Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
selamat hari guru

41 Hadiah Terbaik Untuk Guru 2024 (Lelaki & Perempuan)

Jasamu guru akan dikenang sepanjang hayat.

Selain daripada ibu bapa, guru juga merupakan insan yang kita perlu hormati setelah ilmu fardhu kifayah dicurahkan dengan ikhlas.

Kejayaan yang dikecapi tak mungkin dapat diperolehi tanpa ilmu, bantuan dan dorongan guru-guru kita.

Seperti ibu bapa, pendidik juga kita harus menghargai jasa mereka dengan pemberian hadiah walaupun tak diminta.

Kadang-kadang kita perlu mencari hadiah yang kreatif dan sesuai untuk cikgu yang hebat. Anda tak ada idea hadiah untuk guru?

Jadi kami senaraikan cadangan hadiah untuk guru terbaik yang dapat menunjukkan penghargaan anda buat mereka pada 16 Mei ini.


Cara Pilih Hadiah Untuk Guru

Hari Guru semakin hampir dan pastinya ramai yang sedang mencari hadiah untuk guru kesayangan mereka.

Tapi, anda masih buntu dan tak tahu bagaimana memilih hadiah yang sesuai untuk cikgu?

Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda beberapa tips bagaimana untuk memilih hadiah yang terbaik untuk guru anda!

  • Pertimbangkan minat dan hobi guru

Guru juga manusia yang mempunyai minat dan hobi, jadi boleh tanya guru anda, apa hobi mereka?

Cuba pilih hadiah yang sepadan dengan minat atau hobi mereka, seperti buku, kasut sukan, alat tulis atau barang koleksi.

Jika anda masih tidak pasti apa yang perlu anda dapatkan, jangan takut untuk bertanya kepada rakan atau ibu bapa anda.

Mereka mungkin mempunyai idea yang baik dan boleh membantu anda membuat keputusan yang betul.

  • Berikan hadiah yang bermakna

Hadiah yang bermakna boleh menjadi hadiah terbaik, pasti guru anda akan gembira!

Anda boleh memberikan hadiah yang menunjukkan penghargaan dan terima kasih anda kepada guru, seperti mug dengan tulisan "Terima kasih Cikgu", lukisan muka guru anda atau buku ingatan bersama foto daripada pelajar.

  • Pertimbangkan tentang keperluan guru

Selain minat dan hobi, ambil kira juga keperluan guru anda. Adakah dia memerlukan alat bantu mengajar yang baru?

Atau keperluan lain seperti beg, beg buku, kotak pensil atau kasut?

Memahami keperluan guru anda dan memberi mereka hadiah yang berguna akan menjadi tanda penghargaan yang besar kepada mereka.

  • Bajet

Tentukan bajet yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan anda.

Anda tidak perlu membeli hadiah yang mahal untuk menunjukkan penghargaan anda kepada guru.

  • Pembungkusan hadiah

Pilih pembungkusan yang cantik dan menarik dan pastikan anda memasukkan kad ucapan yang ikhlas.

Anda juga boleh sampaikan ucapan terima kasih anda secara langsung dan memberikan hadiah dengan senyuman.

Dengan cara itu, guru kita akan tahu betapa mereka dihargai dan disayangi oleh kita sebagai pelajar.


Senarai 41 Idea Hadiah Untuk Guru

Table of Contents

Hadiah kertas berwarna untuk guru
kad a4 berwarna
Semak Lucky Star A4 Colour Paper 80gsm 450 sheets harga dibawah:

Kertas dengan ketebalan 80gsm ini sangat sesuai dihadiahkan kepada guru tersayang.

Dengan 17 pilihan warna, kertas ini antara pilihan terbaik untuk aktiviti pembentangan guru anda, kerja kursus atau laporan sekolah.

Tambah lagi, kertas ini tidak akan mudah koyak dan guru anda boleh menyampaikan idea, melakukan aktiviti kreatif atau menulis nota pembelajaran dengan lebih menarik.

Hadiah marker pen whiteboard untuk guru
white board marker untuk guru
Semak Artline Whiteboard Marker Pen 500A/509A harga dibawah:

Marker pen jenama Artline ini mengandungi dakwat yang mudah dibaca dan senang dibersihkan tanpa meninggalkan kesan pada papan putih. 

Tersedia dalam 6 warna yang menarik seperti hitam, merah, oren, biru, hijau dan ungu.

Sangat sesuai digunakan untuk guru menulis pada whiteboard, mempunyai bau ringan dan tidak beracun.

Jadi, guru anda boleh mengajar di dalam kelas dengan selamat tanpa membahayakan kesihatan anak muridnya.

Hadiah pen merah dengan ukiran nama
white board marker
Semak CUSTOM ENGRAVE Personalised Premium Metal Pen harga dibawah:

Pen logam premium berkualiti yang boleh diukir dengan nama, teks, atau slogan pilihan anda!

Ciri lainnya mempunyai berat tulisan 0.5mm dan dakwat boleh dipilih dalam warna merah, biru atau hitam.

Anda juga boleh memilih untuk meletakkan pen di dalam kotak hadiah bersama-sama dengan reben yang cantik.

Guru anda pasti akan rasa sangat dihargai dan mengingati anda saat mereka menulis atau melihat pen ini.

Kad ucapan hari guru
kad ucapan hari guru
Semak Kad Ucapan Hari Guru Murah harga dibawah:

Kad ucapan antara hadiah yang paling bermakna buat guru!

Kad ucapan boleh diletakkan di atas meja guru dan akan mengingatkan guru tentang perasaan dan penghargaan anda.

Selain itu, boleh dibuat khas dan personal dengan menambah sentuhan kreativiti, contohnya menambah gambar atau kata-kata hiasan yang bermakna.

Paling mudah, anda boleh beli sahaja kat Shopee dengan harga rendah!

Hadiah kertas a4 putih untuk guru
Paperone
Kertas putih A4
Semak Paperone A4 Paper 75gsm 500pcs harga dibawah:

Guru anda pastinya memerlukan banyak kertas untuk mencetak nota, latihan dan kegunaan lain.

Apa kata anda menyenangkan guru anda dengan menjadikan kertas A4 ini sebagai hadiah hari guru.

Satu paket ini disertakan dengan 500 helai kertas A4 yang sesuai untuk cetakan hitam putih dan warna dalam kualiti yang baik.

Bukan itu sahaja, kertas ini sesuai untuk cetakan setiap hari, laporan, memo, cetakan 2 sisi dan banyak lagi.

Hadiahkan tudung bawal berkualiti untuk guru perempuan
HEEJAB
hijab bawal untuk guru.jpg
Semak HEEJAB Premiun Cotton Voile Bawal Mekar harga dibawah:

Ingin hadiahkan tudung bawal berkualiti untuk guru perempuan anda?

Tudung bawal keluaran HEEJAB ini sangat sesuai untuk guru anda!

Diperbuat dari material premium cotton voile yang halus, lembut dan nyaman digunakan boleh memberi keselesaan kepada guru anda ketika sibuk kesana kemari untuk mengajar. 

Material kainnya juga tidak licin dan selesa untuk dipakai di dalam cuaca panas. 

Selain itu, saangat mudah dibentuk dan rapi mengikut bentuk muka dan rapi di kepala.

Setiap design keluaran HEEJAB juga sangat unik, eksklusif dan cantik.

Cikgu anda pasti akan menyukainya!  

Hadiah shawl untuk guru perempuan
Alfaro
Semak Alfaro Premium Shawl Satin Silk Printed harga dibawah:

Tudung shawl antara tudung yang menjadi kegemaran wanita zaman sekarang atas sebab ianya mudah digayakan, hanya tinggal lilit atau selempangkan mengikut keselesaan.

Berikan tudung jenis shawl ini kepada guru kegemaran anda, pasti mereka akan suka!

Guru kebiasaannya bergerak kehulu kehilir untuk mengajar, jadi koleksi terbaru daripada Alfero ini khusus bagi mereka yang aktif amat sesuai dihadiahkan kepada para guru.

Kualiti kainnya cantik, versatile dan paling penting terdapat lebih 10 pilihan design yang boleh anda pilih yang sesuai dengan citarasa guru anda. 

Hadiah untuk guru perempuan muslimah
Siti Khadijah
sejadah siti khadijah
Semak Siti Khadijah Tekat Light Foam Sejadah harga dibawah:

Hadiahkan guru anda sejadah khas daripada Siti Khadijah ini sebagai tanda menghargai jasanya mengajar anda!

Sejadah yang dibuat daripada material berkualiti tinggi, tebal dan lembut apabila disentuh memberi keselesaan kepada guru anda ketika beribadah. 

Dengan corak pada sejadah yang begitu cantik, minimalist dan teliti design nya pasti dapat menambat hati guru anda.

Kotak yang diberikan sekali bagi setiap pembelian juga sangat eksklusif. Jangan lepaskan peluang untuk membeli set sejadah ini dengan segera! 

Hadiahkan kasut untuk guru lelaki
Skechers
skecher men
Semak Skechers Men GOrun Pulse Stride Running Shoes harga dibawah:

Kaki merupakan salah satu anggota tubuh badan terpenting kerana tanpanya kita tidak dapat bergerak untuk kemana mana. 

Jadi kasut yang memberi keselesaan sangat penting. Anda boleh berikan kasut jenama Skechers ini untuk guru lelaki anda untuk hari guru kelak. 

Kasutnya yang ringan, selesa dan tampak bergaya ini akan memudahkan pergerakan seharian.

Jom buat persediaan untuk hadiah hari guru dengan segera! 

Hadiah hari guru untuk cikgu tadika
hadiah pen untuk hari guru
Semak Teachers' Day Gift Thank You Teacher Rose Pen harga dibawah:

Sudah menjadi lumrah guru, menulis pasti menggunakan pen samada untuk memeriksa kertas peperiksaan ataupun buku nota.

Apa kata hadiahkan pen menarik ini untuk guru anda? Pasti guru anda akan menghargai. 

Hadiah hari guru untuk guru perempuan
Teacher’s Day Tote Bag
Semak Teacher’s Day Tote Bag harga dibawah:

Beg merupakan salah satu benda wajib digunakan oleh seorang guru.

Istimewanya beg ini ialah kerana ianya boleh di custom made untuk tambah nama guru anda di hadapan beg, cukup eksklusif! 

Selain sesuai dibawa ke sekolah, beg ini juga boleh dibawa untuk membeli grocery, letak bekas makanan, telekung dan sebagainya.

Beg tangan ini tahan berat dan boleh mampu membawa barang yang berat. 

Hadiah hari guru untuk lecturer
Rechargeable Smart Robot Vacuum Cleaner
Semak Rechargeable Smart Robot Vacuum Cleaner harga dibawah:

Bagi tenaga pengajar yang berkaliber seperti lecturer, hadiah sebegini sangat sesuai untuk mereka.

Selain didatangkan dengan teknologi yang up-to-date, harganya juga mampu milik. 

Kuasa sedutan nya yang cukup kuat mampu membersihkan rumah dalam tempoh masa yang singkat tanpa perlu mengeluarkan peluh.

Hadiah hari guru untuk guru besar
Gift Set Sejadah Tenun Dengan Premium Box
Semak Gift Set Sejadah Tenun Dengan Premium Box harga dibawah:

Set sejadah tenun beserta premium box pasti mampu membuat guru besar anda gembira! 

Sejadah yang datang khas dari Turkey ini sesuai diberikan sebagai tanda penghargaan kerana kelihatan ekslusif.

Malah, boleh dilipat untuk dibawa kemana mana sahaja.

Coraknya juga menarik dengan pelbagai warna yang menarik.

Hadiah hari guru yang simple
Teacher's Day Kit Kat Chocolate Gift Box
Semak Teacher's Day Kit Kat Chocolate Gift Box harga dibawah:

Coklat digemari oleh setiap lapisan umur. 

Jadi set coklat ini boleh anda hadiahkan kepada guru anda semperna hari guna yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Terdapat 5 Kitkat dalam set ini yang turut didatangkan dengan 1 kad ucapan. 

Design card dan sticker boleh dipilih sendiri mengikut citarasa anda.

Hadiah hari guru untuk cikgu lelaki
Kemeja Formal Long-Sleeved Men Casual Slim Fit
Semak Kemeja Formal Long-Sleeved Men Casual Slim Fit harga dibawah:

Hadiahkan baju kemeja ini untuk guru lelaki anda!

Dengan rekaan bentuk yang lembut, kemas dan terletak elok di badan pasti selesa dipakai.  

Diperbuat daripada kain kapas bermutu tinggi memberi keselesaan untuk si pemakaian baju.

Selain itu kain jenis ini memudahkan pergerakan untuk para guru lelaki yang aktif.

Hadiah hari guru untuk guru lelaki yang bergaya
Semak Men Tie Set harga dibawah:

Buat guru lelaki yang gemar bergaya smart semasa ke sekolah, hadiahkan satu set tie ini untuknya. 

Walaupun harga murah tapi kualitinya setanding dengan tie yang mahal. 

Diperbuat daripada material polyester, set tie ini dilengkapi dengan 1 handkerchief, 1 tie clip dan 2 cufflinks. 

Hadiah hari guru untuk guru yang gemar tulis nota
Semak Blank Notebook harga dibawah:

Letakkan apa sahaja gambar yang dikehendaki atau kata-kata motivasi pada kulit buku ini.

Seperti buku tulis yang biasa mempunyai garis lurus tetapi yang uniknya gambar pilihan anda boleh diletakkan pada kulit buku.

Khas buat guru anda yang gemar menulis atau mengambil nota-nota ringkas untuk dijadikan panduan.

Hadiah hari guru dalam bentuk wangian
Bath & Body Works Gift Box Set
Semak Bath & Body Works Gift Box Set harga dibawah:

Buat kelainan pada hari guru tahun ini dengan menghadiahkan set gift box daripada Bath & Body Works untuk guru kesayangan anda!

Terdapat 3 barang dalam set ini termasuk 1 fragrance mist, 1 body cream/body lotion dan 1 shower gel

Set ini sudah sedia diletakkan dalam kotak eksklusif daripada Bath & Body Work jadi anda tidak perlu membalutnya lagi.

Hadiah hari guru khas buat guru yang menjaga kulit
Mario Badescu
Semak Mario Badescu Summer Shine Body Lotion (177ml) harga dibawah:

Losyen badan dari Mario Badescu ini mengandungi Vitamin A yang dapat mengembalikan keserian pada kulit badan anda.

Tiada lagi penampilan kulit kusam dan tidak bermaya, guru anda akan kelihatan berseri sepanjang hari selepas memakai losyen badan ini.

Hadiah hari guru unik
Semak Magic Mugs harga dibawah:

Ingin menghadiahkan sesuatu yang unik? Cawan ini bukan seperti cawan biasa kerana apabila air panas dituang ke dalamnya, ia akan bertukar dan menunjukkan gambar.

Jadi, pilih gambar yang diingini atau ucapan sempena Hari Guru.

Selain itu, warnanya juga tahan lama dan tidak pudar. Cawan ini pasti akan menjadi kegemaran cikgu anda!

Hadiah hari guru dalam bentuk wangian
FENTY BEAUTY Icon Refillable Semi-Matte Lipstick
Semak FENTY BEAUTY Icon Refillable Semi-Matte Lipstick harga dibawah:

Makeup keluaran Fenty Beauty semakin terkenal kerana kualitinya. 

Didatangkan dengan 10 rona warna yang berbeza dan cantik cantik belaka pasti membuat anda rambang mata ketika memilih warna yang sesuai untuk guru anda.

Lipstik matte ini sangat padan jika guru anda seorang yang bold dan berkeyakinan tinggi!

Pasti tampak berani dan elegan apabila dipakaikan ke atas bibir. 

Hadiahkan gambar untuk guru sebagai kenangan
Semak Blank Desktop Plaque harga dibawah:

Buat anda yang gemar berikan gambar sebagai hadiah kenangan, ini adalah yang terbaik untuk dijadikan pemberian istimewa buat guru anda.

Hadiahkan gambar bersama cikgu kesayangan untuk disimpan sebagai kenangan supaya detik kegembiraan akan sentiasa diingati. Ia juga mempunyai kualiti gambar yang tinggi kerana dilapisi oleh gloss licin supaya nampak berkilau dan lebih rapi.

Hadiah buat guru yang gemar minuman sejuk/panas
Semak Blank Tumbler harga dibawah:

Tumbler ini sangat sesuai diberikan kepada cikgu yang suka minum kopi atau mungkin hot chocolate yang tidak terlalu panas. Letakkan ucapan atau kata-kata motivasi supaya mereka rasa lebih bersemangat ketika hendak mulakan kerja.

Hadiahkan bunga sabun untuk guru
Single Soap Rose Flower Bouquet
Semak Single Soap Rose Flower Bouquet harga dibawah:

Bunga sesuai untuk apa jua majlis. Beri penghargaan kepada guru anda dengan memberikan bunga sabun ini kepada mereka.

Selain kelihatan cantik dan boleh dijadikan hiasan deko di rumah, ianya juga boleh digunakan untuk membasuh tangan. 

Para guru yang minat dengan hiasan deko sebegini pasti gembira apabila menerima kuntuman bunga ini di hari guru! 

Hadiah untuk guru lelaki yang menjaga penampilan diri
Philips
Semak Philips Aqua Touch Wet and Dry Electric Shaver S1030 harga dibawah:

Dilengkapi dengan jaminan ketahanan selama 2 tahun dari Philips, shaver ini berkuasa tinggi dan bilahnya juga boleh diganti setelah tumpul. Hanya bercukur selama 45 minit sehari, kulit wajah anda bebas dari janggut dan misai yang tidak terurus. 

100% kalis air dan boleh dibilas menggunakan air tetapi elakkan daripada mencuci dengan sabun kerana nanti bilahnya cepat berkarat. Pemegang shaver ini ergonomik dan sesuai kegunaan guru lelaki.

Hadiahkan kek semperna hari guru
Semak Happy Teacher’s Day Cake harga dibawah:

Berikan kejutan untuk guru kesayangan anda dengan menempah kek khas dari Giftr ini. Ianya kek yang dihiasi dengan tulisan dan miniature kecil, menambahkan tarikan pada kek ini.

Ada 2 pilihan cake base yang boleh anda pilih samada Vanilla Butter atau Moist Chocolate. Yang mana satu kegemaran guru anda? Buatlah pilihan sekarang!

Smart 55°C Warmer Cup Coaster Heating Cup
Semak Smart 55°C Warmer Cup Coaster Heating Cup harga dibawah:

Cup yang didatangkan dengan pemanas ini amat sesuai dihadiahkan kepada guru anda yang suka minum kopi atau teh panas.

Terdapat beberapa warna menarik yang boleh anda pilih mengikut warna yang digemari oleh guru anda.

Hadiahkan guru anda cup warmer ini dengan harga yang cukup murah dan berpatutan ini!

diy hadiah untuk hari guru
DIY Handcraft Teacher’s Day
Semak DIY Handcraft Teacher’s Day harga dibawah:

Jika anda mempunyai kelapangan masa dan gemar untuk diy hadiah, anda boleh cuba set diy handcraft ini!

Hadiah yang dibuat dengan hasil tangan anda sendiri biasanya lebih bermakna jika dihadiahkan kepada seseorang. Terutamanya buat insan yang bergelar guru.

Terdapat beberapa jenis design yang boleh anda pilih ataupun yang boleh anda design sendiri. Jenis material yang digunakan juga tahan lama dan boleh disimpan oleh guru anda dalam tempoh masa yang panjang. 

Hadiah jam tangan untuk guru lelaki
Jam Tangan Lelaki Waterproof Stainless Steel
Semak Jam Tangan Lelaki Waterproof Stainless Steel harga dibawah:

Ayuh dapatkan jam berkualiti tinggi ini untuk diberikan sebagai tanda anda menghargai pengorbanan seorang guru.

Dengan jaminan warranty selama 3 tahun dan diperbuat dari besi tahan karat, jam ini dalam berbakti untuk satu tempoh masa yang panjang. Hadiah ini pasti akan diingati oleh guru anda sepanjang hayatnya. 

Minyak wangi istimewa untuk guru lelaki
Jean Miss Pure Homme Perfume For Men
Semak Jean Miss Pure Homme Perfume For Men harga dibawah:

Perfume daripada koleksi Smart Perfume Suit Spray Set ini tahan selama 12 jam dengan baunya yang ‘maskulin’. 

Kandungannya yang terdiri daripada bahan bahan tidak bertoksik, maka ianya selamat buat mereka yang mempunyai alergi.

Set ini harus dijadikan salah satu hadiah pilihan anda untuk guru lelaki anda ketika sambutan hari guru nanti!

Hadiah hari guru untuk guru bersalin
Nursing Pillow Maternity Breastfeeding
Semak Nursing Pillow Maternity Breastfeeding harga dibawah:

Mencari hadiah hari guru paling sesuai buat guru anda yang baru bersalin?

Jangan risau, nursing pillow yang serbaguna ini boleh anda jadikan sebagai salah satu pilihan. 

Selain dapat digunakan ketika menyusu, untuk memberi keselesaan kepada si ibu dan bayi, bantal ini juga boleh dijadikan bantal tidur untuk bayi dan juga si ibu.

Satu barang dengan pelbagai kegunaan yang bermanfaat untuk guru anda ini harus anda dapatkan segera sebelum hari guru tiba.

Hadiah shawl untuk guru perempuan
Wild Card Salju Hijab Collection
Semak Wild Card Salju Hijab Collection harga dibawah:

Tudung shawl antara tudung yang menjadi kegemaran wanita zaman sekarang atas sebab ianya mudah digayakan, hanya tinggal lilit atau selempangkan mengikut keselesaan.

Berikan tudung jenis shawl ini kepada guru kegemaran anda, pasti mereka akan suka!

Guru kebiasaannya bergerak kehulu kehilir untuk mengajar, jadi koleksi terbaru daripada Innersejuk khusus bagi mereka yang aktif amat sesuai dihadiahkan kepada para guru.

Kualiti kainya cantik, versatile dan paling penting terdapat lebih 100 pilihan design yang boleh anda pilih yang sesuai dengan citarasa guru anda.

Hadiah beg tangan untuk guru perempuan
Women 3 In 1 Fashion Sammi Shoulder Handbag Set
Semak Women 3 In 1 Fashion Sammi Shoulder Handbag Set harga dibawah:

Beg antara benda wajib untuk seorang guru.

Dapatkan set bag 3 dalam 1 dengan harga mampu milik ini dengan segera!

Design bag yang simple dengan warna yang stylish pasti menjadi idaman setiap wanita! Jadi ianya sesuai untuk diberikan kepada guru perempuan anda!

Set ini didatangkan dengan 1 shoulder bag, 1 sling bag dan 1 handbag. Shoulder bag mampu menampung barang berat disamping saiznya yang besar boleh dimuatkan dengan laptop ataupun ipad.

Hadiahkan kerusi urut sempena hari guru
Ogawa XE Prime Massager Seat Portable
Semak Ogawa XE Prime Massager Seat Portable harga dibawah:

Tidak salah berbelanja lebih untuk menyambut hari guru pada tahun ini dengan menghadiahkan kerusi urut kepada guru tercinta. 

Fungsi utama kerusi urut Ogawa XE ini lebih tertumpu pada bahagian belakang, punggung dan juga tengkuk, iaitu bahagian bahagian yang seringkali mengalami kesakitan ataupun lenguh. 

Sudah pasti kerusi urut ini akan menjadi hadiah teristimewa seumur hidup jika ia dihadiahkan ketika hari guru kelak. 

Hadiah beg kulit untuk guru lelaki
VELLA JEEP Elegant Office Bag
Semak VELLA JEEP Elegant Office Bag harga dibawah:

Guru lelaki juga menggunakan beg, namun seringkali beg dihadiahkan kepada guru perempuan. 

Jadi kali ini ayuh kita lihat beg yang boleh diberikan kepada guru lelaki pula. 

Beg kulit daripada Jeep ini sangat berkualiti tinggi dengan beberapa compartment besar yang menjadi kelebihan beg ini jika dibandingkan dengan beg yang lain.

Ia juga menggunakan zip dan juga magnetic flap sebagai ciri keselamatan untuk melindungi isi beg tersebut. 

Guru anda pasti kelihatan bergaya menggayakan beg kulit ini!

Semak Himalaya Purifying Neem Face Wash (50ml) harga dibawah:
add_circle Matikan bakteria pada wajah
add_circle Menggunakan bahan semulajadi
add_circle Tidak akan meninggalkan kesan sampingan
remove_circle Bergantung kesesuaian kulit individu

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash antara hadiah sesuai anda boleh berikan kepada guru kerana pencuci muka ini sesuai digunakan oleh perempuan dan lelaki.

Pencuci muka ini juga bersifat antibakteria yang dapat melindungi kulit daripada ditumbuhi jerawat dan akan membersihkan kotoran daripada kulit wajah & membersihkan liang pori yang tersumbat. 

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash adalah sesuai bagi semua jenis kulit terutama kulit sensitif dan bahan utama yang digunakan adalah Neem yang dapat memperbaiki sel kulit dari akar umbinya.

Pencuci muka ini bersifat anti-keradangan dan anti-bakteria yang dapat menghalang serta membantutkan pertumbuhan jerawat degil.

Semak Grace & Glow Daisy Hair Vitamin Mist Sweet scented harga dibawah:
add_circle Menjadikan rambut volume
add_circle Mengandungi vitamin
add_circle Mengilaukan rambut
add_circle Mengurangkan keguguran rambut
remove_circle Melekit sedikit

Guru lelaki pun boleh pakai Daisy Hair Vitamin Mist ini, jadi hadiah ini boleh masuk dalam senarai untuk guru anda.

Mist rambut ini mempunyai bau minyak wangi berjenama iaitu Daisy by Marc Jacobs. Sangat wangi!

Malah, dengan bahan utama Keratin dan Vitamin B5 CE yang boleh memberi banyak manfaat pada rambut.

Antaranya menjadikan rambut mudah diurus, mempunyai lebih banyak volume, dan memberikan kilauan semula jadi.

Bahan penting yang ada dalam hair mist ini adalah Vitamin B5 7% + C 2% + E 2% dan Keratin 10%.

Hasilnya rambut anda akan sukar gugur, mudah diaturkan, rambut bersinar dan memberikan rambut kelihatan sihat dan segar. 

Semak Amazfit BIP U Pro Smart Watch harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Pelbagai fungsi
remove_circle Skrin LCD, bukan AMOLED

Smartwatch kini telah menjadi trend dikalangan masyarakat kita dan sudah ramai mula menggayakannya tidak kira lelaki atau perempuan.

Anda boleh berikan smartwatch ini kepada guru anda terutama guru lelaki yang suka menjaga penampilan diri dan mahu kekal in trend.

Kalau guru anda baru mula nak menceburi pelbagai gaya hidup sihat, jam Amazfit memang sesuai untuk mereka.

Ini kerana jam ini mempunyai pelbagai fungsi seperti memantau oksigen, 60 sports mode, dan juga GPS. 

Malah untuk mereka yang tak suka smartwatch sebab kena caj selalu tak perlu risau lagi dan jam ini boleh bertahan sehingga 9 hari tau!

Bukan itu sahaja, dengan paparan skrin yang besar dan kalis air, memang tak perlu risau untuk pakai jam ni kemana-mana sahaja tak kiralah untuk aktiviti santai atau lasak.

Petrus PE3320
Semak Petrus PE3320 Coffee Machine harga dibawah:
add_circle Ringan dan saiz yang kecil
add_circle Design retro yang sangat cantik
remove_circle Material binaan plastik
remove_circle Bunyi agak bising

Adakah guru anda seorang yang gemar minum kopi terutama pada waktu pagi? Kalau anda ada bajet lebih, hadiah ni mungkin menarik!

Jom hadiahkan kepada guru anda mesin kopi Petrus PE3320 yang didatangi 0.8 liter supaya guru anda dapat membancuh kopi dengan mudah. 

Malah, bukan setakat boleh bancuh kopi asli saja tapi dapat membancuh cappuccino, latte dan juga mocha dengan mudah.

Jadi, tak perlu membazir beli di kedai atau cafe, bancuh saja di rumah!

Semak Tupperware Blue Royale Serveware harga dibawah:
add_circle Ada dua pilihan warna
add_circle BPA free
add_circle Boleh guna untuk microwave
remove_circle Harga mahal

Siapa yang tak suka Tupperware? Pasti guru anda akan sangat sukakannya!

Semua perempuan tidak kira usia, tua ataupun muda pasti menggemari produk keluaran Tupperware ini. 

Set yang didatangkan lengkap dengan semua kelengkapan set makan ini menjadi dambaan semua wanita untuk dijadikan koleksi untuk musim kali ini. 

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan set Tupperware Blue Royal ini untuk dihadiahkan khas buat guru kesayangan anda!

Semak Creative Stage Air Compact harga dibawah:

Cikgu suka menonton movie atau filem aksi dan mendengar lagu? Kami syorkan belikan mereka soundbar murah ini.

Dengan kawalan fungsi Bluetooth 4.2 Wireless Stereo speaker ini boleh dimainkan sehingga jarak 10 meter.

Malah dengan frekuensi 2402 – 2480MHz sudah cukup untuk mendengar lagu walaupun berada jauh dari soundbar

Saiz bateri 2200mAh mampu menghidupkan soundbar sehingga 6 jam untuk penggunaan berterusan dan boleh bawa ke mana saja.


Apakah Hadiah Sesuai Untuk Guru Perempuan Atau Lelaki?

Baik guru lelaki dan perempuan pasti rasa tersentuh apabila ada diantara pelajar mereka yang menghargai setiap ilmu yang diberikan.

Meskipun mereka tidak diminta untuk diberikan hadiah malah cukup bersyukur jika muridnya menitipkan doa buat mereka.

Tapi tak salah rasanya jika kita berbelanja lebih sedikit walaupun tidak terbanding jasa dan pengorbanan mereka. 

Jadi, hadiah apa yang sesuai untuk guru lelaki atau perempuan?

Sebenarnya semua jenis hadiah sebab kami yakin para pendidik tidak memandang seberapa besar sesuatu harga hadiah tapi keikhlasan dan kejayaan anda yang dipandang.

Akhirnya, bagilah apa pun hadiah, pasti mereka akan menghargai dan ingat wajah anda.


Artikel Berkaitan

End of Article