Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

32 Cadangan Hadiah untuk Ibu di Malaysia 2022

Oh ibu, engkaulah ratu hatiku!

Tak semestinya membelanjakan wang yang banyak merupakan cara menunjukkan rasa kasih dan sayang pada ibu.

Sebenarnya cukup menghargai kehadirannya, membantu meringankan beban mereka dan menghormati mereka.

Tapi, jika tetap ingin memberi hadiah, tak perlu pening kepala fikir barang apa nak kena beli kerana kami ada senarai lebih 30 jenis hadiah.

Walaupun Hari Ibu jatuh pada bulan Mei, tapi tak salah nak survey dulu hadiah untuk mereka. Lagipun hari ibu hari-hari!


32 Hadiah Bermakna Buat Ibu

Hadiah birthday untuk ibu
Christy Ng
ChristyNg Flower Power Canvas Tote
Semak Christy Ng Flower Power Canvas Tote harga dibawah:

Setiap wanita terutamanya si ibu pasti meminati beg!

Tote bag edisi khas daripada ChristyNg ini sesuai dijadikan sebagai hadiah sempena Hari Ibu yang bakal menyusul tidak lama lagi

Tote bag ini boleh mereka guna untuk bawa ke pasaraya untuk mengisi barang dapur yang kering mahupun basah.

Beg biru cerah dengan berlatarbelakangkan corak bunga kecil ini kelihatan simple namun lembut membuatkan si pemakai kelihatan muda berseri. 

Hadiah untuk ibu 60 tahun
Orkid Latex Printed 3D
Semak Orkid Latex Printed 3D harga dibawah:

Beri Orkid Lated Printed 3D ini kepada si ibu sempena ulangtahun ke 60. 

Kualitinya yang dijamin bermutu tinggi pasti akan dapat kekal lama.

Set ini didatangkan dengan pasu yang boleh anda pilih sendiri. Ia pasti menceriakan hati dan rumah si ibu. 

Buat ibu yang gemar mengumpul koleksi solekan.
No Brand
Semak Adjustable 360 Rotate Cosmetic Case Storage harga dibawah:

Bekas menyimpan solekan ini tahan lama dan boleh digunapakai untuk mempamerkan set koleksi solekan kegemaran ibu anda. Rekabentuknya diamond dan boleh diputar sebanyak 360 darjah. Ini memudahkan ibu anda mencari solekan kegemarannya tanpa perlu memunggah keluar dari bekas.

Hadiah untuk ibu mertua
Tupperware Blue Royale Serveware
Semak Tupperware Blue Royale Serveware harga dibawah:

Siapa yang tak suka Tupperware?

Semua perempuan tidak kira usia, tua ataupun muda pasti menggemari produk keluaran Tupperware ini. 

Set yang didatangkan lengkap dengan semua kelengkapan set makan ini menjadi dambaan semua wanita untuk dijadikan koleksi untuk musim kali ini. 

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan set Tupperware Blue Royal ini untuk dihadiahkan khas buat ibu mertua kesayangan anda!

NAELOFAR Najma Comfort Sejadah
Semak NAELOFAR Najma Comfort Sejadah harga dibawah:

Anda masih tercari cari hadiah untuk diberikan kepada makcik anda?

Boleh berikan sejadah Najma daripada Naelofar ini sebagai hadiah untuk mereka.

Warna yang lembut dengan rekaannya yang cantik pasti dapat menggembirakan makcik anda.

Ketebalan sajadah ini pasti memberi keselesaan ketika mereka beribadah.

Hadiah untuk ibu murah tapi bermakna
Siti Khadijah Telekung Signature Tiara in Nude Pink
Semak Siti Khadijah Telekung Signature Tiara in Nude Pink harga dibawah:

Siapa tidak kenal jenama Siti Khadijah?

Jenama yang seringkali meniti di bibir para wanita tiap kali ingin membeli telekung.

Bukan hanya pada jenama, tudung rekaan mereka terbukti memberi keselesaan kerana fabriknya yang sejuk.

Ayuh dapatkan tudung ini dengan harga yang berpatutan akan tetapi mampu memberi makna kepada si ibu.

Hadiah ibu mengandung
Bantal Ibu Mengandung
Semak Bantal Ibu Mengandung harga dibawah:

Ibu mengandung seringkali mengadu sakit belakang

Jadi buat kejutan kepada mereka sempena Hari Ibu dengan memberi bantal peluk khas buat mereka. 

Didatangkan dengan 5 warna yang berbeza jadi anda boleh pilih mana satu warna kegemaran mereka. 

Dengan pemberian ini, mereka pasti dapat tidur dengan selesa!

Landscape Slim Canvas Air Hanging Photo Frame
Semak Landscape Slim Canvas Air Hanging Photo Frame harga dibawah:

Jarang kita lihat hadiah diberikan dalam bentuk photo frame canvas bukan? 

Namun mengapa tidak? Pasti memberi senyuman pada wajah si ibu pada ulang tahunya. 

Anda boleh membuat pesanan khas untuk memilih gambar mana yang anda ingini, mereka pasti mampu merealisasikannya. 

Kami yakin ibu anda tidak jemu memandang photo frame di dinding terutama jika anda memilih gambar keluarga.

Hadiah untuk ibu berpantang
MIZONA Adjustable Nursing Chair
Semak MIZONA Adjustable Nursing Chair harga dibawah:

Saat kita mendengar berita kelahiran ahli baru dalam keluarga, pasti kita teringat akan si bayi. 

Namun si ibu adalah yang paling banyak bertarung nyawa, jadi beri penghargaan buat si ibu dengan memberi kerusi khas untuk ibu mengandung ini!

Kerusi ini sesuai untuk si ibu yang ingin menyusukan bayi untuk memberi keselesaan kepada mereka.

Terdapat 4 pilihan warna yang cantik untuk anda pilih. 

Pasti si ibu suka hadiah berguna seperti ini!

Hadiahkan air humidifier kepada si ibu
Deerma Smart Air Humidifier
Semak Deerma Smart Air Humidifier harga dibawah:

Ibu anda sering mengadu sakit dada ataupun sering batuk dirumah?

Mungkin kerana faktor habuk yang tidak kelihatan di dalam rumah.

Anda boleh berikan air humidifier ini kepada ibu anda untuk dipasang di rumah bagi menghapuskan habuk habuk kecil yang tidak kelihatan dengan mata kasar. 

Selain dapat menjaga kebersihan, kesihatan mereka juga turut sama terjamin!

Hadiah hari raya untuk ibu
KUN Eyelet Starry Stylish Curtain
Semak KUN Eyelet Starry Stylish Curtain harga dibawah:

Ceriakan rumah anda dengan langsir baru buat menggembirakan hati si ibu sempena hari raya ini. 

Langsir yang datang dengan pelbagai warna ini pasti mampu menaikkan seri rumah.

Lagipun dapat memberi suasana yang berbeza untuk menyambut perayaan sekali setahun ini!.

Si ibu boleh memilih sendiri rekaan ataupun warna mana yang mereka minati. 

Body & Earth Luxurious Bath and Body Kit Gift Set Mother's Day
Semak Body & Earth Luxurious Bath and Body Kit Gift Set Mother's Day harga dibawah:

Miliki 6 produk wangian untuk mandian dan badan dalam satu set.

Set keluaran khas Body & Earth sempena Hari Ibu harus dimiliki oleh setiap wanita diluar sana. 

Dengan rekaan kotak dan produk yang tampak eksklusif dan harga yang mampu milik, pasti menjadi rebutan untuk dijadikan hadiah sempena Hari Ibu.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merebut peluang keemasan memiliki set ini!

SEMBONIA Small Crossgrain Satchel Bag in Brown
Semak SEMBONIA Small Crossgrain Satchel Bag in Brown harga dibawah:

Beg ini sesuai dipakai ke mana-mana tempat atau acara kerana warnanya senang untuk dipadankan dengan rona baju.

Terdapat banyak poket dan ruang untuk meletakkan barang di dalam beg dan yang paling penting ialah berzip. 

Malah, mempunyai tali yang panjang untuk menyilangkan beg bagi yang tidak suka memegang beg tangan. 

Khas buat mama tersayang, gembirakan hatinya sempena hari istimewa ini! 

Hadiah hari ibu set periuk Tefal
Tefal
Semak Tefal Bistro Red Cookware Set Pots & Pans (5pcs) harga dibawah:

Ibu anda gemar ke dapur dan memasak makanan yang enak-enak buat hidangan keluarga?

Apa kata hadiahkan set cookware dari Tefal ini dengan mengandungi 5pcs cookware dalam satu kotak termasuk 2 frypan, 2 saucepan, milkpan dan penutup.

Periuk-periuk ini disalut dengan non-stick coating dan anti-calar agar memudahkan ibu anda memasak.

Dilengkapi dengan teknologi Thermospot dimana berfungsi penunjuk bahawa periuk sedang dipanaskan.

Rawatan kulit bagaikan spa untuk ibu
The Body Shop Spa Of The World - Hawaiian Kukui
Semak The Body Shop Spa Of The World - Hawaiian Kukui harga dibawah:

Sekali-sekala, tidak salah berbelanja besar untuk kayak anda yang penat menjaga anak di rumah dengan memberikannya set penjagaan kulit badan daripada The Body Shop. 

Skrub badan yang mengandungi minyak kukui membantu memulihkan kelembutan semula jadi kulit, menjadikannya berasa berkhasiat, lembut dan lembab.

Kakak anda pasti akan terasa lebih tenang sesudah menggunakan skrub ini!

Hadiah hari ibu set pinggan mangkuk moden
Corelle
Set pinggan mangkuk moden
Semak Corelle Livingware City Block Dinner Set harga dibawah:

Set pinggan ini berkonsepkan moden kerana warna yang digunakan ialah hitam dan putih.

Mempunyai corak geometri yang membuatkan pinggan ini nampak lebih elegan.

Terdapat beberapa jenis pinggan didalam set ini iaitu piring, pinggan, mangkuk serta cawan.

Semak Fitbit Inspire HR Smart Fitness Heart Rate + Activity Tracker Watch harga dibawah:

Jam tangan ini memudahkan untuk mengira langkah, jarak dan kalori terbakar akibat aktiviti yang dijalankan.

Memang sesuai untuk ibu anda yang sukakan melakukan aktiviti lasak.

Jam dari jenama Fitbit ini dapat memberi peringatan supaya bergerak aktif untuk mencapai matlamat hidup sihat. 

Boleh gunakannya semasa melakukan aktiviti outdoor mahupun di dalam air.

Jadi ibu anda tidak perlu bawa telefon bimbit ketika bersenam kerana boleh berhubung melalui jam Fitbit ni saja.

J'adore Eau De Parfum Infinissime (50 ml)
Semak J'adore Eau De Parfum Infinissime (50 ml) harga dibawah:

Wangian istimewa daripada Dior ini sering menjadi pilihan para wanita kerana baunya yang mewah, harum dan tahan lama. 

Mengandungi esen dari bunga dengan ekstrak daripada Centifolia Rose, Jasmine Sambac, Ylang-Ylang dan Grasse Tuberose memberi ‘exotic feel’ kepada si pemakai selepas menggunakannya. 

Pasti si pemakai tampil lebih yakin apabila menyembur wangian ini ke tubuh mereka. 

Semak Marvy Intelligent Foot & Leg Massage Reflexology Massager harga dibawah:

Ibu anda selalu rasa sakit kaki selepas seharian berjalan atau berdiri terlalu lama ketika bekerja?

Ini adalah mesin urut kaki yang sangat sesuai untuk melegakan ketegangan urat dan meningkatkan peredaran darah.

Mesin ini mengurut dari betis sehingga ke tapak kaki.

Jadi, selepas ini, tapak kaki pasti akan lebih selesa dan boleh berjalan dengan lebih lama lagi.

Hadiah hari ibu tupperware
Tup Tiffin
Tuppaware Tup Triffin
Semak Tupperware Tup Tiffin Set (4) 550ml harga dibawah:

Jika ibu anda seorang yang sukakan koleksi tupperware, boleh belikan mereka Tup Triffin.

Maklumlah, para ibu akan gunakan tupperware ini untuk waktu kecemasan.

Misalnya untuk menyimpan lebihan makanan di rumah apabila tiada tempat yang sesuai untuk menyimpan.

Mungkin dengan pemberian koleksi tupperware Tup Triffin yang mempunyai empat tingkat dan pelbagai warna ini membuatkan ibu anda lebih menyayangi anda.

Hadiah untuk ibu mesin pencuci muka
FOREO
Semak FOREO Luna Mini 2 harga dibawah:

Selain daripada memanjakan ibu anda di spa, anda juga boleh buat rumah anda spa dengan menghadiakan LUNA Mini 2.

Barang ini sangat famous untuk fungsi cuci muka jadi hadiahkan FOREO ini pada ibu anda untuk mereka rasai cucian muka ala-ala spa.

Fungsi Foreo Luna Mini-2 ini akan membersihkan permukaan kulit sehingga lubang pores yang paling dalam.

Sekaligus menjadikan kulit kelihatan lebih sihat, segar dan awet muda.

Hadiah hari ibu barang perhiasan
Her Jewellery
Semak Her Jewellery Double Ring 3 Styled Embellished Swarovski harga dibawah:

Seperti kita tahu, kebanyakan wanita sukakan barang perhiasan seperti cincin, gelang, rantai atau anting-anting.

Jika ibu anda tergolong dalam kumpulan ini, hadiahkan saja Her Jewellery Double Ring 3 Styled!

Mesti dia suka teruja dengan pemberian kecil ini.

Berikan ketegangan kulit pada wajah si ibu.
SK-II
SK-II Pitera
Semak SK-II PITERA (Power Kit) harga dibawah:

Semua wanita inginkan kecantikan termasuklah ibu kita tapi malangnya, kesibukan jadual hariannya membesar dan mendidik kita membuatkan kesihatan kulilt wajahnya terjejas.

Ibu anda layak untuk tampil cantik dan berseri-seri dengan SK-II Facial Treatment Pitera (Power Kit) kerana set ini mengandungi cleanser, milky lotion dan juga krim wajah yang sesuai untuk menganjalkan kulit.

Set Lip Gloss buat ibu tersayang
PAT MCGRATH LABS Love & Lust Lip Gloss Duo
Semak PAT MCGRATH LABS Love & Lust: Lip Gloss Duo harga dibawah:

Duo pewarna bibir mewah ini menyerlahkan warna erotik yang sama rata dengan kilauan yang menggoda dari glossy balm.

Pasti ibu anda akan tampak muda dari usianya apabila mengoles pengilat bibir ultra-ringan ini! 

Formulasi kandungan dalam set edisi terhad ini diolah supaya gelnya tidak melekit. Jadi si pemakai akan kekal selesa tanpa merasa seperti memakai apa apa di bibir.

Primer mata yang sesuai untuk si ibu.
Semak FENTY BEAUTY Pro Filt’r Amplifying Eye Primer (8ml) harga dibawah:

Jika ibu anda sukakan bersolek, bolehlah belikan Pro Filt’r Amplifying Eye Primer dari Fenty Beauty, pembayang mata tanpa warna dan primer mata ini juga dapat menutup serta melincinkan bahagian kulit bawah mata yang kasar.

Jangan risau, primer mata ini sesuai untuk semua warna kulit kerana mengandungi formula invisipink yang membolehkan dijadikan sebagai 'perisai' eyeshadow terbaik kerana tekstur primer mata dari Fenty Beauty tahan lebih lama.

Manjakan badan ibu dengan mesin pengurut.
OGAWA
Ogawa
Semak OGAWA Snazzy Touch Rechargeable Hand Held Massager harga dibawah:

Jenama Ogawa sangat terkenal dalam rangkaian alatan penjagaan kesihatan. Produk terbaru dari Ogawa, Snazzy Touch Rechargeable Hand Held Massager dapat mengurangkan rasa letih dan melegakan kekejangan otot, merangsang dan meningkatkan peredaran darah serta meringankan ketegangan dan tekanan dalam badan.

Jadi, hadiah ini sangat sesuai untuk ibu kerana setelah penat melakukan kerja rumah atau melalukan kerja di pejabat. Set ini datang dengan tiga kepala urut yang boleh ditukar ganti dan 5 tahap getaran yang berbeza. Menarik bukan?

Mesin kopi untuk si ibu yang penggemar kafein.
Petrus
Petrus PE3320
Semak Petrus PE3320 Coffee Machine harga dibawah:
add_circle Ringan dan saiz yang kecil
add_circle Design retro yang sangat cantik
remove_circle Material binaan plastik
remove_circle Bunyi agak bising

Adakah ibu anda seorang yang gemar minum kopi terutama pada waktu pagi? Apa kata hadiahkan kepadanya mesin kopi Petrus PE3320 yang didatangi 0.8 liter supaya ibu anda dapat membancuh kopi dengan mudah. 

Malah, bukan setakat boleh bancuh kopi asli saja tapi dapat membancuh cappuccino, latte dan juga mocha. Jadi, tak perlu membazir beli di kedai atau cafe, bancuh saja di rumah!

Oven untuk si ibu yang gemarkan baking.
Pensonic
Pensonic 23L Electric Oven PEO-2305
Semak Pensonic 23L Electric Oven PEO-2305 harga dibawah:

Terbaik buat si ibu yang gemarkan mememasak pastries atau membuat biskut dengan menggunakan oven dari Pensonic yang didatangi dengan 23L kapasiti untuk sekali masak.

Bukan itu saja, kelebihan lain Pensonic 23L Electric Oven PEO-2305 adalah dapat mengawal suhu sehingga 250 ℃ dan mempunyai pemas automatik 60 minit.

Mudahkan ibu anda dengan sekali gosok.
Tefal
Tefal Steam Generator Express Compact Iron (SV7112)
Semak Tefal Steam Generator Express Compact Iron (SV7112) harga dibawah:

Sudah semestinya satrika adalah salah satu kelengkapan rumah yang wajib ada dan memerlukan masa yang agak panjang untuk menggosok baju tapi dengan Tefal Steam Generator Express Compact Iron (SV7112), akan lebih memudahkan ibu anda menggosok kain dengan sekali gosok kerana kekuatan stim hingga 360g / minit untuk lipatan degil.

Teknologi yang ada pada steam iron ini dapat melaraskan suhu yang dikehendaki semasa seterika baju jenis material berlainan, sekaligus tidak mudah terbakar, seterika ini akan tutup secara automatik jika tidak menggunakannya walaupun sedang suis sedang berfungsi.

Skechers Women BOBS Sport B Flex Shoes - 117300
Semak Skechers Women BOBS Sport B Flex Shoes - 117300 harga dibawah:

Kasut dengan warna cerah ini tampak bergaya dan ranggi jika digayakan oleh ibu anda. 

Pasti mereka kelihatan muda daripada usia. Kasut keluaran Sketcher ini sudah dikenali ramai atas faktor keselesaan yang dijamin 100%.

Meskipun harganya agak mahal, namun jika dibandingkan dengan tahap keselesaan yang ditawarkannya, ianya sudah amat berpatutan. 

Mari beli segera untuk anda sarungkan ke kaki si ibu sempena Hari Ibu tahun ini!.

Jambanan bunga kait untuk Hari Ibu
JYJ Daisy Crochet Knitting
Semak JYJ Daisy Crochet Knitting harga dibawah:

Tidak ada wanita yang akan menolak jika dihadiahkan bunga,apatah lagi bunga yang dikait khas.

Jambangan bunga kait ini agak mahal jika dibandingkan dengan bunga segar di pasaran.

Namun kerana nilai estatikanya serta masa yang diambil untuk menyiapkan setiap kelopak bunga, maka harganya amatlah bersesuaian.

Bunga ini tidak layu jadi penjagaannya tidaklah serumit bunga segar. 

Malah kekal selamanya dan dapat diabadikan untuk tempoh yang begitu panjang. 

Ibu anda pasti menyukai pemberian anda pada kali ini!

Hadiah Hari Ibu murah
FAZURA Tudung
Semak FAZURA Tudung harga dibawah:

Ingin membuat ibu anda gembira tanpa perlu berbelanja lebih?

Dapatkan tudung Fazura untuk memiliki tudung eksklusif keluaran artis ternama Malaysia, Fazura dengan harga mampu milik.

Design pada tudung yang berona lembut menggunakan warna pastel ini pasti kelihatan lembut dan ayu ketika disarungkan di kepala. 

Para ibu yang meminati Fazura wajib memiliki sekurang kurangnya satu helai tudung keluaran Fazura ini! 

Hadiah untuk ibu yang gemar bersolek
Authentic Dior Backstage Glow Face Palette 10g
Semak Authentic Dior Backstage Glow Face Palette 10g harga dibawah:

Ibu anda seorang yang gemar bersolek?

Masukkan Backstage Glow Face Palette ini dalam list hadiah untuk diberikan sempena Hari Ibu kelak.

Palet ini menjadi dambaan setiap wanita kerana rona warnanya yang tampak mahal dan elegan

Ayuh dapatkan segera sebelum anda berputih mata. 

Hadiah untuk ibu yang aktif bersukan
ADIDAS Windbreaker Women Pink Women Pink H40972
Semak ADIDAS Windbreaker Women Pink Women Pink H40972 harga dibawah:

Ibu anda seorang yang aktif bersukan dan anda masih mencari barang yang sesuai?

Hadiahkan mereka windbreaker jenama Adidas ini! 

Rekaan jacket yang simple dengan kocek pada bahagian depan baju memudahkan si pemakai. 

Ibu anda akan kelihatan ranggi ketika melakukan aktiviti di luar rumah.


Artikel Berkaitan

End of Article