersesuaian untuk merawat kulit berjerawat. Krim pelembap ini diperkaya dengan ekstrak Tea Tree, Centella Asiatica dan Madecasoide yang dapat mengekalkan lembapan di dalam lapisan kulit agar anda sentiasa terhidrat.  Bahan-bahannya tidak mudah membuatkan kulit wajah anda mengering.

Manfaat yang boleh didapati daripada krim pelembap ini ialah ianya baik untuk membaikpulih kerosakan pada kulit sambil menenangkan, melembut dan memutihkan wajah anda dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.

Pulihkan kulit bermasalah dengan skincare treatment ini 7 daripada 7
DR. JART+ Cicapair Re-Cover Cream SPF30 PA++(55ml)
Partnership with
Dari RM188
Lihat harga di Shopee Malaysia

Pelindung matahari amat penting didalam kehidupa seharian kerana ianya memainkan peranan yang vital kepada kesan penuaan pada masa hadapan, terutamanya, kulit berjerawat. Krim ajaib daripada Dr.Jart+ ini mengandungi SPF30 yang menjadikan ianya krim siang yang sangat bagus. 

Krim ini juga mempunyai warna hijau didalamnya yang akan membantu pembentukan tona kulit supaya menjadi sekata. Dengan mengandungi Centella Asiatica Complex, Niacinamide dan kompleks herba unik yang dapat melembap, mengurangkan inflamasi serta merawat jerawat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

 

Lagi daripada ProductNation