Kecantikan

7 Pembersih Muka Dari Jenama Tempatan, Cosmoderm Dengan Hasilnya Yang Unggul

Ketahui kebaikan pencuci muka Cosmoderm dalam senarai kami yang terdapat dengan vitamin e untuk kulit berjeragat, berjerawat, kuning, sensitif & lain-lain.


Editor · Updated 24 Apr 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Pembersih Muka Dari Jenama Tempatan, Cosmoderm Dengan Hasilnya Yang Unggul

Dengan variasi harga mampu milik serta kelulusan halal, kini Cosmoderm telah berada di dalam lebih 2,000 farmasi, kedai kesihatan serta klinik di seluruh Malaysia termasuk pasaran di Singapura dan Lebanon. Cosmoderm sangat sinonim dengan bahan-bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.

Adakah produk Cosmoderm bebas paraben dan selamat digunakan?

Kandungan

Semua produk Cosmoderm bebas paraben dan selamat digunakan. Namun, dengan koleksi pelbagai jenis pembersih muka serta kegunaannya, yang mana menjadi pilihan anda? Ketahui jenis dan masalah kulit anda terlebih dahulu;

Cosmoderm Tea Tree Oil Oil Control Facial Cleanser 125ml
Dengan kandungan Tea Tree Oil - untuk menghapus jerawat degil 1 daripada 6
Cosmoderm Tea Tree Oil Cleanser (125ml)
Partnership with Cosmoderm
Dari RM13.92
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak menyebabkan pori tersumbat
Sesuai untuk lelaki & wanita
Perlu guna set lengkap untuk hasil terbaik
2 lagi
Mengawal minyak untuk kecutkan jerawat
Hypoallergenic & bebas paraben

Pencuci muka bertekstur krim dari Cosmoderm ini mencuci kulit dengan lembut sehingga mendalam tanpa mengeringkan permukaan kulit. Kandungan Minyak Tea Tree serta Vitamin E di dalamnya menyediakan pelbagai manfaat untuk membantu membersih wajah dengan pantas dari kekotoran serta pori yang tersumbat akibat debu. 

Hanya picitkan sedikit mengikut kuantiti yang diingini, sapu dan urut dengan lembut di permukaan kulit untuk mencuci kesan kotoran. Ianya mampu mengawal penghasilan minyak serta pertumbuhan dan menghapuskan jerawat degil.

Pencuci muka Cosmoderm dengan Vitamin E, pudarkan parut jeragat 2 daripada 6
COSMODERM Vitamin E Facial Cleansing Foam (125ml)
Partnership with
Dari RM21.50
Lihat harga di Watsons Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Buat kamu yang mempunyai masalah jeragat, pencuci muka Vitamin E Facial Cleansing ini mungkin menjadi penyelesai masalah terbaik. Bertekstur gel dan berbusa, ianya diperkaya dengan anti-oksidan yang mampu menghidrat kulit kering sambil mengekalkan lembapan dan kelembutan asli kulit. 

Diperkaya dengan bahan semula jadi seperti Chamomile Tea, Lemon, Vitamin E dan minyak Rosehip, ia mengalakkan kadar pembaharuan sel serta membantu mencerahkan kulit. Gunakan dua kali sehari untuk hasil yang lebih efektif. 

Sesuai untuk kulit kombinasi atau berminyak, penghapus sel kulit mati berkesan 3 daripada 6
Cosmoderm Vitamin E Facial Scrub (125ml)
Partnership with Cosmoderm
Dari RM21.50
Lihat harga di Watsons Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
harga berpatutan
sesuai untuk kulit kering
tidak boleh diguna ketika kulit berjerawat

Skrub wajah dengan biji buluh mesra alam yang mampu mengeluarkan sel-sel kulit mati, bintik hitam dan bintik putih dengan berkesan tanpa merosakkan permukaan kulit. Ekstrak teh Chamomile, Lemon dan Roseship Oil di dalam pencuci muka ini bertujuan untuk melindungi kulit dan memberi keanjalan semasa membersih. 

Gunakan skrub wajah ini dua kali seminggu, terutama buat kamu yang mempunyai kulit kombinasi atau berminyak. Kulit anda akan kembali cerah dan berseri sepanjang masa.

Berfungsi untuk mencerah dan memutihkan kulit dengan pantas 4 daripada 6
COSMODERM Luminous Pearl Brightening Mousse Cleanser (100ml)
Partnership with
Dari RM30
Lihat harga di Shopee Malaysia

Mengandungi bahan aktif seperti Active-G, Witch Hazel, Licorice dan Chamomile, pembersih wajah berbuih lembut ini menanggalkan sel kulit mati secara efektif, membantu membersih sisa kotoran dan solekan secara mendalam. Ianya sekaligus menyumbang kepada pembaikan sel, melembut dan mencerahkan wajah. 

Produk ini terbukti berkesan buat kamu yang ingin merawat tona kulit tidak sekata. Urut dengan lembut ke atas permukaan wajah yang basah dan bilas dengan air.

Formula bebas sabun untuk merawat kulit kering dan matang 5 daripada 6
COSMODERM GENTLE Cleansing Milk - Soap Free (100ml)
Partnership with
Dari RM27.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Pembersih muka berteksturkan losyen susu ini bebas sabun dan melarut dengan lembut, sangat sesuai untuk kamu yang berkulit kering, matang atau sensitif. Formula yang dipaten tanpa sabun ini membersih sehingga ke dasar tanpa mengeringkan lapisan pelindungan kulit. Pembersih muka ini juga membantu membersih sisa mekap yang terperangkap agar kulit wajah kekal bersih dan terhidrat. 

Sama sahaja seperti pencuci muka dari jenama yang lain, ianya memerlukan penggunaan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Terbaik untuk membaikpulih kulit yang sensitif dan menghalang jerawat 6 daripada 6
COSMODERM Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle (10ml)
Partnership with
Dari RM13.50
Lihat harga di Lazada Malaysia

Pencuci muka beresolusi lembut ini dapat menghapuskan whitehead, blackheads untuk yang alami masalah kulit berminyak dalam masa hanya 4 – 5 hari sahaja. Minyak Tea Tree semulajadi yang terkandung di dalam pencuci muka ini bertindak sebagai agen anti bakteria, anti fungal dan menghalang daripada kulit wajah meradang. 

Ianya membantu membersihkan liang pori yang tersumbat, menghalang penghasilan minyak dan sebum berlebihan serta melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Diperkaya dengan ekstrak ramuan dari lemon dan Aloe Vera, pencuci muka ini sesuai untuk kulit wajah sensitif dan berjerawat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation