Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Wax Rambut Lelaki Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama & Harga

Hello si kacak!

Wax merupakan sejenis krim minyak rambut yang diperbuat daripada minyak lilin dan selalunya wax digunakan bagi kaum lelaki untuk menggayakan rambut.

Fungsi wax rambut untuk membuatkan rambut anda kelihatan berkilat dan kekal dengan penggayaan walaupun ditiup angin atau terkena air hujan. 

Lebih-lebih lagi jika rambut mereka tebal, beralun dan panjang, memang memerlukan wax untuk kelihatan lebih kemas.

Jadi sebenarnya rambut panjang lelaki juga boleh kelihatan kemas dengan pemakaian minyak rambut wax ini.

Ini kerana bahan yang terkandung dalam minyak rambut lelaki ini boleh melembapkan serta menambah volume rambut anda dan yang paling penting tidak melekit. 

Tapi kalau rambut yang kerinting macam mana? Sebenarnya terdapat juga wax untuk rambut kerinting lelaki dan juga wax jenis lain dengan fungsi yang tertentu.

Berikut senarai wax rambut lelaki atau krim rambut lelaki terbaik yang terdapat di pasaran.


Senarai 10 Wax Rambut Terbaik Untuk Lelaki

Wax rambut lelaki terbaik secara keseluruhan
Schwarzkopf Osis+ Texture Flexwax Ultra Strong Cream Wax
mulai
RM60.00
Semak Schwarzkopf Osis+ Texture Flexwax Ultra Strong Cream Wax harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Rambut menjadi tebal dan lembut
add_circle Tidak terasa melekit dan berminyak
remove_circle Tidak sesuai untuk rambut kering

Sebab menjadi pilihan utama:

Wax rambut ini memberikan kesan tahan lebih lama ke atas rambut daripada menjadi tidak terurus.

Bagi lelaki yang berambut panjang dan tebal, wax ini adalah pilihan terbaik kerana mampu menaikkan volume dan tekstur rambut.

Ciri-ciri:

Rambut anda akan kelihatan lebih bersinar dan menghalang rambut anda dari menghasilkan minyak yang berlebihan.

Dengan formula Beeswax dan Cera Caranauba, wax rambut ini membuatkan rambut anda menjadi lebih tebal dan lembut.

Buat si pemilik rambut berminyak, anda tidak perlu risau kerana dengan matte sebagai sentuhan terakhir, rambut anda tidak akan terasa melekit dan berminyak.

Review:

"Wax ni sangat sesuai dengan rambut pendek dan saya suka baunya yang wangi. Dah guna lama wax rambut ni, tekstur memang best!"

Wax rambut lelaki untuk rambut kering
Wax rambut yang sesuai untuk rambut kering
mulai
RM120.00
Semak Hanz de Fuko Hybridized Wax harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk rambut kering
add_circle Bebas paraben
add_circle Mengekalkan kelembapan rambut
remove_circle Tidak banyak di jual di pasaran

Hanz de Fuko Hybridized wax merupakan jawapan terbaik untuk anda yang berambut kering tetapi masih ingin menggayakan rambut.

Kami percaya bagi yang mempunyai masalah rambut kering, seringkali rambut anda kelihatan tidak bermaya dan pecah serta hujung bercabang. 

Dengan bahan water-based, produk Hybridized Wax mengembalikan rambut kelihatan sihat dan lembap sepanjang hari.

Wax rambut yang tahan lama
GATSBY
Wax rambut mampu bertahan lama
mulai
RM16.90
Semak GATSBY Styling Wax Hard Keep Type harga dibawah:
add_circle Jenama yang terkenal
add_circle Tahan lama
add_circle Selamat digunakan
remove_circle Penggunaan berlebihan boleh merosakkan rambut

Jenama Gatsby merupakan antara jenama produk styling yang paling dikenali dikalangan lelaki yang gemar menggayakan rambut mereka.

Wax ini berupaya memberi kesan tahan lama hingga sepanjang hari tanpa perlu mencalit wax berulang kali.

Bukan itu sahaja, wax ini diekstrak dari bahan semula jadi untuk memastikan tidak membahayakan rambut anda.

Berada di luar seharian bukan lagi masalah sekiranya anda menggunakan Gatsby Styling Wax Hard and Keep Type.

G9 Bad Lab Lock and Load Solid Texture Man Hair Wax
mulai
RM16.90
Semak G9 Bad Lab Lock and Load Solid Texture Man Hair Wax harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Murah
add_circle Selamat digunakan
add_circle Tidak terlalu keras
add_circle Mudah dibasuh
remove_circle Tidak tahan apabila rambut terkena air

Produk ini sememangnya tidak menjadi masalah untuk anda yang Muslim kerana ia bebas alkohol dan disahkan halal.

Produk ini diformulasikan dengan Fluidipure 8G yang mampu memegang rambut dengan baik agar kelihatan solid serta membuatkan rambut anda berbau wangi.

Tambahan lagi wax rambut ini mudah dibasuh walaupun tanpa menggunakan syampu.

Cara penggunaan ambil wax ini sedikit dan sapukan pada seluruh helaian rambut supaya kekal statik dan bersinar sepanjang hari.

Tigi Bed Head B For Men Matte Separation Workable Wax
mulai
RM65.00
Semak Tigi Bed Head B For Men Matte Separation Workable Wax harga dibawah:
add_circle Diperakui antara wax terbaik
add_circle Melembapkan rambut
add_circle Membantu pengemasan
add_circle Sesuai untuk rambut kerinting
remove_circle Sedikit melekit

Produk wax ini diperakui wax rambut terbaik untuk jejaka berambut keriting bagi menggayakan rambut mereka.

Diformulasikan Beeswax, Cera Caranauba dan campuran polymer menjadikan produk ini dapat membantu mengekalkan dan menggayakan rambut dengan kemasan semula jadi.

Tambahan wax ini dapat menambah kelembapan rambut. 

Wax rambut lelaki untuk rambut gugur
Grafen
Grafen Control Paste Wax
mulai
RM121.00
Semak Grafen Control Paste Wax harga dibawah:
add_circle Mengandungi amino acid
add_circle Menyalurkan protein pada rambut
add_circle Bahan semula jadi
remove_circle Harga sedikit mahal

Grafen Control Paste Wax dihasilkan dengan teliti, menawarkan gaya rambut yang nampak kukuh, sangat sesuai untuk anda yang mempunyai rambut tebal.

Wax rambut ini juga mudah dicuci, jadi tidak perlu menggunakan syampu untuk buang wax dari rambut.

Apa yang membezakan ia dengan wax rambut lelaki lain adalah ia mengandungi asid amino yang berfungsi menguatkan rambut dari akar agar rambut lebih tahan lama.

Selain itu, ia juga diperkaya dengan bahan semula jadi yang menyuburkan dan melindungi rambut anda.

Ekstrak beras dan Centella memberikan manfaat yang terbaik, menyediakan protein penting kepada kulit kepala rambut agar rambut lebih kuat dan tidak mudah gugur.

Wax rambut untuk anak
Grafen
Safe Wax
mulai
RM121.00
Semak Grafen for KIDS Safe Wax harga dibawah:
add_circle Selamat untuk kanak-kanak
add_circle Selamat untuk kulit kepala sensitif
add_circle Wax mudah dibersihkan
remove_circle Kurang sesuai rambut tebal dewasa

Untuk anda yang mempunyai anak kecil pasti mahu memastikan penampilan anak kekal kemas semasa keluar rumah, tapi risau dengan bahan-bahan yang ada dalam wax rambut.

Jangan risau, anda boleh dapatkan wax rambut dari Grafen ini yang dicipta sesuai dan selamat untuk kegunaan kanak-kanak.

Bahan yang terkandung dalam wax rambut ini adalah dari bahan semula jadi seperti Green Tea Seed Oil dan Macadamina Nut Oil.

Tidak kira sama ada anda mahu memastikan rambut anak anda kemas semasa pergi ke sekolah, atau semasa keluar berjalan-jalan, guna je Grafen for KIDS Safe Wax ini.

Selain kanak-kanak, wax rambut ini juga boleh digunakan pada lelaki dewasa yang mahukan wax rambut yang bebas bahan berbahaya.

Harga asal mungkin agak mahal, tetapi anda boleh beli dengan harga diskaun yang berbaloi di Shopee dan Lazada.

Wax rambut lelaki nampak basah
Loreal
Loreal Techi.ART Density Material Texturizing Wax Paste
mulai
RM35.90
Semak Loreal Techi.ART Density Material Texturizing Wax Paste harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk rambut pendek & sederhana panjang
add_circle Tidak meninggalkan kesan berminyak
add_circle Rambut nampak lebih sihat
remove_circle Kurang sesuai rambut panjang

Wax rambut L'Oréal Tecni.ART Density Material Texturizing Wax Paste ini direka untuk berikan gaya rambut yang terletak rapi dan juga fleksibel untuk digayakan.

Dengan formula yang inovatif, anda boleh menghasilkan gaya yang nampak ‘messy’ dengan mudah.

Wax rambut ini sesuai untuk rambut pendek hingga sederhana panjang, dan ia mudah dibersihkan.

Paling bagus, wax rambut ini tidak akan meninggalkan kesan berminyak pada kulit kepala dan wajah anda.

Minyak rambut ini juga mempunyai bau yang menyenangkan dan tidak membuatkan kepala anda pening.

Wax rambut lelaki untuk rambut panjang
Beesmade
Matte Clay Matte Wax
mulai
RM80.00
Semak BEESMADE | Matte Clay Matte Wax harga dibawah:
add_circle Menyerap lebihan minyak kulit kepala
add_circle Mudah digayakan dan tahan lama
add_circle Mengandungi bahan organik
remove_circle Harga sedikit mahal

BEESMADE Matte Clay merupakan sebuah wax rambut untuk lelaki yang boleh berikan tekstur matte yang sempurna dan juga tahan lama.

Rambut anda akan kekal terletak rapi dengan style yang anda gayakan, dan ia juga tahan walaupun dalam cuaca lembap atau panas.

Dari potongan rambut pendek sehingga rambut panjang, BEESMADE Matte Clay menawarkan kepelbagaian dan menjadi wax rambut yang serba boleh.

Selain itu, wax rambut ini dihasilkan dengan campuran tanah liat kaolin, lilin lebah hidrogenated premium, dan wangian yang memikat.

Selain mudah disapu pada rambut dan mudah dibentuk, wax rambut ini juga mudah dicuci tanpa memerlukan syampu yang banyak.

Tambahan lagi, wax rambut ini juga mempunyai sifat penyerapan minyak secara semula jadi yang dapat meningkatkan tekstur rambut anda tanpa membuatkan kulit kepala kering.

Treatment wax untuk rambut gugur
Watsons
WATSONS Charcoal Treatment Wax
mulai
RM17.90
Semak WATSONS Charcoal Treatment Wax harga dibawah:
add_circle Mengandungi keratin meluruskan rambut
add_circle Mengandungi amino acid
add_circle Membantu membaiki rambut rosak
remove_circle Perlu basahkan rambut sebelum guna

Watsons Charcoal Treatment Wax boleh menjadi penyelesaian buat anda yang mempunyai masalah rambut gugur.

Ini kerana ia diperkaya dengan arang, keratin, biotin, dan juga 11 jenis Asid Amino yang penting bagi menguatkan rambut anda dari akar rambut serta membuatkan kulit kepala kembali sihat.

Selain itu, wax ini juga boleh berikan kelembapan yang tahan lama, meninggalkan rambut anda cantik halus dan bersinar.

Terdapat juga manfaat detoksifikasi ekstrak arang yang membantu menghilangkan kotoran dan menyegarkan rambut anda, dan dengan ekstrak kulit pokok ia memberikan sifat anti-kelemumur dan anti-gatal.

Sementara itu, ekstrak brown algae pula akan memperbaiki kerosakan rambut dan menjadikan rambut lebih berkilau, jadi rambut anda akan kelihatan lebih sihat daripada sebelumnya.


Perbezaan Pomade, Wax Dan Gel Rambut

Untuk menggayakan rambut bagi lelaki tidak sukar dan rumit seperti wanita yang memerlukan banyak produk.

Tapi kami yakin, masih ada yang keliru dengan perbezaan pomade, wax dan gel rambut.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru saja meningkat remaja yang ingin menggayakan rambut untuk tampak kelihatan lebih kemas.

Jadi, sebelum membeli set penggayaan rambut, jom ketahui perbezaan 3 perkara ini dulu.

Pomade

Pomade terdapat tiga jenis iaitu water based, oil based dan mix based.

Oil based mempunyai ketahanan lebih lama berbanding water based tapi sukar untuk dicuci. Memerlukan syampu untuk menanggalkannya.

Manakala water based mudah ditanggalkan tetapi tidak tahan lama malah akan hilang sekiranya rambut terkena air hujan.

Pomade kebiasaanya dihasilkan daripada bahan minyak yang mengandungi lemak atau bahan dari wax (lilin) untuk mengekalkan keadaan rambut.

Apa pun, penggunaan pomade digunakan untuk membuat rambut agar rambut lebih licin, berkilauan dan kering serta tahan lebih lama. 

Wax

Wax dihasilkan daripada bahan seperti minyak wax atau lilin. Bahan ini mengambil lebih masa untuk kering berbanding pomade.

Pomade memberi kesan rambut berkilat serta merta namun kesannya tidak tahan lama tapi memberi kemasan pada rambut si pemakai.

Apa pun, wax sangat sesuai untuk penggayaan rambut berpacak dan tidak berstruktur.

Gel

Gel kebiasaannya dari bahan berasaskan air dan gel berfungsi untuk mengekalkan gaya fesyen rambut anda kekal rapi dan terurus.

Namun terdapat sesetangah gel yang mampu memberikan efek berkilat dan basah seperti pomade (ikut jenama dan jenis).

Anda boleh dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi penerangan dari video di bawah.


Fungsi Wax Rambut

Bagi kaum lelaki tentu biasa melihat produk wax rambut di rak-rak penjagaan peribadi di pasaraya, tapi kadang-kadang keliru apa sebenarnya fungsi wax?

Secara asasnya wax rambut digunakan untuk membentuk, menghaluskan, dan mengekalkan gaya rambut sepanjang hari.

Fungsi utama wax rambut termasuk membolehkan anda membentuk gaya rambut yang diingini dengan mudah.

Ia membolehkan anda mencipta gaya rambut yang unik, dari gaya yang rapi dan teratur hingga gaya yang lebih berstruktur atau messy.

Selain itu, wax rambut membuatkan rambut terletak rapi, membolehkannya kekal dalam gaya yang diinginkan sepanjang hari.

Kalau anda mahukan tambahan tekstur pada rambut, itu juga salah satu fungsi wax rambut, menjadikan rambut lebih mudah diurus dan diberi bentuk.

Tambahan lagi, beberapa wax rambut mengandungi bahan-bahan yang memberikan kilau kepada rambut, menjadikan rambut tampak lebih bersinar dan sihat.

Dan tidak lupa juga sesetengah wax rambut mengandungi bahan-bahan yang melindungi rambut dari kerosakan akibat pendedahan kepada elemen luar seperti cahaya matahari atau pencemaran.

Dengan fungsi-fungsi ini, wax rambut adalah alat penting dalam rutin penjagaan rambut bagi sesiapa yang mengutamakan penampilan dan gaya rambut yang terurus.


Cara Pakai Wax Rambut

Cara menggunakan wax rambut bergantung pada gaya rambut yang anda inginkan dan jenis wax yang anda gunakan. 

Kalau tak tahu nak pakai macam mana, boleh je ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Pastikan rambut anda bersih dan kering sebelum menggunakan wax, atau boleh juga gunakan wax pada rambut yang masih sedikit lembap untuk hasil yang lebih mudah diurus.

  2. Kemudian ambil sedikit wax, lebih kurang sebesar kacang, dan sapu di atas tapak tangan anda dengan menggosoknya hingga menjadi lembut dan mudah disapu.

  3. Sapukan wax secara merata ke telapak tangan anda, kemudian ratakan pada rambut anda. Mulakan dengan menggosokkan wax pada hujung jari anda dan ratakan pada rambut.

  4. Gunakan jari anda atau sikat untuk membentuk gaya yang diinginkan. Anda boleh hasilkan tekstur, volume, atau memperbaiki bentuk rambut mengikut kehendak anda. 

  5. Sekiranya perlu, tambahkan lebih banyak wax untuk meningkatkan tahap kekerasan atau mengubah bentuk rambut. Anda juga boleh menggunakan jari anda untuk menaikkan atau meratakan bahagian-bahagian tertentu yang perlukan wax yang lebih banyak.

  6. Selepas selesai menggayakan rambut, bilas tangan anda selepas menggunakan wax untuk mengelakkan sisa-sisa produk melekat pada jari-jari anda.

Anda boleh try and error untuk dapatkan hasil atau gaya rambut yang diingini, yang penting jangan takut untuk bereksperimen dengan gaya. Selamat mencuba!


Artikel Berkaitan

End of Article