Jawapan ringkas: untuk kulit sensitif atau ekzema, CeraVe Soothing Body Wash (dari RM71 di Shopee Malaysia, disemak 11 Ogos 2026) paling sesuai sebab lembut dan tanpa pewangi. Kalau gatal disebabkan kulat atau kurap, Nixoderm Sulfur Soap (dari RM9.50) jenis sabun sulfur yang lebih murah dan berkesan untuk masalah kulat, tapi kurang sesuai untuk kulit yang terlalu kering sebab boleh buat kulit lagi kering.

Semestinya kita mahu dapatkan produk hilangkan rasa gatal pada kulit, terutama bagi mereka yang memiliki kulit sensitif atau alergi.

Nak cari penyelesaian yang tepat bermula dengan pemilihan sabun badan yang sesuai, seperti sabun untuk kulit gatal.

Sabun gatal menawarkan pembersihan yang lembut dan efektif yang direka khas untuk meredakan kulit yang bermasalah.

Sabun gatal untuk kulit badan yang berkualiti boleh memberikan kelegaan dari rasa gatal yang berterusan serta mengurangkan ketidakselesaan.

Semasa anda membuat pilihan untuk beli mandian untuk kulit gatal, adalah penting untuk mempertimbangkan pelbagai faktor, termasuk kesesuaian formulanya untuk kulit sensitif dan keberkesanan dalam menangani masalah seperti eczema.

Jika kulit gatal disebabkan eczema, anda perlu dapatkan sabun untuk eczema, dan jika kulit gatal disebabkan kulit sensitif, lebih baik dapatkan mandian untuk kulit sensitif.

Tak tahu mana satu produk yang terbaik? Jom lihat jenis sabun mandi untuk hilangkan gatal mengikut jenis kulit anda.


Senarai 16 Sabun Mandi Kulit Gatal Terbaik

Sabun kulit gatal terbaik secara keseluruhan
Ceradan Moisturising Body Wash 280ml
Ceradan Moisturising Body Wash 280ml
From
RM73.72
Check Ceradan Moisturising Body Wash 280ml price below:
Sesuai untuk semua peringkat umur
Boleh digunakan pada muka & badan
Melembapkan kulit
Hypoallergenic
Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Produk mandian Ceradan ini boleh digunakan oleh seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan bayi menjadikan ia lebih mudah dan selamat digunakan.

Ciri-ciri:

Ceradan Moisturising Body Wash terbukti secara klinikal mampu menjana semula lapisan perlindungan kulit dan mengurangkan kegatalan serta kekeringan kulit. 

Anda tak perlu risau, sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang jenis kering dan sensitif.

Jadi, anda tiada lagi masalah iritasi kulit yang boleh mengganggu aktiviti harian sepanjang hari. 

Yang penting, ia bebas wangian, paraben, pewarna dan sodium lauryl sulphate (SLS) serta sabun ini sangat lembut pada kulit. 

Review:

"Produk Ceradan ini berkesan dan sesuai untuk anak eczema. Gatal-gatal dan kesan-kesan menggaru pada kulit anak semakin pulih.”

Sabun untuk kulit gatal dan kering
AVEENO Skin Relief Body Wash
Aveeno Baby Cleansing Therapy Moisturizing Wash
From
RM55.35
Check AVEENO Skin Relief Body Wash price below:
Hypoallergenic
Bebas wangian
Melembapkan kulit
Melegakan kulit kering & gatal
Harga mahal

Produk mandian untuk kulit gatal dan kering ini telah disarankan sendiri oleh ahli dermatologi, jadi anda tak perlu ragui keberkesanannya. 

Dengan penggunaan yang kerap dan betul, gatal-gatal pada kulit tubuh akan berkurangan tanpa menyebabkan kulit anda jadi lebih kering.

Ia mengandungi oatmeal yang bukan sahaja mampu membersihkan kulit dengan lembut dan memastikan kulit jadi lebih sihat.

Anda tak perlu risau, sabun ini sesuai juga digunakan oleh kulit sensitif kerana ia bebas pewarna serta sabun. 

Turut berkesan untuk memperbaiki lapisan kelembapan kulit sekaligus mengelakkan masalah kulit kering.

Sabun gatal untuk celah kelangkang
Dr Forster Keto 7 Antifungal Cleanser Bar
From
RM16.72
Check Dr Forster Keto 7 Antifungal Cleanser Bar price below:
Melegakan kulit kering
Sesuai digunakan pada badan & kaki
Anti bakteria & anti kulat
Bau menyegarkan
Individu kulit sensitif disarankan dapatkan nasihat doktor sebelum guna

Anda mengalami masalah gatal-gatal di bahagian kelangkang? Sabun buku Dr Forster Keto 7 akan membantu mengurangkan masalah itu. 

Dengan penggunaan yang betul, sebarang kekotoran pada kulit boleh dibersihkan, malah masalah jangkitan kulat pada badan juga boleh dirawat. 

Bukan itu sahaja, sabun ini turut boleh digunakan untuk melegakan kegatalan, iritasi dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh jangkitan kulat tadi. 

Diperbuat juga daripada bahan semula jadi seperti minyak zaitun, ekstrak aloe vera dan tea tree oil yang bagus untuk kulit. 

Anda dapat berjimat kerana sabun ini boleh digunakan pada seluruh badan termasuk bahagian kaki anda.

Sabun untuk kulit gatal dewasa
Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash
Suu Balm
Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash
From
RM72.49
Check Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash price below:
Halal
Lembut pada kulit
Bebas sabun & sulfat
Tanpa pengawet & wangian
Sesuai untuk kulit kering & sensitif
Harga mahal

Masalah kegatalan kulit menjejaskan kehidupan seharian anda? Usah risau, body wash Suu Balm yang berkesan untuk melembapkan kulit ini diformulasikan khas untuk anda. 

Selamat digunakan pada semua jenis kulit termasuk wanita mengandung kerana sabun ini bebas paraben

Selain sesuai dengan pH kulit anda, formula produk ini juga mampu membersihkan kulit tanpa mengeringkannya. 

Ia mengandungi 5 bahan yang melembapkan kulit termasuklah shea butter dan sodium hyaluronate

Kandungan mentol dalam produk penjagaan diri ini pula akan melegakan kulit sensitif.

Sabun untuk kulit gatal anak
Cetaphil Pro Ad Derma Skin Restoring Body Wash 295ml
Cetaphil
Cetaphil Pro Ad Derma Skin Restoring Body Wash 295ml
From
RM77.79
Check Cetaphil Pro Ad Derma Skin Restoring Body Wash 295ml price below:
Mengekalkan kelembapan kulit
Melegakan gatal
Tiada steroid
Tiada paraben
Harga mahal

Jika anak anda yang baru lahir mempunyai kulit yang kering atau sering gatal-gatal, ibu bapa digalakkan untuk mendapatkan produk ini.

Sabun ini bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa, namun ia boleh digunakan untuk bayi yang berusia seawal tiga bulan. 

Pembelian produk ini tetap berbaloi kerana boleh digunakan seisi keluarga walaupun dengan harga yang agak mahal.

Tambahan pula, ia diformulasikan dengan teknologi Filaggrin yang akan memperbaiki dan mengekalkan fungsi kelembapan dalam kulit. 

Paling penting, ia tidak mengandungi sabun dan telah diuji secara klinikal bahawa body wash ini sesuai untuk kulit sensitif kerana ia meninggalkan kesan lembut pada kulit. 

Produk ini juga bebas daripada sebarang bahan pewangi dan ia mempunyai Vitamin E serta allantoin yang telah terbukti secara klinikal mampu melegakan kulit. 

Jadi, dengan bantuan produk yang juga jenis hypoallergenic ini, anak-anak anda bebas bermain di luar rumah tanpa perlu risau lagi tentang masalah kegatalan.

Sabun untuk kulit gatal di farmasi
Sebamed Anti-Dry Derma Soft Wash Emulsion
Sebamed
Sebamed Anti-Dry Derma Soft Wash Emulsion
From
RM65.50
Check Sebamed Anti-Dry Derma Soft Wash Emulsion price below:
Tanpa sabun & alkali
Melembapkan kulit
Melegakan kulit kering & sensitif
Boleh digunakan pada wajah & badan
Menguatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit
Harga agak mahal, kuantiti sedikit

Produk buatan Jerman ini diformulasikan khas untuk masalah kulit kering akibat atopic eczema atau psoriasis.

Hal ini kerana sabun ini mampu melindungi kulit pengguna daripada kering atau kerengsaan yang lebih teruk.

Turut mempunyai nilai pH 5.5 serta mengandungi asid amino yang bagus untuk mengekalkan hidrasi kulit akan buatkan kulit anda kekal lembap.

Diperbuat juga daripada Vitamin Pro B5 atau panthenol yang menyokong penjanaan sel kulit baru. 

Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit akibat diabetes atau pesakit yang menjalani kemoterapi.

Kulit dijamin jadi lebih lembut dan anjal selepas penggunaan sabun eczema ini.

Sabun untuk kulit gatal bayi
Aveeno Baby Wash & Shampoo
Aveeno
Baby shampoo ph 5.5
From
RM57.11
Check Aveeno Baby Wash & Shampoo price below:
Bebas paraben
Tidak mengeringkan kulit
Tidak memedihkan mata bayi
Boleh digunakan setiap hari
Harga mahal

Ibu bapa yang mahukan produk terbaik untuk bayi newborn mereka boleh dapatkan body wash 2 dalam 1 ini. 

Selain boleh digunakan pada badan, ia boleh juga digunakan sebagai syampu. Berbaloi bukan? 

Disyorkan sendiri oleh pakar kanak-kanak kerana ia mengandungi ekstrak oat yang lembut pada kulit bayi yang sensitif. 

Kulit dan rambut bayi anda dijamin akan kekal lembut setiap kali selepas mandi. 

Paling penting, ada pengguna mengatakan produk mandian ini berkesan mengurangkan eczema dan kegatalan pada anak mereka. 

Sabun untuk kulit gatal dan sensitif
Nixoderm Sulfur Soap
Nixoderm Sulfur Soap
From
RM10.40
Check Nixoderm Sulfur Soap price below:
Sesuai untuk kulit berminyak
Lindungi kulit dari jangkitan bakteria
Elak pori dari tersumbat
Harga murah
Kurang sesuai untuk ibu hamil

Mencari sabun sabun hilangkan gatal yang halal? Kami sarankan guna produk Nixoderm yang mengandungi 10% sulfur ini. 

Bahan ini bersifat antibakteria di mana boleh membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan masalah kulit seperti pori tersumbat.

Berkesan juga untuk melegakan jerawat pada tubuh sekaligus melindungi badan anda dari berbau busuk atau kepam. 

Dengan penggunaan yang konsisten, sabun ini juga boleh lembutkan kulit kerana mengandungi emollient.

Sabun untuk kulit gatal alergi
Jolicare Soap Eczema Treatment Soap For Itchy and Sensitive Skin
Jolicare Soap Eczema Treatment Soap For Itchy and Sensitive Skin
From
RM57.82
Check Jolicare Soap Eczema Treatment Soap For Itchy and Sensitive Skin price below:
Melegakan kulit kering
Bebas paraben & steroid
Mengandungi Glycerin
Melembapkan kulit
Bau wangi
Digalakkan untuk guna bersama dengan krim Jolicare

Sabun Jolicare ini bukan hanya diformulasikan untuk kulit ekzema, malah yang ada masalah alergi, jangkitan fungus dan kudis buta juga boleh guna tanpa masalah. 

Selain itu, turut berkesan untuk menyelesaikan masalah kulit yang digigit serangga, gatal-gatal akibat psoriasis dan panau. 

Mengandungi minyak avocado sebagai antioksidan dan susu kambing untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati sekaligus boleh mencerahkan kulit. 

Sabun alergi ini juga mampu melegakan kegatalan, dermatitis dan masalah ruam pada bayi. 

Sabun ini juga sangat sesuai juga digunakan oleh kulit yang sensitif, ibu hamil dan kanak-kanak. 

Malah, pengguna mengatakan tiada lagi kemerahan atau kasar akibat ekzema selepas guna sabun ini.

Sabun untuk kulit gatal ibu hamil
Palmer’s Soothing Body Wash for Pregnancy Mom
PALMER’S Soothing Body Wash for Pregnancy Mom
From
RM42.99
Check Palmer’s Soothing Body Wash for Pregnancy Mom price below:
Hypoallergenic
Tanpa paraben
Mengandungi kolagen
Tidak mengeringkan kulit
Melembapkan kulit dengan mendalam
Harga agak mahal berbanding produk mandian biasa

Khas untuk ibu hamil yang memiliki kulit kering atau gatal-gatal akibat stretch marks, anda disarankan untuk guna produk mandian PALMER’S ini yang boleh melegakan masalah itu. 

Ini kerana ia diperbuat dari Shea Butter dan minyak badam untuk menyembuhkan iritasi kulit dengan lebih lembut.

Selain bebas daripada bahan bahaya seperti minyak mineral dan phthalate, ia juga telah diuji secara dermatologi dan pakar sakit puan. 

Mengandungi Elastin untuk membaiki keanjalan kulit, minyak argan yang kaya dengan antioksidan dan Vitamin E yang mampu memudarkan parut. 

Dalam masa yang sama, produk PALMER’S akan menyeimbangkan pH kulit anda dengan pengambilan yang berterusan.

Sabun cair untuk kulit gatal
Cosmoderm Tea Tree Oil with Salicylic Acid Bodywash 500ml
Cosmoderm Tea Tree Oil with Salicylic Acid Bodywash 500ml
From
RM14.32
Check Cosmoderm Tea Tree Oil with Salicylic Acid Bodywash 500ml price below:
Tanpa paraben
Telah diuji secara dermatologi
Perlindungan anti bakteria
Mengawal minyak
Bebas SLS & SLES
Botol mudah rosak

Gabungan bahan Tea Tree Oil dan Salicylic Acid dalam produk mandian Cosmoderm ini berkesan untuk mengurangkan ketidakselesaan yang dialami akibat kegatalan kulit. 

Selain itu, ia juga boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati dan segala kekotoran pada badan akan terhapus ketika anda mandi. 

Malah, ia bermanfaat juga untuk mengurangkan keradangan dan kemerahan yang berpunca daripada jerawat belakang badan. 

Sesuai digunakan pada kulit normal hinggalah kulit jenis berminyak terutamanya jika anda menderita masalah back acne.

Sabun gatal untuk muka/wajah
Kinder Soaps Dark Chocolate Mint Patty 100g
Kinder Soaps Dark Chocolate Mint Patty 100g
From
RM23.00
Check Kinder Soaps Dark Chocolate Mint Patty 100g price below:
Boleh diguna pada wajah & tubuh
Sesuai untuk kulit yang mudah gatal
Mengandungi minyak kelapa
Bau segar seperti pudina
Perlu dikeringkan dengan betul selepas guna

Mahukan sabun yang boleh digunakan dari hujung kaki hingga hujung kepala? Produk Kinder Soaps ini kaya dengan mentega koko yang sangat bagus untuk kulit kering. 

Ia mengandungi bahan yang akan memberikan keselesaan pada kulit terutamanya jika anda tinggal di iklim yang lebih kering. 

Sabun buku yang boleh juga digunakan pada rambut sebagai syampu ini turut bermanfaat untuk melegakan ruam panas dan kegatalan kulit.  

Namun jika anda memiliki wajah jenis berminyak, anda tidak disarankan untuk guna sabun ini pada muka. 

Anda jangan risau, sabun ini sangat sesuai juga untuk orang yang ada masalah kulit sensitif.

Sabun buku untuk kulit gatal
Chlorophyll 999 Soap
Chlorophyll 999 Soap
From
RM3.90
Check Chlorophyll 999 Soap price below:
Membersihkan kulit
Formulasi minyak kelapa
Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit
Murah
Kanak-kanak perlu nasihat doktor sebelum guna

Sabun mandi kulit gatal Chlorophyll 999 digunakan untuk melegakan masalah kegatalan secara tradisional. 

Selain akan melembutkan dan melicinkan kulit si pemakai, produk ini turut akan menyegarkan kulit agar terasa lebih sihat tanpa bakteria atau kuman. 

Dengan harga yang mampu milik ini, sabun gatal Chlorophyll 999 ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Bagaimanapun, kami menyarankan untuk ibu bapa dapatkan nasihat doktor jika mahu menggunakannya untuk kanak-kanak.

Sabun untuk kulit gatal kanak-kanak
Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head-to-Toe Wash (420ml)
Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head-to-Toe Wash (420ml) - For Dry, Itchy, Sensitive Skin
From
RM82.50
Check Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head-to-Toe Wash (420ml) price below:
Mengandungi shea butter
Melembapkan kulit sensitif
Sesuai dengan pH kulit sihat
Halal
Tidak sesuai untuk individu yang ada alahan terhadap bahan dalam produk

Walaupun produk mandian ini diformulasikan khas untuk mengurangkan masalah kegatalan kulit pada kanak-kanak, namun ia boleh juga digunakan oleh orang dewasa. 

Formula produk Suu Balm Kids ini akan membersihkan kulit yang kering atau sensitif dengan lembut. 

Selamat juga digunakan oleh bayi termasuklah yang baru lahir kerana ia bebas daripada wangian tiruan, paraben, sulfat dan SLS/SLES. 

Ramai pengguna sabun ini telah menyatakan keberkesanannya untuk mengurangkan masalah kegatalan pada kulit anak-anak.

Sabun untuk kulit gatal
Oryza Liquid Soap
Oryza Liquid Soap
From
RM55.00
Check Oryza Liquid Soap price below:
Berdaftar dengan KKM
Tanpa steroid & merkuri
Sesuai untuk ekzema & ruam
Harga mahal

Mahukan penyelesaian kepada masalah kulit sensitif atau gatal-gatal akibat psoriasis, jom guna sabun cecair yang diperbuat dari bahan organik ORYZA ini. 

Ia mengandungi minyak kelapa dan rice bran yang kaya dengan Vitamin E semula jadi dan boleh melembapkan kulit. 

Yang penting, produk buatan Malaysia ini bebas daripada bahan kimia, pewarna atau wangian sintetik termasuklah SLS. 

Memang bagus untuk mengurangkan kegatalan ekzema, kini anda tiada lagi stress akibat selalu menggaru pada kulit yang gatal lagi lepas ini.

Sabun mandi untuk kulit sensitif
CeraVe Soothing Body Wash
CeraVe
cerave soothing body wash
From
RM59.99
Check CeraVe Soothing Body Wash price below:
Membantu mengekalkan kesihatan kulit
Mengandungi ceramide
Untuk kulit gatal dan kering melampau
Harga sedikit mahal

CeraVe Soothing Body Wash dirumus khas dengan ceramides untuk memberikan pembersihan dan keselesaan yang lembut pada kulit.

Ia sesuai digunakan untuk kulit kering, gatal, cenderung kepada ekzema dan juga sensitif tanpa menghalang pelindung semula jadi kulit.

Sementara itu, ceramides membantu menguatkan perlindungan kulit semula jadi, manakala asid hyaluronic mengekalkan kelembapan, membuatkan kulit terasa lembap dan segar.

Anda boleh dapatkan sabun badan dari CeraVe ini untuk menghilangkan rasa gatal pada badan, dan dalam masa yang sama membuatkan kulit kekal sihat dan lembut.


Jenis Sabun Untuk Kulit Gatal 

Sabun mandi biasa lazimnya tidak sesuai digunakan untuk anda yang sering menghadapi masalah gatal-gatal pada kulit.

Bahan yang terkandung dalam sabun biasa kebanyakan kasar dan akan menyebabkan kulit sensitif menjadi lebih teruk. 

Jadi, pastikan sabun yang anda gunakan untuk mengurangkan masalah ini ialah sabun yang tidak mengandungi alergen, bahan pewangi dan pewarna.

Kedua badan tersebut akan menyebabkan kulit anda jadi lebih kering dan gatal malah boleh membuatkan kulit anda semakin menipis.  

Jika anda mempunyai masalah eczema, anda perlu dapatkan sabun ezcema yang lebih selamat untuk digunakan bagi masalah tersebut.

Selain itu, dapatkan juga sabun gatal kulit yang bebas dari salicylic acid dan formaldehyde yang boleh menyebabkan masalah gatal itu menjadi lebih teruk terutamanya pesakit ekzema.


Tips Pilih Sabun Untuk Kulit Gatal 

Anda juga diingatkan untuk dapatkan sabun hilangkan gatal khas yang tidak diperbuat daripada sodium lauryl sulfate bagi mengelakkan kulit anda jadi semakin gatal.

Paling penting, anda perlu cari sabun untuk badan gatal yang mempunyai pH yang sesuai dengan kulit anda. 

Individu yang kulitnya selalu gatal perlu elakkan daripada membeli sabun yang terlalu beralkali. 

Pengguna sabun gatal ini juga harus mencari sabun yang boleh melembapkan kulit agar lapisan kulit anda terjaga dengan baik. 

Perlu diingatkan, anda juga digalakkan untuk mendapatkan produk yang hadir dengan kandungan glycerin yang akan memberikan kulit anda kelembapan yang diperlukan.

Apabila kulit anda kekal lembap, situasi ini akan bantu untuk mengurangkan kesan kering dan gatal pada kulit.

Sebelum menggunakan sesuatu produk sabun itu pada keseluruhan tubuh atau wajah, anda diingatkan untuk lakukan dulu patch test.

Caranya, anda letakkan sedikit sabun tersebut pada lengan dan biarkan ia untuk beberapa saat. 

Jika kawasan itu terasa gatal atau kemerahan, itu bermakna terdapat bahan dalam produk itu yang tidak sesuai dengan kulit anda.


Soalan Lazim Tentang Sabun Untuk Kulit Gatal

Apakah sabun yang sesuai untuk kulit gatal?

Bergantung pada punca gatal. Untuk ekzema atau kulit sensitif, pilih sabun lembut tanpa pewangi seperti CeraVe Soothing Body Wash atau Cetaphil Pro Ad Derma yang ada dalam senarai kami. Untuk gatal akibat kulat atau kurap, pilih sabun sulfur seperti Nixoderm Sulfur Soap atau Dr Forster Keto 7 Antifungal Cleanser Bar.

Apakah sabun yang boleh dibeli di farmasi untuk kulit gatal?

Ya, kebanyakan sabun dalam senarai kami seperti Nixoderm Sulfur Soap, Cetaphil dan AVEENO boleh didapati di farmasi seperti Watsons, Caring dan BIG Pharmacy, selain di Shopee Malaysia.

Apakah sabun mandi yang sesuai untuk kulit kering?

Untuk kulit kering, pilih yang berpelembap tinggi tanpa bahan kimia keras seperti CeraVe Soothing Body Wash atau AVEENO Skin Relief Body Wash, dua pilihan dalam senarai kami yang direka khas untuk kulit kering dan sensitif.

Apakah simptom alahan sabun?

Simptom biasa termasuk kulit menjadi merah, gatal berterusan, bengkak atau ruam selepas mandi. Kalau ini berlaku, berhenti guna sabun tersebut dan tukar kepada jenis hipoalergenik tanpa pewangi seperti yang disenaraikan di atas.


Artikel Berkaitan