Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

28 Idea Hadiah Untuk Lelaki Di Malaysia 2024

Jangan pening lagi, jom dapatkan hadiah ini!

Memilih hadiah yang sesuai untuk lelaki agak sukar berbanding wanita kerana barangan mereka agak terhad dan semestinya kita nak berikan hadiah yang lagi trend.

Kesukaran ini mungkin disebabkan rata-rata lelaki terima sahaja apa hadiah harijadi untuk lelaki yang diberikan.

Tapi untuk insan yang istimewa, mestilah kita nak cari hadiah istimewa, hadiah eksklusif dan hadiah unik. 

Anda masih belum ada idea hadiah untuk lelaki atau pening cari gift yang sesuai untuk lelaki?

Jom lihat kami sediakan beberapa cadangan hadiah untuk lelaki, senarai hadiah untuk lelaki dan banyak lagi!


28 Hadiah Terbaik untuk Lelaki

Hadiah untuk kawan sambung belajar
Dell
Dell Latitude 3410-1
mulai
RM2,499.00
Semak Dell Latitude 3420 harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa kemana-mana
add_circle Processor yang laju
add_circle Pengecasan pantas
remove_circle Tiada graphic card

Adakah kawan  lelaki anda akan atau sedang belajar di universiti dan memerlukan satu alat yang boleh membantu menjalankan kerja atas talian dengan lancar?

Anda boleh dapatkan Laptop Dell Latitude 3410 untuk kawan lelaki tersebut! 

Dengan prosesor Intel Core i5, laptop ini memberikan performance yang baik terutama ketika belajar di atas talian.

Pasti kawan anda akan dapat menjalankan aplikasi dan tugas sehari-hari tanpa mengalami gangguan. 

Dengan RAM sebesar 8GB, laptop ini tidak akan mengalami masalah lagging kerana ruang simpan sebesar 256GB pada laptop ini cukup untuk menyimpan data dan fail penting.

Skrin seluas 14.0 inci pada laptop ini sangat relevan untuk kegunaan masa kini.

Kawan anda akan dapat melihat paparan dengan lebih jelas, memudahkan membaca dan bekerja dengan lebih produktif.

Laptop ini akan membantu kawan anda menjalankan tugas dan projek dengan lancar serta membantunya mencapai kejayaan di universiti.

Hadiah untuk best friend lelaki
Automatic Tent Outdoor
mulai
RM115.90
Semak Automatic Tent Outdoor harga dibawah:

Adakah kawan anda seorang yang sukakan aktiviti camping? Inilah hadiah yang paling sesuai untuknya!

Anda boleh hadiahkan kawan anda Automatic Tent Outdoor kerana sesuai untuk hobi mereka.

Lagipun dengan hadiah ini, anda dan kawan-kawan lain sekalipun boleh join sekali. 

Bolehlah anda healing bersama-sama di tepi sungai atau pantai nanti.

headphone utk lelaki
mulai
RM77.90
Semak Alcatroz X Craft HP Gold Series Bluetooth Wireless Gaming Headphones harga dibawah:
add_circle Mempunyai 7 warna LED
add_circle Mod jimat tenaga
add_circle Sesuai untuk muzik dan gaming
add_circle Bunyi stereo berkualiti tinggi
remove_circle Mikrofon tidak berfungsi dengan baik

Kalau anda mempunyai hubungan yang istimewa dengan seorang lelaki yang menggelarkan dirinya seorang gamer, gaming headset ini pasti membuatnya gembira!

Gaming headset ini merupakan headset yang serba boleh digunakan untuk PC, komputer riba, dan telefon.

Headphone ini merupakan gaming headset bawah RM80 yang mempunyai pelbagai ciri unik seperti bunyi stereo yang baik, mempunyai 7 warna LED dan microphone yang sangat bagus.

Jom hadiahkan rakan gamer anda headset terbaik ini!

Hadiah untuk ayah
Xiaomi
XiaomiRedmi10
mulai
RM599.00
Semak Xiaomi Redmi 10 harga dibawah:
add_circle Dilengkapi dual speaker
add_circle Kadar penyegaran yang tinggi, 90Hz
add_circle Ada pengecasan pantas
remove_circle Tiada pengecasan tanpa wayar
remove_circle Tidak menyokong 5G

Adakah anda mencari hadiah telefon untuk bapa anda? Beli sahaja Redmi 10. 

Paparan skrin Redmi 10 juga menawarkan kadar penyegaran sebanyak 90Hz, membawa maksud skrin akan disegarkan 90 kali dalam satu saat, memberikan gambar yang lebih lancar dan responsif. 

Dilengkapi dengan kamera berkualiti yang membolehkan bapa anda mengambil gambar dengan lebih jelas, tajam dan tahan calar.

Dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 128GB serta mempunyai slot kad microSD, bapa anda akan memiliki ruang yang cukup untuk menyimpan foto, video, dan aplikasi kegemarannya.

Hadiah untuk tunang lelaki
Dashing
set hadiah untuk lelaki
mulai
RM55.00
Semak DASHING Super Saver EDT Gift Set harga dibawah:

Hadiah ini adalah pilihan yang terbaik sebagai hadiah hantaran, hari lahir atau hari anniversary dengan harga rendah.

Terdapat empat jenis wangian yang berbeza untuk dipilih, iaitu Cool Aqua, Style Legend, Active Spirit, dan Speed Surge.

Jadi anda boleh memilih aroma yang paling sesuai dengan personaliti lelaki itu. 

Setiap set hadiah ini datang dengan toilette 100ml, bedak, deodorant roll dan krim rambut yang akan memberikan kesempurnaan untuk rutin kecantikan dan penjagaan diri mereka. 

Semuanya telah siap dibungkus rapi dengan kotak dan dihiasi reben.

Paling penting boleh request letak kad ucapan!

Hadiah mahal untuk lelaki
POLO HILL Men Gift Box 2-in-1
mulai
RM139.00
Semak POLO HILL Men Gift Box 2-in-1 harga dibawah:

Cuba lihat keadaan dompet dan tali pinggang suami, abang atau adik lelaki anda.

Bukan apa, ada sesetangah orang lelaki suka gunakan dompet sampai terkoyak pun masih lagi tidak beli yang baru.

Jadi dengan set hadiah dari POLO HILL ini, anda akan dapat tali pinggang dan dompet berkualiti tinggi.

Dompet ini mempunyai 2 poket duit, 1 tetingkap ID dan 9 slot untuk kad. 

Barulah setiap kali mereka menggunakan dompet ini, akan teringat pada anda dan pasti akan belikan sesuatu untuk anda!

Hadiah untuk kawan lelaki bawah RM60
earbud untuk remaja
mulai
RM56.99
Semak SPRISE A6S Earbuds Portable Bluetooth Earphone harga dibawah:

Untuk anda yang ingin berikan hadiah yang murah kepada kawan, earbuds ini agak berbaloi untuk diberikan.

Antara kelebihan earbuds ini adalah waktu penggunaan yang agak lama iaitu pada 3 jam dan waktu pengecasan pula agak rendah pada 1 jam sahaja tau.

Ianya sangat sesuai untuk digunakan ketika bersukan atau berjalan di luar.

Namun seperti harganya, kualiti sound di earbuds ini tidak berapa bagus tapi sesuai untuk kegunaan harian.

Bunyi bass yang agak kurang dan midrange yang rendah. Tapi, ia masih lagi jelas untuk dengar lagu ketika melakukan aktiviti lain.

Hadiah Untuk Lelaki Remaja
Amazfit BIP U Pro Smart Watch
mulai
RM249.00
Semak Amazfit BIP U Pro Smart Watch harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Pelbagai fungsi
remove_circle Skrin LCD, bukan AMOLED

Lelaki remaja ni selalunya ingin menjaga penampilan diri dan mula menceburi pelbagai gaya hidup sihat.

Jam Amazfit memang sesuai untuk mereka kerana jam ini mempunyai pelbagai fungsi seperti memantau oksigen, 60 sports mode, dan juga GPS. 

Malah untuk mereka yang tidak suka smart watch sebab kena charge selalu tidak perlu risau lagi kerana jam ini boleh bertahan sehingga 9 hari tau!

Bukan itu sahaja, dengan paparan skrin yang besar dan kalis air, memang tidak perlu risau untuk pakai jam ini kemana-mana sahaja tidak kiralah untuk aktiviti santai atau lasak.

helmet moto gxt
mulai
RM73.99
Semak Helmet motor GXT Topi Keledar Double Visor harga dibawah:

Jika pasangan anda suka berjalan-jalan atau kaki motor, belikan helmet dari jenama GXT ini.

Helmet ini didatangi dengan tiga saiz iaitu saiz M (55 - 57cm), L (58 - 60cm) & XL (61 - 62cm).

Mempunyai visor yang anti calar, rintangan hentaman, anti kabus, dan siap didatangi dengan cermin yang mampu memberi perlindungan daripada cahaya matahari.

mulai
RM79.90
Semak LT.STORE Unisex Gym Dry Wet Separation Training Sports Bag harga dibawah:

Beg untuk gym ni memang rare untuk dijadikan sebagai hadiah, namun anda perlu tahu kebanyakan lelaki pergi gym dengan tangan kosong je.

Kalau anda ada kenal lelaki yang selalu pergi gym bolehlah hadiahkan beg ini kerana saiznya yang tidak terlalu besar tetapi masih luas untuk meletakkan pelbagai barang.

Lepas ni bolehlah mereka pergi ke gym sambil membawa pakaian lebih, kasut, dan juga air minuman protein.

Tak perlu lagi bawa pakai tangan sahaja, agak menyusahkan lebih-lebih lagi bila gym yang mereka pergi agak penuh. Leceh nak alihakan barang bila tukar equipment nanti.

mulai
RM177.00
Semak GiorX 2-in-1 Set (20 + 24) Elegant Expandable Anti-theft / Scratch Hard Case Travel Luggage - GXA2073 harga dibawah:

Di ulang tahun perkahwinan, mesti anda ingin melakukan sesuatu yang dapat mengeratkan lagi hubungan anda sebagai pasangan suami isteri. 

Jika aktiviti yang anda berdua nikmati adalah perlancongan ke negara asing, hadiah kan lah suami anda travel luggage dari GiorX ni!

Luggage bag ini diperbuat oleh bahan ABS yang berkualiti tinggi, membuat luggage bag tersebut kalis air, anti calar, dan mempunyai kualiti shock resistant.

Bagasi ini juga mempunyai kunci tersendiri yang mampu melindungi barang anda daripada dicuri.

Apa lagi? Hadiahkan suami anda bagasi ini dan off we go!

Stackable and Foldable Plastic Shoe Rack
mulai
RM0.87
Semak Stackable and Foldable Plastic Shoe Rack harga dibawah:
add_circle Mudah alih dan mudah disimpan
add_circle Mudah dipasang dan dibuka
add_circle Boleh dicantum
add_circle Jimat ruang
remove_circle Perlu beli lebih

Kalau anda ada abang yang minat mengumpul kasut tapi tak reti menyusun dengan baik, beli je kotak kasut ni.

Ianya lutsinar dan mudah untuk dipasang mengikut bilangan kasut yang mereka ada, mudah dan nampak kemas.

Malah ada juga pelbagai pilihan warna yang boleh dipadankan dengan pelbagai jenis kasut seperti kasut kerja, sukan, dan berjalan-jalan.

Jadi lepas ni tak perlu pening kepala nak simpan atau beli perabot baru bila koleksi kasut bertambah, hadiahkan je box ni kepada mereka!

Hadiah untuk adik lelaki
LUMOS
projector
mulai
RM499.00
Semak LUMOS Mini Projector 4K FULL HD 6000 harga dibawah:

Tengok siri TV dan filem sudah menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya di platform Netflix.

Namun masih ramai lagi yang hanya tengok Netflix dengan menggunakan telefon pintar. Apa kata anda beri kejutan dengan hadiahkan projektor ni.

Malah kualiti gambar projektor ini juga sangat berkualiti tinggi dan jelas serta boleh melindungi mata. Memang sesuai untuk tengok pada malam minggu.

mulai
RM52.00
Semak Korean Style Graduation Convocation Sunflower Bouquet harga dibawah:

Siapa cakap lelaki tak suka bunga? 

Jika anda sering memikirkan bila waktu yang paling sesuai untuk memberikan rakan lelaki anda sejambak bunga, waktu konvokasi mereka lah waktu yang paling tepat!

Dengan sejambak bunga matahari ini, pasti mereka akan terasa dihargai dan gembira untuk menerima hadiah seperti ini di hari yang penting baginya!

Hadiah untuk lelaki dewasa
PHILIPS
PHILIPS Easy Touch Stand Steamer GC48786
mulai
RM439.00
Semak PHILIPS Easy Touch Stand Steamer GC487/86 harga dibawah:
add_circle Tangki air 2 liter (boleh ditanggalkan)
add_circle 3 pilihan steam generator
add_circle Dilengkapi dengan iron mat
add_circle Tempat gantung boleh laras ketinggian
remove_circle Harga mahal

Antara tugasan yang paling leceh bila dah bekerjaya ni adalah seterika baju. Ianya mengambil masa dan perlu dilakukan hampir setiap hari.

Walaupun ramai lelaki di luar sana yang menjaga penampilan, ada juga lelaki yang tidak kisah dan seterika baju secara ala kadar sahaja.

Untuk lelaki macam tu, standing iron ni memang sangat sesuai untuk mereka. Tak perlu lagi nak belek baju sana sini, sekadar tala je iron tu ke baju yang digantung.

Bukan tu je, steam iron dari Philips ni selamat digunakan untuk pelbagai jenis fabrik jadi tak perlu risau dengan kesan terbakar!

Hadiah Untuk Lelaki Berbadan Besar
Windbreaker Outdoor Jacket Plus Size
mulai
RM53.49
Semak Windbreaker Outdoor Jacket Plus Size harga dibawah:
add_circle Bergaya
add_circle Sesuai untuk pelbagai situasi
remove_circle Perlu mengikut ukuran badan yang ditetapkan

Lelaki berbadan besar ni kebiasaannya hanya pakai t-shirt hitam dan seluar jeans sahaja kerana saiz baju tersebut mudah dijumpai.

Sangat jarang untuk kedai baju jenama terkenal ada stok untuk mereka yang berbadan besar, jadi apa kata anda hadiahkan jaket ini kepada mereka.

Bukan sahaja nampak stylish, ia juga kalis air dan boleh dipakai ketika menaiki motor. Memang sesuai untuk pelbagai keadaan.

Ia juga mempunyai beberapa pilihan warna, jadi anda pilihlah warna yang sesuai dengan tona kulit lelaki anda.

Set Hadiah Untuk Lelaki
Aliver Beard Grooming Set
mulai
RM65.50
Semak Aliver Beard Grooming Set harga dibawah:
add_circle Lengkap untuk penjagaan penuh
add_circle Jambang sentiasa sihat
remove_circle Tak sesuai untuk penumbuhan jambang, hanya penjagaan sahaja

Untuk lelaki yang inginkan jambang sihat, pelbagai proses perlu diambil bagi memastikan jambang mereka tidak keras dan gugur.

Hadiahkan set grooming ni kepada mereka. Di dalamnya ada shampoo khas untuk jambang yang perlu digunakan selama 3 hingga 5 minit. Kemudian bilas dengan air.

Setelah lap sehingga kering, pakai pula minyak jambang untuk memastikan jambang sentiasa lembut dan tidak gatal.

Kemudian pakailah krim yang disediakan agar kulit anda sentiasa cerah dan tidak gelap walaupun selepas mencukur. Kemudian sikat menggunakan berus sehingga rapi.

Hadiah untuk staff lelaki
AULA F2088 Mechanical Keyboard
mulai
RM99.97
Semak AULA F2088 Mechanical Keyboard harga dibawah:
add_circle Selesa untuk menaip
add_circle Ada hand rest
remove_circle Harga mahal berbanding keyboard biasa

Keyboard mekanikal ni berbeza dengan keyboard yang biasa digunakan. Tahap keselesaan ketika menaip jauh lebih baik berbanding yang lain.

Malah keyboard AULA ini juga mempunyai paparan lampu yang menarik perhatian dan sangat cantik untuk dilihat.

Ia juga mempunyai hand rest bagi memastikan pergelangan tangan tidak terlalu lenguh ketika menaip pada waktu yang lama.

Hadiah ini sangat sesuai untuk staff lelaki yang bekerja seharian di depan pc kerana penggunaan keyboard ini sangat selesa dan mudah untuk dipasang.

Juyogo G6879 Stainless Steel Charcoal BBQ Grill Stove
mulai
RM31.00
Semak Juyogo G6879 Stainless Steel Charcoal BBQ Grill Stove harga dibawah:

Jika anda lihat ayah anda yang baru bersara asyik menonton cara-cara memasak BBQ, kami syorkan beli tempat memasak BBQ ini.

Hadiahkan ayah anda dapur pemanggang BBQ ni pun ok juga untuk mengisikan masa ayah anda yang sungguh lapang tu!

Dengan dapur pemanggang BBQ dari Juyogo ini, ayah anda boleh membawanya kemana sahaja disebabkan saiznya yang kecil dan sifatnya yang mudah alih tu.

Hadiah untuk teman lelaki
NIKE Heritage Crossbody Bag
mulai
RM89.00
Semak NIKE Heritage Crossbody Bag harga dibawah:

Sangat normal untuk kita sebagai manusia menjadi seorang yang pelupa.

Jadi dengan menghadiahkan beg silang badan daripada NIKE ini merupakan sebuah hadiah yang bernas untuk diberikan jika teman lelaki anda seorang yang pelupa!

Berbeza dengan perempuan, beg silang badan daripada NIKE ini akan memadai untuk teman lelaki anda! 

Walaupun saiznya kecil, namun ia boleh menyimpan segala benda yang penting seperti kunci motor ataupun kereta, telefon pintarnya, dan macam-macam lagi.

Saiznya yang kecil ini juga membuatkan beg ini boleh dipakai kemana-mana dan agak stylish!

Hadiah untuk baby boy
5 Pairs Cute Baby Cotton Socks
mulai
RM6.50
Semak 5 Pairs Cute Baby Cotton Socks harga dibawah:

Memberi hadiah tidak terhad kepada julat umur tertentu, bayi yang baru lahir pun boleh kita berikan hadiah!

Salah satu hadiah yang boleh diberikan adalah stokin-stokin comel yang boleh dipakai di kakinya.

Lagipun dapat mengelakkan bayi tersebut kehilangan kehangatan yang diperlukan olehnya.

Pasti mereka akan kelihatan sangat comel!

Hadiah sesuai untuk guru lelaki
Pilot
Pilot VBoard Marker Pen Refillable
mulai
RM2.80
Semak Pilot VBoard Marker Pen Refillable harga dibawah:

Hadiah bukan sahaja untuk menggembirakan si penerima tapi boleh mengurangkan beban mereka juga.

Seorang guru sudah pasti harus sentiasa memastikan pen papan putih mereka sentiasa ada dakwat. 

Jadi, hadiahkan lah mereka satu set pen papan putih dari jenama Pilot!

Pen papan putih dari Pilot ini merupakan agak unik berbanding pen papan putih yang lain kerana mempunyai kawasan yang jelas supaya anda dapat melihat paras dakwat didalamnya.

Hadiah farewell untuk lelaki
Exclusive Custom Lamp
mulai
RM65.46
Semak Exclusive Custom Lamp harga dibawah:

Apabila anda ada kawan yang mungkin akan pergi jauh buat masa yang lama, pasti anda berasa sedih kan?

Tidak mengapa. Sebagai satu cara untuk menghargai kenangan yang anda ada bersama dan persahabatan masing-masing, hadiahkan kawan anda sebuah lampu yang customizable.

Dengan cara ini, anda boleh pilih sendiri gambar apa yang anda ingin dan memasukkan kata-kata untuk kawan anda ingat selama anda berjauhan antara satu sama lain.

Personalized Custom Engraved Premium Pen
mulai
RM68.00
Semak Personalized Custom Engraved Premium Pen harga dibawah:

Salah satu cara lain untuk anda memberikan hadiah buat rakan lelaki anda adalah dengan menghadiahkannya sebatang pen.

Tapi bukan pen biasa. Pen ini ada pen premium yang boleh diukir nama yang dihendak.

Jadi ukirlah pen ini dengan nama rakan anda dan hadiahkan ini kepadanya.

MILANDO Travel Pillow U Shaped Pillow Neck (Type 2)
mulai
RM8.46
Semak MILANDO Travel Pillow U Shaped Pillow Neck (Type 2) harga dibawah:

Seorang bos bukan sahaja mempunyai banyak kerja yang perlu dibuat, dia juga pasti mempunyai ramai klien yang perlu bersua muka.

Jadi kesihatannya harus dijaga. Oleh itu, hadiahkan bos anda dengan bantal leher dari jenama MILANDO ini.

Bantal leher ini mampu memberi sokongan kepada leher anda tak kira posisi kedudukan anda ataupun sama ada anda berada di dalam kapal terbang, kereta, ataupun bas.

Diperbuat oleh bahan memory foam iaitu amat selesa apabila digunakan.

Hadiah gadget untuk lelaki
Tribit Xsound Go (Upgraded)
mulai
RM144.27
Semak Tribit Xsound Go (Upgraded) harga dibawah:

Jika rakan lelaki anda sukakan mendengar muzik atau menonton Netflix, anda boleh hadiahkan rakan lelaki anda pembesar suara bluetooth tanpa wayar dari jenama Tribit ni!

Pembesar suara dari Tribit ini mampu mengeluarkan bunyi yang jelas apabila berada di volum  maksimum.

Selain daripada itu, pembesar suara ini juga mampu bermain selama 24 jam, jadi jangan risau jika anda perlu mengecasnya banyak kali.

Hadiah soundbar untuk abang
Xiaomi
mulai
RM138.88
Semak Xiaomi Mi Soundbar harga dibawah:
add_circle Mempunyai subwoofer
add_circle Bebas wayar
remove_circle Berat

Soundbar dari jenama Xiaomi ini dilengkapi dengan 6.5 inci subwoofer.

Subwoofer ini merupakan perincian khas untuk kesan bass atau kesan bunyi lebih tinggi. 

Lagipun soundbar yang mempunyai subwoofer sesuai untuk mereka yang ingin kesan bunyi khas didalam filem aksi. 

Kesan dari 8 unit bunyi soundbar Xiaomi ini memberikan kualiti bunyi yang stabil, crisp dan tidak berdegung.

Sesuai dengan kadar -0dB dikatakan baik untuk pendengaran manusia. 

Soundbar ini menggunakan Bluetooth atau plug AUX untuk disambungkan pada televisyen, komputer dan telefon pintar.  

Hadiah pakaian dalam untuk boyfriend
Byford
byford
mulai
RM26.90
Semak Byford Underwear Cotton Knit Boxers harga dibawah:

Mungkin ada mengatakan kelakar pemberian hadiah pakaian dalam lelaki lebih-lebih lagi ayah kita sendiri tapi sebenarnya, ayah-ayah kita tak pernah nak ambil port walaupun sudah terkoyak dan bertahun-tahun tidak beli yang baru.

Sebagai seorang anak, belikan saja Byford Underwear Cotton Knit Boxers kerana selesa dipakai pada waktu malam atau sarung bersama kain pelikat.

Tambah pula, rekaan Byford jenis ini direka mempunyai butang bahagian tengah bagi memudahkan urusan buang air kecil. 


Cara Pilih Hadiah Yang Sesuai Untuk Lelaki

Sebelum beli hadiah untuk kaum lelaki, perkara pertama anda perlu tahu aktiviti kegemarannya. Jika dia suka main game, belikan hadiah yang relate permainannya dan jika dia gemarkan masak, belikan dia peralatan dapur.

Tidak dapat dinafikan barangan lelaki sangat terhad, pusing-pusing situ je tapi percayalah jika anda kenal insan bernama lelaki, sebenarnya banyak hadiah unik boleh diberikan pada mereka.

Sebaiknya, beli hadiah unik yang boleh beri kenangan antara anda dan dia supaya dia ingat pada diri anda.  


Artikel Berkaitan

End of Article